the SWEETEST THING of 2009

salam...

hey, it's 11.30pm on 31st December 2009..
ada 30mins lagi sblm tiba 1st of January 2010.

jom share the SWEETEST thing i ever had this year.
eh, ini xmasuk pasal kerja eh..
ini pasal kehidupan peribadi je.
sweetest thing ada 2 tahun ni..

FIRST - Dating with My Mum @ Sunway Pyramid on 7th December 2009.

Gila sweetest ever la yang ni. 24 tahun hidup, xpernah lagi rasa macam masa spent time dgn UMI sepanjang hari 7 December tu.. cuma kami ber2 ok! ada la sesekali abah ganggu dgn telefon.. sepanjang hari tu ada la dekat 7x abah call.. risau je dia i kidnap wife dia..
okeyh, hari tu Isnin.. i memang cuti sbb nak temankan UMI.
bangun tidur kat rumah Sue, umi dah siapkan breakfast.
Sue & Paksu dah gi ofis. hanya kami berdua.
turun bawah, Umi tgh tido.. malas nak kacau umi, i tgk siri Kasih Tercipta yang Paksu record.
umi bangun tido je, ktorang breakfast sama2..
lepas tu naik bersiap nak keluar shopping pulak...
sepatutnya boleh siap lam 30min pun, dekat sejam baru siap..
sebab ktorang duk berborak sambil makan n bersiap..
masa ni la the best conversation i ever had with mum..
pastu gerak gi Puchong, nak tunjuk umi tmpat aku kerja.
tapi sbb dah lunch hour, so malas nak turun.
terus gerak pergi sunway n SHOPPING time.
aku xsangka boleh Shopping dgn sgt indah dgn umi tanpa adik2 n abah.
mcm shopping dgn kawan2.. umi siap pilihkan handbag utk aku..
ktorang pusing habis 1 sunway pyramid sbb umi nak cari kasut.
akhirnya, umi berjaya mendapatkan 1 pasang kasut and 1 sandal.
dan i pula beli handbag yg umi pilih n sepasang kasut di belanja oleh Umi..
aaauwwww.. i like!
lepas tu solat Zuhur n makan tengah hari at Laksa Shack.

meh nak explain nape ini sgt indah bagi i.
i dapat adik seusia 16 bulan, sejak tu xda maknanya nak manja2 atau bermanja2 dgn umi.
jangan nak gedik, kau bukan anak tunggal.
bila dah dewasa, selalu je keluar dgn umi, tapi xpernah sesempurna ini.
mesti ada adik yang join sekali. and kalau keluar berdua pun selalunya kat kampung halaman. maksudnya setiap kali keluar umi memang dah plan nak buat apa, pergi mana.
so bila kat KL, dia pun xberapa nak expert and takda arah tuju, aku la yg guide.. umi pun ikut je. sumpah xpernah macam ni kalau kat KB / PM..
xtau nak cakap cmana, tapi perasaan aku waktu tu sangat sempurna.
berbual dan bicara aku dgn umi pun semuanya keluar dari hati yang terdalam.
sesungguhnya sesempurna hari yang kulalui di tahun 2009 ini ialah 7th December 2009.


thanx UMI for the greatest memory i ever had this year!


SECOND - Menyulam Cinta bersama LUCAS

Ini memang impian sekian lama. Di tambah pulak penantian selama 3 bulan untuk memilikinya. Dah penat asyik mimpi, akhirnya 27th July 2009.. cintaku and Lucas bersatu.
1st time dapat, memang berhati-hati tak hengat la bawak. Nak speeding pun segan. Tapi skrg, nak gi cuci pun xsempat.. sian Lucas. Speeding tak yah cakap la.. siap dah dapat surat cinta dari pakcik polis sbb melebihi had kelajuan yg ditetapkan. isk2...
Apapun, sulaman cinta selama 5 bulan ini kian memekar.. (",)


tapi Lucas dah tersagat kat bahagian bawah tempat isi petrol sampai kawasan tengah pintu penumpang belakang belah kiri. kena on 28th December 2009 kat seksyen 17, shah alam masa hantar my sis naik bas.. sedih!!!!!


inilah diriku : Nadia.Yusof

kegilaan zaman REMAJA

salam..

phewit2...nak akhiri tahun 2009 dgn kenangan paling manis & pahit.

TAPI..

sebelum tu, tolong teman saya teruja dgn kegilaan saya di zaman remaja..

shane.bryan.mark.nicky.kian

WESTLIFE dowh!!!!

mereka sgt menjadi kegilaan sewaktu ber5.


kian.mark.nicky.shane

bila dah ber4 macam kurang umphh..

tapi.. i remaja dgn lagu2 diorg. dari swear it again & if i let you go sampai lagu2 cover version diorang mcm you raise me up, i'll be loving you forever & when you tell me that you love me. tgk concert diorang boleh nangis2.. siap berangan nak kahwin dgn diorang lagi.. esp Nicky Byrne. hahahha... kelakar bila diingat-ingatkan. sangat kanak2...

masa tu, semua majalah yg ada gmbr diorg mesti beli. CD, Kaset & VCD semua mesti beli. masa tu i tak teruja sorang2.. my sister AJIE lagi gila.. dgr lagu je pun boleh nangis. masa tu kan sekolah lagi, mana ada bajet nak beli2 kaset, cd n vcd ni.. time tu pandai2 la bodek abah nak beli. abah lak sgt supportive sbb nak suh pandai BI.. memang akan beli lah! tapi xsemua gak, so kalau mcm xdapat dari abah, kumpul duit sekolah nak beli semua tu. mmg kumpul la.. tapi sedih, xpernah berkesempatan nak gi showcase diorang kat KL ni. masa tu bukan senang2 nak gi showcase / konsert camni.. mau kena kejar ngan parang dek abah n umi kut, lagipun duk kampung..susahla nak dtg KL semata-mata nak tgk WESTLIFE. kalau showcase tu tayang kat TV, sibuklah ktorang betulkan tape recorder tu nak record konsert. pastu ulang2 tayang, siap boleh hafal step tari diorg.. GILA dowh! xda pulak gila kat BSB camni.
sejak tu jugak, penuh poster WESTLIFE dalam bilik i.. my sis la tu, gila sampai tampal poster. isk2... sampai sekarang poster tu ada.

album WESTLIFE yang paling i suka ialah 2nd album COAST TO COAST yang ada lagu my love, soledad, what makes a man, you make me feel, puzzle of my heart, angel wings etc.. suka2! hafal sampai skrg.. agak2 nak feeling, memang dgr album ni kat kereta. sekarang pun buat lagi. hehe

apasal aku sangat teruja cerita pasal WESTLIFE ni..
waaaaa, tahun ni dah 10 tahun pembabitan mereka dalam bidang ini.
so, ada THE WESTLIFE SHOW bersiaran di TV2 pukul 9.30 - 10.30 malam tadi.
diorang recap lagu2 WESTLIFE yang tertinggi kat carta..
FLYING WITHOUT WINGS jadi juara..
lagu tu memang berhantu kut!
waaaa, perasaan terkini ialah mcm zaman remaja dulu..
I LOVE YOU WESTLIFE!!!!!!!

some pixs from show tadi..
pixie sgt blur sbb snap kat tv je.. kamera hp 2mp je pun.





p/s: korang suka lagu Westlife? yang mana satu?
siapa pulak paling dipuja? ..(",)

inilah diriku : Nadia.Yusof

Yang Tua Di Hormati, Yang Muda...?

salam...

entri emo lagi..

weh apa hal tajuk kemain serius. mcm nak buat karangan utk PMR je.

tak2, tgh bengang dgn seseorang yang menyusahkan hidup aku sepanjang 3, 4 hari ni..

sejak2 bos, Ms Gan n Daisy cuti.... sumpah aku rasa nak pelangkung pc aku kat dia..

ya ALLAH.. apasal la dia ni xpernah fikir yang kerja aku bukan nak layan email n arahan dia semata2.. semua arahan dia, xda yang tak URGENT. belum abes buat satu, dah kasi satu lain. benda yang dia boleh buat pun sibuk nak suruh aku buat. lantak kau la apa kau suruh pun, kalau aku xrasa itu penting dan sgt URGENT utk dept aku, kau buat la sendiri. MALAS NAK LAYAN la PAKCIK TUA!!!!! lagi buat aku xfaham tu, dia pernah jadi boss kat tempat aku kut (bukan current boss ya). takkan xfaham cmana operation dept... AARRGGHHHHH.. memang org tua!

tak masuk part sms n email bos lagi..

damn, aku xsuka semua org cuti!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aku sorang nak cover keje 3 orang...... bila xsempat kaki n tangan mula la nak maki orang.

PENAT DOWH..........................................!!!!! kalau gaji triple takpe gak!

okeyh, bukan berniat nak kurang ajar dgn orang tua.. tapi pakcik sorg ni memang aku xleh blah. sabar tu dah hampir ke limit dah. kalau boss aku, dia wat bodoh je ngan pakcik ni.. dia xpela, sama level.. yang aku ni kuli kutif je wei! agak2 dah tak tertahan kesabaran, abes bond, mamat ni xblah jugak, aku yang BLAH kut. huhuhu.

semua orang, cepat balik OFFICE... AKU dah tak tahan lagi!!!

inilah diriku : Nadia.Yusof

orang kecil~

salam..

lagu tema baru :


ORANG KECIL by WANI ARDY


Hari ini ku lihat awan biru dan hijaunya dedaun
Ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar

Tersesak dalam cita, diuji dan diduga
Namun aku ini hanya orang kecil

Jauhnya cinta, jauhnya bahagia
Lelah gelita, kosongnya jiwa
Ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang
Bersyukur apa ada, ku ‘kan sampai ke sana

Hari ini ku lihat teman ku dan separuhnya bersatu
Ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar

Tersungkur bangun lagi, komplikasi duniawi
Namun aku ini hanya orang kecil


doewh.. sangat suka kerana sangat tepat dgn emosi terkini.

terjumpa lagu ni masa cari kat gratisan muzik.

dah tersuka muzik, cari lirik pulak.

tq to syazwan's weblog for the lyric.

p/s: siapa Wani Ardy? jom kita siasat!

inilah diriku : Nadia.Yusof

sesi terapi hati~

salam...

sebenarnya sedang menyiapkan entri Treasure Hunt.

tapi mcm lama gila xkeluar entri baru.
so skip jap yang tu.
panjang kut entri sbb byk gmbr.
lagipun 1st time pergi Treasure Hunt.
teruja tu over skit. kehkeh..

oppss...
lately jiwa & hati macam bermasalah sket.
tipu.....
masalah banyak.
biasalah perempuan, tgk kawan2 happy bahagia tunang kawen..
mula lah rasa cam rugi gile kan buat bodoh dgn lelaki..
tapi sebenarnya penakut... sampai bila ntah mcm ni.

eh, sbb tu la sesekali kena buat terapi hati & cinta.
wehoooo... hati pun ada terapi.
antara cara terapi hati ialah baca novel cinta.
daaaa... so yesterday.
sangat zaman remaja budak abes SPM layan novel sampai lebam.
apa aku kisah.. story masyuk waa layan je. kata terapi hati.
apalagi, kasi can la hati tu diulit suka duka gembira terluka dgn kisah cinta yang terpapar dan dibentangkan dalam novel.

ini dia novel2 yg dibaca sambil gelak dan menangis..
**blush blush** malu kut baca novel sampai menangis.
gila xda perasaan kalau x menangis.

ANDAI ITU TAKDIRNYA & CINTA KAU DAN AKU

dua2 novel tu karya SITI ROSMIZAH.
novelis ni sebenarnya seorang PEGUAM.
kagum2..
macam mana orang yg bermain dgn fakta boleh berimaginasi.

dua cerita berbeza..
satu berendam air mata
satu lagi dalam tawa ada tangis

tapi persamaan dua2 novel tu:
1) hero mesti nak kaya raya hebat giler anak tan sri ada company sendiri pakai jaguar, ferrari, BMW
2) heroin lak anak org kampung yang cerdik-pandai-cekal-tabah-setia-cintamati yang cantik-cun melecun tak hengat-semua org pandang
3) hero kaki cemburu-ego-kacak terlampau-digilai perempuan-terburu-buru.. asal bengang dgn bini, terus nak ceraikan pastu gila talak.. jeles ada org suka bekas bini dia pun sibuk nak kawen dgn watak sampingan perempuan yang pernah hadir dalam hidup dia sebelum heroin.

banyak lagi persamaan lain.. tapi mcm malas lak nak fikir panjang2.
jom usha sinopsis novel tu satu2..

ANDAI ITU TAKDIRNYA..

ini karya pertama SITI ROSMIZAH.
mula2 baca kat majalah REMAJA je.. tapi diorang xsiar habis satu novel.
sbb xpuas hati baca separuh, beli je la novel tu. sekitar Dec 2008.
novel ni tragis gila. memang nangis sepanjang cerita.
hero Syed Aizril, heroin Aleya, pemusnah cinta Sharifah Emilin.
Aleya diperangkap oleh kawan baik Aizril sampai diorang kawen. awal2 kawen, memang Aizril buli Aleya habis-habisan sbb dia ingat Leya yang perangkap Aizril sbb harta. biasalah mamat hensem kaya mana nak pandang perempuan kampung, walaupun cantik gila. Leya pulak memang ada feeling pada Aizril sejak belajar tapi sebab sedar siapa diri, xdalah nak terhegeh2. perkahwinan diorang xdirestui oleh parents Aizril, lagi perit sbb parents Leya buang Leya terus sbb sangkakan Leya yang bersalah xpandai jaga maruah sampai kena tangkap basah dgn Aizril. Aizril gantung Aleya tak bertali dan biarkan dia yang mengandung sendirian. siap xngaku Aleya mengandung anak dia lagi. tapi bila Aleya dah bersalin and Aizril accident, mama Aizril pujuk Aleya baik semula dgn Aizril. Aleya yang tau dia xkan hidup lama balik semula dgn Aizril demi anaknya, Dania. kat sini baru mula balik part cintan cintun cmana Aizril sedar cintanya pada Leya. dah elok2 bahagia, wujudlah watak seterusnya Lokman yang cintakan Leya. si Aizril yang buta hati ni terus bertindak melulu, kononnya Aleya xpernah cintakan dia.. time ni jugaklah si Sh. Emilin tu masuk daun. klimaks ni memang sadis. nak tau kena baca sendiri...
tapi happy ending.("__________")

" Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dgn onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil"
~ Aleya, Andai Itu TakdirNYA

novel kedua Siti Rosmizah.. CINTA KAU DAN AKU.

novel ni baru keluar tahun ni... tapi my sis baru beli last weekend.
yang ni tak tragis sangat.. tapi lawak gile!!!!
karakter heroin dan kawan2nya sangat kelakar dan best.
hero nama Farish Hakimi, heroin lak Nur Farisya Iman. watak pemusnah cinta lak Suraya.
Farish ni kecewa dgn perempuan lepas Suraya, bekas tunangnya blah masa hari kahwin diorg. dah terjumpa Risya yang comel giler tu terus jatuh cinta. diorang jumpa masa Risya gi mintak kerja jadi driver Farish. diorang kawen atas permintaan mak Risya sbb Farish dah tolong sponsor mak Risya buat pembedahan jantung. mak Risya lak macam blh baca hati Farish, terus offer anak dia. isk2... Farish ni memang sukakan Risya, jatuh cinta pandang pertama. family Farish pun sukakan Risya. kecuali adik kesayangan Farish, Farah Haleeda. asyik duk cucuk nak satukan kembali Farish dgn Suraya. sbnrnya Farah xpuas hati, bekas tunangnya Zulhaimi putuskan pertunangan diorg sbb dah jatuh cinta dgn Risya. Farah n Suraya buat mcm2 nak pisahkan Risya and Rish. sampai Rish and Risya terperangkap dalam rancangan jahat serigala jadian 2 org tu. diorang siap bercerai lagi.. tapi endingnya haruslah happy siap dapat anak lagi. tapi Risya tetap Risya, kelakar comel dan disenangi. nak tau? dapatkan di pasaran.

both novels... berbaloi2.

moral of both stories : jangan takut dgn cinta. kalau xcuba, mana nak tau perit dan bahagianya. seteruk mana pun kita jatuh, selagi percaya dan yakin dgn cinta yang wujud dalam hati, kita akan tetap bangun dan terus melangkah. kerana, cinta itu anugerahNYA yang terindah.

p/s: cakap bolehla kau Nadia.. realitinya?

inilah diriku : Nadia.Yusof

x faham~

salam,

masih lagi entri emo.

i sgt xfaham dgn org tua, okey salah, org yg lebih byk pengalaman.
xkisahla lelaki ke perempuan.

kenapa xpernah bersyukur dan puas hati dgn apa yang ada?
kenapa xpernah serik dgn apa yg berlaku?
kenapa tak pernah malu atau segan pada org yg kurang byk pengalaman?
kenapa berani sgt bermain api?
kenapa mcm culture shock dgn semua teknologi yang terkini
spt : facebook, twitter, blog, chat etc

rasanya, punyala byk kempen pasal hati2 dgn jenayah siber..
termasuk cinta siber segala..
fokus kempen pulak pada remaja, belia dan belasan tahun..
tapi rasa2lah kan, sejak kebelakangan ni punyalah byk isu pasal
skandal siber.

yang terlibat pulak bukan aje si suami org yg muda
tapi yang berusia pun xnak ketinggalan ni.
kononnya kawan, teman, sahabat utk berbual..
dah tu, isteri tercinta kat rumah tu tak boleh diajak berbual ke?
sepatutnya bila dah berusia tu, jadilah teladan utk yang masih mentah.
jadi idola utk pasangan muda yang baru belajar berumahtangga..
ini dah terbalik pulak..

abes tu, salah siapa kalau gadis muda sekarang jadi takut dgn komitmen rumahtangga.
mata kepala sendiri jadi saksi persekitaran yg tak sihat.
yang paling ditakuti, si gadis muda pulak terpengaruh & terpedaya dgn kematangan orang yg dah berusia tu. sampai lupa orang tu dah berkeluarga, nak juga dijadikan buah hati..
sudahnya, diri sendiri merana..
kalau diri sendiri seorang je merana takpe.
cuba fikirkan org lain yg turut merana..
isteri, anak-anak, keluarga.. paling memalukan mak bapak sendiri.

bila si lelaki berusia mula kemaruk teknologi kita dah pening xfaham,
tambah xfaham bila si isteri org yg dah berusia pun sibuk nak berteknologi jugak.
mulalah buang masa kat laman siber.
kenal suami2 orang, anak muda trang tang tang..
semua di sebatnya..
mula2 memangla teman berbual, lama2 xke dah lain objektifnya
silap hb, suami kemana, anak kemana, rumahtangga kemana.
malu woi!

tak ke menambahkan statistik perceraian namanya tu.

sumpah aku hangen dgn lelaki / perempuan yang tak pernah serik dgn pengalaman main skandal. dah tahu pahit dan peritnya, xreti2 jugak nak bertaubat.
jadi apa2 lepas ni baru nak insaf?
lagi satu, dah tgk pengalaman2 org ber'skandal' ni...
(mengkhusus kepada skandal siber)
tak juga nak amek iktibar..
apa nak jadi dunia hari ni?

jadi, jgn salahkan aku bila aku sangsi dgn sebuah perkahwinan.
bukan aku xpercaya, cuma aku takut & belum yakin.
sbb terlalu byk yang berlaku di sekeliling sejak dari kecil..
byk sgt yang di asak dalam minda n memori.
lebih banyak buruknya dari baik!

jadi orang2 beriman dan berakal di luar sana..
tolong jangan tambah statistik skandal siber dunia ye..
xpayah nak cari teman berbual ke apa...
kalau nak cari pun, cari yg sama jantina..
xpayah gedik2 dgn suami /isteri orang..
sila fikirkan org lain sebelum memikirkan keseronokan anda semata2..
terima kasih..

inilah diriku : Nadia.Yusof

whatever~

okeyh, mood i tgh swing ni!.. tetiba emo pulak malam ni.

jiwa kacau.. mcm losing somebody.

we were close before. tapi due to some reason, dah susah nak spend time together.

and we plan something to spend time and have another great moment together..

tapi bila tiba masanya, dia seakan tidak bersungguh..

dan i kecewa..

okeyh, i x adil sbb xnak faham keadaannya.

tapi, i xpunya masa yang banyak disini.

i akan pergi dan jarak pastinya menjauhkan kami sejauh-jauhnya..

takpelah.. mungkin bila keadaan mcm ni, the goodbye will not be that hard!

inilah diriku : Nadia.Yusof

7247

yeah!!!
itulah nombor bertuah tahun ini.
dah berapa kali kena..
naik nombor dowh!

hahahhaha...
hey people, it's not that aku main nombor ok.
tapi ada my non-muslim staf yang memang main.
1st time Lucas masuk SDI, terus kena.
pastu few times lagi naik.
hohoohohoh... lucky number kut!

eh, bukan nak citer pasal nombor ekor, x ekor ni.
tapi Lucas has reach 7247km
luckily, terperasan that figure masa nak balik kerja semalam.
take a shot..
DBL 7247 reach 7247km
yeehaa!!!




(",)

inilah diriku : Nadia.Yusof

LUCAS Untuk DiJual?

Sale Sale Sale

Petang tadi ada Teh Tarik Session with MD and Senior Management at TEC Canteen.
Tahun ni je dah 2x kut pergi event ni. Asyik terpilih je.. tapi takpela, boleh update knowledge pasal cerita terkini SDI.
Anyway, Congrates SDI for WCT contract.. wow, mungkinkah tahun depan bonus kita berlipat kali ganda.. kehkeh.

Nama pun Teh Tarik Session. After presentation & sesi Q & A, apa lagi minum teh tarik la.. MAKAN time!!
Juga berlama-lama melepak disitu.. dah lama kut tak jumpa Kak Iza, Munirah & Aimanku...

Kami dismiss agak lewat. Balik ke tempat parking kereta sambil bersiul2 kegembiraan, i terperanjat ada paper atas cermin depan. Apahal pulak ni.. Ada pakcik2 nak tackle buat menantu ke? Or Pak Guard nak carik pasal?


Get closer, lain macam je notis ni.
Kut ye pun nak berkenalan, kasi la name card.
Takkan buat notis macam nak tarik kereta kut.
Wa bayar tiap-tiap bulan la wey.
Tak pernah miss. Siap dah terlebih awal sebulan lagi...


Lagi dekat wa usha, nak tau apa yg tertera pada notis itu?
Ceh!!!!!!!!!


FOR SALE PLS CONTACT NADIA EXT 8060

Wa tau sape punya kerja. Tulisan itu memang selalu wa nampak.
Lagipun, ada seseorang yang nampak wa jalan ke kereta, terus masuk kereta beliau and tutup pintu.
Pastu sebaik wa pegang notis tu, kereta beliau melintas kereta wa sambil beliau tergelak-gelak.
Aduih, macam2 la pakcik sorang ni.

tau tak sape???

MY NAUGHTY BOSS!!!!!

tak abes2 mengusik & membuli sejak2 dapat tau wa nak blah ni.
usikla boss, wa pasrah.. tak lama lagi dah.
nanti pasni dah xboleh buli wa... haha.

TAPI.................................................

wa belum sudi nak jual Lucas tercinta ini.
penat wa simpan duit nak pinang beliau tau!
selagi termampu wa akan jaga beliau dgn baik.

LUCAS sayang, u are mine.. FOREVER!!
sabar je la boss i usik tu okey.
(",)

inilah diriku : Nadia.Yusof
Related Posts with Thumbnails