Setahun Yang Indah

salam...

akhirnya, semalam 29hb Januari 2010...
hari terakhir bergelar staff Parts Operation Klang Valley.
terasa cepat sgt masa berlalu.
15th of Feb ni genap setahun berada di department itu.
di bawah seliaan dan didikan
En Azmir Azan Muhyidin.
(yang selalu digelar My Naughty Boss).
hurm, nakal ke?...("?)

to be exact, 11 bulan 15 hari...
banyak sangat yang dilalui, ditempuhi, dipelajari dan segala di lagi.
jujurnya, i senang berada disitu..
bermula dari ZERO, i diajar sedikit demi sedikit..
terkadang graf pembelajaran agak laju..
diuji dan dibuli (eh, ini pun salah satu bentuk pembelajaran yg bagus)
dilatih, dididik, dibimbing, diajar, diselia
sehingga membina satu bentuk keyakinan yang agak utuh utk terus berada dalam landasan ini.
sehingga i cukup yakin i xsilap memilih bidang ini..
sehingga i yakin utk terbang dan berdiri di atas kaki sendiri tanpa pengawasan dari dia, sifuku.
sehingga i mahu pergi meninggalkan segalanya yang telah meremajakan i di KV
bukan kerana benci, tamak, cukup bagus,
tapi kerana i mahu menguji keupayaan diri sendiri setelah sekian lama bergantung padanya.
kerana i mahu mendidik diri utk lebih matang dalam landasan ini
kerana mahu mencari satu ruang yang boleh meningkatkan lagi kemampuan i
keterbatasan ruang utk i bebas dalam keputusan di KV juga membuatkan i mahu pergi

dia sifu yang baik.
dari segalanya kabur pada i.. penuh sabar dia memberi tunjuk ajar.
dengan penuh tenang dia menasihati
dalam kepenatan, dia tetap mencari ruang utk membimbing i
dalam semua segi.. inventori, finance, kepimpinan
secara luarannya, dia seperti boss lain yang mengarah itu ini
tapi dia tak pernah tinggalkan i terkapai2 mencari arah yang harus i ikut
dia tak pernah biarkan i terkontang kanting mencari penyelesaian
segala keputusan yang diambil dijelaskan kenapa dan mengapa
kadang i punya persepsi berbeza, dan dia terangkan pro n cons persepsi itu
buat i kembali yakin.
dia kerap menguji tanpa i sedari.. utk melihat graf perkembangan i..
bila gagal mencapai expectation, dia datang dan terangkan kelemahan i..
bila berjaya, dia lemparkan kata2 yang meningkatkan motivasi..

disebalik semua ruang dan peluang yang dia beri,
i ditawarkan utk berdiri sendiri, tanpa sesiapa mengganti kerusi di KV
kadang terfikir, i pentingkan diri sendiri kan?
penat lelah susah payah dia mendidik i.. supaya dapat membantu dia dalam pengurusan
supaya dapat dia bercuti dgn tenang
supaya dia dapat menghabiskan masa bersama keluarga
akhirnya i harus terbang sendiri meninggalkan dia dan KV team yang terlalu banyak workload.
dia tersepit di tgh2 ... didikannya ini diperlukan di tempat lain, di satu tempat yang pernah dia tadbir suatu masa dulu..
dgn redha dia merelakan i pergi demi masa depan i dan syarikat..
meskipun, dia akan kembali sibuk tanpa bantuan seperti waktu sebelum kehadiran i dulu..
apa lagi mampu dia lakukan bila arahan itu dtg dari orang yang lebih berkuasa.

sumpah, i masih terawang-awang.. dalam teruja, ada gementar
bagaimana kerja i tanpa pengawasannya
mampukah i mengekalkan prestasi tanpa bimbingannya
bolehkah i buktikan kemampuan tanpa didikannya lagi..
segala keputusan tiada lagi rujukan tepat..
segala kesilapan tiada lagi yang akan menegur penuh hemah.
kerana dia jauh dan dia bukan lagi boss i..
tapi i akan tetap berpaling mencarinya.. utk panduan dan rujukan bila perlu.

di ruangan ini, hanya ucapan TERIMA KASIH mampu i berikan utk segala panduan, didikan, bimbingan yang telah u berikan selama hampir setahun i berada di KV. penuh sabar melayan karenah, perangai dan salah silap i.
juga SEJUTA KEMAAFAN utk semua yang i lakukan dgn sedar mahupun tanpa sedar.
setahun yang berlalu berikan i sejuta momen manis dan pahit and i'm gonna miss all the people in KV!!!!

doakan semoga i berjaya menempuhi segala yang menanti di sana... KUANTAN.

dan i doakan KV terus sukses....

"tempat jatuh lagikan di kenang, inikan pula tempat bermain"


*** boss belanja time dapat bonus 2009***


inilah diriku : Nadia.Yusof




saya menangis...

salam...

seseorang membuatkan saya menangis..
terharu..
saya tak sedar pun semua itu..
apa yang saya tahu, saya mahu lakukan yang terbaik utk dia..
saya terima segalanya dalam diri dia..
apa saja... baik mahupun buruk..
seikhlas yang mungkin..

saya bangga punya teman seikhlas dia..
menerima seadanya saya..
kalau dia lelaki, dialah pilihan utk jadi teman hidup saya.

dan sekarang air mata ini masih belum mahu berhenti mengalir..
kerana
Surat untuk Sahabat

Ups & Downs

salam..

orang selalu cakap,
hidup ni macam roda.. kita takkan selamanya di atas. tiba masa, roda itu akan berputar dan kita akan berada di bawah.
i percaya, bukan hidup je macam roda. emosi pun berpusing mcm roda.
katakanla kita sedang happy, mood tengah elok.. dalam sekelip mata je boleh berubah jadi sedih, marah, bengang.. pendek kata moody la.
tapi ini utk org yang pandai kawal emosi.. mcm I.
depan orang kadang2 nampak relax je, sesekali adala terlepas.
tapi dalam diri, berperang macam nak terbalik dunia.
i perasan mood i selalu tak stabil, cepat swing.
esp kalau i ada buat salah atau buat sesuatu dgn tak sempurna.
bila dah tersedar, i akan bengang dgn diri sendiri.
kadang2 i buat keputusan tak fikir panjang.
bila dah realize keputusan itu tak tepat, i menyesal.
dan semua ini sangat mempengaruhi kehidupan i.
i jadi seorang yang takut nak buat keputusan, xnak berdikari, dan nak lari dari kesilapan2 yang i buat. kadang2 i lupa, manusia takkan pernah sempurna. pada masa sama, jadi lupa mensyukuri nikmat dan kurniaan-NYA.

sejujurnya, emosi dan jiwa i berada di putaran roda ke bawah.
entah..
dalam keterujaan menanti surat transfer ke Kuantan, i tersentak apabila tersedar janji2 yang i ukir pada Abah dan BFF i, Cik Ijan. i janji dgn diorg, i nak sambung belajar tahun ni. tapi dgn perpindahan ni, peluang utk i sambung belajar sgt SEMPIT. mana ada establish univ yang offer MBA kat Kuantan. i usha2 kat KL ni pun, it's either UiTM, UKM or UPM. sekarang jiwa i berkecamuk.. sbb lama lagi perlu tunggu utk sambung belajar kalau i pergi Kuantan. melainkan berkorban masa, wang dan tenaga.. ulang-alik Kuantan-KL every weekend. itu pun kalau ada univ yang offer Weekend Course. ditimbang2, i pun xpasti. nak cari scholar lagi. mesti dah susah nak dapat sbb masa degree dulu dah scholar JPA, lepas tu x serve Gov pun. lagipun scholarship biasanya offer utk full time student je. kalau nak amek loan, kena tggu stabil skit. nak bayar yuran, buku, assignment, kos ulang-alik lagi. plus, i takut kalau i xlarat, yang i kendong (kerja skrg) berciciran, yang dikejar (master) xdapat. i buntu, cemburu tgk kawan2 yang sambung belajar. tapi cemburu i tu terubat sket bila tgk kesungguhan bff i siapkan master in engineering. dia berusaha demi janji kami. demi cita-cita dan impiannya. sedangkan i, masih memikul janji bahkan belum temui waktu utk melunaskannya.

10 hari terakhir di KV (mungkin), jadual i kian kalut. Reconciliation tak terusik.. dateline 22nd Jan 2010 maksudnya Jumaat ini. fokus terbang hilang entah kemana. 3 projek in a row. LCCT, Specific Resources and Phua Bua Mining Ltd. salah pre-order inventory melambung, charges lagi la menggunung.. silap2 terlepas pandang, x terorder, mau kena maki dgn customer. bukan sikit2 barang, Phua Bua tu ada 3 job. setiap job 150 items. asal nak fokus je, mesti ada yg ganggu.. itu la ini la. nak aja biarkan phone tu berdering, tak payah layan. rimas, bosan!!!!! dah buat susah payah penat lelah, tiba2 boss cakap ada salah. x ke emosi boleh down.. rasa mcm bodoh sgt, lembap, xproduktif, x peka. mulala nak jadi rude dgn boss, tebal je muka. ye la, boss tu hebat. serba tau. setakat error tu sekali imbas dah leh detect. i lebih rela kena marah dgn kesilapan2 yg i buat, dari dia duk cakap "kenapa ni cik Nadia." rimas tau. pastu usik2 xboleh buat silap sbb dah nak gi Kuantan. excuse me, kalau xnak saya pergi halang dari awal. kalau nak saya cepat2 pergi, bgtau Mr David, cepat2 keluarkan surat. saya PENAT!!!!!!!!!!!!!!!!!

jiwa saya rapuh, hati saya lembut... saya hampir rebah utk terus berdiri di sini.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Special Utk Elvis Presley's Daughter

salam..

owh, gila ke apa nak wat special entri utk Lisa Marie Presley.
kau member ngan dia ke?
dia kenal kau ke?
eh, hello! please la... i xkenal pun Lisa Marie Presley.
mcm mana muka minah senget tu pun i xtau ok..
eh, kata xtau.. cmana leh kata dia senget? .. hahah..
ye sila merepek makan kerepek sebelum pergi ke topik yang ingin dibincangkan..

wohoooo... sebenarnya special utk Lisa Maria Hamid la.
OMG, OMG mesti Lisa sedang kerek senyum sampai telinga sebab dapat entri khas walaupun dalam hati cuak gila takut aku kutuk.. kan kan Lisa..
pastu control2 senyum depan laptop sbb takut orang kata gila n bajet perasan cantik senyum sorang2.. hahhahahahahahhahahaha...

**aku dah pergi Konvo kau... tunang xgi boleh dimaafkan, kan? :)

kau xyah la risau. entri ni sebenarnya hadiah aku utk pertunangan kau.. eceh, dah sebulan dah baru sibuk konon nak kasi hadiah kan.. blah la Nadia. eh tak, tak... motif, objektif, visi dan misi entri ni sbnrnya sebagai tanda minta maaf aku sbb xdapat hadir majlis tunang kau tu.. tapi aku dah call kau malam sebelumnya tu kan, pastu kau dah denda aku dgn duk bercakap kat dapur tempat bising tu nak suh aku jeles sbb xpergi kan? pastu aku xheran sikit pun sbb merajuk lagi kecik hati kata nak datang beli barang tunang kat KL, xdatang pun.. lagi merajuk sbb kata nak tunang time raya haji,aku dah amek cuti dkt seminggu last2 postpone tunang cuti aku tak cancel.. lagi sbb 2 mggu nak tunang baru paksa aku n Disya balik kalau bagi tiket kapal terbang boleh gak ktorang layan karenah kau tu.

hahahha...

yela2, xkutuk kau lagi..
ni ikhlas dari hati aku utk kau yang selalu tukar2 pakwe masa belajar dulu, pastu confuse xtau nak kawen dgn sape dah.. nasib baik irham pandai ikat kau.. hehehe

pose xnak cam model lak kan?
weh, byk gile batu kat baju kau.. buat sendiri ke?

nervous konon.. dalam hati suka gila kan?

Mr Irham and Mrs Irham-To-Be

SELAMAT MENEMPUH ALAM PERTUNANGAN
&
SELAMAT MEMBUAT PERSIAPAN KAHWIN

dah tunang ni, xleh la nak ngada2 lagi tau.. xboleh pandang lelaki lain dah.. hati kena fokus utk irham sorang je..:) kalau keluar dgn aku n Disya pasni dah xleh usha2 lelaki dah tau. aku n Disya xpe.. hehehe.. pastu lau exes-BF muncul semula jgn layan, jgn reply sms, jgn angkat call.. nnt kau cepat cair pastu dah ragu2 balik. time tunang ni la macam2 dugaan akan melanda.. kalau ada orang cuba tackle irham amek marker conteng kat dahi irham... Taken By Lisa letak tarikh nikah sekali... kalau xda tarikh nikah lagi kau reka je 10.10.10... memandai tak aku ngajar kau..

pastu dah boleh start masuk dapur tanpa disuruh la eh.. nak kena belajar la semua masakan2 kampung kegemaran Irham ni.. aku tau kau suka part ni sbb nnt boleh gi umah irham belajar dgn mak dia, xpayah mengada.. xmanis anak dara gi umah lelaki yg belum jadi suami walaupun ada keluarga. kut la terkeluar perkara2 yang xsepatutnya, xelok mak ayah dia tgk.. dah kawen sok takleh watpe dah, dah sah. kau tepon je mak Irham mintak resepi xpun suh dia emailkan.. kau try buat sendiri.. lau mak kau cakap sedap tu kira dah lulus la.. taste chef Maznah mesti above par.. kalau dia kata sedap maksudnya dah sgt sedap la pada Irham (ye ye tak aku? haha).. pastu dah leh start decide kaler tema nikah, sanding segala sbb aku tau kau mesti paksa aku n Disya pakai sedondon ngan kau kan.. inform awal2, sng buat baju raya terus ikut tema kau.. save budget kecuali kalau kau nak sponsor baju ktorang.. itu lagi BAGUS. lagi satu, tolongla tempah tarikh kami yang dah pack jadual sampai taun depan ni (tipu gila).. kalau nak bgtau last minute tolong book kan flight ticket sekali utk kami, sng.. confirm boleh dtg majlis kau. lastly, kau xyah plan ktorang jadi pengapit ke apa ye... carik siap2 pengapit kau.. sbb nanti x adil.. time ktorang kawen nanti, silap2 kau tgh mak buyung ke dah xdapat apit ktorang, jadi utk keadilan dan kesaksamaan semua xyah jadi pengapit.. tapi kalau duduk makan kat meja pengantin xpe.. (wah, demand.. haha)

hah, impian kau nak suruh kami tidur umah kau masa nikah aka sanding 3 hari 3 malam tu termasuk pakej malam pertama x? wah...hahahhahahahha... sentap la tu! xda, maksud aku bilik lain la.. hahahha... marah Irham.

panjang eh aku bebel? ni baru tunang tau.. nak kawen nnt lagi panjang aku bebel.. boleh?

letak pix dgn Disya sekali... nnt beliau jeles pastu sms aku
"sampai hati mu mc'ya xletak gmbar aku.."
heheheh....

yela2, dah kutuk byk kat atas kan..

aku sayang korang... LISA n DISYA

Revenge of The Cold War

salam...

woh, mcm tajuk movie je kan.. masyuk..hahh
btw, movie yang i ciptakan... cewah.
owh, berangan menjadi sehebat erma fatima.. tipu gila

dua entri sebelum ni.. "Lucas Utk Dijual" dan "Buat Hal Lagi", menyaksikan Lucas asyik dibuli dan diperlakukan sesuka hati beliau. nasib baik Lucas cool, layankan aje karenah nakal "kanak-kanak purba" itu.. akhirnya, Lucas mendapat peluang utk REVENGE!!!!!!
yeah! nasib baik ternampak peluang itu dan segera merebutnya.

yeah... sebenarnya xtggu pun peluang ni, tak terfikir pun akan dapat peluang ni..
tapi petang semalam, tanggal 15th January 2010, 2 setelah ketinggalan mata 2-0, akhirnya berjaya bangkit... wakakkaka.. mata terkini 2-1..

alkisahnya.......

semalam ada date dgn amira, aiman and gegurl aka kak iza nak lepak somewhere.. so, sbb amira still kat ofis, so i pun pergila naik head office.. WiNiX beliau sudah disitu.. okeyh, xpela.. naik lepak tmpat amira sambil jenguk parts ops dept di sebelahnya.. owho, beliau disitu.. dan i pulak dgn rajinnya pergi ke situ konon nak tau apa masalah yg sedang berlaku.. ye, projek overhaul machine utk company dari Laos.. diorang gila, period yang sepatutnya utk siapkan job itu ialah 2 bulan tapi diorang gi janji dgn customer 12 hari!!! nak mampus? lagi gila sbb customer lum confirmkan lagi PO tapi diorang dah nak order parts...... sangat GILA.. beliau and i hanya mampu mengucap panjang sambil maki2 sbb kena buat kerja mcm org gila utk orang2 gila itu. pastu dua-dua dah mcm, gosh man, kan senang kalau keje kita wat filing je.. sgt tag team ah lau bab maki orang2 yang suka wat ktorang gila ni.. hahaha...
apapun berterima kasih kepada beliau kerna menyelamatkan diri ini dari kena stay back kat head office.. bila big boss datang and suggest utk i tolong update part number time tu jugak, i dah pandang beliau.. alamak apa harus ku jawab.. nak pegi somewhere ni lepas ni.. adeh.. beliau dgn yakin dan tenang dlm senyum sambil pandang i xpandang big boss, " she has dinner tonite".. dan big boss cakap "Oh, Okay" terus wa lega sambil pandang beliau dan senyum.. terima kasih awak.. lau x, mesti saya harus pasrah pergi lewat sket somewhere tu dan stay back update part number sambil maki orang.. OMG, syukur2. dah tu, tak reti2 nak terus blah? apa lagi wa cabutla.. xdala gi jauh pun.. tempat amira je. sambil tunggu makcik tu siapkan keje.. (beliau tahu i nak gi rumah our step-mother.. ya OUR.. we share step mother)

berborak2 dgn aiman sambil makan coklat sementara tggu amira abes discuss dgn bossnya. beliau lalu tempat kami, dan i hanya tersenyum dgn maksud TERIMA KASIH TAK TERHINGGA AWAK. then, beliau blah.. ingatkan dah terus balik.. TAPI bila kami bertiga (Aiman, Amira and Nadia) dah otw ke parking lot nampak kereta beliau masih di situ.. pastu terkeluar idea NAKAL, ada kertas and pen tak? jom kenakan kereta ini... ekekkekeke.. semua EXCITED kut.. jom2.. siap leh duduk kat divider cari kertas and pen, then buat notes.. sambil teruja and gelak2.. GILA Executive nak kenakan Asst Manager.. cayala!!! tag team neyh..

tau apa kami buat?

**bukan i yang tulis okeyh!


inilah rupanya..

yang tertulis:

UNTUK DIJUAL
RM 0 DOWNPAYMENT
CALL 03-80688058

hahhahahhahahha.......
kami blah sambil gelak besar..
yeah!! rasakan..

30mins later, waktu kami sedang shopping KFC di TESCO, menerima SMS yang bunyinya seperti tidak puas hati.. hahhahaha...

"pernah tgk kereta honda city takda wiper?:'("

tak cukup 1 sms, lum sempat reply dah masuk lagi 1.

"better still, have u ever change a flat tyre?:'("

siap ada pity face lagi.. ekekkekek..
kami gelak besar lagi.
tau pun nak sentap, time buat Lucas xfikir..

btw, sorry WiNiX (memandai aku namakan kereta dia WiNiX.. hahaha).. i nak gurau2 je dgn owner u.. takdala nak revenge sgt.. bukan cold war pun. saja je nak tgk reaksi dia if kena mcm i.. lagipun both of us kan tag team, share step mother lagi.. mana boleh war2 ni.. revenge lagi la tak, OKEYH..

tapi i tau dia sdg plan something nak kenakan i time farewell nanti.. ceh!

p/s : sdg mencari peluang utk mata penyamaan...

Buat Hal Lagi

salam...

ya, dia buat hal lagi.
aduih!!!

pagi tadi beliau telah mengesahkan perpindahan ku ke Kuantan pada 1 Februari ini.
OK, wa ilek je. xkisah nak campak mana2. nak suh gi East Malaysia pun wa xda hal..
tapi pabila beliau cerita skit keadaan kat sana, wa dah macam..
"kalau i back off boleh x?"
alamak, lembik la kau Nadia. baru cerita, belum tgk & lalui sendiri.
apa2 hal pun, buat dulu baru tahu mampu ke tak.
ni belum apa2 dah nak back off.

ok, itu cerita pagi tadi.

lunch hour wa jumpa Edward. kawan beliau yang sesekali tumpang balik kerja.
wa tegur Edward. sbb setiap kali Edward tumpang kereta "dia", mesti kereta wa ada something. the latest dua hari lepas. wiper kereta wa ditegakkan.. xda keje orang lain ni.
bukan Edward.. tapi "dia".
wa cakap kat Edward, nape setiap kali u balik dgn "dia", mcm2 jadi kat kereta wa.
Edward pasrah. mungkin segan sket sbb kami xdalah rapat pun.

petangnya, Edward datang ofis wa sbb nak tumpang "dia".
boleh pulak dia pi mengadu kat "dia" pasal apa yg wa cakap kat dia lunch hour tadi.
pastu "dia" bising cakap nak cabut tayar pulak...
alamak pakcik ni, sentap pulak.

time mereka berdua nak balik, "dia" ajak Edward gi cabut sport tim wa..
lantak korang la.. malas nak layan.
diorang tak terus balik, "dia" singgah meja staff wa and amek marker..
wa tau nak prank wa lagi la tu.. huh, sabotaj kang!

lepas diorang turun, wa dapat call mintak wa turun bawah.
wa tau mesti nak kenakan wa..
so wa cakap malas, n wa x turun.
3 minit kemudian Edward pulak call tanya kenapa xturun.
rupanya diorang nak wa kunci pintu counter sbb diorang nak keluar ikut pintu tu.
wa dah bising kat Edward sbb wa asek kena buli dgn "dia", sian Edward jadi mangsa kat tengah2..
sape suh rela jadi messenger.wahahhaha...
alih2, wa tak turun.. tapi Edward yang naik balik n turun keluar dari tangga lagi satu after kunci pintu bawah yang telah mengeluarkan "dia".
hahahha,sian Edward.. SORRY!

dekat wa nak balik, wa dapat SMS mintak wa bawak turun laptop "dia"..
oklah, wa pun baik hati kan. wa tolong la..
lagipun dah nak kunci pintu ofis, leceh lak nak buka2 balik if "dia" nak naik amek.
lagipun wa dah usha kete wa, xda sebarang notis.. wa dah jadi cool la sket.

apabila "dia" datang amek laptop tu, asek gelak n senyum je..
wa wat selamba je la.. malas nak layan poyo "dia"
Edward pun xdala cakap banyak.
pastu mereka blah, and i follow belakang..
keluar dari gate TEC, "dia" sms suh check my back mirror.
damn, ada paper!! ni mesti notice yang "dia" tulis tadi.
wa park tepi, n turun tgk notice tu..

FOR SALE
03-80688060
CHEAP

OMG, x abes2 nak kenakan wa la "dia" ni.
naik angin jugak.. tapi nak buat cmana..
wa sms dia, kasi panas line
"u really naughty eh?u gonna miss me later..:P"
rasakan!!!!! hahahha...
lepas ni confirm asek rindu i utk dibuli.

diingat-ingat balik, kelakar kut pakcik sorang ni.
ada je benda yang dia xkena ngan i.
i dgr lagu pun duk komplen2..
xnak dgr tutup je la telinga.
paling kerap diusiknya my LUCAS tu..
kalau teringin, beli la..
xkan nak beli cikai2 cam LUCAS kut..
paling koman pun "dia" boleh cekup Mazda n Audi.. kehkeh..

dan 3 minggu baki yang i ada, apa lagi yang "dia" nak buat.
nasib baik la 3 minggu je lagi..
kalau lagi lama i kat sini,and setiap kalinya dapat notice camtu..
confirm ada orang yg call tanya nak beli.
Ya ALLAH, kuatkanlah hati i nak layan karenah nakal lelaki ini.

Please Please Please.. Kamu Jangan Nakal.

"dia" itu masih lagi MY NAUGHTY BOSS

lepas ni dah xjadi boss i lagi,no more buli2 OK!!
sian i jadi mangsa.... hukhuk.
oh btw, kalau kamu rindu utk membuli di masa depan nanti,
jemputlah datang ke Kuantan. tag team dgn ur colleagues there utk kenakan i...
Gila Nadia, OFFER baik punya!!! hahahhahaha...

sebenarnya i tgh fikir idea nak kenakan Panggilan Hangit kat mamat sorang ni..
apa eh?????

p/s : eh,ini ialah notis jual Lucas ke 2 dari beliau ok.. yang pertama ada di sini


inilah diriku : Nadia.Yusof

Panjat Dinding Jadi Spiderwoman


salam entri ke2 di tahun baru..

nadia:::amira:::hood:::apiz:::burn:::aie


woh2... awal2 tahun dah jadi spiderwoman
manusia yang tak pernah main sukan ni pergi panjat dinding la weih..
BFF I dah terperanjat tahap "you biar betul beb"..hahha
well my dear, i did it!!!
walaupun 2 hari tangan dan kaki ku kesakitan.
oklah tu, xdala sampai seminggu pun..
dah standby nak tahan sakit seminggu ni.

actually ktorang pergi course utk Basic Wall.. kira mcm kelas utk beginner la..
diorang ajarla alat2 yang ada dalam sukan wall climbing ni..
tapi part ni amira n i terlepas..huhu..
sbb sampai lambat, pastu sibuk lak nak letak barang dlm locker.
naik je dah separuh pengenalan alatan..
tapi tetap kena tau...
peralatan wajib utk wall climbing ialah:
rope, harness, carabiner, belaydevice, chalk and shoes.
alat2 ni diperlukan kalau nak buat top rope climbing.
ala yang mcm rock climbing, ada tali, pastu ada orang yang tightkan tali kat bawah.
kalau buat bouldering (i panggil panjat gaya bebas), xperlukan alat2 tu kecuali kasut sbb kasut utk climb ni special sket. and size kasut pun mesti lebih kecil 1 saiz dari saiz kasut biasa dipakai. sebab disyaratkan begitu supaya kaki dan kasut betul2 rapat dan kita boleh rasa bila kasut pijak holds.

seterusnya, kami diajar utk tie carabiner, atc (belaydevice) dgn rope. utk tie rope dgn climber, gunakan double figure 8 knot. jangan pakai ikatan pengakap pulak. pastu utk connectkan climber dgn belayer, gunakan hujung tali yang satu lagi dan disatukan dgn atc sebelum disangkut pada carabiner (pada harness belayer). peningkan? sorry, xsempat amek gambar!

masa course tu jugak kami diajar 5 step utk belay. belay ni ialah menegangkan tali semasa rakan kita sdg mendaki. kalau guna 5 step ni, insya ALLAH xpakai tenaga yang banyak walaupun berat badan pasangan anda tu 2x ganda berat anda... TAPI AWAS... masa nak turunkan mungkin bermasalah if climber's weight double to belayer weight. inilah yang jadi masalah pada i masa nak lowerkan climber.. berat i ialah sgt ringan spt kapas, jadi bila nak turunkan partner yang lebih berat dari i, i pulak yang terawang2 nak melayang.. aduih, nasib baik ada guidance yang ajar utk release rope slowly.. malu den ringan sgt!!. lagi satu, kalau xkonfiden mampu control rope sbb pasangan lebih berat, kita boleh tambah beban pada badan kita.. caranya, gunakan sand bag and sangkut pada harness yang kita pakai.. see, dah boleh jadi seberat pasangan pun..:)

utk maklumat lanjut pasal wall climbing, klik di SINI
semua info ada kat situ.. so, for beginners.. jangan takut utk mencuba.
pasti menyeronokkan!

layan gambar2 masa ktorang buat bouldering.. time top rope climb tu xda orang nak layan picx.
semua teruja nak panjat.. hehe.

rakan sekelas

kau hengat panjat everest?

eh, bukan aim yang x senonoh tau.. tapi mmg kena ada org guide dari bawah.

kut jatuh, leh sambut..


dapat sijil!!


inilah diriku : Nadia.Yusof

Welcome 2010....

salam 1 Malaysia..

xleh blah.. haha.. actually kat tv sedang ke udara lagu 1 Malaysia..

HAPPY NEW YEAR 2010!!!!!

apa misi dan visi tahun ini?
apa yang perlu dicapai?
apa yang diimpikan?
cabaran macam mana yang diharapkan?
ada yang akan berubah status?
ada yang nak naik pangkat?
ada yang harap bonus lebih masyuk?
ada yg plan nak tunang, kawen, ada anak?
ada yang nak berhenti kerja and buka bisnes sendiri?
ada yang nak bertanding pilihan raya?
ada yang nak cuba uji bakat AF8?
ada yang nak kawen and masuk Sehati Berdansa?
ada yang nak berhijrah?
ada yang nak tukar tempat kerja?
ada yang nak gi umrah atau haji?
ada yang rancang percutian bersama family or friends?

tahun ni tarikh best 10.10.10 dan 20.10.2010

ada sape2 nak plan jadikan tarikh bersejarah?
tunang, kawen, beranak, cerai, etc?

jom sama2 set kan visi, misi, matlamat dan impian.
dan terus berusaha utk mencapai semua yang telah ditetapkan.

semoga 2010 memberikan kebahagian dan kejayaan utk saya dan anda semua!

bye-bye 2009
welcome 2010

inilah diriku : Nadia.Yusof
Related Posts with Thumbnails