kahwin muda

salam,

nadia ni apasal?
asyik entry jodoh dan kahwin je..
teringin sangat ke nak kawen?
kut ye pun kalau kawen pada umur skrg ni, leh kata kawen muda ke?
istilah kawen muda ni utk orang2 yang kawen pada usia muda, maksudnya kurang dari 25 tahun ye. sbb umur 25 tahun ialah waktu paling sesuai utk mendirikan rumah tangga. bak kata orang-orang tua la..
eh, orang-orang tua atau orang tua-tua?
tapi, i belum 25 tahun lagi.. so, kategori MUDA ok!
dan akan di cop KAHWIN MUDA kalau kahwin sebelum 20 Nov 2010.
boleh gitu?

dowh, panjang pulak intro.. padahal nak cakap pasal series baru yang memaparkan situasi kahwin muda. apa lagi, cerita yang semua orang beria duk tunggu sanggup tinggal kerja balik awal sebab nak tgk series tu la..

korang tgk x?
Linda, aku tau kau tengok.. miahahha..

woh, gigih weh balik awal tak melencong dan merayap kemana hala sbb tak nak miss walaupun satu episod. walaupun dah miss part Maya terima Adam yang mewujudkan Amani tu.

hah, part ni la yang I miss hari tu sbb pergi customer site kat KT. rugi owh!
lum sempat usha Catch Up TV3 lagi..


kawan-kawan ofis I cakap I berangan nak cari hubby macam si Adam ni.
sweet, baik, bertanggungjawab, memahami, pandai jaga anak, pandai ambil hati isteri, kacak, bergaya, berpersonaliti, family man, anak orang kaya..
excuse me! lakonan semata-mata.
wujud ke di alam realiti.. TETT!!!! hehe.


eh, I memang suka lelaki mcm tu.
takkan tak jatuh hati kut dgn spesis lelaki macam ni.
bukan senang nak jumpa zaman sekarang.
entah-entah dah pupus. kalau ada pun, mungkin orang punya.

tapi kena la hengat jugak!
awak tu mcm Maya ke?
cantik, manja, sweet, anak orang kaya, ikut cakap orang tua, menerima seadanya.
eh, apasal part Maya je mcm kurang puji-pujian.. hahah.
sendiri mau tgk la mcm mana Maya tu eh.

SEBENARNYA!!!!
dulu memang la suka sbb nak tgk ke'sweet'an Adam & Maya.
di samping lawak jenaka poyo si Dani (Faizal Yusof)
tapi sekarang, sejak wujudnya watak Amani, anak adaMaya..
i dah gilakan budak kecik comel yang sorang tu.
owh, sangat adorable and sweet and smart.
baru umur 4 tahun, tapi berlakon drama sgt terer!
si kecik Amani ni sebenarnya ialah Mia Sara Nasuha Bt Mohd Ridhuan.
ramai owh peminat dia ni, cuba usha Fan Page ni.



walaupun masih tak mampu menandingi Arysha sebagai pemenang takhta cinta I (haruslah Arysha menang, i boleh peluk cium dia, dia boleh peluk cium I jugak.. dgn si Amani ni peluk TV je la), tapi Amani tetap jadi pujaan hatiku..
sampai rasa xsabar nak ada anak perempuan.
owh, secomel Arysha and Amani pastinya!

kalau nak yang stok comel mcm Arysha and Amani, mesti cari suami sekacak inikah?
owh, andartu lah aku! haha..

bayangkan mama Nadia peluk baby Dania (wah, dah plan nama..)

my dream happy family!

apapun, paling penting.. ambil pengajaran dan iktibar dari series ini.

umi pesan, tak kisahlah kahwin muda atau kahwin tua.. asalkan pegang pada iman dan ingat ALLAH selalu, insya ALLAH rumah tangga akan sentiasa diberkati dan dilindungi. jadi, carilah bahagia.. takut dan bimbang dgn institusi perkahwinan itu biar berpada. :)

thanx UMI!!

"kau yang bernama cinta ... kau yang memberi rasa
kau yang ilhamkan bahagia ... hingga aku terasa indah"

~ maaf jika ku tidak sempurna, tika bahagia mula menjelma~

"mencintai dirimu, merindui dirimu, memiliki dirimu, hingga akhir hayat bersama kamu"

**** pictures from fan page Mia Sara dan Adamaya****

inilah diriku : Nadia.Yusof


bila jodoh telah tiba..

salam,

i feel damn happy.
for 1 of my beloved bff..
whose getting married very very soon.
OMG, cant believe this.

she's still single when i left her to Kuantan.
after 3 days, she told me about the guy.
after 1 month, she announced about the relationship.
and told me how things happenned.
after 2 months, she introduced me to the guy.
after 2 months plus, she shocked me with the news
"u, my big day is coming"
last week, she informed me on the exact date.
and some story on how the wedding will be.

now, i'm still blur and cant believe things happen too fast.
but still, i'm ultimate happy for her.
at the same time, feel so sad and bad coz cant be around her,
to share the feelings and journey towards her big day..
to help her on the preparation.
but you have my moral support sayang.
you can always turn to me..
24/7

p/s :
dalam masa 3 bulan, segalanya berlaku terlalu pantas. dan dia hanya ada baki 3 bulan untuk persiapan majlis impiannya. dan saya masih di awangan. sukar mempercayai. tapi ini membuatkan saya sedar, bila jodoh berbisik.. semuanya akan berlaku dgn mudah. ALHAMDULILLAH

p/s lagi :
boleh teka siapa dia?
sorry xboleh publish lagi siapa dia, atas permintaannya.


inilah diriku : Nadia.Yusof


sebab saya bukan mak..

salam,

from Kuantan to Pasir Mas..alone.
yeah i did it!
bukan naik bas sorang2, tapi driving all the way sorang2.
ya, apalah sgt drive sorang2.. bukan xbiasa pun.. hari tu pun dah buat.
hoh, ini drive malam la wa cakap lu.. 1st time neyh! bangga ah seringgit.. hehe
lantak korangla nak cakap wa jakun ke apa...

dah plan nak balik kg dgn bas sbb tau umi mesti tak bagi drive sendiri malam2..
beria neyh nak balik, nak gi konvo sister at SMACH.. my former school woh!
sekali umi cakap, xyah la balik.. dah jumpa kan last 2 weeks.. okey, give up.xyah balik.

Khamis, colleague bagitau nak pergi KT depoh on Monday..owh, harus pergi supaya ada gambaran yang jelas sebelum semua orang tertumpu pada I bertanyakan pasal itu memandangkan kemungkinan besar depoh itu akan dipindahkan.. hoh!

difikirkan, kalau balik kampung dah jimat duit sbb leh claim mileage sampai KT..
tapi kalau nak balik, kenala balik friday.. berbaloi boleh pergi SMACH on Saturday.
kalau balik naik bas, susahla nak pergi KT nanti.. pening2, fikir2...

akhirnya khamis petang decide nak drive balik after work Jumaat.. pandai2 la jawab dgn umi nanti. malam tu, pack barang seadanya terus masukkan dalam kereta. wa nak cabut sebaik sahaja abes waktu keje.

friday.. tapau lunch kul 12.30 tgh hari.. after makan, lelap jap.. nak kumpul energy.
tepat 4.30 petang wa chow... dah mintak tolong Hafizi back up if boss or sape2 cari.
faham je la kepochi2 kat sini.. overkepoh!

dah call abah, inform pasal drive sendiri.. siap mintak abah rahsiakan dari umi..
kut umi risau.. kalau umi risau, wa lagi xtenang nak drive. abah ok je! kowtim!

dah masuk Kerteh.. kawasan Petronas yang cun melecun selalu adore setiap kali lalu..
umi call, tanya jadi balik ke tak.. aduh, kalau dah nama mak ni, instinctnya memang tepat ah.
padahal dia yang beria cakap xyah balik..

so, nak tak nak terpaksala kantoikan plan sendiri.. kau gila nak tipu mak sendiri.
panjang woh nasihat dan lecture yang wa dapat.. siap kena ayat
"hey, anak abah betul..". sah2 la wa tak faham nape kan.. rupanya sbb wa ni degil bab2 driving.
kalau rasa nak buat, xtgk waktu dah.. kul 4 pagi pun boleh aje.
dah bersalah, nak cakap apa.. wa gelak je, say sorry. umi pesan, drive carefully jangan laju sgt.

since umi pun dah tahu, wa pun tenang je la sepanjang jalan.
sampai KT sharp 7.30 malam.. sedaya upaya nak sampai lagi awal supaya xgelap sgt nak lalu dari roundabout Kuala Terengganu to Permaisuri. disebabkan xsempat, terpaksalah pasrah.
woh, gelap amat kut. kat area highway baru siap tu yang amat gelap. kawasan felda.. masa wa lalu tu xda kereta lain sekeliling. apa lagi, pecut tak pandang kiri kanan belakang dah.. seram woh! sukses..tiada perkara buruk berlaku..

sampai rumah sharp 10.30mlm. disebabkan dah panjang ceramah petang tadi, umi sambut dgn senyuman.. xda dah nak sambung.. kus semangat.

biasalah.. mak mana yang xrisau. anak dara lak tu.. driving sorang2 di waktu malam. if anything happen, tak ke menyesal xsudah. wa pulak jenis degil, agak2 rasa macam yakin boleh buat tu, memang nak buat. tak fikir sgt kerisauan umi. ya la, wa belum jadi mak. tapi bila dah cerita kat akak2 (yang berstatus mak) kat office, diorang pesan la.. kita mmg rasa selamat, tapi mak akan sentiasa risau. sebab diorang ialah mak, orang yang melalui segala jerih perih melahirkan dan membesarkan kita. so, apapun yang kita nak buat, jgn sesekali buat mak risau.

insaf!

janji xkan buat umi risau lagi.

p/s : umi kata, pukul 4petang tu (i gerak kul 4.30petang) mata kanan umi kenyit 2x. it's an instinct.. mum instinct because of mum's love

p/s lagi : my colleague, Hafizi cakap " cepat2 kawen, xdala mak kau risau kau drive. ada orang boleh drive kan"... mcm tu, i dont need a husband, i need a driver.. (",)

inilah diriku : Nadia.Yusof

kerna kau cukup indah


hanya kerna kau yang cukup indah..

untuk dimiliki dan 'tuk dicintai

ku tahu kau mahu ada dihati

untuk didampingi, untuk disayangi..



TAK CUKUP INDAH???




nah, ni dia seindah-indah manusia dalam hidup saya..

TERLALU INDAH...


p/s : tukar dgn anak Tom Cruise atau Brad Pitt pun saya xnak...


inilah diriku : Nadia.Yusof

wah wah dah 1 tahun

salam,

wah wah wah....

hari ini genap setahun kelahiran dYA.kAMiL
hari ini genap setahun saya membebel xtentu hala
hari ini genap setahun saya meluah perasaan
hari ini genap setahun saya berkongsi cerita
hari ini genap setahun wujudnya mutiara-kamelia.blogspot.com

yang bermula dari suka-suka sebab bosan duk rumah..
yang menjadi kesinambungan blog di friendster
yang pada asalnya sekadar tempat lepas geram
yang awalnya tak terfikir akan pergi sejauh ini

xjauh mana pun..
tempat kawan-kawan update story terkini saya sahaja..
tempat saya luahkan rasa yang berbuku di dada sahaja..

dalam jangka masa setahun ni, sebanyak 71 entri telah tertulis..
merakam segala rasa yang pernah saya lalui..
pernah saya lama lupa utk menulis..
gara-gara kesibukan dan kemalasan..
serta ketiadaan perasaan utk menulis..
tapi xlama.. saya kembali mencuci segala sawang..
bila diintai balik, sepanjang bulan Sept 2009.. langsung tiada entri dari saya..
phew, musim puasa dan raya tu kan... patut la!

dalam banyak-banyak entri yang telah di post..
entri kegemaran saya ialah waktu yang ku punya.. penulisan pertama setelah 2 bulan ditinggalkan..
entri tu tercipta bagai air yang mengalir.. terus dari hati saya.. merangkumi segalanya yang saya rasa.. tentang pelbagai perkara..

entri lain pilihan saya ialah :
dah 3 lagu jadi latar blog sepanjang 365 hari namely Ingatlah Diriku, Orang Kecil dan Nadiku..

terima kasih yang tak terhingga buat mereka yang sudi menjenguk laman kecil ini.. walau x sepopular Hanis Zalikha (blog popular dan best je mesti inibelogsaya.blogspot.com, memang best & popular pun.. :) ).. masih dan akan terus menulis selagi saya ingin.

p/s : Happy 1st Birthday dYA.kAMiL

inilah diriku : Nadia.Yusof

service Lucas dapat hadiah

salam,

phew..melayang lagi fulus-fulusku keranamu Lucas.
hari ni check up ke-4 utk Lucas.. PMSS 15000 km
dah takda check up free dah lepas ni.. semua berbayar.
free service hanya cover utk 10 000km or 6 months, whichever comes first..
definitely 10 000 km came first..
itu pun rasanya dah cukup berjimat cermat dah mileage.
heheheh... nak pakai kereta import, service kedekut.. ceh!

15 000 km preventive maintenance service cost me about RM 200.
(fuh, dah boleh rembat handbag satu tu..)
tapi, yang menariknya dapat compliments dari Honda dealer - Macinda Auto Sdn Bhd.

cuba teka apakah didalam..



description tu tulis apa pulak?

ya, inilah hadiah dari Honda..

Imported Belgium Chocolate yang expired 31st December 2011

sayang nak makan, tapi... haruslah ditelan jua!
delicious yummy!!!

next service on July 2010. owh, road tax juga July 2010..
mampuih~

p/s : normally berapa rate 1st road tax utk City?


inilah diriku : Nadia.Yusof


siapa nak tolong bayar bond?

salam,
masih di pejabat... fikir2 apa nak buat kalau berhenti kerja..
penat woh kerja.. mcm nak hantar notis 24h.

salah saya ke kalau saya nak betulkan keadaan yang tak betul? dah saya diajar prosedur yang sepatutnya mcm itu.. saya buatla mcm mana yang sepatutnya.. kalau x, buat apa saya duk kat sini, goyang kaki tengok je apa yang jadi?

ni ha, adala manusia keras kepala xfaham bahasa buat prosedur sesuka hati sendiri.. kalau GM endorse prosedur awak tu takdala saya kisah.. ni awak dah buat ikut senang lenang awak, masuk part payment and documentation ktorang nak kena jawab pulak.. apahal? apa kes? ktorang kat sini tu, sangat la memaksudkan saya harus bertanggungjawab utk segala kemungkinan yang bakal terjadi.. kalau audit, silap hb boleh kena jail woh!

sia-sia je masuk jail sbb benda mcm ni.. kalau bunuh orang tu berbaloi la jugak.. huh!

jadi sebelum saya ter'bunuh' orang, ada siapa2 nak tolong bayarkan bond saya dgn TMB x?

p/s : negatif gila fikir.. argh.. pedulikan, asal puas hati!


inilah diriku : Nadia.Yusof

kenapa masih sendiri?

salam,


korang rasa la kan..
kalau kita kawen sekarang..
bila usia rumahtangga cecah 60 tahun lebih..
tahun 2070 la tu..
pernikahan kita masihkah akan semanis ini?


cinta mereka kekal mekar dan utuh walau telah hampir 70 tahun bersama.


jadi,

wujudkah lelaki di luar sana yang akan..

setia menyayangi saya.. sehingga 70 tahun akan datang & seterusnya..
ikhlas mencintai saya.. walau siapapun saya nanti..
tetap memimpin tangan saya.. walau bagaimanapun saya nanti..
jujur membina cinta bersama saya.. walau apapun jalan yang bakal ditempuh..
menjadi dirinya.. dan menerima saya seadanya.

"love is not about finding the right person, but creating a right relationship.
it's not about how much love u have in the beginning, but how much love u build till the end"

p/s : biar masih sendiri, asal hati hanya milik lelaki bernama suami.


inilah diriku : Nadia.Yusof

Eh, TAG tu apa?

salam...

sorry kengkawan... kemain lama menyepi..
pemalas nak sapu sawang.
hari-hari lalu lalang..
nampak sawang, tapi malas nak layan.
hakhak... ok, bukti saya malas.


dah 3,4 hari kena tag..
tapi, TAG tu apa?
ntah, malas nak check it out..
layankan saja..
karang merajuk pulak penge'tag'2 itu.. merangkap sayangku..
juga another bf of sayangku..
apa yang harus di buat?



1) Thank & link the person that gave you the award

Julung kalinya di tag oleh Yan dan Ijan.
Yan ialah kenalan sebab kenal Ijan..
tapi, dah boleh hang out dgn Yan sama mcm hang out dgn Ijan..
Yan dan Ijan ialah penyambung Master di UTP
Yan dan Ijan ialah gigih menyiapkan master masing2.. kagum2.
Ijan ialah sangat disayangi, dicintai dan dikasihi oleh saya..
Yan juga disayangi oleh saya.. :)

2) Pass this onto 20 Bloggers that you've recently discovered and think are fantastic!

weh, ramai tu.. tgh kejar masa ni.
nah, amek la korg yang sempat di tag.

Gee Yusof
Amie Hani
Aishah Na'ai
Siha Zainudin
Linda Chikunya
Cik Slackerz
Afiq Zainal
Melinda Wandeful
semualah yang visit blog ni..

3) Now contact / comment the above said bloggers, and scream! YOU'VE BEEN TAGGED!

fuh, jap nak wat satu2...
sudah, dah boleh balik.
selamat mengetag!

BYE..

inilah diriku : Nadia.Yusof


Related Posts with Thumbnails