~a quote

salam;


Life is short
Break the rules
Forgive quickly
Kiss passionately, love truly
Laugh constantly
And never stop smiling
no matter how strange life is
Life is not always the party we expected to be
but as long as we are here,
we should smile and be grateful.

inilah diriku : Nadia.Yusof

~BBB

salam

tajuk hari ini: BBB
not Bukan Bintang Biasa
but
Boss Buatku Bengang

aduih,
mati saya lau boss baca blog ini
tapi saya tak peduli
saya nak jugak bagitau kat sini
saya bengang separuh pagi
gara-gara disuruh mengetuai
aerobik utk keseluruhan staff wa
rehouse.
seramai +- 15 org..
OMG..
cant believe dia sebut nama saya
saya sangkakan dia bergurau
and dgn selambanya bertanyakan kembali
"biar betul" ... saya betul2 xbetul time ni..
aduih, jammed kepala otakku
semua hormon2 kewanitaan mula melimpah ruah (segan dan malu la tu, jgn fikir bkn2)
dan bila boss jawab "betullah"
mindaku ligat memikirkan
step.. wahaha..
mcm susah sgt kan..
tapi bila dh gabra and xready.. saya sgt gelabah.
semua step time kelas aerobik pun blh lupa.
iyalah, mana pernah sangka diri sendiri menjadi mangsa mengetuai aerobik
(mungkin boss lupa saya ni staff wanita.. atau tiada genderisme)
nasib baik En Ismail, sifu saya, (nama beliau mcm nama atuk saya, miss my atuk)
berada di hadapan saya, so sedikit sebanyak kekuatan sifu dapat saya rasakan.. hehe
dan akhirnya, saya bantai tibai je buat step aerobik yg selalu dibuat pagi2
itupun entah betul entah tidak.
ternyata sangkaan saya dalam entry2 sebelum ini silap..
(ke boss ada baca blog ni and cuba utk mempertikaikan kenyataan saya, hohoho.. hope not)
boss, lenkali bgtau awal2.. nnt saya siap2 bawak radio, ada muzik, baru best nak aerobik.
isk, esok nak kena rakam step kat kelas aerobik ni, pastu hafal dan ingat. senang lain kali.
boss saya bukan blh percaya sgt.
tetiba je bg order.
mcm jugak petang tadi.

pukul 4 ptg bagi order suruh pergi defensive driving training pukul 4.30ptg.
aduih, suka bagi kejutan.
nasib baik jantung saya sihat.
kalau tidak, dgn 2 kejutan hari ni, apa agaknya kesan pada jantung saya.
*sigh*
nasib baik lah ada kawan2 lain yg pergi jugak training tu.
aiman, munirah, a
yep and jj.
lau xda diorg pun, jedi mesti ada.
the best part is training tu best & xboring.
the speaker, en Yuhanis (not sure AM or Manager in JB branch) memang sempoi and best.
participants lain pun very active, so walaupun pd pukul 6 ptg, semua masih bertenaga.
bergelak ketawa, berkongsi pandangan dan meningkatkan skill memandu.
sekurang2nya saya me'refresh'kan kembali minda saya dgn ilmu2 driving yg betul yg telah berkurun lama dilupakan sejak dapat lesen.
bila balik dari training, boss still around and tanya how was the training.
mestilah saya bg thumbs up sbb memang best. (dia boleh gelak saya bg isyarat ini.. - naughty boss)
terima kasih boss sbb bg order tadi.
cuma lenkali jgn last
minute ya.
bisa luruh jantungku.

eh, entry lari title x?
biarlah, yg pasti pagi dia buatku bengang separuh hari.
dah petang mngkn boleh buat aku bengang if the talk xbest.
nasib baik best, so, me.. smiling!

hurm, standby la sikit2 apa yg di'training' tadi.
unpredictable bo
ss..
maybe dia suh share sikit point of the training masa briefing sok pagi.
that is my boss.. Mr AAM.
ergh!!!!!!!!!!!

aku yg pasrah demi sebuah pengalaman.

oh ya, entry before mengadu dah lama xlunch dgn MT guys kan.
tgh hari tadi dpt peluang.
makan dgn Kubotarian & ESHian.
hehe : Faris, JJ, Ayep and Jedi.
lots of fun.

n pagi tadi aizu remind me on Perhentian Trip.
aiyok aizu, still another 2 weeks ok!
fokus dgn keje dulu.
byk hal nak settle before the trip.
year end review is coming.
financial year is almost to the end.
and KPI, dah achieve belum?
seronok nak cuti nampak. :P

inilah diriku : Nadia.Yusof


~kamelia

salam

it was a blues day today!
malasnya nak bangun pagi.
isk, xsenonoh tul anak dara ini.
morning, take a look at what can be '5S' in the warehouse office
another phase of 5S
OMG, dateline : end of coming financial year
purpose : to be audit & to get ISO
but still, pening lalat byk sgt docs yg ntah hapa2
thanx boss for ur help.
today, my 1st chaser to H/O
after 2 1/2 months.
and figure out few pending backorders
damn, why so complicated
still, i could manage it.

having lunch with amira..
long time since we had our lunch together
just u and me..
btw,
seems like it has been a long time ago since we had our lunch with the MT5 guys
hurm, things to ponder.

ym with zam, again
and suddenly remember my promise to him
to explain why kamelia
instead of nadia and bla2.. or my original name
and why kamil?
nothing to do with boyfriend's name, ok.
and this is also the answer for DBK.
kamil : nama ayahanda saya di kampung, sbb masa kecil2 dulu nakal sangat,
jadi mok, nenek beliau (moyang saya) memanggilnya kamil
dan sehingga kini, nama itu digunakan secara meluas di kampung
cuba cari nama yusof di kampung saya,
yusof lain lah yg ditunjukkan
tapi bila nama kamil,
hanya ayahanda saya seorang saja di kampung itu.
unique
and kamelia : cerita dari bonda saya, ayahanda saya kepingin menamakan saya kamelia
pun begitu, tidak dipersetujui oleh mek (nenek saya).
memandangkan anak2 yg bakal menyusul nanti, tiada lagi K yg sesuai.
jadi terlahirlah nama nadia.
dgn nama kamelia disimpan sahaja.
dan saya berbangga menggunakan kembali nama kamelia
untuk mengabdikan nama kegemaran ayahanda saya
kata abah
usang hari-hari, indah bersamamu, KAMELIA

maka terlahirlah idea

mutiara-kamelia
dan
dya.kamil
dan
Dya Binti Kamil (DBK)

owh dya?
itu nama panggilan masa di asrama dulu
biasalah, sesi memendekkan nama
tapi nama dya hanya digunakan oleh girls
so, special for smach9802
and dya jugak
for those yg kenal saya kat IM..

eh, zam nak forum lagi.
suka betul dia berforum sjk jadi single ni.
hehe..

see ya.. chiow.

inilah diriku : Nadia.Yusof




~kawen, kawen & kawen

salam di waktu pagi yg hening..

oh, title blog kali ini agak menakutkan.
hihiih..
opss, bukan saya yang akan kawen.
tapi kawan-kawan s
aya.
sejak bulan lepas saya mengumpul jemputan kahwin teman-teman
yang akan berlangsung sempena cuti seko
lah bulan depan.
amboi, boleh tahan banyaknya.
yang paling xtahan, semuanya di tempat yg jauh dari tempat tinggalku kini.
aduih, kena plan betul2.

tapi bila dah banyak tu, ditambah dgn kesibukan duniawi
mungkin akan ada jemputan yg tak dapat dipenuhi.
untuk itu, dgn penuh kerenda
han diri,
kupohon keampunan dan kemaafan (mcm
raya pulak)
kepada teman-teman yg sudi
menjemput
namun xdapat kupenuhi jemputannya.
walaupun jemputan itu tak dapat
dipenuhi,
namun dari jauh kukirimkan doa yg tulus
semoga mahligai yg dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat
dan kebahagiaan menjadi milik kalian.

oh ya,

antara undangan yg diterima secara peribadi

1) AWIE (KKDK-UTM) & ILA

2 may : kajang

2) AYU (SMACH9802) & (lupa nama
)
4jun : bachok


3) FIZA (KMPP0304) & SHAROZI
7jun : kuala krai


4) AREN (KKDK-UTM) & IRNI
30mei : kemaman
7jun : kedah

5) AIN (SDI) & (lupa nama-kad kat ofis)
2mei : negeri 9


ini antara yg diterima secara peribadi.
ramai yg mengundang melalui friendster & facebook juga yahoogroup (smach9802)
terima kasih juga buat teman2 ini yang sudi menjemput.
saya tersangat amat sudi untuk memenuhi je
mputan kalian.
namun terkadang tuntutan komitmen lain tidak mengizinkan.
andai punya rezeki (utk saya makan nasi minyak
& ambil berkat :))
sampailah saya kemajlis kalian.

* perutusan raja sehari dari irni & aren

*jemputan perkahwinan pertama untuk tahun ini - dari palie & afsal
march 09, kuala terengganu

oh ya, usah ditanya jemputan dariku and Mr Invicible (invi sbb xtau siapa lagi). ada rezeki, ada jodoh kalian pasti akan kujemput. insya ALLAH.

p/s: kumenanti jemputan perkahwinan dari BOSS ku, bila agaknya ye.
cepat-cepat kawen boss, hehehhe~

inilah diriku : Nadia.Yusof

~take good care of urself

salam,

haih.. fening-fening. almost lost! huhuhu.. this week mcm hilang fokus. buat semua benda pun mcm xjadi seperti di harapkan. ya, xsemua yg dirancang jadi kenyataan. tapi sekurang-kurangnya almost there.. cuba belajar bersyukur. ini bukan soal syukur, ini soal kemampuan dan keupayaan diri yg tidak digunakan secara optimum.. *sigh*. rasa malas semacam je.. pergi dance n ae
robic class pun xboleh all out - FRUSTRATED! kat ofis apatah lagi. warehouse jarang turun. byk spend time kat ofis n counter. blh ke? xpatut. dah la byk lagi kerja nak buat utk reach KPI. xjugak buat2.. haih! something wrong with me this week..

owh, pagi tadi.. bgn je dari tidur diriku ke'gastrik'an.. aduih, sakit giler. terbayang saat2 admit hospital for few hours last year gara2 gastrik. OMG, salahkan diri sendiri sbb xjaga makan and xjaga diri sendiri. semalam makan malam sedikit lewat, around 10pm. xkan pagi ni dah sakit kut. xlogik! tapi biasalah, bnda nak jadi. and sebenarnya bkn sbb semalam je kut. lately ni makan xberapa nak jaga. since dah lama xkena gastrik. - ok, melayu mudah lupa. so, pagi tadi masuk ofis lambat. p
ukul 10 baru sampai ofis. aduhai, segannya dgn colleague2 ku..

**sambung balik update blog setelah tergendala gara2 melayan forum zam malam tadi.

ye, pasal take good care of myself.. oh, gastrik ialah musuh plg rapat dgnku.. dari dulu, saya mmg ada masalah dgn gastrik.. selain resdung yg baru mula menyerang sejak menjadi penghuni warehouse. sekadar berkongsi betapa teruknya gastrik bisa mengganggu perjalanan hidup kita. kata
org, dari gastrik boleh menyebabkan ulser and eventually lead to cancer. OMG, xsangka kan. kalau diikutkan kepercayaanku, gastrik hanyalah terjadi kerana tidak makan tepat pada waktunya atau mengabaikan makan (makan utk saya bermaksud makan nasi - makanan rapu tidak termasuk). tapi sejak admit klinik UTM last year (di saat2 nak kena antar draf PSM), saya mula mengakui gastrik sgt memberi impak pada kesihatan saya yg sudah sedia kurus ini.

jom naik mesin merentas masa utk kembali ke era mac / april 2008... tq doraemon!

saya lupa hari dan tarikhnya. tapi saya masih ingat, balik dari kelas saya sgt sakit perut. so, memilih utk tidur seketika. berharap bila terjaga nanti, rasa sakit itu akan berkurangan. malangnya saya terjaga dari tidur kerana kesakitan yg amat sgt. akhirnya saya menjadi penghuni tandas aras 5 wing A blok u5 kolej perdana dgn sgt lama. sampai lembik dibuatnya. xtau nak buat apa. dan saya menelefo
n bonda tercinta sambil menangis kesakitan. hurm, akibatnya panjang lebar lah syarahan kesihatan utk saya berkaitan gastrik. aduih! sudahlah jatuh ditimpa tangga pula. hampir 3 jam bergelut dgn kesakitan sendirian (roommateku-cik siha ketiduran.sian lak dia nak dikejutkan), hanya pabila shyda terjaga dari tidur dan menyedari keadaanku, barulah dia mengejutkan yg lain2 (siha and kaklong) juga hubungi faiz utk bawa saya ke klinik. sedaya upaya saya mencuba utk bangun dan bersiap. ala kadar saja, bkn nak pergi danga bay atau tebrau pun. hihi. dan pertama kalinya masuk emergency section kat klinik UTM. ada jugak pengalaman ini rupanya. haih! bila admit (xdalah masuk wad, tapi 2jam jugak terbaring dikatil hospital), apa lagi kena dgr syarahan dari nurse pulak. nasihat itu sgt mengharukan saya, cik misi. yg masih saya ingat, awak ni perempuan. bila dah kerja and kahwin, ada anak2 & suami nnt, kalau awak sakit, sape nak take care family. semuanya awak yg kena handle and jaga. kalau awak xjaga kesihatan awak, siapa yg akan jaga kesihatan keluarga awak. sesibuk mana pun, makan kena jaga. and etc lagi. terharu seketika. xsangka dapat nasihat mcm ni. waktu tu saya hanya terfikirkan draf PSM saya sahaja. mcm mana aunt nurse tu blh melibatkan sekali keluarga yg bakal saya bina. bila diingatkan kelakar, tapi sebenarnya apa yg dikatakan aunt yg baik itu sgt betul dan tepat. apapun cik nurse, saya ingt nasihat dan pesanan ini sampai bila2. cuma sesekali, bila lama xdiserang gastrik saya mula lupa utk menjaga makan saya. maksudnya? saya perlu selalu diingatkan dgn gastrik ini. haih!!!


*siha, kaklong & shyda yg menjadi penjaga klinik selama 2 jam gara-gara menemaniku yg terlantar

juga credit utk encik Faiz yg menjadi driver juga membelikan bubur mcD.. hehe

oh ya, saya akhirnya end up menyiapkan draf PSM yg perlu dihantar keesokan harinya jam 10pagi di atas katil sehingga jam 4 pagi. juga penjagaan makan yg sgt ketat selama seminggu (nguyah roti / biskut masa lecture). pengalaman berharga!!!

back to 2009.

bila sudah berpengalaman seperti di atas, bukan masalah utk saya mengatasi masalah gastrik seperti pagi smlm. so, klinik hanya akan jadi pilihan terakhir kalau sakit tak dapat diatasi. apa saya buat? take a break, minum milo, makan roti (jgn terus makan nasi - stomach sho
ck nnt) and dapatkan few minutes rehat dari makan (almost 1 hour) baru makan nasi. mcm pagi semalam, after around 1 hour, me ok already! and dapat pergi ofis..

oh, berhenti disini dulu. zam come out with new to
pic for tonight's forum. see ya!

so, makan selalu walaupun sekadar kacang / twisties.. ( xseswai!)

and take GOOD CARE of yoursel!


inilah diriku: Nadia.Yusof


me & smile

salam,

hari ini saya tersenyum sehingga senja
malah sehingga sang rembulan menjenguk malam
terima kasih kerana menyebarkan senyummu itu


Life Is a Gift

Today
before you say an unkind word
Think of someone who can't speak.


Before
you complain about the taste of your food
Think of someone who has nothing to eat.


Before
you complain about your husband or wife
Think of someone
who's crying out to GOD for a companion.


Today
before you complain about life
Think of someone who died
too early
on this earth.

Before
you complain about your children
Think of someone who
desires children but they're barren.


Before
you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep
Think of the people who are living in the streets.

Before
whining about the distance you drive
Think of someone who
walks the same distance with their feet.


And when
you are tired and complain about your job
Think of the
unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.


But
before you think of pointing the finger or condemning another

Remember that not one of us is without sin
.

And when
depressing thoughts seem to get you down
Put a smile on your face and think:
you're alive and still around.


kerana senyuman itu penawar segala kedukaan.


inilah diriku : Nadia.Yusof

senyummu~

salam,

pada saat2 hati rasa tidak selesa utk terus berada di landasan ini, kucuba utk berfikir dgn sgt positif. walau sukar, namun harus kulakukan. supaya kekuatan yang masih tinggal kekal menjadi penyambung denyut nadi utk bertahan. terjaga aku dari mimpi tidur, mengharap hari yg kulalui punya sinar.. mampu menzahirkan rasa bahagia dan gembira yg kukecapi sekaligus membiaskan ceria pada mereka di sekeliling. ya, walau bukan semua, sekurang2nya aku berharap aku bisa meredakan sedikit ketegangan dlm hidup mereka. andai itu mampu kulakukan, pasti aku akan senyum ceria sehingga senja menjelma.


give me chance to shed ur tears, share ur worries and make u smile like a sunny day
coz ur smile & laugh can spread to other's heart, esp ME!



teruslah tertawa walau hati walang!

untuk anda yg kumaksudkan, senyumlah!

senyummu bisa buat aku tersenyum

untuk anda semua,

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia, selamanya.


inilah diriku : Nadia.Yusof


...tight schedule...

salam hujung minggu...

what a tight schedule for me from thursday up to saturday
. penat.. *sigh*.. tapi i had lot of FUN!!!!!!!! sekali gabung blog utk 3 hari punya xtvt k. khamis, keje macam biasa. ari ni a bit control skit sbb mood boss mcm x elok. scary. so jgn cuba utk xcari pasal. hehe. btw, spend half of the day dkt warehouse since one of the requisition staff MC. so kena cover requisition for svc. since new terms, byk lak masalah yg melanda. haih! penat nak jawab persoalan2 mech n svc people (bkn saya, my colleague).. hehe. tapi bila my colleague tu xda, terpaksalah diri ini juga menjawab. haih. nak jadikan cerita, time colleague saya xda kat warehouse office, dtg org dari svc jmpa saya and komplen. haduih, tergamam saya. apa nak buat. dgr n senyum je la.. baiklah Encik L, kami akan cuba meningkatkan efisiensi operasi kami.. dkt lunch hour, masuk ofis, settle report.. then lunch dgn aiman. since amira lunch dgn department mate nya yg last day kat SDI ari tu. balik ofis, review report pastu mcm rasa boring and still got some work to do regarding 5S project, decide utk turun warehouse. i just love being in the warehouse. rasa bebas untuk meneroka bidang ini berbanding all the reports (argh, report is boring). hihii.. lagipun byk lagi benda baru yg boleh belajar di warehouse + belajar mengenal setiap karakter people in the warehouse. :P discuss dgn supervisor tentang hal2 warehouse termasuk projek 5S. serious, saya suka bincang dan belajar dari Encik I (dia tua 2 tahun dari ayah saya, ok).. sbb beliau byk pengalaman dan byk panduan yg boleh dikongsi. pukul 6 petang baru saya masuk ofis semula.. sambung buat daily backorder record. stay back kat ofis kejap since pukul 8 nak pergi futsal. oh, saya x main futsal. not really into that. tapi pergi utk support kawan2.. jalan jam xhengat dkt tol pjs.. OMG, sempat tak game 8pm ni.. huh, i made it.. sampai around 8.10pm. ok la, the guys yg nak main lg lambat sampainya. masing2 bz.. owh the game, not bad. tapi MT5 kalah kepada PSD. xpe, bukan betul2 pun. just for fun. owh, sbnrnya scorer MT5 xda.. hehe.. malam tu ada chiqie, jj, khatig and kalut je. amira pun kena main sekali utk MT5. me? xbawak bekal la, xkan nak main pakai persalinan kerja. lupa nak bawak bekalan persalinan sukan. selalunya memang standby dlm kete for aerobics n dance. tapi rabu baru guna, so dh lupa nak replace. then, had dinner dkt pukul 10pm. thanx wong for the dinner! sampai rumah around 11pm.. penat... mandi terus zzzzzzzzzz...

me and khatig yg xbawak kasut nak main futsal.
kaki ayam je masuk co
urt.. haih!


FRIDAY!!!!!!! nasib baik xterlambat bgn. lupa nak set alarm clock.. waa, dah janji dgn my sis, G nak jemput kat bus station (dia baru balik dr kampung).. rupa2nya bas yg dia naik xsampai pun lg. pukul 7 baru kat putra. haih, mana sempat nak jemput, nak gi ofis lagi. kena attend briefing jgk sbb nk remind them on saturday's 5S. sorry sis, terpaksa suruh u menyusahkan cik pah or pakcik teksi.
day a bit kelam kabut sbb nak prepare things utk 5S projek on saturday. but i managed to complete the task. sepatutnya saya ada training pagi ni.tapi sbb xtau pukul berapa (salah saya sbb xtnya dgn H/O - dan saya salahkan jugak kawan saya yg tau saya patut attend training tu dgn dia tapi dia xbgtau saya bila tgk saya xda lam training tu), so saya dah miss training tu. sepatutnya start pukul 9, pukul 10.40 baru saya tau. itu pun saya call another staff di H/O tnya pasal kawan saya tu (and the training). maunye xbengang. dan buat pertama kalinya saya rasa nak nangis (since start keje) kat ofis. nasib baik xsempat nangis sbb saya call aiman and dia bagi solution what to do. apology email to boss in H/O. ok, feel relieve. tapi still bengang dgn situasi tu. OMG, i hate this!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! petang almost 5pm, my younger brother, PA datang amek phone dia and pulangkan my phone.. then met up with zam for OIAM live weekly concert kat sri pentas 2. berdua je.. sepatutnya rina and hani pun join. nvm, best date actually.. haha... apalagi, pjg la gosip and story-mory ktorg. dah 1 1/2 tahun tak jumpa zam. mestilah byk cerita. lagipun keadaan pun dah berubah, nak update cerita2 baru la.. btw, pasal OIAM. hurm, saya ialah pengikut setia utk season ni. 'the hottest season yet' kata awal n marion.. haha.. maybe! season 1 and 2 xfollow. suka tgk tomok and amylea (sorry zam, aku xfanatik ok.. suka dgn arrangement music dia je esp tomok).. 8.30 dah beratur. tapi keluarga contestant je dipanggil masuk dulu. lepas tu baru ktorg masuk. tu pun limit, 10 org sekali masuk. leceh tul. tapi, both of us dapat pengalaman baru macam mana live show bersiaran. my opinion, lagi seronok tgk kat tv sbb boleh fokus pada satu je (tv la).. bila tgk kat sana, semua benda nak tgk. contestant's show, camera movement, surroundings, belum masuk gelagat2 penyokong. isk2.. pening pun ada gak. and for people like me, yg mementingkan kejelasan (penglihatan dan pendengaran - walaupun mataku rabun) keadaan mcm ni sgt menyakitkan hati. cuma, yg BEST sbb mood and emotion of the show tu dapat dirasakan. berbeza kalau tgk kat tv je! apapun, sedih sbb amylea dah keluar... she deserves to be in the final ok!!!!!!!!!!!! btw, tqvm to zam yg temankan me malam tu. 12am baru sampai rumah sbb after show pergi lepak lagi, bangi kopitiam sek 7. a very long day! tido2, esok keje.

awal yg kacak n marion yg cantik

top 5 before the elimination

zam n me b4 the show started - self snap ok!

and... weekend~saturday! kena bangun awal sbb kena pergi puchong for 5S project. hari ni nak setelkan mengecat bay dan mengenalpasti + memindahkan dokumen. hurm, 1st time pergi keje weekend... haha.. tapi seronok. sbb konon2nya mcm bz la kan.. hehe.. ada 5 org utk pindahkan docs tu and sorg je utk cat. sepatutnya 2 org.. tapi lg sorg tu xdpt dtg.. family matter, kenalah saya turun padang mengecat sama.. haha.. xpe, xkisah pun. akhirnyaberjaya menyiapkan sesi pengecatan. CANTEK!!! sbb saya yg cat ke? hehehe.. opps, lupa nak snap pic.. :(.. docs tu xberjaya disiapkan since fork lift je blh guna.. stacker rosak pulak. aduih! kecewa sbb plan xberjalan seperti sepatutnya.. *sigh* tapi nak buat macam mana.. expect the unexpected.. kenalah menjawab dgn boss isnin ni.. during lunch hour, aiman n che in dtg amek kat ofis n kuar lunch di AJ Delight (her fav restaurant) with chiqie, zam and khatig. lama ktorg lepak. nasib baik teringat ada keje lagi. kalau x, lama lagi kut bersantai disitu.. hehe.. lots of fun, btw! and kerja dkt warehouse tu settle around 3.30pm. dah kepenatan! plan nak gi jumpa chenta hatiku terpaksa dibatalkan sbb sgt xlarat nak drive pergi kajang. so, balik s.alam. sempat singgah intec kat sec 18 hantar brg utk adik aiman yg dikirim oleh aiman. sampai rumah, online! bukan nak rehat.. haha.. oh, i missed FB since 3 hari xsempat check.. hehe.. happy, zam dah upload OIAM pix (credit to him for above pix). tapi blog, baru blh update hari ni!!!!!!!! sempat usha buku Execution. 3 pages je baca pastu xlarat dah, tido!!!!!

menanggung rindu pada chentaku since xdapat hug n kiss her this week
next week pulak dia nak pergi holiday kat melaka..
ary, miss u........ (^_^)

inilah diriku : Nadia.Yusof




cha cha + sway

hey, today is wednesday! my fav day! dance class, yeeha. sharp 5.30 pm dah keluar ofis.. hehe.. nak catch up class pukul 6.15. erm, ari ni traffic ok.. TnG pun xjam. so manage utk samapi around 6.05. tukar baju and terus ready for class. awalnya, recap last class. waa, sbb kelas once a week, mana nak ingt lg. berterabur step. adui.. ari ni new dance lagi. tajuk dance hari ni, my heart is for u. haha.. whatever. step a bit susah and confusing. masa prektis without music ok la. manage to catch up. bila masuk music je, aduih hancus. tapi at least ujung2 kelas tu dah boleh dance full song.. yeay! improvement. cha cha and sway pun dah byk improve. owh, sway sgt susah nak sempurna sbb my 'boot' is not sexy.. huahua. masa without music, ramai yg follow. bila dah masuk music, ramai yg skip. tggl berapa org je. btw, it's hard sbb music dia sgt catchy and fast beat. hurm, since dah pergi kelas every week, dah byk basic of cha cha and line dancing boleh buat. and easy to get for any song pun. sbb balik2 akan guna 4 wall, tag, cha cha, sway, etc. fuh, memenatkan.

after dance class, break for about 30min, time tu dah fikir2 nak balik. tapi alang2, mcm nak sambung aerobic pulak. dan akhirnya saya sambung aerobic class dgn miss angie. this is totally fun!!! just follow step yg x susah. dan after half class miss angie selitkan ala2 dance. bollywood lagi. hahaha.. dan kami menari hindustan! totally release my stress and pain. fast beat punya aerobic. hoh, penat gila. byk kali saya berhenti rehat + minum air. sbb xlarat nak follow. tapi saya cover almost 95% of the step. sambil aerobic sambil gelak + senyum dan nyanyi2. best2. sambil tu terbayang2 kalau kena instruct aerobic kat ofis, nak buat step2 cam gini la. baru lah fun and something new. hehe.. oh, no way. xkan saya nak lead all the boys aerobic. nonsense.

after aerobic, duduk2 n borak2 dgn sorg aunt yg saya kenal last week. rupanya dia HR people from Toyota (UMW Group - Automotive). lama kami borak. rupanya dia kenal Aiman masa career fair kat UNITEN. what a small world! erm, talked to her really boost up my spirit towards my career. bila saja saya mention saya kerja parts operation, dia berikan saya byk kata2 positif sehingga buat saya terfikir betapa bertuahnya saya berada dlm line ini. walau jauh berbeza dgn apa yg dipelajari di univ. according to her, parts operation is a challenging work. it is tough and need a very strong (mind, soul and spirit) people to manage it. dan saya mula sedar, saya sebenarnya seorang yg kuat. kerana itulah saya berada di sini hari ini. this is the best part, dia guess my age 26-30. OMG, tuanya saya. she said, i looked season, very open and try hard during class. haha. and she cant believe i am fresh grad yg belum sampai setahun pun kerja. huhuh. aunt, saya bayar utk masuk kelas ni. so, apa saja perasaan saya (segan, malu, malas) semasa dalam kelas telah dibuang ketepi sementara. sbb saya xnak bazirkan duit saya semata2 nak belajar menari. lepas tu malu2 and xpandai. rugi tu! tapi seronok borak dgn aunt ni. mungkin line kami lebih kurang sama. cant wait to meet her again next week.

btw, nak snap photo utk upload dalam blog. tapi mcm xsesuai la pulak. gym + classes tu semua only for ladies. so, ramai yg bertudung selesa utk tidak betudung waktu kelas. x elok pulak nak ambil2 gmbr camtu. (me also free hair during class).

**** kerja hari ni, everything ok and a bit bz, but could manage! tapi ada sudden visit by Manager from Parts Head Office, Mr Eddie. talk to him for a while, updating my work. erm, a bit bengang dgn one of my staff! erghhhhh... apasal dia degil sgt. harap2 lepas dia balik PDT nanti (hari ni dia pergi PDT), dia akan byk berubah dan lebih bertanggungjawab dgn kerja. amin.

inilah diriku - Nadia.Yusof


Getting Things Done!

salam...

hey, it was a tired day. report makin lama makin tebal. nak check satu2. oh, adakah itu tanda prestasi kerja saya makin menurun? sebenarnya kerja makin bertambah. dgn projek lagi. hurm, pagi tadi sampai lambat utk morning briefing. malunya saya! ni semua gara2 nak melaram berselendang pegi keje. oh, bkn salah selendang. waktu keluar dari rumah sama saja dgn hari2 lain. tpi traffic hari ni xmenyebelahi saya. asyik2 trafic light merah je. pastu kereta pulak byk n move macam semut. geramnya saya dgn kereta2 ni. oh, mereka berhemah di jalan raya. saya pula memecut laju di jalan raya (pemanduan saya utk ke temp
at kerja setiap pagi ialah 100kmph, no matter how the traffic is - naughty & selfish driver i guess..huhu). haih, apalah nasib saya. nasib baik xkena tegur dgn boss. tapi segan jugak, sampai2 dah turn boss bagi sepatah dua kata. dah terlepas byk info from another exec yg in-charge the briefing, En Fuad. erm, my turn bagi briefing. xbyk nak cakap. just remind them on 5S project.

erm, regarding tajuk blog hari ni. boss saya telah berbesar hati meminjamkan bukunya (yg dihadiahkan oleh previous MD) kepada saya. EXECUTION : The Discipline of Getting Things Done by Larry Bossidy & Ram Charan. saya xpernah tahu pasal buku ini. setelah di belek2 buku ini (ambik feel nak baca nanti), ia berkisarkan ttg aligning people, process, strategy n etc to get things done and produce result. saya akan mula membacanya bermula hari ini. agak2 bila akan habis baca? erm, saya xberani jamin. tapi saya harap minggu depan saya berjaya menamatkan bacaan seterusnya mengaplikasikannya dalam kerja harian. hurm, he helped me a lot to improve myself. how lucky i am compared to my colleagues. semoga saya xlupa diri dan terus berusaha untuk jadi yg terbaik. byk nak kena belajar, so nadia, jgn jadi malas..
apatah lagi malas bertanya!

owh, esok boss xda. dah dipesan olehnya utk tlg handle briefing if En Fuad is not around. hoho. so, xboleh dtg lambat. sbb kena view apa yg patut sblm bg briefing.morning brifing?? haih, gelabah lagilah saya. dah 2 bulan pun, saya tetap gabra bila kena bagi briefing. bukannya xbiasa. bilangan lelaki depan mata saya setiap pagi tu sama je dgn bilangan lelaki yg saya hadapi bila present
ation atau apa2 semasa training. tapi kenapa rasa gabra n xselesa tu tetap ada. saya sendiri masih xfhm keadaan ini. owh, mungkin saya kena belajar utk membuat silap dgn lebih kerap. sbb kesilapan itu yg melatih diri lebih yakin. (inilah masalahnya apabila terlalu mementingkan 'zero error'. diri sendiri yg merana).

lupa pulak, pagi tadi mula balik sesi senam robik bersama2. waaa, saya mcm nak mengelat sbb segan tapi akhirnya saya nekad buat jugak. lagi segan kalau tinggal sorg2 xbuat kan. cuma saya memilih tempat paling belakang. haih, perlu ke segan walaupun satu2nya 'girl' yg
buat senam robik di kalangan lelaki ni? however, it was fun!!!!!! cant wait for tomorrow, erm my turn utk pilih sape akan lead (since boss xda). haha.. jeng jeng jeng... tggu ilham dari mimpi siapa akan kena. haha.. it's late, nak gi dinner. daaa~

* owh, special for u mira.. in other words, welcome to my blog!

inilah diriku - Nadia.Yusof

abpbh'08

ye.. baru saja tamat dan saya kembali online. hurm, xdala happening sgt. cuma seronok tgk gelagat2 manusia di sana. persembahan, okla.. tapi itu bukan apa yg saya harapkan dari hasil kerja ramli m.s. tak terlalu kebabommm.. wah, tapi selalunya saya meletakkan harapan tinggi utk melihat & mendengar arrangement baru daripada ramli m.s. persembahan ok, tapi xcukup power. paling saya suka, stacy the new dancing queen. oh, mungkin sbb saya penggemar tarian rancak begitu. dan saya ketawa paling kuat tika kristal berkolaborasi dgn artis2 lama. kelihatan sgt pelik bila lan kristal pada awalnya sgt kental dgn jiwa rock, tiba2 menjadi sgt sopan dgn kemunculan otai2 lama. ya, dia menghormati generasi lama dan lebih berusia. namun, sekurang2nya seimbangkan 'rock' yg dia bawa secara solo dan pop yeh yeh saat duet. dan saya paling suka dressing Datuk CT waktu nyanyi kat pentas juga style rambut baru irma hasnie. itulah gaya rambut idaman saya, tapi makcik tukang gunting rambut tempat saya selalu pergi xreti nak buat style tu. haih! apapun tahniah utk nabil si raja lawak kini bertukar raja anugerah setelah memenangi 3 anugerah malam ni termasuk ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR. tahniah juga utk irma yg berjaya memenangi hati jejaka idaman saya ini.. hohoho. oh, saya perasan tahun ni penyampai anugerah kebanyakannya pasangan suami isteri dan membahasakan diri mereka dgn panggilan manja dihadapan khalayak ramai.. wow, good job BH cuba menjadikan ABP sbg ruang merapatkan silaturahim antara artis.. ye ke? hhaha.. mungkin juga utk menaikkan rating dan menggalakkan keharmonian dalam rumahtangga di kalangan artis (byk sgt kes cerai last year). hurm, stop commenting nadia. jam sudah 12.05 malam.. it's time for bed! nite..

p/s: 1st time menonton tv secara formal dgn housemates.. it was fun girls!

inilah diriku - Nadia.Yusof

**weekend with chentaku~

salam hujung minggu,

owh hujung minggu yg sudah dipenghujungnya...

minggu baru akan bermula esok.. ye, minda saya akan kembali menyambung fikir tentang hal-hal kerja sahaja.
masih ada masa sebelum kembali ke dunia kerja. jadi ringan-ringankan minda dan terus sambung santai hujung minggu..

hujung minggu ini saya sgt gembira dapat meluangkan masa bergembira dan melayan karenah chenta hati saya. walaupun baru hujung minggu lepas ketemu, saya sudah kerinduan. akhirnya, selama 2 hari ini saya hanya mengabdikan diri saya untuknya. melayan apa saja inginnya. hilang segala stress yg saya alami minggu lalu. saya hanya tertawa riang dengan keletahnya, gelaknya, tawanya, tangisnya, rajuknya dan kenakalannya. senyumannya sering menemani mimpi malam saya. baru 2 jam dia pulang meninggalkan saya. dan saya sudah kerinduan lagi. sehingga tibanya hujung minggu depan, terpaksalah saya bersabar menahan rindu ini.

chenta hati saya ini, semakin hari semakin nakal.
semakin hari juga se
makin bijak.
mcm mana saya x kerinduan.

oh.. siapakah chenta
hati saya?
inilah dia orangnya yang membuatkan hati saya berdegup pantas saat dia disisi
si dia yang terlalu comel dan manja untuk ditidakkan kehadirannya dalam hidup saya.
dialah juga yang mengisi hari-hari saya yg masih sendiri.
kerana dia, saya pasti akan tersenyum walau apapun yg sedang saya hadapi.
dialah.......

ARISYA HADHIRAH

oh, dia bukanlah anak kandung saya
(i am single - mcm mana nak ada anak kandung sendiri)

tapi dia permata dalam hidup saya.

suria yang menyinari hari-hari saya.

**wani, aku mula belajar memakai selendang untuk hari-hari santai.

siapa dia?... biarlah rahsia.

***********************************************

owh, malam ni ABPBH 08.
siapa yg akan jadi Bintang Paling Popular?
tak perlu saya terlalu fikirkan.
siapa pun yg menang tak meninggalkan sebarang kesan pada hidup saya.
cuma.. saya nak tgk event tu malam ni.
(sambil menggosok baju kerja utk seminggu)
ye, saya mengharapkan persembahan yg hebat dan mantap
beserta rangkaian lagu yg fresh arrangement music nya.

saya xboleh tidur lambat malam ni.
nak pergi jemput wani chauvenet kat bus station esok pagi.
nanti xbangun atau saya akan mengantuk di tempat kerja.
mungkin juga terlewat sampai untuk morning briefing dan di'sound' oleh boss lagi.
tidaakkkkk!!!
oh, semoga juga saya tidak diserang 'monday blues' esok hari.
yeay!!


inilah diriku - Nadia.Yusof

~..


saat ketenangan diragut pergi
hanya kerana sepatah kata yang tak harus terucap
aku mula belajar
memahami sepatah kata itu
'nothing'
tak seharusnya ia menjadi punca
melemahkan keyakinan terhadap kemampuan diri
kerana telah sekian lama
kudirikan dan kujaga
benteng kekuatan dan keteguhan hati
duhai diri,
teruslah percaya dgn apa yg kau miliki
teruslah yakin pada kata hati
teruslah pasti pada bisik intuisi
menyusun langkah ke puncak tertinggi.


**thanx umi untuk pesananmu yg bisa mengurangkan kegundahan hati


inilah diriku - Nadia.Yusof

~ learner & master~

salam jumaat,

ye, saya sgt gembira sbb jumaat akhirnya tiba. yeay! akhirnya minda saya dapat berehat seketika sebelum kembali menyambung fikir (boleh ke?) strategi dan planning bagi memastikan projek baru saya berjalan lancar. ye, ini projek pertama yang akan membuktikan kemampuan saya mengendalikan 15 org lelaki yg bergelar subordinate.

okeh, apakah projek itu? itu ialah projek 5S untuk warehouse cawangan saya bekerja. sgt mengujakan hati saya sbb ini kali pertama saya involve dan lead projek 5S ( rumah saya pun jarang di'5S'kan). hampir 2 mggu bergelut dgn proposal.. seminggu pertama untuk 'observe' dan pastikan kawasan dan lokasi yg harus di'5S'kan. seterusnya perbincangan dgn wakil ESH (kawan saya, jedi ->tq bro for helping) dan barulah minggu kedua menyiapkan proposal untuk di'propose'kan kepada bos saya.
Alhamdulillah, byk usul saya yg baru diterima dan akan dilaksanakan.

dan akhirnya, pagi tadi saya telah membentangkan semua proposal saya kepada staff2 lain merangkap mereka yg akan melaksanakan misi 5S saya ini. awalnya, nervous semacam bila pandang 16 pasang mata (termasuk sepasang mata bos saya) menjadikan saya bercakap dgn lajunya. tapi bila boss saya senyum dan kata relax, slow down sikit and mixkan bahasa (if possible, kalau xnak cakap BM sepenuhnya).. saya malu sendiri.. mcm org tak penah buat presentation lagaknya.. huhu.. ok my fault, presentation selalu membuatkan saya gagal mengawal diri.. *sigh* . tapi selepas itu, dgn yakinnya meneruskan misi dan visi 5S saya.

saya sgt berharap dan berdoa projek pertama fasa pertama ini dil
aksanakan dgn jayanya. saya tahu, bukan senang untuk mendapatkan sokongan ahli 5S yg lain (mcm politik pulak), tapi itulah peranan saya. kerana inilah medan untuk saya buktikan kemampuan saya.


saya sedang memperjudikan masa depan saya dgn kemampuan diri


inilah diriku - Nadia.Yusof

~newcomer~

hey~
it's my first entry!
btw, akhirnya saya melibatkan diri dalam dunia blog.
bukan pertama kali menulis blog
bukan juga pertama kali menggunakan blogger.com
tapi pertama kali mengizinkan rahsia hati, kisah suka duka hidup diikuti (kalau ada) oleh org luar yang mungkin tidak saya kenali.
bagi friend list saya dalam akaun friendster, mungkin pernah membaca " ~mutiara kamelia~" saya yang terdahulu.
konsep penulisan pada blog itu lebih kepada luahan hati seolah-olah saya sdg bercakap dgn seseorang dan menceritakan apa yang saya lalui.
saya juga pernah memiliki blog peribadi (blogger.com) yg hanya di akses oleh saya.
sekadar ruangan untuk saya meluahkan rasa hati saya tanpa diketahui oleh sesiapa.
namun hanya seketika kerana ia lebih kepada ruang untuk saya melepaskan geram dan kemarahan.
dan untuk kali ini, setelah seronok membaca blog-blog org lain
mula terfikir untuk memiliki blog peribadi sebegitu juga.
tak terjangka sampai bila saya akan sanggup menyediakan ruang waktu tertentu untuk meng'update' blog.
mungkin akan kekal sampai bila-bila (insya ALLAH)
mungkin juga akan terhenti bila tiba saat dan ketikanya.
dan untuk entry pertama ini,

bahawasanya saya,
nadia.yusof
berjanji untuk memastikan
mutiara-kamelia.blogspot.com
sentiasa di'update'
walau sesibuk mana saya dgn rutin harian

insya ALLAH.

sekian~wassalam
Related Posts with Thumbnails