Cuci Cuci...


salam...

sewaktu hantar Pak Uda balik quarters Kementerian Pertahanan after raya hari tu, dah nampak bunting kat belakang IB... masa tu macam, eyyyyyyuuuu best ke? xdapat imagine mcm mana diorg nak panjat2 sambil mencuci tu... few weeks later tgk Trek Selebriti with Harith Iskandar, ada tunjuk diorang prektis for the teater @ LJ's Studio. pastu macam dah teruja yg amat sgt, beria nak tgk.. terus call Partner In Teater, hehe... hajat di hati nak pow Hadi sbb dia dah buat i merajuk masa bulan puasa hari tu.. :). yeay!!! dia promise nak beli tiket dgn balasan DOME atau Madam Kwang. whatever Hadi, kalau la kul 12 tgh malam after show tu DOME & Madam Kwang still available. ceh, kejam punya partner.

akhirnya, setelah seminggu Cuci The Musical dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya... I berjaya melepaskan diri masuk ke Panggung Sari semalam, 30th Oct 09.. yeay! 1st of all, kena kidnap si Hadi & the tickets kat Menara TM, Jalan Pantai Baharu. fuh, semangat ni.. dah lama x balik dari pejabat sharp 5.30pm. lantakla semalam tu cut off date utk sumer report.. i xmau peduli!!! dalam hujan renyai2 dan traffic jam yg melampau, i redah LDP, masuk NPE and exit Jalan Pantai Baharu.. 2nd time drive pergi TM. 1st time for Lucas..:) fetch Hadi bersama tiket dan Classic Cheesecake. weh, kagum dalam Menara TM ada Secret Recipe & San Francisco.. xpernah tau ok! kalau la kat Tractors Malaysia ada Kenny Rogers / Subway / TGI Friday.. ok, paling cikai Secret Recipe jgk! angan2 je la...

at the lobby

Hadi aka Partner in Teater

okeyh, straight to the point.. CUCI time!!!! sumpah i teruja ni... dah lama xbaca newspaper, bila usha2 latest artikel pasal CTM kat lobby IB... keterujaan jadi DOUBLE... isk, x sabar nak date dgn Hans Isaac. 8.15pm ktorang masuk hall and borak2 sambil menunggu dgn sabarnya.. habis je nyanyi lagu Negaraku, sharp 8.45... the show begins!!! the 4-Cuci boys awesome. x sangka Hans boleh nyanyi dgn baik.. Vanida Imran jugak sgt best, kawalan vokal yg baik. tambah teruja bila Afdlin nyanyi high note! wei, suara perut.. hhaaha.. AC Mizal, Awie and Adibah Noor xyah cakap la.. memang superb!


::::::jom kita intai komen dari cik Dya.Kamil ::::::

1) sinopsis of the story lebih kurang macam filem Cuci.. bezanya di bawa ke pentas LIVE. tapi haruslah ada perubahan skit di sini sana utk menjadikan ia sesuai dgn pentas teater. ada part yg diwujudkan supaya nampak lebih real. ending yang boleh dijangka... oh ya, kalau dalam filem watak Syanie diwujudkan utk dicukupkan kepada 4 org bila Fairil blah join Wira Maju International.. dalam teater lak watak Farah jadi org ke 4 itu.. oppss, i dah pecahkan rahsia ke? hehe..

2) the best actor / actress yang buatkan teater ni pecah perut dari awal sampai akhir ialah C'TAN, JOJO dan FARAH!!!!... sumpah x sangka Awie sgt best di pentas teater... mcm real je! AC Mizal & Adibah Noor memang dah biasa teater ni. xpasti la samada diorang ad lib atau memang dalam skrip.. lawak diorang keluar mcm air. dan sekarang i mcm dah addict dgn lawak2 spontan C'Tan aka AC Mizal... siap add jadi fan kat FB.. muwahahaha...

3) lagu2 diorang sgt best and menusuk kalbu.. esp lagu impianku & apakah di hatimu (betul xntah tajuk tu..haha).. lagu2 lain yg rancak mmg rasa nak menari... tapi skor & susunan muzik mcm ada iras2 PGLTM jugak.. kalau xsilap Lyricit / Composer sama.. Dr Pacai.. apa2pun dah mmg director for both teater tu Datuk Zahim, persamaan mungkin xdapat elak..

4) diorang main panjat2 utk tunjuk scene cuci bangunan tu. memang superb! tapi boleh improve lagi for next season.. and ada gondola utk scene Khai dating dgn CJ.. so, bila gondola tu naik tinggi, teruja weh! hahha.. jakun.

4) Awie and AC sgt profesional dalam berteater.. spontan habis! part AC Mizal merajuk and marah2, dia turun stage and selamba ngacau penonton.. part si Awie pulak dia baling kain, pastu nyanyi2.. dah abes nyanyi dia cari balik kain tu, dah sampai kat bawah stage.. bila penonton tu pergi pulangkan kain, dia communicate dgn penonton tu.. siap berdialog gatal lagi.. haha. terjumpa sisi lawak dalam diri Awie.

5) Awie and Adibah Noor sgt cocok dan comel!!! "sayang, you are fired.. hahahahha"

6) Harith Iskandar very natural! "it's a joke".. haha..watak Wira tu mcm kena dgn dia utk dijadikan lawak.. sbb Khir Rahman dalam filem Cuci nampak annoying.

7) baju Vanida Imran sumer kaler merah! Woman in Red.. cantik giler okeyh! sumpah PMT...

8) ada byk set.. tapi pertukaran dari satu set ke set lain mcm x smooth mcm PGL.. ok, xleh compare sbb PGL dah Season 3 masa i tgk.. tapi set CTM cantik... elegan & ada style! congrates Raja Maliq & team.

9) kata musical, ada la nyanyi2 and tari2 kan.. tarian best! tapi mcm byk ulang2.. btw, good job Stephen-Rahman. and the actor & actress sgt cool menari... Afdlin sgt pecah perut bila dia gelek perut... Awie and C'Tan tetap maintain comel bila menari.. and Vanida tak boleh nak pertikaikan lagi.. Juara Sehati Berdansa kan..

after all...............................................

the show was damn GREAT!! for those yg letak standard PGLTM di satu aras yang tinggi... jgn bandingkan dgn CTM sbb ini bagaikan baby dan percubaan pertama utk Hans Isaac dan Tall Order Production. Hans & TOP, awesome to know that u dah letakkan standard CTM hampir searas dgn PGL.. cuma penceritaan boleh diperkemaskan. and guys, know what? show tu bukan saja menunjukkan keserasian kalian ber4 dalam sebuah pementasan, tapi jugak keakraban kalian diluar pementasan / filem. (konon Hans, AC, Awie and Afdlin baca r blog aku ni komen camni..hohoho)

for those yg still teragak2 nak pergi tengok.. click Cuci The Musical Website. mungkin fikiran anda akan berubah. and the main CAST :

1 senyum

2 senyum

3 senyum

4 senyum

the 4-CUCI boys

and me... waiting for 2nd season of CTM.. with the same cast! kalau ada can pegi lagi sekali 1st season ni pun i NAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!anyone lagi wanna ajak i??huhuh

p/s: thanx Hadi for the ticket & Secret Recipe + teman balik sampai S.Alam! next time buat lagi ye..hhaha.

get back to track

salam..

it's Thursday.. 11.59 pm. and saya masih segar! sebenarnya lepas solat Maghrib tadi dah bantai tidur sampai pukul 10mlm. mcm mana xsegar. and saya boleh stay up sampai lewat malam sbb esok ialah CUTI!!!

tadi sebelum balik dari ofis, dah siapkan key in B/Order Analysis for Oct 2009. dari 1st Oct sampai 20th Oct dah key in. cuma x update data je. yg tu lambat2 pun xpe. masa submit stock ledger variance kat boss tadi, dia ada cakap pasal esok yg mcm mungkin sibuk. mungkin dia x cuti la tu kut. pastu mcm rasa bersalah dgn boss sebab amek cuti hanya kerana nak rehat kat rumah. pastu mcm nak je cakap kat boss if dia insist utk i masuk ofis, i cancel la cuti tu. tapi fikir-fikir balik, boss jugak yg approve cuti tu.. so, biarlah. kalau dia betul2 perlukan i, tentu dia tak approve my leave kan..

i betul2 perlu berehat. kena cari balik keterujaan i pada kerja. i rasa minggu ni minggu paling tak bersemangat pernah i lalui sepanjang almost 1 year masuk kerja. bukan malas, tapi betul2 xda mood. buat kerja pun ala kadar je. selalunya after setiap yg i buat, mesti i follow up balik. just to make sure kerja jalan. tapi minggu ni i buat je semua benda. xfikir apapun. i tau i buat kerja je. betul ke salah ke, belakang kira. bijak ke kurang bijak ke keputusan tu, semua i belasah buat. sbb jiwa i macam melayang, xda kat situ. bangun pagi pun mcm terpaksa nak gi office. sumpah i xtau apa faktornya. smlm pun boss tegur i, buat kerja kena follow up. masalahnya selama ni i follow up, cuma minggu ni je! apa ntah xkena.

mungkin i penat sangat dgn semua yg i lalui since the 1st day i kerja after raya sampai hujung minggu lepas. tertekan jugak kut dgn mcm2 yang timbul. tak pernah habis. ada je benda yg xkena. selain dari tu, mungkin i xcukup balance kan kerja dgn dunia luar. fokus yg melampau pada kerja, pastu xda life after work. mcm dulu2 selalu jugak lepak minum or dinner dgn kawan2. lately ni masing2 sibuk kut. i pun xdalah nak curi masa sape2 utk temankan i. so, bila xbalance aktiviti, stress boleh meningkat. x elok utk kesihatan.

semalam pun i rasa, jiwa i xda pada jasad. realitinya i berada di mana i berada. tapi jiwa i wasn't there. melayang2. i xtau apa yg i fikir. apa yg org ckp pun mcm xberapa nak masuk kepala. tgh drive pun kdg2 kemana2 i melayang. my twin pun blh tegur i, apa yg xkena dgn i. mcm lost dan bukan betul2 diri i.. sorry beb! i xtau kenapa.

mungkin org akan cakap, apalah Nadia ni, biasalah tu kerja. tapi yelah, kerja pun kerja jugak. kalau rasa dah betul2 exhausted, xboleh jadi diri yg optimum, better take a break. karang dipaksa buat jugak semua tu, diri sendiri yg sakit. mcm2 penyakit boleh serang. feel sorry to myself sebab i memang xboleh terima kalau i kena tegur sbb buat tindakan bodoh. sebelum i kena tegur dan i rasa diri ialah sgt x guna, better i rehat. dan i rasa satu2nya tindakan paling bijak yg i buat minggu ni ialah memilih utk bercuti kat rumah.

sepanjang 3 hari ni, i nak cari balik keterujaan i pada kerja. sesuatu yg buat i rasa nak bagi yang terbaik.. buat i rasa ingin tahu, ingin buat dgn proses yang betul, ingin jadi lebih baik. i harap bila i masuk kerja isnin ni, i sangat2 impress dgn kerja2 yg i tinggalkan. dgn isu2 yang bakal i hadapi. i sgt berharap semangat i kembali mcm dulu. i mau jadi Nadia yang dulu, yg obses dgn kerja dan sikap ingin tahu serta sikap berada di landasan yg tepat. i xmau jadi Nadia yang buat kerja cincai je. i mau jadi Nadia yang sentiasa bersemangat dan sentiasa percaya ada harapan pada setiap usaha yang dilakukan. i mau jadi Nadia yang percaya pada kemampuan diri dan bersedia menyelesaikan segala masalah.

so people, doakan yang terbaik utk i OK!!

inilah diriku : Nadia.Yusof

mode MALAS

salam....

minggu yang sgt amat MALAS dan takde MOOD... serius sgt MALAS. nak pergi kerja pagi2 pun xsemangat. orang kata, kalau dah mula rasa malas nak pergi kerja tu tanda2 yg bahaya. oh NO! i Love my job... cuma xda semangat je. selalunya OK!

kenapa mcm xda semangat eh? okeyh, jom kupas alasan satu persatu. hurm...

1) sbb dah dekat sebulan fokus sgt pada kerja, xfikir benda lain dah. weekend pun penuh rela pergi pejabat siapkan kerja. 6 hari seminggu menyerahkan jiwa dan raga pada semua reports dan kerja2 yang bertimbun penuh meja.

2) sbb menumpukan sgt pada kerja, bila keluar bersuka ria di hujung minggu lepas rasa macam heaven.. hohoh... mcm lepas segala beban walaupun byk lagi yang menanti. dah tu 2 hari berjalan2 je, tgk wayang & open houses... masuk ofis isnin tu mcm xda mood yang amat. mcm mmg xnak gi ofis pagi2..

3) most of interesting & new issue dah setel.. sekarang dah masuk part yg bosan.. price variance!! waa, sumpah malas nak buat terutamanya di saat2 x bersemangat mcm ni. tapi sebenarnya dah berjaya habiskan 80% petang tadi.. yeay2!

4) terlalu fikir next week dah start Reconciliation. pastu mcm cuak sbb dgr banyak sgt psiko2 tentang ke'tension'an buat Reconciliation. sgt risau kalau xberjaya justify everything!

5) dah hampir sebulan xberkesempatan berehat sepenuh hati dan sepenuh hari. maksudnya ada saja perkara yang perlu dilakukan setiap hujung minggu setelah kepenatan bekerja di hari biasa. weekend: kalau xpergi pejabat, mesti ada open house. xpun ada je appointment2 yang perlu dipenuhi. ceh bajet penting pulak byk sgt appointment! so, badan mcm dah memberi signal2 tolonglah bagi ktorang rehat. ktorang penat nak layan kehendak hati dan akal.

akhirnya, setelah memikirkan dan mempertimbangkan pelbagai faktor, i decide gunakan annual leave walaupun sebenarnya syg amat sangat nak guna. nak cuti December nnt.. xpelah, pasrah demi mengembalikan semula semangat dan fokus pada kerja. ye lah, next week dah start Recon. saya perlu benar2 bertenaga dan bersemangat utk memastikan kami berjaya menyiapkannya dalam timeline yg diberi. dan sebagai org yang pertama kali nak buat, saya perlu ada sedikit rasa teruja. supaya saya boleh bekerja dan berfikir secara optimum. sekarang ni flat abes dah perasaan kerja. huhuhu.. maksudnya, time for RECHARGING!!!

so, this Friday.. i nak tidur puas2, kemas rumah, beli barang dapur, ber'internet' dan melakukan aktiviti2 rutin yg dah lama x dibuat gara2 kesibukan memenuhi jadual harian. tapi, esok masih KERJA wahai nadia!!! sila shut down Lenny sekarang dan berehat!

inilah diriku : Nadia.Yusof

kaki saya sakit~

salam...

ketemu lagi di hari ini. dah jadi habit pulak setiap hari update blog. cerita masih berkisarkan subjek yg sama.. KERJA KERJA dan KERJA. ye lah, setiap hari pun ini sajalah yang di buat. 8 pagi - 8 malam semuanya didambakan utk KERJA. balik kerja dah penat, apalagi.. membebel la disini lepas tu tidur, rutin sama berulang lagi esok. what a life!

kaki saya sakit sangat, mata saya dah mengantuk tak terhingga, tapi hati saya tetap berkeras nak update blog. mcm yang sangkakan semalam, hari ni xkan jadi semudah dan sesenang yang saya harapkan. pagi-pagi lagi dah diganggu sehingga petang menjelang. kerja saya semuanya tertangguh. email pun sempat antar 3 je kut, itu pun sebab nak order parts. keseluruhan hari, saya BERJALAN! bukan berjalan-jalan, tapi berjalan naik turun ofis, keluar masuk warehouse. kaki saya sangat penat ini!!!!! tulang temulang minta rehat. pukul 6 petang baru saya berkesempatan menjenguk tugasan saya. melayan karenah orang2 dari branches, minta itu ini. karenah staf2 yang mcm2.. permintaan2 yang diluar bidang tugas saya. aduh, saya mohon diberi kesempatan utk bernafas. semua ini hanya apabila bos saya bercuti / tiada di pejabat.

hari ini saya menyedari, saya mampu bekerjasama dgn baik dgn another exec. semuanya bermula dgn satu peluang, selama ini saya kurang yakin dgn dia. tapi dgn memberinya satu peluang utk meyakinkan saya, saya mula pasti, saya senang bekerjasama dgn dia. kami sebenarnya boleh berbincang. sesuatu yang selama ini kurang kami amalkan. masing2 dgn gaya kerja tersendiri. atau mungkin saya sudah mula bijak bergaul dgn mereka yg telah berusia? clap clap.. haha.

saya ada sesuatu yang sgt tak puas hati!!! tapi mata saya sgt mengantuk. saya sgt mahu tidur. insya ALLAH, nanti saya kongsikan apa yg saya xpuas hati dalam next blog. till then, keep reading. JOM TIDUR!

inilah diriku : Nadia.Yusof

surat kemaafan utk lisa~

salam,

mau minta kemaafan yang tak terhingga buat LISA yang sudi membelek blog buruk ini tapi tak aku sedari. maaf ikhlas dari hati terdalam, cik Lisa sayang. seingat aku, aku publish address blog ni kat FB, tapi kau kan xda FB.. cmana kau dapat address ni eh? mungkin aku ada publish kat FS, terlupa kut! banyak ke yang kau xtau? dah banyak kut yang aku cerita... tapi soal hati ke, admirer ke, cintan-cintun ke.. memang la xda. xda yang menarik kut utk dikongsi. dunia aku adalah 80% berkaitan kerja... dan kerja aku bukan bidang yang digemari oleh kaum wanita... so, nak cerita lebih2 pun takut korang boring.. baik kita dgr cerita cinta korang yang pelbagai itu.. hehe, boleh jugak aku jadikan panduan.. tapi kalau kau tak kisah nak dgr cerita buruk dari aku, jemput2 lah ke blog ini. segalanya aku kongsi kat sini. suka duka, cuma mungkin ada sesetengah yang xsesuai di siarkan, kalau berkesempatan aku ceritakan bila kita ketemu, okeyh!!! so, jadi x nak dtg shopping barang tunang kat KL ni? me waiting k! owh ya, aku juga sayang gila sama kamu...

hari ni hari yang dijangka utk bincang pasal teamwork & co-op tu dgn staff.. Alhamdulillah, that exec dah buka mulut and advice pasal topik tu. so, me hanya senyum dan bersyukur xpayah buat intro. kami sama-sama berharap setiap seorang dari mereka akan berubah dan menyedari peranan serta tanggungjawab masing2 bagi meningkatkan kualiti pasukan kami. hari ni jugak dah masuk sorang lagi staf baru. 25 tahun. masa awal-awal dia masuk, noticed that muka dia macam keliru bila pandang aku.. haha, sesiapa pun akan keliru kut dgn peranan aku satu2nya perempuan di kalangan para lelaki. tapi bila dah introduce diri, dia nampak faham dgn situasi. btw, welcome to parts warehouse KV, en ZUL.

lunch hour berjaya kidnap KALUT. hahahha... lama gila x borak dan bertukar cerita. so dah dapat peluang, panjang la ktorang bergebang. seronok2! rindu ngan MT5... eh, tadi dapat invitation utk BBQ dari MT6. wah, finally ada jugak. actually ini macam tradisi MT's kat SDI. masa our time, ktorng buat perhimpunan MT alaf baru terbesar kut. dari MT1-MT5 berkumpul last year, plus all the managers & directors. memang ramai dan meriah. tahun ni nampaknya dah kembali kepada tradisi biasa, junior invite senior je. super duper senior semua x di jemput. xpela, at least tradisi tu x dilupakan. kami dulu memang suka berkawan dan kenal orang. kebetulan MT's dari CEL pun ada. alang2 nak jemput ramai, buat je la besar-besaran. MT6 BBQ on 25th Oct - i'll be there.

owh ya, semalam beria update blog kan? sampai kul 7.30 malam. the minute i taip inilah diriku:Nadia Yusof tu, boss pun gerak balik. later, he called me utk mintak switch off lampu kaki lima. i pun oklah and mengemas utk pulang.. 10 minutes later, dia call balik and suruh i balik. dia kata bahaya kat ofis sorang2.. nnt ada yang menyapa. dan2 tu jugakla rasa seram sejuk. waa, ketakutan. i memang dah ready nak balik.. terus la cabut. petang ni, belum pukul 7 i dah blah dulu. seram pulak nak stay back lama2.. masalahnya byk lagi nak settle. system down dari pukul 11pg sampai 5 ptg. sepanjang waktu tu, i hanya buat kerja2 yang xlibatkan system. so, semua kerja yang berkaitan system dah delay.. waaa! esok dah Jumaat. sempat ke nak siapkan. Sabtu cuti Deepavali, x kan nak dtg kerja.. okeyh, i nak gi tgk Papadom sabtu ni!!! x mau kerja! huhuhu. semoga tiada yang megganggu utk kusiapkan beberapa report lagi di esok hari. tapi esok boss cuti, pasti banyak isu2 yang bakal mengganggu. haih!

panjang sangat ke blog hari ni? xpela, nnt lama lagi la i nak update blog sbb nak hantar Lenny to Puden. beliau nak install software2 utk buat DLMS. waaa,, itu satu lagi. part of KPI yang perlu diselesaikan by February 2010. xpe, one step at a time. still ada masa. maybe in Dec nak amek cuti for 1 week, balik bercuti kat kampung sambil menyiapkan DLMS.

wanna sign off now! nak hantar Lenny pada Puden dah. behave ok Lenny...

inilah diriku : Nadia.Yusof

~jom kita bekerja bersama

salam,

suka pulak menulis di ofis dalam keheningan sendirian. cewah! tapi hari ni ada boss. xpe, dia diam2 kat bilik dia je. sunyi sepi jugak ofis ni. time2 mcm ni la seronok pulak melayan blog. eh, tetiba ter'rajin' pulak tiap2 hari update blog. actually baru je attached dgn 'LENNY' - nama yg diberi oleh puden. selalu bawak Lenny ke mana-mana, so senang la nak update anytime.


pagi tadi, seperti yang dijangkakan isu teamwork & co-operation xkan berhenti mcm tu je. and as feedback from his email smlm, ktorang ada meeting hari ni. aku xnak ckp banyak, sbb aku tau dalam meeting tu jugak ada otai2 lama. kalau aku cakap A, dia akan pusing jadi B. end up, isu utama xjugak habis di perbincangkan. diorg hanya mengaitkan isu2 lain utk elak diri. aku tahu situasi ni akan terjadi, bukan sekali dua aku tanya pendapat diorg. dah banyak kali, tapi akhirnya masing2 cuba nak selamatkan diri. bukan nak selesaikan masalah yg timbul. after meeting tadi, kena brainwash sket. hahhaa.. okla, bukanla brainwash pun. tapi sedikit nasihat dari senior. dia pinta aku dan another exec discuss pasal teamwork & co-operation ni time morning briefing esok. aku yakin dan pasti, that exec takkan buka mulut pun. ok, wild judgement. tapi kalau ikut pengalaman2 lepas, dia xkan buat punya. sebagai persediaan, aku kenalah bersiap sedia apa yg patut. susun ayat elok2 dan cantik2.. :) supaya xnampak mcm LADY BOSS sgt esok. kalau mcm LADY GAGA ok jugak! waiceh.

Kepala dah pusing lagi. LAPAR. tadi malas nak keluar lunch sorang2. baru realize, aku xramai kawan utk temankan makan tgh hari di SDI ni rupanya. asyik bergantung pada org yang sama je. bila org tu xda, atau ada hal lain, dah hilang arah. what to do, aku ni kan demanding. kalau x selesa dgn seseorang, susah sket nak santai2 ni. kalau formal lain la ceritanya. masalah betul la kau ni NADIA. setelah 2 bulan xjenguk Backorder Report by Customer Number, hari ni curi masa sket. tu pun sbb dah sakit jiwa dgn CCM Hose Project yang bukan main byk masalah. utk tenangkan fikiran, kita cari masalah lain ok. Tak boleh nak tinggalkan terus masalah kerja hanya kerana stress, sbb dosa tau curi waktu kerja utk buat benda lain. Kitakan di bayar utk bekerja pada waktu bekerja. Kalau terkena kerja di luar waktu bekerja tu, nak buat cmana. Kerja swasta, mmg la mcm ni. Nak relax pergi Government la. Tu pun xberapa relax kut. Back to report, ALHAMDULILLAH, xdala banyak sgt walaupun dah lama x check. On June hari tu lagi banyak kut.


Plan nak gi service Lucas hari ni cancel. Ada 40km lagi sblm reach 5k. Maybe esok petang reach kut. Postpone pergi service esok je la, after work. Dah rasa xbest jugak enjin tu lepas balik dari Kelantan raya hari tu. Jalan jauh kut. Lucas kan manja lagi, tapi speeding xhengat dunia.hehe.. hari tu Mamu suruh try test sampai 160kmph, hahah. Belum berani la Mamu. bukan Lucas yg takut, owner Lucas yang penakut nak drive selaju itu. hehe..

k la, gonna stop now. dah 7.34pm. Nak balik..

inilah diriku: Nadia.Yusof

gadis hebat~

salam,

sekarang 6.07pm. and still, lepak2 dekat office. merehatkan minda selepas pencarian lokasi spare part. sepatutnya di hantar ke Keningau, hantar ke Kuching. sepatut sampai ke Kuching, dah dapat kat Keningau pulak. kadang2 naik muak dgn segala komplen mcm ni. malu jugak dgn branches, seolah2 Puchong buat kerja ala kadar je. masa reply email to branches tadi, kata maaf tu betul2 buat aku malu sendiri. kenapalah perkara sama asyik berulang. ya, aku harus kembali kepada hukum alam, tiada manusia yang sempurna. pun begitu, sekurang-kurangnya pastikanlah ia tak berulang lagi.

hari ni terima email pasal teamwork and co-operation. dah lama aku sedar keadaan ini, tapi dalam kesibukan terlupa apa yg patut diperbetulkan. sehingga diperingatkan kembali. nampaknya, harus memikirkan suatu usaha utk membaiki keadaan ini. sekali lagi, harapan dia aku perkecaikan. maafkan saya. ini pun salah satu faktor utk masalah di atas. kalau semua org bekerjasama, peratusan kesilapan mungkin dapat dikurangkan.

tadi aku melihat seorang gadis muda bertudung memakai safety boot di counter sales. dia sedang berurusan dgn Baharin berkenaan jual beli spare part. sambil2 tunggu Amira utk keluar lunch, aku perhatikan gelagat dia. dari cara dia menerangkan parts yg diingini sehingga apa yg rosak, memberikan aku satu persepsi bahawa dia tahu apa itu heavy equipment. dia tahu fungsi spare part, kerosakan yg dialami, dan apa yg perlu diperbetulkan. mungkin dia bekerja di site. dia buat aku kagum. kerjayanya mungkin lebih mencabar berbanding aku. bukan sahaja perlu berhadapan dgn pelbagai karenah lelaki, tetapi juga pelbagai karenah machine. hurm, superwoman.

hurm, sambung sikit lagi on CCM Hose. then usha2 Backorder Analysis.. mau pulang!! malam ni mau menari sama Tari Tirana.


p/s: Disya, aku bangga kau baca apa yang aku tulis. Cukup utk buat kau tau byk pasal aku. Btw, dunia aku hanya KERJA. So, cerita pun pastilah hanya kerja... tak perlu rasa tak berguna if tak tau byk pasal aku. :)


inilah diriku : Nadia.Yusof

waktu yang ku punya~

salam,

Terlalu banyak yang ingin ditulis.. Tapi akhirnya masuk draft box je.. semua x publish sebab tulis separuh, xda ending dan malas nak sambung. End up dgn "Save As Draft" klik.

Hari ni, still hari yang penat. Balik dari ofis, around 7.15pm. Sampai bila nak mcm ni, bulan dah meninggi baru nak keluar pejabat. Itu pun paksa rela, sbb kalau di paksa lagi diri, aku akan berakhir dgn tinggal tulang sahaja. Kepala asyik berdenyut setiap kali balik kerja. Too many things to think. His expectation towards me.. most important my expectation towards my performance. Kdg2 rasa overload, tapi kdg2 rasa ini peluang utk buktikan kemampuan diri. Kenapa? Sbb aku perempuan.. dikelilingi oleh lelaki yang mungkin punya pelbagai persepsi akan kemampuan diri aku. Jujur, aku bukan leader yang baik & telus. Bukan juga Manager yang sempurna. Tapi aku berusaha utk memuaskan hati semua di sekeliling, mengharapkan mereka memahami peranan yg sedang aku pikul. Kadang tak tergalas. Kadang seakan sgt tercabar. Kadang sgt tertekan. Kdg ingin saja lari dari segala yang aku lalui. Tapi aku cepat sedar, aku berada di sini kerana aku mampu. Aku harus yakin dan terus bersedia dgn segala cabaran yang bakal menjelma. Ya, dia akan sentiasa ada utk membantu & menunjuk jalan. Namun, aku xharus terus bergantung harap pada dia. Satu hari nanti, aku akan terbang sendiri melakukan apa yang sedang dia lakukan pada aku sekarang. Yes, dia jadi idola aku dalam bidang ini. Okeyh, kalau dia tahu dia ialah org yang sedang diperkatakan, dia akan tersenyum lebar. Yes, it's you BOSS. Thanx for guiding me. I'm eager with Parts Reconciliation and CCM Hose project. Hope to finish it in peace.. :)


Loneliness knows me by name. Dalam kesibukan rutin harian, seakan ingin punya seseorang utk diluahkan kepenatan. Tapi hati tetap hati. Masih sangsi dgn segala mabuk kepayang,cinta manusia yang xpasti. Zam kata hati aku hati batu, aku nafikan. Ia memang keras, tapi bukan kerana ia batu. Hanya kerana aku jadikan ia keras. Supaya aku tak lagi sewenang-wenangnya mencintai lelaki yang salah. Supaya hati ini xlagi sewenang-wenangnya mempercayai perasaan palsu yang wujud. Supaya aku mampu bezakan sayang seorang teman dan kasih seorang kekasih. Jujur, semua yang terjadi di sekeliling buat aku takut dgn komitmen perhubungan lelaki dan perempuan. Terlalu banyak kepalsuan dan "take things for granted". Benar, dalam pahit itu banyak yang indah. Cuma kepahitan itu yang lebih banyak dihadapkan kepadaku. Biarlah waktu yang memujuk hati utk belajar menelan kepahitan dan menikmati keindahan. Sehingga waktu itu, aku akan terus bersendiri mencari kepuasan peribadi... kerjaya mungkin. Sehingga waktu itu juga, biarlah UMI terus memjadi pendengar setia segala rintihan dan bebelanku.


And for F, I'm really sorry for still cannot trust you after 6 years of waiting. We are totally different and believe me, if you know how i live my life,u will not wait for me. Maaf, saya terpaksa berkasar hanya utk memastikan awak tak terus membuang masa. Take ur time and come back to me whenever u feel like u can sayang me just as a friend.


For Disya, it's not that i'm hiding my boyfriend. The fact is NIL. So, jgn merajuk2 ok! I'll let u know if I have one.


For Zam, me xdala kecil hati beria dgn kau. Tapi sedikit terasa. :) ... U filled my days before and suddenly leave without news. Unfair game ok! Saja buat2 garang, nak kasi kau cuak sket. Somehow, ur still one of my trusted friend. No worries, just come back here and tell me everything happened last 2 months ok. And "Bangi Kopitiam" will do.. :P


For my dear sis, G. I know u mad at me.. But trust me, masa tu i was lost in my emotion. Too tired & unstable emotion. And u know me from the beginning, a sister who always think that she is right. Deep from my heart, forgive me sis. Xmau merajuk2 lagi ok, nanti awak yang tak tenang nak exam.


Finally Ijan, u know i miss you. And my prayer is always with you. Do your best and thanx for making our dream comes true.. Promise, I'll do next year.. Insya ALLAH.


*********sekian lama mencari waktu utk menulis dan menjadi sedikit emosi***********

inilah diriku : Nadia.Yusof
Related Posts with Thumbnails