dengari tulang anda

salam,

tulang aka bone sekarang semua dah pandai bercakap..
so kita kena dgr apa diorg cakap..
apa yang diorang cakap?

menurut kajian, tulang akan mula mengalami tanda-tanda osteoporosis seawal usia 30 tahun jika tidak di jaga atau dibekalkan dgn kalsium yang mencukupi.
osteoporosis juga dirujuk sebagai "silent disease" dan akan menyerang semua golongan tanpa mengira umur atau jantina.
osteoporosis berlaku kerana densiti dan kualiti / kekuatan tulang yang menurun seiring peningkatan usia. ia akan melemahkan tulang dan meningkatkan risiko tulang rapuh.

mungkin sesetengah orang merasakan tulang rapuh perkara normal.
sejak dulu keadaan ini berlaku, dari zaman nenek moyang lagi.
tapi mereka lupa bahawa kita hidup di zaman yang serba aktif dan canggih.
persekitaran, udara dan keadaan tidak sesihat dahulu lagi.
diet harian dan pengambilan makanan juga tidak seimbang.
aktiviti harian yang dilakukan juga semakin mencabar.
sesetengah perkara, bukan sahaja dilakukan oleh lelaki..
tetapi juga mampu dilakukan oleh wanita.

dalam kehidupan yang serba aktif,
seawal jam 8 pagi sehingga 8 malam, dunia saya bergerak pantas.
berdepan dgn PC, bergelumang dgn spare part di warehouse, menghadiri mensyuarat dan seminar, melawat tapak pelanggan dan sebagainya.
di hujung minggu, pasti ada aktiviti santai yang dilakukan.
kadang-kadang, saya tak melepaskan peluang menyertai aktiviti-aktiviti yang memerlukan saya bergerak aktif.
semua ini menuntut kekuatan mental dan fizikal.
jadi, saya memerlukan bekalan makanan tambahan yang boleh meyakinkan saya bahawa saya akan kekal cergas dan sihat walaupun pada usia 40 tahun.
oleh itu, saya harus bermula sekarang.
dan saya memilih ANLENE CHOCOLATE.


2 cawan sehari membantu menguatkan tulang saya..

sejak kecil, saya tidak menggemari apatah lagi meminum susu tepung. semacam tidak kena dgn tekak saya. tapi, sebaik mencuba Anlene Chocolate (di recommendkan oleh bff saya, Ijan), saya selesa dgn aroma dan rasanya. baru-baru ini saya mencuba anlene concentrate dgn 4x calcium berperisa vanilla.


sedap!!

sangat mengagumkan sbb seseorang yang anti dan fobia dgn susu, berjaya menghabiskannya.

clap clap to myself

sekarang, saya mengamalkan meminum anlene chocolate setiap pagi di pejabat bagi memastikan pada usia 40 tahun, tulang saya kekal kuat dan cergas!
jadi, mari sama-sama mengamalkan 2 cawan Anlene setiap hari..
anyone with me?
inilah diriku : Nadia.Yusof

foya-foya di Kuantan

salam,

rajin pulak meng-hapdate story terkini..mcm banyak je cerita..
eh banyak, cerita foya-foya di Kuantan sgt banyak..
apatah lagi foya-foya di sini adalah dalam bentuk yang sihat.. haruslah diceritakan
contohnya :
Nite Cruise menyusuri Sg Kuantan di malam minggu
ice breaking bersama rakan di Teluk Cempedak juga di malam minggu
tgk wayang cerita ntah hape2 ntah bersama rakan sekerja selepas waktu bekerja
photoshoot bersama "artis" di jeti Kuantan River Cruise (artis = housemate)
jalan-jalan cari makan di sekitar Kuantan bersama housemate
tgk, semua itu sgt menyihatkan diri dan poket serta mengenyangkan perut
juga boleh mengeratkan silaturrahim sesama umat.

paling dogemari aktiviti JJCM tu, sgt amat digalakkan utk menaikkan berat badan
demi mencapai BMI ideal.. weh impian sejak azali..
JJCM ni aktiviti wajib hujung minggu.. setiap minggu kita pergi kedai yang berlainan..
pendek kata setakat ini xpernah ulang datang kedai yang sama..
kecuali makan ikan singgang dgn daging goreng kunyit di restoran dkt Kuantan River Cruise jetty
(ntah apa nama restoran ni, x amek tau pulak..reti gi makan je)
fuh, ini dah 2x pergi sbb suka keenakan ikan singgang tu.. menusuk kalbu.
pergh, duk Kuantan reti lak kau suka makan masakan ni.. masa kat kg dulu xdanya kau nak sentuh lauk tu..
sbnrnya dah bosan dgn masakan sama walaupun kedai berbeza.. asyik2 tomyam & sup..
(gila kau nak order seafood every week.. sesekali blh la time gaji)
aduh, dah abes resepi berkuah utk di order kut.. gulai2 n kari2 ni kurang sket..
eh, bukan sbb ktorang ni xpandai masak tau.. atau pemalas nak masak..
tapi ktorang kan baru pindah rumah baru.. kelengkapan xcukup.. terutamanya peti ais..
kalau nak masak, kena beli bahan mentah.. dah beli bahan mentah xda peti ais nak simpan, busuklah ia..
kan dah membazir.. :)
kesimpulan tersurat : tggu dapat peti ais baru boleh masak
kesimpulan tersirat : masak utk makan 2 orang ialah sgt memalaskan..

shopping complex di Kuantan pulak..
dah 3x pergi East Coast Mall utk jalan2..
dah bosan sbb xdala sebesar Sunway Pyramid atau One Utama..
apatah lagi utk dibandingkan dgn Midvalley.. saiz lebih kurang IOI Mall je..
tapi inilah kebanggaan warga Kuantan..
shop lots semua okla, ada Carlo Rino, Padinni segala..
Berjaya Megamall belum sempat pergi .. sgt ingin pergi tapi kebanyakan rakan malas nak layan pergi situ sbb susah nak parking.. xda parking lot yang proper.. bila xda rakan nak teman berjalan, jadi malas nak pergi sorang2 sbb nnt rasa loser.. ceh!




Gambang City Water Park pulak dah pergi jugak!
bersama rakan-rakan sekerja wanita di hari bekerja merangkap hari wanita, Isnin 8th of March 2010.
woh, best pulak bercuti serentak dan bergembira bersama-sama..
dari maklumat yang diperolehi, sunyi sepi office tanpa kami anak-anak dara TMB Kuantan ni..eceh.
baru korang tau kan, kami ni bukan saja rajin bekerja tapi juga penyeri suasana.. haha perasaan betul!
seronok dapat main air di musim panas begini..
i excited awal2 je, bila dah penat lepak tepi tgk orang main je..
bukan main lama lagi Fara, Nurul, Natasha and Jaya (Natasha's bf) berendam dalam air..
orang xramai, so xdala crowded dan merimaskan..
bayaran masuk RM19.90.. lagi kena beli top up utk sewa pelampung, locker and makan2..
pendek kata kat situ semua cashless.. nak sewa atau beli apa2, scan pada tag masuk je..
kalau xcukup kredit, boleh top up lagi.. byk kaunter top up kat dalam park tu.
minimum top up RM50.. kalau xabes guna, redeemable.
water park tu xdala menarik mcm Sunway Lagoon.. kecik skit dari Bukit Merah Water Park je..
tapi boleh la setakat nak berendam tu.. actually, ia masih dalam pembinaan.. kalau semua part dah siap mungkin lagi meriah dari Sunway Lagoon kut.
for me, rasanya lagi best kalau berpicninc di tepi pantai, lagi jimat duit..
owh, sgt berjimat cermat akhir2 ini sbb rasa nak simpan duit utk kawen.. hahah..TIPU!
cerita pasal pantai, teringin sangat nak berendam kat Cherating..
last year dah pergi dgn rakan-rakan foya UTM sempena kawen Aren, tapi xsempat berendam..
memandangkan dah dekat sgt dgn rumah sewa, around 30mins je.. rugi pulak kalau xpergi..
tapi belum jumpa waktu yang sesuai.. almaklumla sekarang kan musim panas.. nak keluar rumah pun malas!
berjanji kepada diri sendiri, akan mengambil peluang melepak di tepi pantai sampai gelap.. sbb sgt SUKA!!
bukan suka gelap, tapi suka pantai... ala, sun block kan ada..:)
lagipun... dapat JIMAT DUIT utk kawen juga..
sape nak ikut.. bukan ikut kawen, ikut pi pantai.. sila roger
boleh bersuka ria bersama-sama..

p/s: kos makan kat sini tinggi.. susah nak jimat cermat kalau x masak.. huhu
perlu berusaha mendapatkan peti ais demi memasak.. di samping jimat duit, boleh prektis masak..

p/s lagi : eh, gambar ada byk kat FB.. nak tgk check it out kat sana (ala, pix2 yang di tag oleh rakan2).. sbb kat ofis xleh online FB.. harap maklum


inilah diriku : Nadia.Yusof


eh eh dah sebulan

salam

ceh ceh, tajuk xnak kalah..

sepurnama telah berlalu.. maksudnya :
sepurnama i x drive dalam traffic jam,
sepurnama i keluar rumah pukul 8 pagi utk ke pejabat,
sepurnama i punch card waktu datang dan waktu pulang
sepurnama i breakfast waktu office hour di pantry
sepurnama i makan kat luar siang dan malam
sepurnama i x main masak-masak
sepurnama i x attend morning briefing
sepurnama i x balik lewat petang sbb nak avoid traffic jam
sepurnama i xmakan kat ayam kampung, baser, ayam penyet dan TCRS
sepurnama i tak mengadap ASTRO
sepurnama i xupdate blog dgn entri emo-stress-pressure-sbb-kerja
sepurnama i sakit kepala nak faham operation baru
sepurnama i survive kat rumah xda peti ais
sepurnama i tido sorang2

fuh!!
boleh tahan banyak pros n cons kan..

sedar tak sedar dah sebulan i pindah Kuantan. segala rasa cuak, takut, boleh-ke-tak-aku-survive-ni, risau-xda-kawan, sape-nak-teman-aku-makan dan segala jenis rasa lagi hilang macam tu je. semuanya berlaku dgn lancar dan sempurna. pastinya seminggu pertama sgt mencabar.. nak faham karektor setiap orang disini, beban kerja, corak operasi di tambah lagi dgn kehidupan nomad di hotel lagi. bunyi macam mewah kan, hidup kat hotel. tapi tau x, bosan yang SGT AMAT!!.. makan sorang2, lepak sorang2.. loser abes.

rentetan perjalanan KL-Kuantan sebelum hidup i stabil

3rd of Feb, Rabu:
travelling alone dari Shah Alam ke Kuantan ::: check in hotel - Ms Cheong dah book kan Hotel Grand Continental. layankan aje la, walaupun bukan pilihan ::: pergi ofis and jumpa Natasha. sempat kenal dgn few staff yang masih ada di ofis.. Nurul, Fara, Kak Siti, Ms Cheong, Mr Sin and etc ::: pergi hantar barang yang penuh satu kereta ke rumah baru.. Permatang Badak ::: pergi pasar malam depan rumah dgn new-housemate sambil borak-borak sesi berkenalan. owh, nama dia Nor Maisya Bt Mazni from Manjung, Perak. Lecturer POLISAS ::: balik hotel, mandi, solat, makan, online, tidur.

4th of Feb, Khamis:
bangun pagi-pagi ::: breakfast at Grand Continental and check out ::: jalan SANGAT AMAT lengang, mcm drive di Hicom pada pagi Sabtu ::: lapor diri di pejabat dan pasang PC ::: meeting dgn Mr KS Cheong (our MD), En Azlan (Director - Sales) and Mr Lee Yew Guan (Regional Manager - Sales).. dapat few points tentang sales di Kuantan ::: melawat warehouse ::: check action pending ::: long discussion with Hafizi, Parts Exec ::: check in Hotel Vistana ::: CNY dinner with customer at Grand Continental ::: balik Vistana, tidur.

5th of Feb, Jumaat:
bangun pagi-pagi ::: breakfast at Vistana ::: punch card office ::: mula rutin baru kembali ::: branch monthly meeting, kenal lagi ramai orang, tau kerja diorang and byk info tentang branch Kuantan dapat dikumpulkan ::: long discussion with Hafizi lagi ::: kejar dateline DLMS ::: usha perabot di kedai-kedai perabot sekitar Air Putih ::: balik hotel, macam org gila bosan duk hotel sorang2 ::: online, tidur.

6th of Feb, Sabtu:
bangun dah lambat, terlepas breakfast.. ::: shoot to ofis nak buat 2,3 course DLMS ::: around 2.30pm cabut pergi Permatang Badak ::: tapau lunch and singgah beli cangkuk langsir + penyapu + mop ::: pergi rumah sewa, makan tengah hari ::: cabut usha perabot area Sg Isap ::: jumpa yang sesuai dan berkenan, terus decid and bayar ::: dapat call dari Amira, terus pergi East Coast Mall, jmpa beliau sekejap then jalan2 tgk kedai ::: balik Vistana ::: layan tv, online, makan, tidur

7th of Feb, Ahad:
bangun awal sbb nak breakfast ::: balik bilik, online, tv, etc ::: lunch hour, bersiap nak gi kemas rumah sewa.. janji orang perabot nak antar barang around 3pm ::: tapau lunch, makan, sapu and mop bilik, pasang cangkuk langsir sambil borak dgn kak Zah jiran sebelah rumah ::: perabot sampai ::: kemas ala kadar, terus blah ::: singgah town, tapau dinner ::: balik Vistana ::: online, tgk tv, mandi, makan, kemas beg, tidur.

8th of Feb, Isnin:
bangun awal pagi, sbb nak check out ::: breakfast ::: check out ::: terus pergi ofis ::: normal routine ::: mula lepak dgn Fara, Nurul and Natasha ::: after work, masuk rumah sewa ::: malam, makan dgn Mysya, housemate baruku.. hohohohooh.... i think i like her and both of us can get along very well!!!

mcm tu la rutin bila hidup nomad keseorangan di hotel. part makan sorang tu yang rasa sgt loser. mmg xsuka lunch and dinner sorang2.. sgt xleh blah. tapi dah duk hotel sorang2, lagipun xda kawan lagi nak cari. tapi bila dah mula rapat dgn Nurul, Fara, Natasha and Mysya, dunia i di Kuantan dah mula berubah.. boleh dikatakan ada turun naik, pasang surut.. tapi yang best, i ada geng nak berfoya2!!! hahahahha... apa aku kisah yang lain tu..

2 minggu pertama, i memang xboleh berhubung dgn orang2 di KV and HQ.. cepat je sebak. rindu yang amat.. dgn kawan2 MT's pun.. lagi2 kalau diorang tanya, mcm mana kat sana?u ok?.. sumpah air mata akan terus mengalir, suara dah jadi serak.. oh man, dalam hati ada taman. bila my ex-boss tanya2 pun, i dah xkuasa nak jawab.. sumpah, i RINDU semua di KV.. lagi2 bila keadaan kat sini xsama mcm kat sana. lagi2 bila i mula belajar perangai setiap orang di sini.. lagi2 bila i notice byk sgt yang tak kena dgn operasi kat sini.. Ya ALLAH, bagi aku kekuatan.

di minggu kedua disini, Svc Dept dah mula cabar i.. mungkin sengaja menguji kemampuan i.. syukur sangat2, i ada mereka2 yang percaya dgn i di HQ and KV.. mereka2 ini sgt membantu i utk membuktikan pada orang2 svc, jangan main2 dgn i.. i datang bukan atas tiket Kuantan's people, tapi HQ's people.. yang dtg dgn misi dan visi.. bukan utk ikut telunjuk and keadaan yang dikawal oleh mereka2 yang gila kuasa di sini. kalau i yakin itu salah, i akan bagitau.. kalau itu betul, i akan setuju. syukur juga, i ada En Hafizi, dia ni Executive utk Parts..before this dia buat dua2 - Marketing and Operations.. so, bila i dah datang, kami divide job scope.. dia fokus pada marketing and i akan buat operations. tapi, dia tetap akan bantu and guide i untuk benda2 yang i xtau.. kalau sama2 xtau, i akan figure out dari HQ and share dgn dia.

CNY break, i balik kampung.. driving!!! hehehhe..

suka sangat dapat drive balik kampung sendiri.. back to Pasir Mas, my brother temankan. i drive all the way sampai Jertih.. sbb jalan jam and i dah xlarat, i suruh my brother sambung drive. tapi bila nak balik Kuantan semula, i drive sorang..(",)
i guna jalan bandar, so lalu Kerteh, Dungun, Kemaman.. pemandangan, phew, sgt indah.
berbaloi sakit pinggang & punggung drive jauh.
**i berhenti rehat sekali je area Kemasik (before Kemaman)
Kesimpulannya selepas sebulan di Kuantan.. i boleh cakap i mula sukakan Kuantan. tapi belum cukup utk meyakinkan i utk terus menetap di sini.. i rasa i lebih sukakan Seksyen 7, Shah Alam.. (",)
bersyukur sentiasa di pantau dan di-tanya-khabar oleh mereka-mereka di KV..
sehingga i rasa seseorang terlebih2 mengambil berat.. terlebih2 jagakan i..
tapi i suka. (",)
dalam sebulan ni jugak, Amira xpernah gagal untuk update story pada i setiap minggu.
sayang kamu.. yang buat i rasa jarak bukan penghalang keakraban kita.
inilah diriku : Nadia.Yusof


Related Posts with Thumbnails