sunyi sepi dah weh~

salam..

lama hoh xjenguk..
bersawang dah ni..
berkurun tak berfoya-foya kat sini..
waaa.. dah xreti nak taip apa dah.

kan dah cakap, lau xda mood
memang sunyi sepi la..

lagipun xda masa, sibuk nau lately ni..
kejar dateline recon..
dah nak cramp dah pale duk korek variance
bila ntah nak balance..
ari tu submit je 7 accounts..
few dah balance, another few variance ala2 manja..
dah pening nak fikir lagi, hantar sajo..
ni ada lagi 7 accounts..
final dateline 4th june..
dah, memang aku xjenguk ler blog ni lagi 4,5 hari..


weekend lepas gi foya-foya kat KL.
will update on that later..
tggu gambar2 dari rerakan di FB.
walaupun en WiNiX kata xyah gi foya-foya kat KL
siapkan reconciliation..
tetap jugak i pergi sbb dah janji nak jumpa hot guy,
en Pasha..
walaupun kau mr D, tetap mak suka.. muahahah

dah tgk appraisal dari boss.. cukup makan je la.
kurang gemar sket.. sbb beliau belum cukup menilai kerja i.
sabor je le..
target SE this year dah xdapat..
sudah, lupakan saja..


waaaaaaaaaaaaaa....
MALAS dan TAKDE MOOD!!!

inilah diriku : Nadia.Yusof

ku ada kamu...

salam..

dah semua tajuk entri dah jadi tajuk lagu finalis2 AF8

kebetulan je..

tak sia-sia i duk pujuk umi semalam
bodek-bodek skit..
suruh singgah Kuantan otw back dari Shah Alam to Pasir Mas
ya, dah jumpa diorang last month..
next month nak jumpa lagi .. balik kampung

tapi di saat berseorangan ni,
sangat ingin Umi di sisi..
waktu2 sakit..
waktu2 selera makan xmenentu..
kan best dapat makan masakan umi..

dan tadi umi sms dah otw ke sini..
yeay yebah2...
i like i like..
excited suka happy gila..
berjaya jugak umi pujuk abah singgah tidur Kuantan...

lagi 10min diorang sampai..
mau pergi goreng keropok lekor nak sambut umi datang..


hoyeah hoyeah..
dah hilang semua sakit..


inilah diriku : Nadia.Yusof

RSVP

salam..

xdanya i nak komen pasal juara AF yang menang tu..
lagu Shahir best kut.. beliau ada aura kut.. suara jantan kut..
memang layak la.. mcm Mawi dah
eh, dah terkomen eh.. ahaks


hah, tajuk entri hari ni
tau, tajuk single Maulana
yang muzik jazz tu..
meh nak pecah rahsia
sebenarnya!!!!!!!
i tak tahu meaning RSVP sampai dengar lagu ni tadi..
muahahahha
baru ku tahu RSVP tu
répondez s’il vous plaît
jakun kan? hahhaha..


hello, i tahu la RSVP tu response for an invitation
selalu je RSVP event2 SD and SDI
tapi sebelum ni xpernah terfikir nak tau apa maksud..
(google je terus dapat kut maksud tu..pemalas)
duk percaya kat diri sendiri ReSerVed **P xtau apa nak bajet**

fuh, berbelit lidah nak sebut full word RSVP tu..
takpe, malam ni praktis sebut French word tu sampai terer..
répondez s’il vous plaît
répondez s’il vous plaît
répondez s’il vous plaît
supaya kalau ada orang tanya,
i boleh sebut dgn konfiden dpn dia..


orang lain : u dah buat RSVP utk surprise birthday party Faizal Tahir?
i : owh,
répondez s’il vous plaît?.. dah buat dah..
hidung kembang muka kerek mcm Lin Dan
(apasal nak surprise birthday party FT? hahaha.. harapan)

wedding i nanti kalau ada RSVP agak2 mak i mengamuk tak?
muahahahhaha

p/s : tapi i paling suka lagu Adira.. ku ada kamu..
with tag line "smile coz someone loves you"
touching abes, special dedicate utk my umi, abah and siblings
also my dearest BFF's (u know who you are)

inilah diriku : Nadia.Yusof


kalau sakit demam..

salam..

tgh layan kepala duk denyut nyut2 dari petang tadi..
masa kat ofis around 3pm dah duk berdenyut atas mata..
nak kata migrain, aku pun xtau cmana sakitnya migrain tu.
alang2 dah petang, malas la pulak nak layan pi klinik amek MC segala bagai
tahan je la sampai abes office hour..
plan nak stay back siapkan PEP
and gali korek kat mana lagi tersorok value account yg x balance
(masalah tul bila engineer kena balancekan akaun)

tapi pukul 5.45 pm tu dah xtahan yang amat dah..
xtau la sempat sampai rumah tak
dah janji dengan housemate nak pi pasar malam
terpaksa cancel and kirim je kat dia
wa chow balik umah, terus baring kat bilik
picit-picit kepala sendiri
xtau pukul berapa terlelap..
tersedar dah pukul 8malam..
nasib baik cuti, xdala terkejar2 dgn maghrib
bangun tu dah kurang sket denyut


sambil duk blogwalking, kepala denyut balik
nak suh tido la kut..
cuba-cuba pejam mata, xleh tidur
adeh, insomnia pulak ke..

dulu, masa awal2 pindah sini pernah gak sakit camni
time tu tgh struggle nak betulkan keadaan kat sini
stress bagai dgn perangai2 orang
sekarang xtau la pasal apa..
perangai orang semua dah boleh handle dgn okay
maybe duk fikir reconciliation utk 14 akaun lagi..
adeh,mati aku.. by hook or by crook, Thursday ni mesti settle semua


pagi tadi kena gastrik..
hish.. dah lama tak diserang ni
1st time since kat Kuantan
sbb lately ni kurang selera makan
makan jarang miss.. kecuali betul2 sibuk n xsempat
tapi bila selera tu xda, makan pun skit je la..
nak makan lagi dah xboleh.
jadi lapar dan perut masuk angin,
arghhh.. benci ah!

bila duk jauh dgn family ni, mula la nak nangis bila sakit demam camni
xda orang nak layan.. sob2
time duk Shah Alam dulu, ada gak adik beradik pakcik makcik
paling tidak pun, asal sakit je angkut kain baju semua pi duk rumah makcik
kut makcik sibuk pun, ada sepupu-sepapat dan bibik melayan makan pakai
ni dah duk Kuantan sorang-sorang
sape nak layan woi..
jaga diri sendiri la..


sok, housemate nak balik kampung lak.. seminggu tu
lagi la aku duk meraung sorang-sorang kat sini..
kut xlarat nak bangun nak roger sape la ni..
dah xpayah bagi komen suh cari boyfriend atau kawen cepat2..
xda makna kalau long distance relationship.. sama aja
sendiri jaga diri jugak

cuti sekolah lambat lagi, kalau tak, boleh mintak umi datang teman..
si Nuyu baru lapor diri asasi sains UiTM, mana ada cuti nak meneman kakaknya ni
si Ajie pulak buat short course.. aduhai..
nak suruh Khalifa, dah aku pulak yg kena jaga makan pakai dia
setakat teman xnak sunyi rumah boleh la

dah, pandai2 kau la nak jaga diri macam mana..
pi tido!!!!

p/s : teringat pernah IM dgn boss nakal pasal jaga diri ni.. waa, tiba2 rindu kat WiNiX

inilah diriku : Nadia.Yusof

cantik macam..

salam..

wah baru je berangan nak pi konsert Rossa
sekali ada orang tanya nak cantik macam Rossa tak
mak aih, Rossa tu cantik, comel, cute & petite..
xkan di bolehnya nak jadi cam dia
dah sah2 le eden ni golap, tinggi serta kurus kerengga
takda makna la nak tulus mulus kecik comel mcm makcik Ayat-Ayat Cinta

motifnya tidak le nak dijadikan se'cute' Rossa
tapi boleh la if teringin nak usaha mencantikkan diri cam dia..
dia tu xdala gorgeous sgt if xdicantikkan..



ni ha, tukang pencantik Rossa nak bagi tips and ajar
cmana nak conteng muka ala bibik Indon jadi comeyl cute mulus kudus

introducing..basic make up workshop by Kelvin Lim (KL)
Kelvin Lim ni local professional make up artist
kawan aku cakap, Kelvin Lim ni selalu gak make up kan artist..
especially si Rossa n Bunga Citra Lestari
neyh konsert Melodi Cinta Rossa ni pun dia la make up kan..
nnt i usha cantik ke tak make up Rossa time concert nanti.
Kelvin Lim ni pun selalu gak make up utk fashion show.

cmana pulak i boleh kenal orang2 seni conteng muka ni..
actually, tidak le kenal pun Mr Kelvin Lim tu..
tapi make up workshop ni di'host'kan oleh BFF i..
dia ada bridal gallery.. share dgn sorang lagi kawan
so, as part of their event di samping tambah skil make up sendiri
diorang organize la class ni..
organizer : Head to Toe Bridal Gallery
link to their website ada kat sebelah ni..

ada 5 kelas di Subang Jaya dan 1 kelas di Puncak Alam.
kat SJ tu tarikh 3, 10, 17, 24 & 25 Julai 2010
pukul 10am sampai 6pm
area Empire Subang Jaya, seksyen 16
yang kat PA tu lak pada 18 Julai 2010..
waktu sama di Fasa 2B2, Bandar Puncak Alam

setiap kelas limited to 20 peoples saja..
sbb diorang nak fokus and ajar betul2..
Kelvin Lim ni bawak geng dia lagi 3 orang..
so, dapatla 1 orang make up artist utk 5 pelajar..
hah,hadap la kau belajar sampai pandai
pejam mata pun leh make up cantik cam artis
(obvious kut, artis cantik sbb make up.. muahaha)
praktikal step by step
siap dapat sijil lagi.. leh masuk lam resume..

byk teknik yang boleh belajar..
kut tak berminat nak jadi tukang conteng muka orang
leh la belajar utk conteng muka sendiri..
katanya nak bagi tips jimatkan masa solekan dan rahsia make up tahan lama.
ada bonus teknik solekan utk dinner & majlis
i like, i like..
pasni gi majlis kahwin, lagi vogue dari pengantin. muahaha

dah segala mak nenek nak di ajar, harus la ada bayaran..
tidak la semahal kau bayar if make up dgn Nurul Shukor,
si make up artist Datuk CT tu..
berbaloi la dgn teknik2 dan tips2 nak jadi comel macam Rossa


kut tak pun, cantik mcm BCL, leh dapat hubby hot mcm Ashraf Sinclair tu..


jadi kosnya, RM 160.00
sekali dgn lunch & tea break

nak daftar ataupun nak tanya benda2 yang i xinform kat sini..
kut confuse atau xcaya, leh la contact tokey butik pengantin tu sendiri..
Aeman : 0192799276
atau
Zylla : 0137319499
atau
email : headtotoebridal@gallery.com
nak tinggal pertanyaan atau komen kat sini pun boleh jugak..
nanti akan di forwardkan pada tokey2 di atas.


p/s : jangan lupa bawak cermin, tuala muka dan pencuci muka ya.. yang lain2 diorang dah sediakan..

p/s lagi : i tggu orang conteng je muka i ni.. sia2 la promote kemain panjang lau make up i tak ditaja.. kan aeman kan. haha!

inilah diriku : Nadia.Yusof


bila harus memilih

salam..

this life is yours, so.. u DECIDE.

walaupun hampir rebah, saya memilih utk hidup
walaupun sangat kecewa, saya memilih untuk ketawa

kerana mereka takkan pernah mengerti peranan saya
then i choose to LOVE...
myself & my work!

inilah diriku : Nadia.Yusof

bila jauh dari kawan-kawan

salam..

quick update..
dah lewat malam.
lately asyik sampai lewat di ofis.
dah 2 hari punch card sharp 8.30..
isnin hari tu siap merah lagi.. 8.35 am

hoh, lemas gak dgn punch card segala ni.
masa kat KV dulu xda pun.
tapi yang tu lagi kena sampai awal sbb ada morning briefing
silap2 kena jadi org yang brief staff..
kalau sampai lewat malu dgn semua orang..
owh, blushing ah.

bila dah tidur dalam kehujanan yang menyejukkan
selimut di tarik menebarkan haba..
indah woh.
tambah pulak syaitan duk goda jangan bangun..
nasib baik ringtone utk alarm clock xkasi can nya terus lelap..
bingit sebingitnya dgn lagu Taking Back My Love..

semua ni gara-gara melayan FB and blog sampai lewat malam..
muahahhaa..
xtau nape, bulan ni mcm byk pulak update.
selalu nak dapat 15 entri sebulan pun, berhempas pulas layan emo nak jadi entri
lately ni laju pulak update.. gigih ah cubaan jadi blogger tegar
semangat berlebihan sejak tukar layout
lebih2 bersemangat sbb sejak entri kawen Fena and SD MAP tu,
traffic dah bertambah2..
dulu nak cecah Nuffnang unique visitor 10 orang sehari pun seksa
sekarang Alhamdulillah..

all keywords for SD MAP

btw, ada 1 lagi tag dari Tun Teja nak buat
and 1 advert yang BFF mintak tolong up kan dalam blog
gara-gara promosi SD MAP hari tu
(tidak le aku berniat nak promo utk dia pun, just bagi peluang utk sape2 yg nak cuba)
tup tup dia mintak tolong promo advert personal dia lak..
soon update yg tu..
tak sempat malam ni

sbb baru balik jumpa kawan yang dtg Kuantan & xlupa jenguk i
suka-suka-suka
ya la, bukan selalu pun depa dari KL datang sini.
kalau ada pun, kadang2 xsempat jumpa sbb dtg kejap sgt.
haish.. yang beria cakap nanti dtg Kuantan sebulan sekali xda lagi jenguk den kat sini
orang lain yang xjanji apa2 ni dah 2x dtg..

xpela, faham semua orang sibuk
tapi kan, bila duk jauh ngan kawan-kawan yang sentiasa diingatan ni
over excited bila ada yg datang melawat..
gigih ah cuba nak jugak jumpa orang tu walaupun sekejap..

terima kasih Faris dah 2x datang, xfail roger aku.
2x datang, 2x jugak kau jadi mangsa aku pow..
xjugak kau serik jumpa aku.. muahahaha..

thanx bro!

p/s : telah merembat tiket CTM 2.. yeay!!! Melodi Cinta masih dalam pertimbangan.

inilah diriku : Nadia.Yusof


pergi ke tak nak

salam..

sedang mengada-ngada gedix sebab baru sibuk kecoh nak cari tiket
Konsert Melodi Cinta

ingatkan dah nak cancel, tak jadi pergi
tapi sbb housemate balik kampung seminggu
cuti panjang lak tu 3 hari 28-30 May 2010
boleh mati kutu di Kuantan
jadi decide pergi KL

alang-alang dah pergi KL, layan sajalah..
dah lama jugak tak melayan konsert ni.

masalahnya, ada lagi ke tiket?
sape lagi yang nak pergi..
xkan nak gi sorang, xkuasa nak layan..
Bukit Jalil lak tu.. kurang fasih dgn entrance


pergi ke tak pergi?
everything checked!

ticket banyak lagi
member pun dah dapat 2, 3 orang..
esok lah decide, tunggu if lagi ramai nak join..
anyone nak join?

p/s : kena check dgn partner in theatre, dah beli tiket CTM 2 ke belum..
kang pakcik tu lupa, kecewa bertimbun2 kang xdapat tgk 2nd season.

inilah diriku : Nadia.Yusof

COMPLETE & FINISH

salam..

receive this via email.


People say there is no difference between COMPLETE & FINISH

But there is a difference

WHEN YOU LOVE THE RIGHT ONE, YOU ARE COMPLETE
&

WHEN YOU LOVE THE WRONG ONE, YOU ARE FINISHED

so TRUE!!

inilah diriku : Nadia.Yusof

keypochi tul la...

salam..

sebelum terlewat,
SELAMAT HARI GURU
kepada semua guru-guru saya
istimewa untuk guru pertamaku, UMI & ABAH
seterusnya guru-guru dari
Taski Al-Arif Fadilah (1989-1991)
SRK Sultan Ibrahim 1 (1992-1997)
SMK Sultan Ibrahim 1 (1998-2000)
SM Sains Machang (2001-2002)
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (2003-2004)
Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM Skudai (2004-2008)
terima kasih kerana menjadikan saya sepertimana saya hari ini.
**phew, kelewatan kerana kesibukan**

sekarang kembali kepada maksud keypochi diatas..
ni nak jawab soalan2 tag dari cik Amie Hani yang berkongsi guru semasa di KMPP

soalannya sangat keypochi nak korek rahsia orang,
tapi sebab dah di tag, layankan saja..

3 names in your message inbox:
ikut turutan paling latest eh..
1) azmir azan
2) nasuha
3) bonda

your main ringtone:
in love with you - Jacky Cheung & Regine Velasquez

what you did at 12 last night:
berusaha untuk tidur, sebab mata dah ngantuk tapi xboleh lena..
12 lebih baru lena.. xsuka ah susah tidur malam Isnin..nnt Monday Blues

who was the last person you went out with?where?
nurul officemate, teman cucuk duit kat ATM Shell

the colour of t-shirt you're wearing now
kalau pakai baju tidur xyah jawab la kan?
eh, baju tidur jenis tshirt - light orange

the last thing you did
tengok gambar wedding mattop & konsert adrenalin yang waheda attend kat FB
jeles2

3 of your everyday favourite items
handphone, broadband & Lucas

the colour of your bedroom
light blue.. sedia ada, nak pilih purple boleh tak tuan rumah?

how much money in your wallet now?
keypoh je nak tau duit orang.. xda duit. puas hati? muahaha

how's life?
bersyukur seadanya.
tapi kalau ku punya pilihan, mau pulang ke sana!!!

your favourite song:
macam2 ikut mood.
skrg tgh layan sekarang lagu orang kecil - wani ardy & yang terindah - dakmie
kalau mood bahagia, lagu caller ringtone

what will you do next weekend:
pergi ofis, siapkan stock reconciliation..
bosan owh hidup ada kerja saja.

when was the last time you see your mum?
last month.. masa i balik utk pergi konvo nuyu.

where is she now?
kat kampung lol

who is the last person that talked with you last night?
housemate, maisya


the last surprise you got?
my bff getting engaged today..
what a big surprise sbb at the beginning she said there will be no engagement.
btw, it's a surprise to know that via FB.

the last thing you borrowed from your friend?
pc nurul, nak guna CODA system check jurnal

who is your bf / gf / husband / wife?
perlu ke nak sibuk2?
dah, i'm single.. and happy this way

what do you feel right now?
bengang sbb recon tak siap lagi, due date last friday
sedih, dah xda Adamaya so mcm xda mood nak balik rumah awal
xpuas hati, xtgk ironman 2 lagi..
happy, sbb orang tu panggil i dear tadi.. hah, perasaan!

wanna share with who?
you all yang sudi jalan2 jenguk2 baca2 blog busuk i neyh.. wink wink

who know your secret?
1) my mum
2) cik Ijan
3) cik Aiman
4) semua yang baca blog i.. hehe

they keep your secret?
1, 2, 3 Yes..
4.. mana ada secret pun..

are you angry with someone?
erm, ada kut.. tapi .. SECRET.. :)

do you order at Mc'D?
yup.. tapi kureng sket fast food lately ni.

the last time you feel so sad?
so sad tu tidak la..
tapi sad tu ada la.. about the engagement surprise.

mahu tag?
nah, sape terkena jangan nak ngelat
1) Miss Labi
2) Tun teja

3) Ijan

4) Yan-Aziyan

5) Ajie

6) Cik Siha

7) Linda
8) Sya

9) Nabil Aizat (nak jugek tag NA)

**kurang rajin nak link kan mereka hari ni.. sila usha list di tepi untuk melawat

p/s : ada cerita nak dikongsi... tapi xda mood nak fikir ayat. karang jadi entri emo lak.. nanti2 la update cerita berfaedah sket.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Sime Darby MAP

salam

meh sini kakak-kakak, adik-adik, abang-abang
pakwe-pakwe, makwe-makwe
rakyat Malaysia yang umur 27 tahun
yang dah grad tapi belum ada kerja sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh grad
dgn CGPA 2.75 ke atas
xkisah course apa
ni ada berita baik!!!

walaupun dah rugi 1.63bill, apalah sangat nak sumbang bakti
pada nusa bangsa sendiri setakat 2, 3 juta..

ni ha..
Sime Darby Management Apprentice Program
2nd batch
time frame programme - 12 bulan.
1 bulan classroom training, 11 bulan training kat division
tgk rezeki korang ah dapat division pe..
ada 5 major division.
Industrial, Plantation, Motor, Property & Energy Utilities

taun lepas dah wat 1st batch.
layan owh programme ni..
sebulan diorang duk kat PGOTH
mewah tul layanan tuk depa ni..
i training MT dulu pun duk apartmen sewa company bayar sajo..
lagi makan kat hotel semewah-mewahnya
dapat peluang jumpa top management SDG
boleh belajar macam-macam..
dgr2 diorang siap ada talk dari org industri perfileman.. sape ntah.
diorang ada sebut hari tu, dah lupa..
tapi i tak tau la if program kali ni diorang ubah konsep lak
(cut cost kut.. nanti permanent staff xdapat increment lak.. muahaha)

mula-mulakan diorang duk berkumpul ramai2 lam kelas..
dah kenal sesama sendiri
bila dah attach dgn division terpecah terpisah
kalau ada event group, dah gaya reunion diorang dah..
member merata satu Malaysia.. jeles owh!

i memang fail nak cerita benda formal.
nak info lanjut, baca email yang depa anta kat staff ni ha:

Dear all,

Kindly be informed that we will be having another round of Sime Darby Management Apprenticeship Programme 2010 (SD MAP 2010).


This is one of Sime Darby’s CSR programmes to support our Government’s mission in reducing the unemployment rates amongst graduates by providing them with relevant training courses and on-job-training exposures. Upon completion of this programme, they will have higher chances in getting jobs as they would have acquired relevant commercially useful skills that most employers want in candidates.


It is a 12-month training programme specially designed for graduates who have not been employed. Throughout this 1 year, the apprentices will undergo a 1-month classroom training starting early July 2010, followed by the 11-month On-Job-Training at the respective divisions within Sime Darby Group.

We will be having a 2-day Walk-In Interviews on Tuesday (18 May 2010) & Wednesday (19 May 2010) for the said programme. Moreover, advertisement will be published in The New Straits Times (Friday, 14 May 2010), as well as Berita Harian and Borneo Post (Saturday,15 May 2010). You may also click to www.jobstreet.com/my/sdmap for further information.

Kindly share this news with your family members, relatives, friends and neighbours.

Appended please find the SD MAP advertisement for more information.

Best Regards,

Group Human Resources


pastu usha advert lak..

dah faham? dah tahu?
** if nak real email n advert pix, do leave a message here okeyh!**

apa lagi, pergila interview di Dynasty Hotel
18 May untuk graduan Engineering & Science Technology
19 May untuk graduan Business Studies & Other Courses.

kut-kut boleh jadi office mate... wink wink

p/s : ni Corporate Social Responsibility la weh.. so kau xyah tanya la lepas setahun tu apa jadi. orang dah bukak peluang kau attach dgn division, belajar mcm2, jumpa ramai orang, time tu rebut la apa semua yang patut..


inilah diriku : Nadia.Yusof

layan tag menghiburkan hati

salam..

sebab kita dah kalah dgn China semi final tadi.
tutup cerita Thomas Cup.
xkan ada entri Thomas Cup lagi sehingga 2012.
lepas ni kembali kepada biasa,
1 entri sehari bila tak sibuk tapi ada cerita
1 entri dalam 2 atau 3 hari bila sibuk tapi takda cerita
1 entri seminggu bila sibuk atau tak sibuk dan takda cerita

sehingga ada cerita lain
mari kita menghiburkan hati dgn tag oleh cik Tun Teja
sebab tag ni dah berkurun lama, sejak 20 April lagi.
ampun Mc Tun oii...

MUSIC
semua jenis muzik..
esp yang sweet layan perasaan..
contohnya lagu tema blog ini : Ku Bukan Aku
suka juga Yang Terindah & When You Say Nothing at All
semua lah suka.. Avril & Keisha pun suka juga.
juga, suka oldies mcm George Benson, Diane Warren, Air Supply & Richard Marx
p/s : eh salah jawab ke? boleh kan sebut nama artis mewakili jenis muzik.. hehe

MOVIE
yang ni pun semua layan.
dari Adnan Sempit the Series ke High School Musical
dari Evolusi KL Drift ke Ocean Thirteen
dari Cicakman ke Ironman & Batman
tapi i paling suka yang ala-ala sweet, komedi romantik.
mcm The Proposal

p/s : tgk movie ke berangan?

FOOD
juga makan mcm2.
tapi sebab lidah memang dah cop masakan melayu je,
kalau tune masakan lain tu boleh telan, tapi kurang kenyang.
ceh, kau hidang masak asam pedas, i xpandang lain dah oii..
tapi kalau spagheti masakan sendiri, makan 3x terus kenyang.
p/s : kau hadapkan aku dgn seafood, confirm aku xtoleh kiri kanan..

DRINKS
all time favourite : sky juice with ice..
eh salah.. teh o ais.
sebab masa zaman remaja kena buat teh o ais atau teh o suam utk abah.
dah terkenan, jadi favourite pulak.
p/s : air longan pun sodap walaupun susah nak dapat

FAVOURITE PAST TIME
FB*blog*email*online news*tv*novels

BOOKS
kalau kena buku yang sesuai dan menarik terutamanya novel,
i akan duk diam, xkacau orang, rela lapar & dahaga
demi nak habiskan bacaan.
p/s : buku motivasi pun ada gak.. tapi after few chapters mesti mata dah pejam.

MAGAZINE
dulu suka kumpul majalah REMAJA.
tiap2 edisi, 1hb dan 15hb mesti beli.
sejak dah pindah Kuantan, dah malas nak beli.
sebab kalau pindah-randah susah nak mengangkut.
p/s : sekarang beli majalah kalau ada edisi yang best je.

FAVOURITE LEPAKING PLACE
atas katil bersama broadband, laptop dan handphone.
xpun depan tv bersama gajet atas katil..
tapi kalau kat luar, suka pergi Sunway Pyramid.
sambil lepak, sambil window shopping.. :)

SPORTS
hah, sape yang dah baca past entries, mesti tau.
Badminton yeay!!!
tapi itu suka tengok saja ye.. xsuka sendiri main. hehe. penat.
lebih suka indoor game, bukan computer game ya.
dulu layan bowling.. sekarang layan wall climbing lak.
p/s : paling xsuka golf.. ntah pape sports itu.. eh, sports ke?

SUBJECT
i love Maths & Add Maths.
walaupun masa form 4 aku fail Add Maths sepanjang tahun
kecuali exam akhir tahun dapat B..
masa form 5 dah score dah.. hehe
paling xsuka Biology & Kimia..
argh... fobia.
p/s : siapa kata anak cikgu Add Maths memang terer sbb keturunan?
salah kenyataan itu..

IDOLS
Umi saya!! nak tau kenapa? baca entri ini.
tapi paling diagungkan Nabi Muhammad S.A.W

COLOUR
saya gilakan HIJAU yang fresh
PURPLE yang mendamaikan
COKLAT yang manis
dan OREN yang ceria

FLOWER
xpandai menilai bunga..
tapi kalau nak bagi jugak.. red rose yang baru nak kembang
atau white lily.. terima kasih.

FRUITS
sangat crazy dgn buah sbb tak makan sayur.. :(
saya suka
Rambutan*Manggis*Anggur*Jambu Air*Jambu Batu
Mangga*Tembikai*Honey Dew*Jagung*Langsat*Duku
Limau*Limau Bali*Pear*Belimbing
SEMUALAH!!!!

CARTOON
Oggy & the Cockroaches..
hahaha, sape lahir zaman aku mesti tau
lipas yang bengong!
juga Doraemon comel.
p/s : masa kecik xsuka sangat tengok kartun, dah dewasa ni lagilah xtengok

akhirnya habis!penat fikir jawapan.

kamu kamu dan kamu ialah mangsa seterusnya yang di tag kalau kamu rajin.
kalau kamu xbuat maksudnya kamu xrajin.
tapi orang yang dalam list dibawah, wajib jawab.. muahahahha

1) Ijan
2) Yan
3) Siha
4) Linda
5) Sya
6) Mimi
7) Amie
8) Ajie

banyak pulak yang menge'tag' lately ni
xsempat nak jawab lagi 1 tag dari Mc Tun
juga baru di tag oleh Cik Amie
dah ngantuk...
jumpa lagi...bye!

p/s : simpan semua tag untuk dijawab bila xda cerita nak update.. muahaha

inilah diriku : Nadia.Yusof

muka dah hensem, main cam ayam

salam..

hah.. itu la ayat housemate i tgk KKK-TBH lawab FHF-CY
kecewa owh tgk cara diorang main..
tadi LCW dah kalah dgn LD..
double kecewa!!

apasal nak main short form je ni..

takda mood nak taip nama diorang sebiji-sebiji
makan dalam owh!
bukan kisah sangat diorang kalah.
tapi cara diorang kalah tu sangat sadis.

xtau la LD memang bela hantu raya ke hape
sbb skill & energy dia mmg mantap abes
ataupun Datuk LCW yang xmakan nasi lepas lawan Denmark hari tu.

kau hengat kau hot? tapi tipu helah kau memang dasyat ah!

ya, adat pertandingan memang ada menang ada kalah.
tapi apasal Thomas Cup je nak kalah..
game lain elok je kau main.. haish!

LCW dan KKK-TBH
made simple mistake.
xpernah tgk diorang main seteruk ini.
sadis habeh kot!!!!!!!!!!!

our golden player pun dah macam ni..
lupakan saja yang lain..
mungkin Hafiz can make something
tapi mungkin Hafiz xsempat turun court pun..

jadi, sehingga keajaiban terjadi.
lupakan saja Thomas Cup.

***engkaulah apa kau fikirkan***
***terkandung dalam pemikiran***
***berfikir boleh melakukan***
***fikirkan boleh***

sbb LCW & KKK-TBH dah kalah, jadi difikiran hanya ada kalah.
sob sob

bye Thomas Cup 2010

p/s : entri bye aje lately ni.. haish.

p/s lagi : dah xda entri Thomas Cup kalau kalah okey. ini yang terakhir.

******sebab WCH lawan CJ, maka lupakanlah Thomas Cup everybody******
realistik

inilah diriku : Nadia.Yusof

takda dan tak dapat..

salam..

malam ni 1 entri je.
sbb xda Thomas Cup game.

ceh, boleh pulak mcm tu.

sebenarnya tak..

takda mood.

tak tau ke?
Sime Darby kan making loss approx 964mill..

banyak gila dowh!
susah payah penat jerih usaha gigih
para pekerja Sime Darby
(yang betul2 susah payah penat jerih usaha gigih je la)
hancur lebur camtu je.

walaupun division ktorang making profit gila-gila
tapi bonus tu kira performance group as a whole.

moral of the story,
lupakan rancangan nak gi berWinter Sonata di Nami Island
boleh pergi berWinter Sonata di Genting Highland saja.

xdapat jalan-jalan mcm ni.. sob sob

xdapat pergi konvo budak comel ini.. hukhuk

tak dapat sibuk2 ngendeng pakai jubah Dinasti Tang ini jugak.. waaa

sebab dijangkakan tiada reward aka bonus
mahupun increment tahun ini
ok bye SIME DARBY

eh tak, bye u all.


p/s : dah la tgh mood feeling jiwang ADAMAYA tak habis lagi..
duh, jantung-hati semua berterabur kat katil ni.. bye Amani.

p/s lagi : semua nak di bye

inilah diriku : Nadia.Yusof

u did it GUYS!!! hoyeah!

salam..

sorry, 3rd entry terjadi kerana terlalu happy
walaupun dah mengantuk
harus ucapkan

TAHNIAH SKUAD PIALA THOMAS

terima kasih kerana membuatkan kami warga Malaysia kembali bernafas
kembali memasang impian untuk menjulang Thomas Cup
kembali bersemangat nak pergi kerja esok, eh ada kaitan ke.. hehe

tq heroes Malaysia!

dia memang WIRA MALAYSIA

keyakinan pada mereka juga semakin utuh

he did damn well tonight..
Hafiz Hashim version All England 2007
you are real HERO!
tutup mulut semua yang kutuk kamu..
termasuk mulut saya yang kurang yakin pada kamu sebelum ini

TAHNIAH juga untuk Wong Choon Han & Zakry - Hoon
semangat kesukanan dan ingin menang yang sangat tinggi!!!
walaupun kutipan mata kurang stabil
buat jantung kejap kembang kejap kuncup

bye Denmark!!
good job, try again next time.

p/s : separuh akhir dgn China... hope the best from them too!

eh, apakah?

salam..

ya, 2nd entry hari ini.
tau agak tamak nak update blog macam dah xda esok.
entri ini yang nak publish sebenarnya
tapi entri Thomas Cup harus ada demi menunjukkan sokongan
istimewa utk skuad Malaysia.. wohoooe

okeyh2... apakah yang terjadi?
xda apa pun..
tapi semalam mimpi sesuatu yang agak pelik..
melibatkan 2 lelaki..
1 memang kenal di alam realiti
1 lagi pulak i kenal dia di blog, xtau dia kenal i tak.

waahahaha

ceritanya macam ni..
konon2nya kami ada reunion di satu sekolah.. xtau sekolah mana
some friends lepak dalam kelas, some lepak kat kaki lima kelas
kelas tu kat ground floor
i lepak dalam kelas tetiba lak nak gi toilet..
so melintasi 1 gang yang lepak at kaki lima kelas..
tiba-tiba lelaki dari entri ini, panggil nama i
macam dalam drama, i pun pusing la tanda menyahut.. eceh
pastu kita jalan sama-sama pergi toilet, comel je jalan together2..
aiseh, perasaan
owh busuk tul toilet masuk mimpi
adeh...

eh, xpegang tangan macam tu tau.. bukan muhrim
sopan je jalan.. tangan simpan sendiri.. :)

mula-mula borak biasa je dulu
pastu dia kata, ada benda nak cakap pasal kami..i tenang je masa tu
wah, kalau di alam realiti ni.. harus jantung dah berterabur kat lantai.
elok2 je dia nak cakap, dah sampai toilet..pastu mimpi abes
keciwa!!!!!

i rasa i tak terjaga pun..

tapi ada sambungan part 2 lak..
hero kedua muncul..
ntah cmana, i duk berjalan-jalan di kaki lima kelas..
kali ni kelas kat tingkat 3 lak..
sambil jalan-jalan, i berbual mesra dgn lelaki ini, siapakah?
blogger comel Nabil Aizat Abdul Rahman
ala, yang tag line
"tak, bapa saya bukan bekas Perdana Menteri Malaysia yang buat rombongan pergi London itu"

pix dari blog Nabil Aizat... pinjam jap eh Nabil

apakah? wakakakka...

yang ni sumpah kelakar..
mcm mana si Nabil yang jauh di German tu boleh masuk mimpi i
telepati ke hape?
ktorang borak-borak sambil jalan-jalan je..
apa yang diborakkan, i pun xtau..
bila jalan-jalan tu, ternampak ada latihan menembak oleh siapa ntah..
suddenly NA menghilang..

suka suki muncul, suka suki hilang..

yang heran tu, apa kaitan aku dgn NA?
bukan die-hard-fans blog dia pun
bukan kenal in person pun
lagi kerap aku belek blog Hanis Zalikha dan Red Mummy
tapi i adala park blog NA kat celeb bloggers la..
sbb suka baca story NA... comeyl macam dia jugak

haish, jangan fikir bukan-bukan.. pangkat adik-adik sajo tu..
i dah tua!

malam ni nak mimpi bloggers mana lak.. ahaks

p/s : boleh tahan Hoon Thien How ni.. keep fighting!!!

p/s lagi : kesian tengok Fairuzizuan duduk kat seat penonton tgk rakan regu sedang berusaha mencipta kemenangan..

inilah diriku : Nadia.Yusof

my baby BOOOOOOO

salam..

wah, comel je tajuk.
kononnya baby boo yang comel.
eh tak..

sekarang update blog sambil tgk Wong Choon Han lawan
for Quarter Final dengan Denmark.
dah kalah first game.. macam semalam jugak prestasi beliau nampaknya.
(sudah semakin pudar keyakinan pada hero tua ini, faktor usia.. yes)
tapi itu cerita hari ini.. belum ada kesudahannya lagi

ni ha, cerita semalam yang kisah kena BOOOOOOO tu..
(ahah, baru kena dgn tajuk)
i tak tengok masa kejadian.. keluar cari makan.
tau diorang kalah je.. layan tgk HH pun kalah..
okey, masih ada peluang dalam suku akhir

tiba-tiba pagi tadi kecoh lam radio..
FF and FBI duk keypoh pasal Fairuzizuan kurang ajar dgn penonton.
apakah?
sampai ofis, terus usha online Kosmo & BH
semua news ada gambar ini..


rupanya beliau naik angin dgn isyarat lucah
yang ditunjukkan oleh penyokong Malaysia..
katanya, tang kena BOOO tu boleh tahan lagi,
part tgk isyarat "F word - i guess" tu yang dia xboleh blah.

ya la, ikut logik pun.. i pun bengkek lau camtu..
dah la tgh down, lagi nak tambah panas
bukan sengaja dia nak kasi kalah..
dia pun rakyat Malaysia jugak.. dia pun nak bantu pasukan menang jugak..
dia pun nak menang untuk diri sendiri jugak.. dia pun tahu harapan semua orang..
dia pun dah cuba sedaya upaya nak buat yang terbaik utk semua rakyat Malaysia
terutamanya utk skuad Malaysia yang terlalu nak kan Thomas Cup tu.

tapi dia pun manusia jugak..
ada rasa takut dan gementar..
ada tekanan yang tak mampu dikawal
lagipun dalam percaturan hidup bila dah habis usaha,
nasib & rezeki yang akan tentukan.
mungkin juga itu salah satu strategi management utk langkah ke peringkat akhir
xmustahil mereka ingin mengulangi takdir yang terjadi semasa Thomas 92.
waktu tu, Malaysia melangkah ke Final dgn 1 kekalahan pada peringkat kumpulan
tapi, kemenangan pada suku akhir telah membawa Malaysia menjadi Juara..
tak mustahil sejarah berulang kan?

walau apapun, sebagai rakyat Malaysia..
tak patut kita BOOOOO pemain & pasukan kita sendiri
di hadapan penyokong2 Malaysia lain, di tanah air sendiri..
seolah-olah kita mem'BOOOOO' diri kita sendiri..
senang sangat nak tgk silap orang dan BOOOOO mereka..
cuba duduk tempat mereka, cuba fikir apa yang diorang rasa?

kesian beliau xleh main hari ni..
xpasal2 set up new pair Zakry - Hoon
semoga mereka berjaya.

"sendiri lepas kentut, sendiri sedut bau - busuk"

p/s : rakyat Malaysia semakin kurang ajar..
kalau xmampu kawal emosi, jangan pergi stadium..
duk rumah, mencarut kat rumah je.. xda orang dengar, xda orang sakit hati.

p/s : terus berjuang hero-hero dan heroin-heroin Malaysia..

Bring Home Thomas Cup!!!!


inilah diriku : Nadia.Yusof

IDK

salam..



YOU, SHUT UP!!

DONT BOTHER TO ASK.



p/s : baru seminggu buat stock reconciliation dah demam.. adeh!

p/s lagi : Thomas Cup team mengecewakan.. tapi harus terus menyokong.
Welcome Home Thomas Cup

inilah diriku : Nadia.Yusof

Malaysia Boleh

salam,

sebab semua mata sedang tertumpu kepada Thomas Cup
yang akan bermula hari ini sehingga 16 May 2010..
marilah menaikkan semangat pasukan Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil.

oh hero Malaysia, selamat berjuang ya!

sangat ghairah dgn Thomas Cup
haruslah, perlu ada semangat Malaysia Boleh.
lagipun game badminton lebih difahami..
lagipun jua, Thomas Cup 2010 ini berlangsung di Malaysia.
lagipun jua lagi, peluang untuk menang itu sangat tinggi!! hoyeah!
lagi lagi, harus bersedia untuk mengulangi sejarah 1992.

wirawan-wirawan Malaysia Thomas Cup 1992
mari mengulangi kejayaan ini..

walaupun gagal pada edisi 2000 di Malaysia.. :(
walaupun BAM dalam kemelut yang belum berkesudahan..
walaupun Rashid dan Misbun baru bebas dari H1N1..
walaupun PRK Sibu mungkin overshadow story Thomas Cup
walaupun team China, Indonesia, Denmark dan Korea cuba tunjuk taring..

team MALAYSIA tetap UNGGUL!

SELAMAT BERJAYA PASUKAN THOMAS CUP MALAYSIA.
EH, TAK LUPA PASUKAN UBER CUP JUGA..
ALL THE BEST!!!


pastikan ini milik kita!!


p/s : dah BAM, pergi duk diam.. jangan kacau emosi players.

p/s lagi : mau layan, tapi xda channel Astro Supersport.. sob sob.
kat RTM xda ke eh?


inilah diriku : Nadia.Yusof





dia UMI ku...

salam..

umi, ibu, emak, mak, mama, mommy, mum..
semuanya membawakan pengertian yang satu..
wanita yang bersusah payah untuk membawa kita ke dunia ini..

dan wanita hebat dalam hidup saya ini ialah
Puan Sakinah Jusoh.


ya, semua orang mengatakan ibu mereka hebat.
memang betul pun, semua ibu-ibu di dunia ini ialah manusia HEBAT.
kalau anda ialah ibu, anda wanita yang HEBAT..
standing ovation untuk anda.

jadi, seperti ajakan my sister, AJIE.. mari kita bercerita tentang ibu kita yang hebat.
eh sila taip dengan betul ya, ibu kami.

6 jasad ini dilahirkan dan dididik oleh beliau..

merangkap pencinta setia kepada lelaki ini.

ABAH kami la tu..

UMI sangat terer Math and Add Math, sebab tu saya boleh skor masa SPM walaupun xsuka jadi cikgu macam umi.

UMI wanita cantik sehingga di usha oleh jejaka merangkap menantu pilihan sekampung sewaktu umi tunggu bas atau teksi depan rumah. lepas tu jejaka itu pura-pura nak gi pekan padahal nak cari peluang berborak dgn umi. dan dia telah sah menjadi suami umi 25 tahun yang lalu.
p/s : umi story kisah cinta sambil muka blushing.. comel.. :)

hah, mamat ni la tackle umi.. sampai umi mimpi dia pinang umi.
betul-betul terjadi lak tu. Alhamdulillah..

UMI wanita berkerjaya selalu bersemangat nak anak murid semua pandai dan terpelajar, disayangi anak murid sehingga dicemburui kami.

UMI sangat tabah dan kuat menguruskan kami adik beradik termasuk ibu bapa dan ibu bapa mentua sewaktu abah ditugaskan di Perak (2 tahun) dan Kuantan (5 tahun).
p/s : umi pesan, wanita perlu cekal dan tabah. isteri wajib menjaga amanah suami.


UMI pandai memasak walaupun jarang dapat merasa masakannya gara-gara kesibukan kecuali kalau Abah ada di rumah. kadang-kadang kalau balik kampung hujung minggu belum tentu dapat makan air tangan umi walaupun semua bahan mentah utk dijadikan lauk kegemaran telah dibeli 2 hari sebelum saya sampai kampung.
p/s : umi pesan, jangan bagi suami makan air tangan orang lain. insaf, perlu belajar masak walaupun belum mahu bersuami.

UMI pandai bergaya pakai baju matching tudung dan kerongsang. handbag pula harus matching dgn kasut. sanggup pusing beberapa shopping complex demi mencapai kepuasan. walaupun barang itu murah, ia harus kelihatan mahal dan bling-bling. ya, ibu vogue!
p/s : umi pesan, personaliti kena jaga.

kan dah cakap, kerongsang mesti sama color dgn tudung.. :)

UMI sangat rapat dan sayangkan adik beradiknya sehinggakan adik2 perempuan berpantang pun dia yang jaga. pergi mana-mana adik beradik dan anak-anak buahnya xpernah dilupakan.
p/s : adik bongsu umi (sue da aka mama arysha) cakap, umi dah macam mak dia jugak.

UMI selalu kawal dan nak tahu apa yang kami adik beradik nak buat. kalau dia cakap xpayah, jangan kau ngada-ngada buat. tapi kalau pandai pujuk, mesti okey punyalah!

UMI ada instinct yang kuat.. jadi jangan cuba nak sorok apa-apa dari umi, confirm umi tahu punyalah.
p/s : sebab tu semua benda report umi, xmau kantoi.. hehe

she keep my secret.. i love u

UMI jarang nak sembang lama-lama kalau saya yang call, sebab dia xsuka any plan yang dia dah buat tergendala. hanya cakap yang penting sahaja. kalau nak bercerita, mengadu nasib atau bermanja-manja sila tunggu umi call bila-bila dia lapang nanti.
p/s : tapi umi tak pernah gagal untuk hadir setiap kali saya perlukan.. :)

terima kasih cintaku..

UMI selalu menjadi saviour kami adik beradik, walaupun sebelum diselamatkan akan dibebel sepuas hatinya.kau carik pasal, umi nak kena solve? apa kes?
p/s : umi mana tak sayang anak..

inilah yang selalu kena bebel dgn umi.. saya juga. hehe

UMI akan komen dulu samada boleh rapat atau tidak dgn mana-mana lelaki yang bergelar kawan saya. maksudnya, jadi kawan biasa, kawan baik atau kawan rapat.. ehem.
p/s : kalau saya suka siapa2 pun, kalau umi xsuka.. sila padamkan perasaan itu. terima kasih.

UMI tak nak saya pilih course accounting sebab akauntan banyak kerja balik lewat malam ataupun mekanikal industri sebab takut saya jadi tomboy. akhirnya saya bekerja di bidang mekanikal industri dan bergelumang dgn accounting work cuma balik lewat petang.
p/s : umi pasrah setelah minatku memang terarah ke situ

walaupun degree Electrical - Telecommunication.. :)

wahai wanita hebat bergelar UMI,
terima kasih yang tak terhingga menjadi tulang belakang sehingga saya mampu berada disini.
terima kasih kerana sentiasa memahami apa yang ada dalam diri ini.
terima kasih kerana mendengar segala keluh kesah saya.
terima kasih untuk semua cinta yang kau beri, dunia & akhirat.
SELAMAT HARI IBU, UMI SAYANG
.

JUGA, bak kata AJIE lagi..
harus ucapkan selamat hari ibu buat diri sendiri juga kerana menjadi ibu yang baik untuk Arysha Hadhirah walaupun bukan sendiri mengandung, melahirkan dan membesarkan. tapi kasih sayang dan cinta yang tercurah untuk Arysha persis dialah segala-galanya dalam hidup dan setiap langkah hidupnya adalah denyut nadiku.

terima kasih sayang menjadikan hidup mommy terlalu indah dengan hadirmu.

mommy sayang arysha

mommy long and mama gee..

tq mama arysha sebab izinkan kami sayang arysha mcm anak sendiri..
make us proud to call ourselves mother.. :)

HAPPY MOTHER'S DAY
TO ALL MUM IN THE WORLD

inilah diriku : Nadia.Yusof










Related Posts with Thumbnails