niteflite made me fly~

salam...

cewah2...
konon nak cerita pasal bday yg ke 24 yg indah itu.
eh, dah 24 tahun ke?
tua sudah.. isk2..
saya masih remaja terkini.
bukan remaja purba ye.. ahaks.

tapi sebelum segala keindahan hari jadi itu,
yeahh... i ada satu pengalaman yang agak membawa i ke awan biru.
owh, nadia sedang berpoyo-poyoan.

okeyh2.. on 22nd november ada radio fest at tapak bazarena shah alam.
area Giant section 13... few weeks before my sis dah bgtau i pasal event ni.
tapi i xda pulak dgr promotion kat radio. so i buat xtau je la.
xdala beria pun..
pastu my sis mcm berpesan if sempat pergi la jenguk sana..
usha2 sape yg ada.

kebetulan di hari kejadian, i ada kawan nak temankan merayap.
apalagi, sambil2 nak pergi Giant tu.. singgah la kejap.
macam x happening je.. tapi sbb Aizat baru nak start nyanyi, ktorang lepak jugak la.
nampak ramai gak la announcer2 aka DJ2 radio yg dikenali.
spt :

AG, Kiran and Ikhwan fromHotFM
Naim & Tuah from SuriaFM
Reza from ERAFM
Seelan Paul

ada DJ2 dari radio station lain jugak.. ramai
THR, MIX, One, My, Hitz etc
tapi... SORRY, i xkenal diorg.
hehehe

sempat la we all gi usha si Tuah Zulkarnain dari Suria FM sbb nampak dia duk lepak2 sempoi je kat tepi stage tu...


TAPI..........

i nampak HAFIZ & BASIL from FLY FM
i jarang dgr show diorg.. selalu dgr Pagi Crew je.. sbb ada Nadia.. kehkeh.

tapi since my sister insist nak gambar dia.. then i beranikan diri jugak.
mula2 jauh dari pagar tempat diorg berkumpul.
makin lama makin dekat..
bila berpeluang (dia duk rancak bergebang dgn member2), i panggil je dia.
wa rasa malu gak beb... hahha.. poyo dowh nak panggil2 camtu.
if dia kenal wa, xpe jugak.
tapi ye la, usha lama2 nampak dia hensem.. wa beranikan aje la.. oppss.. hehe

sesi usha dari jauh...

mula2 dia macam pemalu yg amat.. segan segala la konon..
sbnrnya?... jgn percaya dia pemalu..
hahhaa
okla2.. dia sgt naughty and nakal walaupun pemalu.
obvious kut awal2 tu dia nampak malu.
siap ajak basil join sekali sbb segan.
seb baik i kenal basil.. haha.. sbnrnya main agak je.
lu org ingat penting ke nak kenal announcer2 sekalian ni.
nak dgr radio pun xsempat. huh.
si hafiz ni pun i kenal sebab my sis gilakan dia.
si basil lak i bajet2 agak la sbb nampak rapat dgn hafiz.

ni gambar pertama yg kononnya malu2 tu..

Basil,Hafiz, Suria & I..
masih mengawal kemachoan

pastu i snap pix berdua dgn hafiz..
requested by my sis.. eh ye ke?
owh sebenarnya i saja nak kasi my sis kerugian sbb balik kg awal.
kalau xbalik kg lagi, blh ikut i jumpa hafiz.. hahaha

opss, sorry! me melted la hafiz.
masih juga mengawal kemachoan

mungkin dah rasa selesa, hafiz dah start buat lawak.
"next pix for ur mother is it?"
pastu dah merepek and merapu ntah pebenda.

Hafiz & I with Basil & Ain
mula menunjukkan sikap sebenar

after that, my sis missed call.. i called her and let her know how nice hafiz n basil were.
i bagitau dia, if nak cakap dgn hafiz pun boleh.. hafiz dpn i je.. haha. memang pun.
tapi masa tu hafiz sedang membelakangkan i..
maybe dia dgr kut i cakap mcm tu dgn my sis and pusing belakang mintak fon.
before that i dah bgtau hafiz how crazy my sis towards him.
omg, hafiz talked to my sis using my hp..
mmg confirm my sis xtidur malam dapat bercakap dgn hafiz personally.
boleh tahan lama jugak la diorg bergayut. dah la bising.
i lepak je la tggu diorg borak.. i dgr diorg ada sebut pasal Chelsea.
ces, sempat lagi bercerita pasal bola.


gelagat Hafiz Hatim bersembang dgn my sis, Ajie.
bising kat belakang tu, cakap pun bisik2..

after about 10mins, hafiz pulangkan my fon.
TAPI... bukan terus blah..
KAMI duk bersembang kat situ pulak.
HAFIZ, BASIL & ME.
boleh tah
an lama gak..
borak pasal my sis yg selalu register utk event niteflite
tapi bila dah terpilih, i pulak yg kena rep dia.
last time utk 24hours main PS2 tu..
tapi masa tu i pergi, tgk ramai sgt lelaki.. i cabut pergi shopping kat The Curve.
hahhaha.. xkuasa nak layan PS2.. bukan reti pun.
after all, memang best gila borak dgn 2 mamat sengal ini.
xsangka diorg friendly macam tu.
thanx to my dear friends ain and oya yang menunggu dgn sabar petang itu.

sgt gembira ya kamu...
siap bercerita pada umi lagi.

to my sis, i thot u should give me bday gift.
tapi terbalik pulak.. i bagi u kenangan indah tak ternilai kan?
apa pun ia juga indah utk i..

thanx HAFIZ HATIM & BASIL JOSEPH!!

p/s: Hafiz, that day u ada save my fon no kan? what happen to our plan?

inilah diriku : Nadia.Yusof

dia mengharukan saya~

salam,

Ya, dia sangat mengharukan saya!!!
Dan sayang saya padanya terlebih-lebih..
Saya tak sempurna, terlalu banyak celanya..
Tapi di matanya, saya begitu sempurna.
Benar, dia terlalu mengharukan saya..
Sehingga ingin berlari mendapatkannya dan memeluk erat
Waktu suka mahu duka.. dia sentiasa bersama..
Kerana dia dan saya ditakdirkan bersama,
Walau langkah kami berbeza.

D.I.A.K.E.S.A.Y.A.N.G.A.N.S.A.Y.A

Sokong dia, bangga dengannya..

proud of u sayang.

inilah diriku : Nadia.Yusof

~banjir yang besh.......!!!

salam,

teruja neyh~ umi call update status banjir kat kampung almost every day. mcm nak nanges sbb x berpeluang nak main banjir kali ni... sibuk jer kan.. org lain nangis sbb rumah barang semua tenggelam air.. yang aku ni nanges sbb xdapat main banjir.

abes tu, nak buat camana. saya ni anak kampung yang membesar dgn acara tahunan ini. mcm xsah kalau x main banjir setahun sekali (dah mcm raya pulak).. dulu masa kecik2 jarang banjir besar. sekadar Sg Golok melimpah dan mmg dah spot tempat air tu akan pergi. tiap2 tahun, kat situ je la banjir. rumah-rumah yang kena banjir tu pun x terjejas / teruk sgt. tapi still banjir tu akan memenuhi jalan raya kat kg sebelah iaitu Kg Siram. port ktorang main banjir ialah kat jalan raya dkt sekolah agama. kiri kanan jalan tu ialah sawah padi (kalau waktu banjir mmg xda rupa sawah padi lol... dah mcm tasik).. ada pusaran air (yg boleh melemaskan kalau terpusar disini), tapi kami ni main kat atas jalan raya. waktu2 ni, jalan raya mmg ditutup dari kenderaan ringan. so boleh bermain banjir dgn best.. time banjir je, mesti nak gi tidur umah atuk n nenek dgn adik beradik & sepupu2 lain.. pastu pagi je bangun tidur, berlari2 pergi dapur usha banjir belakang rumah.. kalau air dah penuh xnampak lalang sibuk pergi kejutkan semua orang and paksa atuk bawak ktorg gi main air.. kehkeh.. akan di cari air sampai jumpa.. kdg2 kecewa bila air xnaik atas jalan lagi.. time ni, paksa atuk pergi semua port2 yg senang nak banjir.. tapi kalau port tu jarang pergi, atuk xkasi main kat situ.. time ni sumer bodek atuk, cucikan kereta atuk... ktorang bawak bekas berjaring n botol nak tangkap ikan.. kat tepi jalan (jalan kampung) selalunya tinggi skit dari tanah merah, kat situla ktorg tadah bekas jaring tu.. bila semua dah lencun n gigil kesejukan, time ni la baru terasa lapar.. haha.. part ni best, mesti bising kena bebel ngan atuk sbb basahkan kusyen kereta esp if ktorang x bawak bekalan seperti kertas surat khabar, tuala dan plastik lapik duduk.. akhirnya ktorang kena la berdiri je sepanjang balik sambil menggigil kesejukan. best giler kenangan ni!!!! budak2 nakal yang sentiasa bersama di waktu kecil ini ialah my sibs.. Ajie & Pa plus my cousins.. Elhamie, Elhafie n Ezahin. rindu seyh...!

tapi sekarang keadaan dah lain. ktorang pun dah makin dewasa. kalau main banjir pun xdala melencun satu badan.. takat paha kebawah je.. kalau mcm excited terlebih adalah pinggang ke bawah. hehe.. sbb skrg banjir mcm tiap2 tahun besar. dulu kala, banjir biasanya di kg sebelah sahaja.. sekarang ni, tiap2 tahun kg saya banjir. dulu, nak pergi pusat pemindahan banjir iaitu Sek keb Kedai Tanjung xpernah la kena berperahu /berbot enjin, tapi sekarang boleh lemas lau xguna bot / perahu. rumah nenek pun kena banjir tahun lepas. sbb xnak basah, naik perahu gi umah nenek... hehe. lagi satu pasal banjir skrg, bila banjir je mesti lama rumah saya penuh dgn kereta2 org tumpang parking.. hoho.. dah mcm penjual kereta terpakai.. kehkeh.. oh ya, rumah saya di tengah sawah, tapi agak tinggi dari tanah sawah.. so, xkenala banjir.. cuma nampak ala2 pulau. setiap petang, kalau cuaca baik atau hujan renyai2, kg saya akan jadi mcm pesta. lagi masyuk dari Pesta Kaamatan, Pesta Kuih Bulan ataupun Pesta Malam Muda Mudi.. orang dari serata pelusuk Pasir Mas akan dtg sebab nak tgk banjir / menikmati suasana banjir yg setahun sekali ni.. dah mcm raya dah!


pixie2 banjir tahun lepas:

anak-anak dara UMI main banjir weh..


rumah nenda.. how to get there without wet??


berperahu.. air takda la sedalam mana pun. hehe

pesta air kampungku!!


owh, saya sgt menanti peluang nak main banjir lagi.. tapi sgt terikat dgn masa dan komitmen lain. biarlah org nak cakap saya pentingkan diri sendiri sbb tak fikirkan nasib org yang menjadi mangsa banjir.. tapi kami bangga sbb bencana sebegini sebenarnya mengeratkan lagi ikatan ukhwah antara warga kampung kami sbb kami saling membantu.. apa yang penting? KERJASAMA.. x percaya? setiap malam di musim banjir sebegini ayah dan adik2 lelaki saya standby je utk beri bantuan terutamanya rumah saudara mara yg berpotensi utk ditenggelami.



banjir banjir dan air air sekalian, sila tunggu saya pulang raya haji ini... mau ketemu kamu!

inilah diriku : Nadia.Yusof

~hati yang berbagi...

ini ialah tulisan dan luahan yg ditulis di hari Isnin, 2 November 2009.. tapi save kat My Document je sebab broadband problem... harap maklum


Salam,


Serious don’t know how to start this blog! My feeling is in the middle. Happy & Sad.


Pagi tadi, dalam kelam kabut training for internal audit, di panggil utk jmpa big boss (not my boss or the biggest bos) in head office. Sumpah terperanjat dgn soalan dan perkhabaran yg dinyatakan. I tau perkara ni akan terjadi, but I don’t expect this soon. And the place that he talked about is really out of my imagination.


At first, I was excited with the news. Nervous yet impress for new challenge. I keep telling myself that this is part of career improvement. Utk berdikari dan terbang sendiri, di satu bumi yg suatu masa dulu pernah I jejaki. Paling penting utk berdiri atas kaki I sendiri, bukan lagi bergantung penuh pada my mentor. Belajar bagaimana sepatutnya sesebuah branch itu beroperasi. It’s time to tune myself to something I looked forward for a long time ago. Masa utk I bangkit dari keselesaan yg sedang I nikmati di KV skrg.


Tapi sekarang, perasaan I berbelah bagi. Sbb bila I tersedar yg dunia I akan berubah lepas ni, I jadi takut. Takut utk terbang sendiri, takut utk kembali ke bumi yg secara tak langsung pernah beri kepahitan dalam hidup I, takut utk berdikari dan mendepani dunia baru. I jugak sedih… Sedih utk meninggalkan semua yg I ada di sini, sedih utk mengetahui yg kawan2 I semuanya di KV, sedih utk mengakui yg I akan makin jauh secara jarak dari kawan2 rapat I, sedih utk melepaskan semua keseronokan dan kegembiraan yg I nikmati di Shah Alam, sedih utk mengetahui yg… tempat baru punya semua keseronokan yg ada di sini, tapi I xda kawan utk temankan I !!! Paling I terkilan, perancangan dan janji utk sambung belajar next year terpaksa ditangguhkan lagi. Sumpah yg ni sgt terkilan… tak tau berapa lama lagi akan I tangguhkan dan I takut janji I yg satu ni termungkir secara tidak sengaja.


Sekarang, I seakan dalam dilema… Secara dasarnya I dah bg jawapan YA.. Cuma tggu arahan rasmi sahaja. Dan dalam bayangan I sekarang ini hanyalah, how I will live my life there????????????

p/s : hope that, masa yang tinggal dapat I spend dgn berkualiti bersama mereka2 yg akan I rindu nanti!!

Related Posts with Thumbnails