Hanoi 2013 - Day 1

salam..

i went to Hanoi, Vietnam on October 2013.
from 4th Oct to 7th Oct 2013..
pergi berdua dengan seorang lagi kawan
which korang takkan nampak pun gambar dia dalam any Hanoi post.
terpaksa dirahsiakan demi menjaga keharmonian sejagat..
we booked flight ticket back in January 2013 and traveled 10 months later.
so here we go!

our flight scheduled at 6.30am at LCCT..
so jam 4am dah gerak from Shah Alam.. arrived LCCT at 5am..
park di LCCT je.. for that 4D3N tu kitorg kena about RM60.

so we reached there agak awal.. around 9am waktu local.
travelling time around 3 1/2 hours.. and waktu sana lambat sejam..
cuaca sangat cantik, panas & berawan..

imigresen di Hanoi ni lebih seram dari Ho Chi Minh..
manusia sangat crowded and imigresen diorang nampak bengis..
tapi the whole process quite OK... not bad at all.

keluar dari imigresen, ada la booth kalau nak cari teksi, hotel etc.
tapi kitorang nak selamat, cari tourist information desk..
lepak situ to get info for tour and book for taxi.. tapi xbeli tour kat sini pun
from airport pergi town dalam 45min.
kitorang dapat innova.. naik 2 org..
berapa charge dah lupa.. kalau xsilap convert RM around RM 60.. mahal gak la.
boleh dapat cheaper kalau amek kat luar, bukan kat tourist desk..
tapi malas nak fikir, belasah je.. beg berat weh nak berjalan cari teksi.

some view masa dalam perjalanan from airport ke town.

local petrol station - pakai Diesel je






survey few hotels, cane ntah boleh decide nak amek Hanoi Old Quarter..
dah lupa dah apa weighing criteria.. mungkin faktor harga & lokasi 
nak cari yg dekat dengan halal food at the same time tak jauh dgn pasar malam.
staf kat sini sangat friendly!
ada breakfast sekali.. tapi pandai2 la pilih nak makan..
kita makan roti dgn jem je.. tak berani nak order bukan2..

hotel yg kitorang book.. satu malam about RM 120 per room.. amek 3 malam, 2 bilik.


welcoming drink..



testimonial from previous guest


 kat hotel pun ada tour package gak.. standard la tourist places mcm ni diorang ada link dgn agency.
so mengenangkan malas nak merayap mencari package, terus je lah amek kat situ..
rate lebih kurang je kat mana-mana pun.. beza xbanyak sangat..
so, kitorang amek Halong Bay day trip.. nak amek yg bermalam sayang pulak kos hotel..
and price bermalam pun agak tinggi.. tapi bila fikir balik, sayang xbuat..
tak kuasa dah nak datang balik Hanoi semata nak bermalam kat Halong Bay.

dah settle with the package, terus naik bilik.. 
weee.. katil sebesar ini duk sorang.. jadi kita lambakkan beg kat sebelah supaya tak takut sgt. hihi.
bilik sangat cantik, tapi banyak barang2 antik, maka agak seram disitu.


lepak bilik kejap, relax2.. and freshen up.. terus siap utk keluar.
masa ni awal lagi.. around 12 - 1pm camtu.. so banyak masa nak explore city..
kita jalan kaki je.. kalau rasa mcm xlarat dah, naik teksi..
bercakap mmg ayam & itik ya.. local tak boleh cakap English..
walaupun tourist mat saleh bersepah kat situ..

lif hotel
marilah kita berjalan kaki menghayati budaya dan cara hidup warga Hanoi..
sepanjang jalan ni, pukul 6pm keatas ada pasar malam..
pasar malam tu memang panjang gila..
trip kali ni tak shopping sgt la.. just some souvenir je..
sbb barang kat sini lebih mahal dari HCM.. and mostly diorg jual pukal / borong.
lagipun, mcm mana nak berjual beli kalau nak bercakap pun tak faham..
and orang sana macam kerek sikit la, buat tak peduli je..
tanya harga pun buat bodoh.. nak tawar menawar lagi lah hazab x bagi.











jenuh jugakla kitorang berjalan nak cari market ni..
siap sesat2 bagai.. dah sakit kaki dah..
tanya orang pun salah gak direction bagi..
tak tau la kalau kitorang tak faham direction diorg..

Dong Xuan Market.. ada few floors.. and agak besar.. 
kat sini macam-macam ada.. kain, kasut, handbag, accessories..
tapi semua kena beli pukal.. souvenir pun mahal..
kitorang tak beli pape pun..cuci mata je. 
ingat nak beli kain utk umi, tapi diorang mcm xnak layan je..
tak kuasa lah nak tanya2..










settle kat sini, kitorang naik beca nak pergi Independence Square..
sampai2 takde pape pun.. muahaha.. ada dataran je la.. ceh!
sebab takde tourist guide, sejarah semua ni kena baca sendiri kat google eh..












muzium - close for renovation masa ni.

kat area tu ada few tourist attraction, tapi kitorang xjmpa cari.. muahaha..
nak bertanya orang pun malas, sbb cakap macam ayam itik..
kitorg jumpa muzium kat atas tu.. tapi close pulak utk renovation..
so lepak kat One Pillar Pagoda kasi hilang lenguh kaki..
kat sini banyak orang buat upacara keagamaan.. agama Buddha kut..
baling-balik coins tu.. kitorang tengok je la..
diorang tgk kita pun pelik.. mcm muslim tapi lepak sini.. 





masa lepak sini kitorang dah kebulur dah.. lapar woiii.. dah pukul 4pm..
last meal masa dalam flight kut..
terus blah, cari teksi nak gi restoran Halal..
nak cari teksi pun hazab.. semua xnak berhenti..
nak jalan kaki memang di luar kemampuan dah.. penat & lesu.
lam 30 - 45 min berusaha, baru dapat teksi.. phewww aircond!
bagi address restoran kat pakcik teksi.. tadaaa.. sampai pun!

masa google before pergi Hanoi, nama kedai ni lain.. apa ntah namanya..
tapi Halal food Malaysia cuisine la.
rupanya kedai tu dah tutup ganti yg ni..
nampak logo Halal tu, belasah je la.. dah tak berdaya ni weii..


order 2 nasi goreng dengan 1 ayam masak merah..
ayam masak merah tu sedap!
harga? standard kut.. tak ingat dah berapa kitorang kena caj.
yg penting ada free wifi.. hehe.. 3 hari kitorang makan kat sini..
menu beza-beza la.. sebab malas nak cari kedai lain.. 





lepas makan sambung jalan lagi..
jalan kaki sajo.. awal lagi.. baru 5pm..
tengok gambar yo lah.. tak tau nak letak caption apa..
ini semua area town..
most places mmg ada puja2 camtu..
so kita masuk tgk je lah..










macam ada pulau kecik and tempah sembah2 kat tengah tasik ni.. 
tak sure apa namanya..
kitorang belasah je jalan2.. tgk map pun mcm xpasti apa kenamanya..






holloh holloh.. fefeeling sangat..
bunga betul tu ya.. cantik giler!

kat bawah ni mcm dataran tempat budak2 lepak main skateboard..
ada monumen pakcik Ly Thai To..
one of Dai Viet emperor and founder of Ly Dynasty..
then dia pindahkan capital of Vietnam to Hanoi.
google je deknon.. sape nak citer benda2 sejarah camni kalau xgi dgn agent.





kat bawah ni x tau ler apa nama tempat ni..
kat belakang dataran uncle Thai To tadi..
ini dah jalan2 sukati sambil cari jalan pulang ke hotel..


banyak giler weiii motor.
tapi x sebanyak kat Ho Chi Minh..
HCM lagi marvelous view motor..
budak pakai tudung oren dah jalan ke depan dah..
tak minat ler motor2 bersusun camni..




terus balik hotel.. untuk rehat & mandi..
malam tu keluar lagi uolss.
cari pasar malam..
tak reti penat wehhh.

itu next post lah!

inilah diriku : Nadia.Yusof

Related Posts with Thumbnails