m e n c a r i j o d o h

salam ketemu,

apahal si nadia ni, sebulan menghilang tetiba keluar dgn entri mencari jodoh. xmasuk akal betul. okeyh, bukan di sengajakan menghilang tanpa berita tapi teramat sgt gila busy. malam ni nasib baik ada masa utk diri sendiri. selalu tiap2 malam, xsempat nak fikir tajuk entri pun. dari merepek xtentu hala (selalu pun merepek jugak, ini kerepek), baik jgn buang masa sgt, pi tido! haha.. penat weh, keje sampai lewat petang (awal malam je kot).

okeyh, berbalik kepada tajuk entri, sebenarnya time tgh makan depan tv tadi, tekan channel2 tv yang ada. terpampang je channel tv9, ada siaran langsung semanis kurma dgn ustazah bahiyah & suaminya itu. topik perbincangan kita pada malam ini tuan-tuan dan puan-puan, ialah MENCARI JODOH. wah, menarik ni.dgn rajinnya melayan sambil habiskan makan malam. part yg menarik perhatian ialah kata-kata dari somebody di zaman Nabi S.A.W (terlupa nama org tu, ustazah ada sebut). ini kira macam guideline utk cari jodoh. katanya:

kaum Jahiliyah menjodohkan anak perempuannya kerana kedudukan
kaum Yahudi menjodohkan anak perempuannya kerana harta
kaum Nasrani menjodohkan anak perempuannya kerana ketampanan
maka, kita umat Islam jodohkanlah anak perempuanmu kerana agama.

terpegun dgn kata-kata itu. pastu tutup tv, konon nak gi sambung chat dgn zam. dia hilang ntah kemana, akhirnya layan blog. mcm nak gi sambung tengok lagi. tapi dah padam lampu & kipas living room,malaslah. (ilmu agama selalu jadi malas - inilah manusia)

eh cakap pasal cari jodoh, meh nak elaborate skit pandangan peribadi soal cari jodoh ni. jodoh ni dah ditentukan olehNYA. tapi xbermakna kita xperlu cari, dia akan dtg sendiri. apa2pun, kita kena berusaha mencari supaya bertemu jodoh yang telah ditetapkan. dalam usaha itu, pelbagai perkara akan jadi faktor yang membuatkan I tertarik pada U, U jatuh cinta kat I. I sayang U, U cinta I.

pastu teringat filem Syurga Cinta lakonan Awal Ashari, Heliza dan adik Haziq (okey saya fan club adik Haziq Tom Tom Bak yg comel, cute, handsome dan sangat bijak itu). dalam filem tu, byk sgt mutiara kata, panduan dan tips utk menemukan jodoh yg sesuai dan menurut pandangan islam. mungkin ada yg xterlalu tepat. tapi sekurang-kurangnya membuka mata generasi baru,apakah faktor yg sepatutnya dititik beratkan sebelum menerima teman hidup.okey antara yg sangat mengagumkan saya..


ada 3 jenis jodoh;


1) jodoh dari jin
bila anda melihat seseorang, dan anda jatuh cinta padanya / ingin memilikinya, anda menggunakan kuasa bomoh atau makhluk2 halus untuk mendapatkannya. akhirnya anda berjaya menikahinya.


2) jodoh dari syaitan
bila anda melihatnya dan dia melihat anda, kalian saling terpaut dan jatuh cinta. seterusnya proses bercinta, keluar dating, terlupa dgn batasan agama dan kalian "terlanjur cinta". akhirnya kalian bernikah kerana si gadis sudah hilang gadisnya.


3) jodoh dari ALLAH S.W.T
bila anda melihatnya, dari mata terus ke hati, anda jatuh cinta kepadanya. anda memberitahu keluarga dan bertemu si dia di rumah keluarganya di temani kaum keluarga dan sanak saudara. bila telah pasti dgn pilihan hati anda, kalian bernikah dan bercinta setelah punya hubungan yg sah. inilah jodoh dari ALLAH.

pelbagai faktor menjadi kriteria untuk kita menerima pasangan hidup kita. namun ingatlah:


wajah yg kacak / cantik akan berkedut pada tuanya.
harta yg menimbum akan susut akhirnya
pangkat / kedudukan tidak akan kekal lama.


pilihlah,


agama yang akan memimpin perjalanan hidup ke alam abadi
hati ikhlas yg akan menyayangi dan mencintai tanpa syarat.


siapapun jodoh yang telah ditentukan olehNYA, bersyukurlah. kerana si dia ialah seseorang yang di hantar untuk menemani perjalanan anda, di dunia dan alam abadi.


Related Posts with Thumbnails