Lelaki Sejati~

salam,



sedikit renungan utk dikongsi bersama;



Bagaimanakah lelaki itu?



Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya.

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelenbutannya mengatakan kebenaran.

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa.


Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati di tempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah.

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan.

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di balik itu.

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yg memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya.

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan.

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yg di baca.

Berdoalah kepada ALLAH S.W.T agar pasangan yang ditakdirkanNYA untuk kita adalah lelaki sejati seperti ini...... Amin.

inilah diriku : Nadia.Yusof


~melombong emas!

salam,

wah, sgt indah tajuk entry kali ini. sesekali update blog, apa salahnya mengangankan sesuatu yg indah. ceh, jgn berangan nadia. cuba cakap perempuan mana xsuka dgn emas. si arysha yg umur 1 1/2 tahun tu pun suka dgn emas. jgn xtau!! kecik2 dah emaslistik.

sebenarnya entry kali ni bukan nak cerita arysha yg emaslistik sebab pengaruh 'mama' dan 'mummy' nya, tapi pengalaman pertama nak pergi site 'melombong emas'.. betul2 emas ok!!

7th July (0707), boss ajak pergi Penjom Goldmine kat Kuala Lipis. visit customer site plus ada meeting2 skit. i xjoin la meeting tu. cuma ada kerja lain yg ditugaskan. rasanya, boss nak i familiar dgn customer site tu, view mcm mana tempat tu and fikir2kan macam mana kami blh bagi full support. actually kat sana ada depot utk Parts and Svc people from our comp. so, 1 of my staff mmg ada kat sana - Zawawi, kadang2 diganti oleh abg Tapa.

bertolak dari s.alam pukul 6.45 (beria ckp dgn boss, okey saya gerak dari s.alam pukul 6.30 - hahaha), sampai puchong pukul 7.15 (jalan xsibuk lg.. pecut la), jemput another staff and gerak ke cheras. boss tggu kat rumah dia. pergh...BOSS katakan!! hehe. okeyh, ni 2nd time nak explore cheras. di pagi hari bekerja pulak tu. haruslah jammed x ingat kan. budget my staff tahu la jalan nak gi rumah boss, rupanya dia pun lost sekali. pergh, panas je rasa. ye la, kalau xingat ckp la awal2, blhla reconfirm jalan dgn boss. aduhai pakcik ni.

bertolak dari cheras around 8.30am... sampai karak tu dah mengantuk dah. tapi maintain, control je. haha. segan lak nak tido lam kete. sempat singgah breakfast lagi. kat bentong rasanya. around 10am. sambil tggu another staff from TEC- yu choy, en sham and mr khew yg dtg dgn ford ranger. yeay, breakfast di taja oleh PSS, mr yu choy. hehe. sambung perjalanan. kali ni, en sham tumpang kereta boss i jgk, sbb katanya pening naik ranger. sampai Penjom around 11.00 ++ am. fuh, nervous tapi exciting. check in dkt guard house then naik small van masuk ke depot. van tu ada 2 seats je.. satu utk driver, lg satu utk penumpang. so bila kami ni ber4, i dapat can duk depan. konon nak duduk belakang, tp mcm segan pulak nak lompat naik belakang can ala2 pikap tu.

erm, tgk gambar je la eh... lagi best view.



kat atas sana ada kantin..


walaupun berdebu, tapi pemandangan dia best!

depot kami.

kat belakang tu, jauh di bawah bukit ada lombong emas.

safety items yang wajib pakai:
1) safety helmet
2) safety jacket
3) safety boot

bukit yg berteres tu, dulu ialah tanah rata.
masa melombong emas, tanah2 tu semua di angkut dan ditereskan disini.

sambil tggu boss abes meeting, sempat makan tengah hari. abang tapa tlg tapau kan.. lapar ok! lagi satu fakta yang harus diterima ialah, kat situ takde tandas perempuan.. haha. al maklum, mana ada perempuan yg kerja kat situ. sesekali je ada visitor luar, kalau yg emergency sgt.. kenalah pergi tandas perempuan kat bangunan management atas bukit mana ntah saya pun xtau dan xnampak. suasana kat situ sgt berdebu dan panas. dtg sekejap mcm tu, oklah kut. tapi kalau nak kena kerja sana, ampun, xkan ada perempuan yg sanggup kut.

nak keluar dari depot ke guard house, tumpang svc men. sbb pikap yg naik masa dtg pagi tadi dah ada mechanic bawak pergi site. pastu tak tau nape mcm ngengada semacam, nak naik duk belakang pikap tu. boss dah cakap duduk depan, tapi nak jugak lompat duk belakang. tanpa segan silu panjat jugak la. duk kat belakang dgn boss and en Sham. sebenarnya bukanlah mengada sgt, tapi nak ambil gmbr pemandangan and amek feel debu2 segala. pastu bila dah turun dari pikap tu baru rasa segan balik.. hahaha.

sebelum ni, boss dah mention masa nak keluar akan ada body check. saya gelak saja bila dia ckp mcm tu, so what dgn body check? nak naik flight pun ada body check rite? tapi bila lalu kat tempat tu, xda pulak dia pegang and tanya apa2. dia suruh jalan je terus. hahah. ok, i'm a girl. and they know their limit.

parking area. jom balik!!

bertolak balik around 3pm. singgah makan di raub. dan sampai di KL around 6pm. sampai rumah boss pukul 6.30pm, hujan lebat. terus pecut balik puchong dgn jayanya, sampai pukul 7.30pm dgn keadaan yg sgt jammed.. arghh penat yang amat ok!!! malam tu tido sgt awal sampai xsempat tgk La Dolce Amira.


p/s: oh ya, saya xjmpa pun kat mana lombong emas itu. so, kesimpulannya saya xjumpa sebarang emas pun.. sape2 yang kirim emas as a souvenir, lupakan saja. org yg dah pergi beribu-ribu kali pun xdapat.. haha.



bila boss cuti~

salam,

wah tajuk entry yang sangat straight-forward.

hari ni, 1st day my deary boss bercuti setelah sekian lama beliau memeningkan diri sendiri, eh silap, terpening dgn segala macam reports and parts reconciliation. kesian dia, time i pergi bercuti last 2 months (perhentian & cherating), beliau sgt bertungkus lumus menyiapkan reports itu. eh, lupakan.. bukan ini topik utama.

morning briefing........... okeyh 1st day of new financial year, bla2.. start fresh bla2.. duty roster bla2... okeyh let's start work!

eh, nape mcm xcukup sorg, rupa-rupanya abg pian pun cuti jugak.. pastu en mad pulak MC setelah disahkan demam oleh doctor klinik tractors (ye ke?).. kesian pulak en fuad kat warehouse tak terkejar kaki dan tangan menyelesaikan segala urusan awal pagi spt backorder, record control sheet bla bla bla.. belum masuk dgn komplen dari svc men seolah-olah kakitangan warehouse ni tercipta sorg satu utk melayan setiap seorg dari mereka yg sgt ramai almost 100 org.. gilo ko. pastu bising2 jugak antar hose smlm nak suh buat, customer dah bising kat diorg.. bla2 etc.. agak2 la weh, antar pkul 5.30 ptg smlm, pagi ni awal2 pagi dah mintak, sape sempat buat. pastu konon2nya dia je yg ktorg kena entertain. whatever, malas nak layan! pergi cari abg tapa sendiri, suh dia watkan hose tu, xkuasa nak layan korg aih. pastu ordr sumer xagak2 nak collect now. weh, barang xcukup pun, kena backorder, collect now pun bukan leh wat keje.. esok je lah dtg amek.. hehe, owh, itu bahasa dalam hati je.. layankan aje apa diorg nak..

tetiba "new mail - refresh".. bla bla bla membaca dgn lajunya sbb nak key in order svc man lain pulak.. jap lg la amek feel bc betul2.. mcm keje baru dari H/O ni.. tet tet tet.. meng 'key in'kan order laju2.. nak baca emel pulak.. baca emel.. alamak, kena tlg key in data utk auditor... daaaa, so malas ok! cita2 nak jadi auditor dah lama terkubur setelah jatuh hati dgn inventory yang sgt pening ini. takpe, ada masa lagi.. eh, xboleh.. esok daisy cuti. nak mntk tlg sape lagi nnt.. okeyh2 buat hari ni.. en fuad, saya naik office dulu ye, apa2hal cari saya kat atas.

sambil berjalan naik ke tingkat atas dgn malasnya sbb xnak buat keje auditor yg pening baca byk kali pun xfhm jgk, terserempak dgn daisy.. katanya si sivam pulak tulang tangan ( ada ke) crack, kena pergi buat x-ray kat univ hosp.. dah sumer benda la time ni nak jadi kan.. boss dah pesan semalam kan.. jgn nak eksiden2 ni.. dah2, pergi la nak pergi mana pun.. sukati.. ada xda sama je kut (owh, masih teringat kesan nangis).. pastu masuk ofis gosip sambil gelak2 dgn colleagues lain.. daaa, hahahahah.. - akhirnya petang tadi sivam call ckp hospitalization leave 3 weeks.. daa, so lame!

eh, sambung pening.. xfhm lagi audit ni.. call rose la tnya apa nak buat.. dgn pjg lebarnya penjelasan, baru nampak jelas masa depan. :P.. pastu explain kat daisy, thanx daisy for ur help. i know i would be lost when u're not around.. and my boss feel the same too.. both of us damn need u.. lunch dkt canteen sbb aizu and amira ajak usha MT's baru.. (junior la tu - MT6).. haha, aizu sgt aizu okeyh..

after lunch, sambung tlg daisy dgn audit lg.. pastu merasa sgt bosan sehingga membuatkan ingin pergi warehouse.. nak clear satu issue, objektif utamanya.. tanpa membawa hp dan pergi sehelai sepinggang (xbawak notes, pen and etc la - bukan pergi pakai baju sehelai kat pinggang je-ntah pape ayat), pastu kelihatannya en Fuad sgt tak cukup kaki dan tangan juga (bila ntah dia nak buat saya rasa dia cukup kaki dan tangan utk key in order, berkejar record control sheet, pick barang, melayan karenah kaunter CAT and AE yg sumer nak urgent, xda yg tak urgent, jawab tepon, check email, pergi kaunter sbb daisy panggil, record GR bla2.. weh, byknya benda en Fuad buat).. xpela, stay jap la.. tolong apa yg patut spt key in oder dan melayan karenah serta komplen service men.. eh tetiba, sape2 ntah xkenalkan diri terus cakap cancel order, nak backorder class 2. bla2.. xsempat catch up apa pun dia ckp, xfhm satu benda pun. yg saya fhm dan cukup konfiden ckp OK sbb dia kata nanti ihsan dtg bawak SPO and quotation tu.. daaa, whatever.. tnya ihsan lagi bagus.. haha.. pastu mcm nak melompat sbb tgk order 36k sumer nak class 2... giler ke? camni emg charges di hari pertama financial year dah koyak weh.. xmau proseslah... mati nak menjawab apasal emg chgs tggi sgt utk bulan pertama ni. pastu si mamat yg cakap aku xfhm tadi dah berkeras nak class 2 jgk sbb top urgent, customer's machine dah down xblh delay. whatever.. key in jgk la class 2.. dalam hati, mampus aku nak jawab dgn boss ni.

sambil mengsetelkan isu kuantiti, daisy call cakap boss cari. dia call warehouse xda sape angkat. weh, lau aku dgr phone tu bunyi mesti la aku angkat. paling pantang phone dah ringing 3x tapi xjawab jgk, cukup pantang.. mcm xnak keje la kan xnak jawab call. daisy cakap call boss balik.. alamak, ni yg xsuka ni. okey lah daisy, saya call.. dia kan boss. :)

"apa awak buat kat warehouse" xmcm sentap pulak kena tnya camni.. aih, duk warehouse pun salah ke bang! "abg pian cuti, sy tlg buat requisition" jawabku dgn nada kecut. "Fuad ada, Ismail Osman ada" damn dia laser camtu pulak.. sonyap den.. "dah gi naik atas, tlg karthig".. tlg pebenda pulak ni.. apahal aku nak tlg xtau hujung pangkal... " tlg apa?" dgn nada nerd tanpa rasa bersalah duduk warehouse walaupun disuruh jaga office (pity me).. "buat cycle time, H/O nak 8.30 pagi esok utk meeting dgn director".. "okey boss".. (agak2nya dia dalam wayang tgk transformers sbb suara giler serius mcm bengang sbb kena ganggu time cuti.. huhuhu)

naik office dgn lajunya sbb jam dah pukul 3.45 pm, nak antar pagi esok.. okey stay back la.. skit je kut, utk June. dgn tergesa2nya bertanyakan karthig, dah faham cmana nak buat?(padahal karthig pun 1st time buat).. karthig jawab baru nak cuba fahamkan, xtau sempat ke x sbb kena buat utk 6 bulan dari jan-jun.. gilo ko sapo yg bg arahan ni.. kut ye pun nak suh buat, xyah la melampau nak 6 bulan.. dah la dua2 1st timer.. disinilah dtgnya heroin bila miss gan dtg dgn solution, pergi mntk order list dari H/O baru blh buat.. -time ni dah ngadu kat zam sbb perlukan kata2 semangat dalam bentuk "bahan".. pastu baru je dapat order list tu, dah dapat call dari H/O tnya dah siap byk mana.. ni buek den panah ni ha.. den bukan robot aih..lagu mano nak buek, paham pun idok laei ni.. pass line to ms gan, dia jawab everything.. ahhahaha (terasa malu dgn diri sendiri sbb xleh handle gara2 xpenah buat and xpenah faham, tapi boleh cover sbb ms gan dah 25tahun keje - aku baru 4 bulan kut).. owh akhirnya setelah hampir 20min ms gan kowteam dgn H/O, kami xpayah buat utk 6 bulan.. kasi 5 data saja.. yes! ini mcm barulah efisien namanya.. u r the girl ms gan!!!!!.. 5 data, 10min pun siap.. ok setel! email kat H/O....... ok end of day 1. sigh :( ............ eh, dah sampai rumah, dapat SMS dari H/O say thanx for the report. (report ke lau ada 5 data je.. ahaks, take that as a compliment walaupun rasa xsedap ati sbb detail skit sgt..)..

penat yet fun sbb byk new things belajar.. boss, another 2 days ni apa lagi akan jadi.. haih, i bet u x akan cuti dgn relaxnya di awal2 financial year ni.. hahahahha (gelak jahat).. small matter ye boss. hurm, i dont think so.. hohohohoho..

p/s: panjang giler entry dgn nama2 yang org tak kenal pun kut.. argh, sgt lega walaupun dah lega skit pas ngadu kat zam sambil gelak2 sbb hari ini berlalu dgn keindahan dalam kekalutan.





inilah diriku : Nadia.Yusof
Related Posts with Thumbnails