buat test DLMS macam final exam university

salam,

ya tau.. dah dekat sebulan kat Kuantan.
tapi tak pernah update sebarang cerita.
bukan tak nak atau malas.
tapi tak sempat.

ya TIPU...

minggu lepas balik kampung boleh update.
owh, sangat sibuk melayan saudara mara.
setiap hari ada jemputan makan, sehinggakan xberkesempatan makan semeja dgn keluarga.
sedih... rindu dgn masakan umi.sob sob..

dah Nadia.. mula merepek.

sebenarnya, hari2 kerja pun sempat je nak update story.
mcm sekarang, menggunakan waktu bekerja utk update blog
ngeh ngeh ngeh.. Nadia mengular.
bukan selalu pun, hari ni je.
eh tak, maksud saya update selepas office hour.
macam sekarang lunch hour.. leh la menghabiskan masa utk membersihkan sesawang kat sini.

sebenarnya, sejak masuk Kuantan ni i banyak menghabiskan masa dgn study and jawab exam.
tak, bukan sbb i dah sambung Master tu.
ini study lain..

KPI last year mewajibkan i daftar utk DLMS (Dealer Learning Management System) dgn Product Support Sales Campus, Caterpillar University.
ya, jgn heran kalau xpernah dgr nama univ itu.. i pun kenal sejak jadi dealer CAT je.
kalau x, memang xkenal and xtau..

i amek Certificate of PSSR Foundational Level (Manager).
PSSR tu Product Support & Sales Representative.
ada 32 course perlu dihabiskan bermula October 2009 hingga Februari 2010.
ia merangkumi business, sales, negotiation, technical and CAT story.
semuanya pasal machine, engine and tractor from CATERPILLAR.
konsep yang diguna pakai sgt interaktif.
mula2 ada pre-test, nak uji setakat mana pengetahuan kita dalam course itu.
lepas tu, ada notes slides.. bacalah satu2 kalau rajin.
kalau separuh rajin and separuh malas macam saya ni, ikut mood la jawabnya.
kalau course tu saya suka, sebiji sebiji perkataan saya baca.
tapi kalau course tu saya xsuka dan saya dalam mood malas, jawabnya tekan NEXT la memanjang. nasib baik ada progress check between sub-chapter.
masa buat progress check tu, kalau salah dia terus highlight jawapan betul.
time ni lah penting utk betul2 fokus, sbb soalan tu akan ulang balik masa post test.
so, kalau boleh faham n ingat jawapan, buat post test nanti kacang je la.. (",)

masa kat Puchong dulu, jarang berkesempatan buat DLMS ni sbb sangat amatlah sibuk.
tiap2 hari balik lewat pun sbb buat kerja ofis. xda masa nak curi buat DLMS.
sesekali tu ada la, time semua report dah hantar. sementara release tension nak sambung buat projek ke, bolehla curi masa.

tapi bila dah hujung2 bulan Jan tu, boss pun dah xbagi kerja sgt baru berkesempatan buat dgn relaxnya. nak buat course ni perlu relax, tak boleh gopoh atau kelam kabut. nnt jawab post-test asyik fail je.. paling xboleh blah if markah lulus 85%, kita skor 84%. memang sakit hati.
nasib baik boleh ulang buat sampai lulus. tapi berapa kali kita attempt tu akan appear la. ces!

sampai kat Kuantan, dah masuk Feb.. maksudnya ada sebulan je lagi sblm due date.
ada separuh lagi course yang belum settle. nak tak nak, bersengkang mata after office hour nak siapkan dan pastikan lulus. masuk 2 minggu terakhir, dah spend office hour pulak nak siapkan. ya, i tau xwajar. tapi terpaksa. ini pun dah kira ok, sbb completed percentage i agak tinggi berbanding org lain di Kuantan ni. another Exec yang share office room dgn saya pun bersengkang mata siapkan course yang sama. jadinya, bilik kami senyap sunyi dgn masing2 bertungkus lumus nak habiskan course. nasib baik minggu CNY bisnes tak jalan sgt, orang pun ramai cuti, so xbyk problem occur. dapatlah fokus dgn tenang.

oh, jangan tak tau.. Sabtu pun i datang ofis buat DLMS..
fuh, besar betul pengaruh DLMS ini kepada kami..

tapi!!!!!
semalam i dah berjaya habiskan semua course..
yeay!!!!!!!!
dah lulus dgn cemerlang.. ya tipu cemerlang sbb xsemua course dapat 100%
ada yang dapat cukup makan je.. huhuh..
tapi tak kisahla, yang penting dah lulus semua course tu.
dan dapat email ini dari CAT Univ.


maksudnya, xlama lagi i boleh dapat original sijil dari CAT Univ.
yahoooo!!!!
berbaloi-baloi.
puas hati!
sekarang nak gi kacau En Hafizi yang sedang bertungkus lumus menyiapkan DLMS.
hahahhahahahha..
inilah diriku : Nadia.Yusof



Related Posts with Thumbnails