she's getting married!!

salam..

phew, masih ingat dengan entry ini?
bila jodoh telah tiba
kemain kan i sorok siapa orang tu.
sebab masa tu masih dalam planning process
belum confirm tarikh
takkan i pulak nak reveal lebih2
pada orang yang tau, tau la.


tapi, since kad jemputan pun dah diedarkan
takda apa lagi nak sorok...
and here she is..
my dear darling Amira Mohamed Noor
she's getting married... today!!
after solat jumaat nanti di Masjid Taman Sri Muda
and now i'm on the way to Shah Alam for her solemnization.
reception will be tomorrow, Saturday 31st July.


they started their dating on February 2010
decided to get married on May 2010
engaged on June 2010
and married on July 2010
OMG, everything happen in 6 months.


amira sayang,
it's hard to believe that u'll be a wife in next few hours.
mcm baru semalam kita berlari-lari dalam hutan
menangis & ketawa sepanjang 6 bulan penuh cabaran
having lunch together, almost everyday
lepak2 after kerja
karaoke'ing & wall climbing
had a long talk, gossip & make joke
and so many things we had together!!!

never thought u'll change ur status this fast.
but i am super duper happy for u
and pray hard for your happiness until syurga.

to abu hurairah,
please take care of my princess.
she has everything, all she wants is only ur LOVE for entire of her life.
so, do LOVE her FOREVER, k!

Amira Mohamed Noor & Abu Hurairah Md Jamil

p/s : next will be another bff.. OMG, all my bffs are getting married.
haish...

inilah diriku : Nadia.Yusof

Imam Muda 2010 Finale

salam..

dah 10 minggu Imam Muda ditayangkan
dah 1 dunia tau pasal IM
baru sekarang terbuka hati nak menulis pasal IM
sebab dah Finale.
sedih, dah tak dapat tgk all the IMs

gambar ihsan Astro
kesemua Imam Muda Astro Oasis 2010
Asyraf, Azhar, Miril, Nuri, Abe Syara, Hizbur, Aran, Adib, Taufek & Syakir

since 1st episode, memang follow la sket2.
tapi ada gak episode yang terlepas.
siap follow kat FB, dah lebih 51k fans dari seluruh pelusuk dunia.
membuktikan program bercorak keagamaan juga punya pengaruh tersendiri.
sangat membanggakan sebab ini rancangan realiti ciptaan tempatan.
xda cetak rompak ciplak dari luar negara..
jadi, mari sokong program buatan Malaysia yang berkualiti antarabangsa.

Finale esok, Asyraf akan berentap dgn Hizbur untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. pada saya, hadiah yang ditawarkan hanyalah iringan untuk usaha yang telah mereka curahkan selama ini, juga sebagai penghargaan untuk mereka yang berusaha untuk menjadi lebih baik. hakikatnya, semua Imam Muda telah memberikan satu perspektif baru kepada remaja kini. setidak-tidaknya, mereka tidak terlalu disogokkan dgn hiburan dan angan-angan indah menjadi penyanyi, pelakon mahupun pelawak. ada penawar disebalik semua racun yang menular dalam kehidupan hari ini. (mungkin bukan pada kamu, tapi rancangan IM sedikit sebanyak memberi kesan kepada pemikiran saya secara keseluruhannya).

so, who is the best?

ASYRAF

atau

HIZBUR


kedua-duanya punya latar belakang pendidikan agama.
cuma saya rasa andai Asyraf jadi juara, kerjaya sebagai imam pasti di pandang tinggi.
imam berusia 26tahun ini ialah lulusan ijazah dalam bidang Usuluddin & Fiqh.

tapi, dari awal program saya sokong Imam Muda Aran.
walaupun tersingkir saat selangkah lagi ke Final,
Aran tetap terbaik.
cuma Aran perlu lebih berusaha untuk meningkatkan skil komunikasi.
saya suka dia, sebab dia nampak sedikit sempoi berbanding yang lain.



saya suka ustaz sempoi.. :)

p/s : episod kegemaran ialah masa semua IM jadi ayah angkat kepada anak yatim.
uish, calon bapa mithali.. lagi2 sebab anak angkat aran bagi surat ucapan penghargaan.
lagi i suka... hahahha

p/s lagi : jgn lupa tgk Finale!! Jumaat, 30 Julai 2010, 9 malam
Astro Oasis, saluran 106.

**semua gambar ihsan Astro.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Sticker Kak Red

salam..
yeay!
berjaya dapat sticker mak merah aka redmummy.
phewit2..
tak sesia every morning mengadap blog RM
suka baca entry kak Red.
mcm2 info, lagi2 yang masa depa pi trip overseas.
yang tu hari2 i duk mengadap tunggu latest update.
nak pi trip cam depa, xmampu lagi.
dapat tgk pix & baca story pun dah rasa macam pi jugak. hehe.
lagi2 byk kemain tips yang RM kasi utk planned trip.
sticker ni FOC from RM untuk readers.
siapa cepat dia dapat.. limited to 40pcs only.
sesaja submit request, xangka among top 50.
yabedabedu... maceh kak Red



confirmation email from GengBasMerah (GBM)

ai read...Redmummy.com
ai tunggu u sampai..
tqvm RM & GBM!!
pi jenguk blog redmummy sekarang!
inilah diriku : Nadia.Yusof

Lucas 1st Birthday...

salam..

it's Lucas 1st birthday!
which is also our 1st anniversary being together!


phew, time flies so fast.
macam baru minggu lepas decide nak pilih Lucas.
macam baru 2 hari lepas pergi book.
and macam baru semalam i duk bercintan cintun dgn Lucas.
hakikatnya... it has been A YEAR!
kalau bercinta tu, dah kenal hati budi sesangat la sebab tiap-tiap hari jumpa.
^_____________^

actually never thought that i will have LucasCity as my 1st own car.
everything started with old type Jazz.
i was so in love old type Jazz.
since new model Jazz langsung tak attractive,
plus Honda keluarkan latest model of City.
and the design is awesome compared to previous generations,
why not choose City, added that it's way cheaper compared to Jazz.

and why Honda?
my dad is a Honda crazier!

sebelum betul2 decide nak beli, harus test drive.
and i went for test drive with my bff, Ijan & my dad.
since nak plat number sama utk kereta umi & abah,
i decide to book di Kelantan je la.
senang abah nak uruskan semua documentation.

i booked the car on March 2009.
and i got the car on July 2009.
tolong kira berapa lama i tunggu seksa nak bercinta dgn Lucas.
4 months.. and i memang rasa nak mengamuk dgn kelembapan staf dealer KB.
tapi suhu keamukan berjaya dikurangkan dgn interest rate yg super duper low
which is 2.4%. mana nak dapat sekarang kak oi!

during test drive..
saat sebelum cinta berputik.

officially, Lucas berada di tangan saya pada 27hb Julai 2009.
tak mungkin lupa tarikh ini sebab every year perlu renew road tax!

di hari pertama memandu Lucas.
cinta yang bersatu.

and for the 1st time tahun ni saya belajar renew insurance & road tax.
phew, senang giler okeyh!.. sesia nervous 1 month before.
insurance i sambung je Tokio Marine.
sebab ada HIP - Honda Insurance Package.
lagipun, leceh pulak nak cari agent lain
process to renew is very very simple.
dah dapat surat renew insurance dari TM since June.
bawak surat tu pergi mana-mana dealer Honda, nanti akan ada orang bantu.
yang penting bawa duit secukupnya / credit card.
dalam surat yang TM hantar tu dah ada value yang insured masa 1st year.
so, for renewal, value yg insured tu will be slightly lower.
lagi satu, kalau pergi direct insurance agent (not thru Honda), takkan dapat HIP pakckage.
i ada list speciality HIP package tu, tapi tertinggal brochur with Lucas.. ':(
and road tax for City 1.5E this year is RM90.
very simple procedure, plus very friendly staff they have.
Angie help me a lot! tq Angie.
as a token, dapat ini dari Macinda Auto, Semambu, Kuantan.

coklat, 2 keychains & 1 mug.

determination inspires success.. Honda, The Power of Dream

1 year bercintan cintun dgn Lucas, terasa seperti sgt cepat waktu berlalu.
ups and downs together.
so far, xda yang menyakitkan hati lagi bercinta dgn Lucas.
except, Lucas sangat high maintenance & for Lucas sake.
bulan ni i have to spent for Lucas more that my 1 month salary.
huish.. menangis i ok Lucas.
with insurance & road tax (early preparation), service (not really prepared) and 2 summons (no preparation at all). nasib la badan cik kak oiiii....
sumpah tak puas hati part saman tu. waaaaa.

my 1st time drive jauh with Lucas, waktu raya puasa tahun lepas.
ditemani my uncle, Pak Uda and my sister.. from Shah Alam to Pasir Mas.
cuak-cuak ayam jugak waktu tu sebab tak biasa drive jauh.
plus, masa tu Lucas baru few months.. sayang woo!
and during balik dari PM to SA tu lah kena 1st sama.
Pak Uda, u drove over the speed limit, ok!
(gilir-gilir drive with Pak Uda)

during Raya Aidilfitri 2009
my very first formal photo with Lucas.

and on December 2009, Lucas got his 1st scratch.
my bad, drove rapat sgt dgn kereta yang parking sebelah, dah Lucas ada scar.

next journey was when i drove to Kuantan with Aiman, Shina & Shina's sister.
nak cari rumah sewa sebab kena pindah.
during drove back to KL also, Lucas kena another summon.
tapi masa ni i drive sorang.. definitely, my fault.speed over limit.
after this journey, dah few times lah ulang alik Kuantan-SA-Kuantan.
so, Lucas dah get used to it.

and, bila dah pindah Kuantan, dah few times drove back to PM.
sangat seronok!!!
still a long journey, tapi jalan tak sebahaya thru Gua Musang.
so, i xtakut nak drive sorang-sorang pun!

Lucas pun dah few times kena usik dgn En WiNiX untuk dijual.
gurauan.. tapi mcm ada makna.
ntah..
(pergi belek entry under label Lucas for details on this)

paling i suka, Arysha loves Lucas.
setiap kali nak keluar dgn dia, mesti dia cakap nak naik kereta i.
demand la u sayang!!!nasib baik mummy sayang u.

Lucas, myCity at iCity

so Lucas, marilah kita bercinta bersama.
we have another 8 years before you are really mine!
(currently bank punya lagi ok!)

owh ya, why Lucas?
i love Lucas James Scott, OTH. ( not Chad Michael Murray ok)
and it is DBL.. (D for Dya and L for Lucas)

p/s : Salam Nisfu Syaaban.
kepada yang berpuasa, selamat berpuasa.
sedih, tak dapat baca doa, baca yasin dan puasa.
sedang ber'cuti'.. :(

**sangat rajin buat watermark.. :)**

inilah diriku : Nadia.Yusof

Aku Terima Nikahnya

salam..

from entry Make A Lot of Sense.

We see the world suffering.
We know there is a possibility of same or similar things happening to us.

But still we get married?

That's Over Confidence.

yup, previously i will agree with the statement.
sebab terlalu banyak kisah rumahtangga yang menakutkan saya.
dimadukan.
dicurangi.
tidak disukai mertua.
perceraian.
pengaruh ipar duai.
orang ketiga.
semuanya berlaku di hadapan mata saya di alam realiti.
sampai satu tahap saya merasakan,
perkahwinan ialah menyerahkan diri untuk derita.
sehingga saya terlupa pada bahagia yang dicari dalam sebuah perkahwinan.
macam orang tak percayakan takdir walhal
Percaya Kepada Qada' dan Qadar itu Rukun Iman ke 6.
jahilnya saya.. :'(

sehinggalah saya melihat teman-teman yang mendirikan rumahtangga.
bahagia, senyum, gembira.
menimang cahaya mata.
saya mula membuka mata, mencari kembali apa itu perkahwinan.
paling penting.. apa itu perkahwinan dituntut islam.

akhirnya saya menemui ini.
karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
terbitan Galeri Ilmu


terdapat 2 siri lain kesinambungan buku ini.
tapi saya belum berkesempatan untuk memilikinya iaitu :
Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta

saya tak pernah baca blog beliau sebelum ini.
saifulislam.com
tapi pernah mendengar tentang blog tersebut.
maka, semua yang saya baca dari buku ATN itu membuatkan saya terfikir
betapa tidak adilnya saya memandang perkahwinan itu dari perspektif negatif sahaja.

buku ini ialah rakaman pengalaman ustaz sendiri dalam membina sebuah rumahtangga bertunjangkan konsep Islam sendiri. ustaz memulakan pembinaannya dgn menilai cara diri memandang perkahwinan itu sendiri. dan inilah yang membuka hati saya untuk menilai kembali cara saya memandang perkahwinan. selagi saya menutup mata hati pada kebahagiaan berumahtangga, selamanya saya tak akan nampak perkahwinan itu membahagiakan.

kata Ustaz,
melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.

dengan kesibukan yang tak pernah kunjung henti, ustaz dan isteri memandang setiap apa yang dilakukan sebagai medan perjuangan. mereka menghargai keunikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, lalu belajar untuk saling memahami. saya juga menyelami konsep perkahwinan dari perspektif Islam diseimbangkan dgn cara hidup moden serta adat budaya Melayu. hakikatnya, walaupun hidup kian dihimpit arus kemodenan, Islam itu sesuai sepanjang zaman.

dan, harus saya setuju dgn prinsip ustaz,
ERTI HIDUP PADA MEMBERI
berilah dengan sebanyak-banyaknya.
bukan menerima dengan sebanyak-banyaknya.
insya ALLAH kita hidup akan lebih beri erti.

"sense of begin with the end in mind"
sebelum memulakan sesuatu, pastikan jelas dimana akhir yang diinginkan.

bukanlah saya telah bersedia untuk sebuah perkahwinan,
tapi bila sering diasak dgn persoalan yang sama,
tak salahkan untuk mula bersiap sedia..
dan langkah pertama ialah,
menilai cara diri memandang perkahwinan
kemudiannya barulah mencari pasangan. (^____^)
insya ALLAH, pasti ketemu dia yang memandang pada cara yang sama
serta jelas kemana akan dibawanya perkahwinan yang diimpikan.
syurga abadi, insya ALLAH.


inilah diriku : Nadia.Yusof

eh, mana?

salam..

i was driving when umi call.
on the way to pasar malam.
lapar giler sebab xmakan satu hari.
malas nak masak & keluar cari lunch.
dalam kepala hanya terbayang nasi kukus dgn ayam rempah.
yummy..

talked to umi sambil drive.
pasar malam tu dalam neighborhood saja and about 1km dari rumah.
sebab tu sambung bersembang.

umi : umi kirim serunding ayam n daging je ni. nak apa lagi?
me : cukup la tu, yang lain boleh beli kat sini.

masuk parking, tolak gear ke P, angkat handbreak, matikan enjin & capai purse.
masih on the phone dgn umi.
sambil mata melilau.

me : eh,mana?
mysya (in the car with me) : hah?
umi : awak cari apa?
me (pandang mysya) : cari handphone, xjumpa. tadi bawak.
umi : abes duk bercakap ni guna apa?
mysya : hahahahhahaha.
me : hahahaha, lupa la. xsedar.
umi : belum tua lagi dah nyanyuk. hahaha.

mysya sambung gelak lagi.
i dah blushing malu.
tapi sambung gelakkan diri sendiri jugak.
hahahahahahahahahahaha.

moral of the story : fikiran jgn melayang.
dont drink & drive. eh silap,do not drive when hungry. (^_^)


inilah diriku : Nadia.Yusof

she is too much!!!

salam..

sungguh aku tak percaya aku akan berjumpa manusia sekeji ini.
sumpah aku tak pernah menyangka manusia ini sangat busuk hatinya.
melaga-lagakan manusia, mengambil kesempatan atas kesulitan orang lain
mereka-reka cerita bagi menambah rasa benci pada orang lain.
menyesal yang tak terhingga kerana aku terjebak dgn manusia begini
paling disesalkan, aku percaya pada semua kata yang keluar dari mulutnya
tentang orang lain yang belum aku kenal sendiri hati budi mereka.

5 bulan lebih disini, aku terpedaya dgn segala kebaikan, senyum manis
dan kata yang keluar dari bibirnya.
hakikatnya, dalam diam dia sebenarnya tidak senang dgn aku.
aku sendiri tak tahu apa lebihnya aku yang membuatkan dia tidak menyenangiku
mungkinkah gara-gara dia tak mampu menguasaiku dalam banyak perkara.

mengenalinya dalam tempoh hampir 6 bulan, aku percaya dia kawan yang baik.
walau banyak sikapnya yang memang aku tak suka.
merungut, membenci orang, semuanya serba tak kena pada dia.
dia cuba menunjukkan kuasa yang ada pada dia.. hanya kerana dia eksekutif
berkelulusan ijazah universiti berbayar (swasta).
lantas, memperlekehkan eksekutif lain yang tak punya kelulusan tinggi
tapi berpengalaman luas dalam skop kerja mereka.

pun begitu, bukan aku untuk menilai baik atau buruknya sikap dia.
sebagai rakan sekerja, aku menerima dia seadanya sikap dia.
sehingga satu keadaan yang memaksa aku mencari siapa benar siapa salah.
nyata, orang yang kuanggap baik selama ni hanyalah
manusia berhatikan syaitan.


aku bodoh, percaya pada semua nista yang terkeluar dari bibirnya.
tentang seorang rakan lain yang lebih akrab dgn aku.
semuanya kerana dia juga gagal menguasai rakan aku itu.
maka, dia telah melaga-lagakan kami dan memporak-perandakan kami yang baru sahaja berdamai setelah sedikit salah faham sebelum ini.
mulanya, aku sentap dgn apa yang dikatakan.
tapi bila aku fikirkan secara rasional, mustahil rakan aku sebegitu.

sebaik mendapatkan nasihat dari kakak senior yang aku percayai
sebenarnya aku dan rakanku telah dicucuk.
supaya kami berdua berantakan.
Subhanallah. sekejam itu dia menikam aku dan rakanku.
Alhamdulillah, ALLAH bukakan hatiku untuk bertanya & menyiasat.
apa terjadi kalau aku terus-terusan percaya rakanku itu sejahat fitnah yang dilemparkan?
Na'uzubillah.

benar, sakitnya hati mengetahui diri tidak disenangi dan dibenci.
tapi tidak sesakit mengetahui diri adalah mangsa tikam belakang dan kawan makan kawan.

Ya ALLAH, pelihara hati & diriku dari syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia ini.
jauhkan kami dari segala perancangan jahat yang sedang dia atur.
sesungguhnya, hanya padaMU aku berlindung.

p/s : aku takkan pernah percaya walau sepatah perkataan pun dari bibirnya lagi.

inilah diriku : Nadia.Yusof


Make A lot Of Sense

salam..
i'm super duper busy
with bunch of office work,
training
and bestfriend's wedding
a lot to update
but time is limited..
btw, any comment on the last point from below pixs?


ahaks.. previously i will agree with that statement. but now, i change my mind.


mau tau kenapa?


nnt saya bagitau apa yang buat saya berfikir kembali dan mengubah pandangan saya.


:)



inilah diriku : Nadia.Yusof

smile in pain.. :)


salam..
i had a very big smile today!
smile with blossom heart.
we had a wonderful chit chat today.
nothing bout work..
and we dont even start with formal topic
all personal and share some very personal opinion.
(during office hour.. hahaha)

what's in my mind?
no idea..
but i like it!!!
and yeah, i miss him.
p/s : though the pain is there, i just dont feel it when i laugh and smile.
u made my day.
inilah diriku : Nadia.Yusof

sendiri cari pasal

salam...




ini confession.


kalau umi saya baca, habislah saya!




ahad lepas saya pergi makan


di Ani Sup Utara


saya order Nasi Putih dgn Sup Campur


meal tu consist of as below picture



dan tanpa segan silu, saya cubit sket2 telur asin tu.

tang telur merah ye, bukan telur putih.


dan daripada semalam..

tempat appendix tu mcm denyut

bukan berpanjangan..

tapi sekejap-sekejap

mcm attack gitu.


sekarang saya rasa menyesal

sebab sendiri cari pasal.


telur ayam biasa pun bisa kemain, lagi pi belasah telur asin.

padan muka!

sekarang...waaa... SAKITNYA.
inilah diriku : Nadia.Yusof

untuk sembuh perlu makan ubat

salam..

luka operation dah sembuh dah..
itu tengok kat luar.
kat dalam tau ke macam mana?
itu part yang paling risau..
sebab tu la, sampai sekarang duk berpantang bagai lagi
uih, pejam mata okeyh tgk seafood & cakes..
sakit jiwa!!!

hari-hari duk menelan homeopathy pills
umi kata nak bagi sembuh luka dalam
so, sekarang duk berusaha menghabiskan pil ni..
sebab rasanya kalau berjaya habiskan ubat ni
secara rasmi dah abes pantang kut..
muahahhaha

pil ni kecik je.. makan 2biji 3x sehari
tapi, xpernahnya cukup makan 3x sehari tu.
asyik lupa je..kalau ingat baru makan.

so, utk senang.. bawak masuk handbag
bila ingat, terus kemam..
padahal pil tu takda rasa pun..
apa ntah yang buat liat nak makan.

hari tu masa driving nak pergi kerja, i terfikir..
mcm mana kalau kena tahan dgn polis.
pastu diorang check ada pil ni..
pastu diorang suspect bukan-bukan..
hahhaa, boleh eh fikir gitu.
padahal mcm dah malas nak makan ubat tu

bila nak abes pantang ni.. nak makan kek!

inilah diriku : Nadia.Yusof

kenduri kahwin di Megamall, Kuantan

salam..

bertuah badan kalau boleh buat kenduri kahwin kat shopping complex Megamall tu..
boleh masuk news paper kut.

actually,
we were suppose to go to a wedding today..
dekat saja, kejiranan yang sama tapi di lorong sebelah..
masa dapat kad 3 weeks ago, both of us, my housemate and i
sangat excited nak pergi sebab kad jemputan sangat vogue

Selamat Pengantin Baru to
Khazylah Fhadylah Hussin & Adlan Nizam Dato' Hamzah
Bukit Rangin, Kuantan

mysya cakap, kad tu boleh buat frame gambar..

kami tak kenal pun orang yang menjemput
sebab depa letak kad dalam post box
tapi orang dah menjemput, seeloknya penuhi lah jemputan tu
2 months ago, ada jugak jiran yang kami xkenal jemput
tapi sebab satu lorong, macam xlah segan sangat
selamba je kami pergi pastu melilau cari tuan rumah.

pukul 11 pagi tu housemate dah siap iron baju.
ikutkan hati malas je nak pergi, i sgt penyegan ok.
tapi paksa diri bersiap, pakai baju raya lagi.
around 12pm, ktorang tengok jiran sebelah rumah dah pergi.
alahai, baru nak ajak pi sama bagi tak segan sangat
ktorang lak time tu belum bersiap lagi.
memandangkan memang dah niat nak pergi, bersiap je la.
dah naik kereta, masing2 macam segan nak turun.
2 kali pusing taman tu tengok keadaan n duk fikir2 nak pergi ke x.
try call jiran sebelah rumah, kononnya nak ajak pi sama.
dia x jawab call pulak..
last ktorang decide pi makan kat Kuantan je la.

hahahha... kurang asam kan.
dah bersiap dah tu, tinggal nak langkah turun dari kereta je.
segan punya pasal, rela drive pergi bandar.
pergi makan di Ani Sup Utara.
lepas tu window shopping di Megamall, Kuantan
ada Parkson Sale...
4 jam lebih kut duk pusing dalam tu, berbaju kurung.

ayu Cik Mysya berbaju kurung di hari Ahad.. :)

elok2 boleh jimat duit makan kat kenduri,
lagi duk perabih duit kat Megamall.

p/s : gigih pusing Megamall walaupun sakit perut mcm salah makan.

inilah diriku : Nadia.Yusof


can you hear me?

salam..

allo.........
can you hear me?
ke dah xberapa nak dengar?
kalau dah xberapa dengar, wajib pi test..
kut kekenyalan dah berkurang.. :)
especially kalau kerja yang terdedah dgn bunyi bising..

for our company, every year memang ada Audiometric Test
biasanya untuk mechanic & warehouseman
when i was in KV, memang i notice ada van yang datang utk test ni
tapi xpernah pulak nak pergi dekat and tengok apa dalam tu.

tapi tahun ni, i pulak yang kena pergi buat test tu.
xtau pun kena buat test tu, sekali person-in-charge panggil
sebab nak cukupkan orang.
van tu datang dari Malacca
so, utk reduce cost, biasanya diorang letakkan minimum 50 orang.
since Kuantan staff masa tu ada 52 orang je..
management wajibkan semua buat test ni

diikutkan telinga i ni takda la terdedah sgt dgn high noise
kerja dalam ofis je pun..
dah tu, diwajibkan.. pergi sajalah
lagipun boleh jugak tau mcm mana test tu.
and check, kut dah rosak asyik dengar orang menjerit je kat ofis tu..
:(

Specialist Mobile Safety Supplies Sdn Bhd
from Malacca..
diorang buat test utk SDI all over Peninsular Malaysia branches


hakhak, jakun semacam je 1st time guna the equipment
bila dengar bunyi kat earphone tu, tekan butang kat tangan
bunyi yang keluar, mula-mula kuat makin lama makin perlahan
time test tu pintu tertutup, kiranya kalis bunyi habis la.

bunyi yang keluar di earphone tu di'monitor' oleh abang ni kat luar bilik kalis bunyi tu
ada desibel tertentu yang akan beliau press..
hari tu ada dia cerita skit-skit pasal desibel and result yang keluar tu.
tapi dah lupa.. hehe
owh ya, i did this before balik kampung last month.. on 11th June.

tengok result mechanics, mcm seram.
ada yang kerja with service department about 30 years, result sgt worst
pendek kata kalau bercakap biasa tu dah tak berapa dengar dah
kena bercakap luar biasa sket.. kena cakap louder than usual..

my result... Alhamdulillah.
so kalau korang bercakap dgn i and i ignore tu..
maksudnya,
"sorry, i'm not interested to talk to u"
boleh gitu? hehe..

inilah diriku : Nadia.Yusof

a day with newly weds

salam..

finally dapat update story 3 weddings yang i attend
during traveling Kuantan-Pasir Mas
on 12th June 2010.

phew, diikutkan on that day ada 6 weddings.
tapi terpaksa say sorry to
Siti Shuhaida & partner
Noor Yusof & partner
Anash & partner
sangat ampun sebab tak dapat pi korangnye wedding.
sebab jemputan 3 terawal je mampu dipenuhi.
huiiissshhh, time musim kawen tu harus susun jadual sebaik mungkin
member2 sekolah kut.
tiga-tiga di atas ialah classmate masa smach dulu
mau tak rasa bersalah, tapi nak buat mcm mana..

suppose to go Noor's reception belah suami di Kuantan
tapi time tu baru few days operation, so masih di kampung
tak dapat penuhi janji.. sorry Noor.

so those 3 weddings yang i pergi ialah :

1) Majlis Menyambut Menantu : Musy & Jaa
lokasi : Kg Raja, Besut
rerakan dari UTM
belakang dari kiri : Rahimi, Musy, Jaa & Wandy
depan dari kiri : adik Adly, me, Adly, Siha, Fairuz & kawan Fairuz

Musy kawan dari UTM, geng 1 kelab, KKDK.
diorang sgt sweet..
erm, Musy & Jaa diperkenalkan oleh kawan kelab yang juga classmate Jaa.
diorang kenal 3 years ago rasanya.
Alhamdulillah, jodoh kau Musy..
Jaa sangat baik and senang to get along with
i dah kenal dari seawal diorang bercinta lagi..
very happy for both of u!!

p/s : finally, met Adly after 5 months xjumpa...

ambil berkat moga dipercepatkan jodoh
Wandy & Fairuz diperkenalkan oleh Musy & Jaa


2) Majlis Menyambut Menantu.. Sabri & Shida
lokasi : Kg Atas Pinggir, Tendong, Pasir Mas
dari kiri : Kak Chah, Dr Sue, Cikgu Oya, newly weds, Dr Nik, me and Cik Ila

Sabri was my ketua kelas masa Form 5 di SMACH
dia sangat kelakar & best
my seat was in front of him.. so setiap hari duk layan lawak beliau
kadang2 tu benda serius pun dia cakap dalam lawak..
pada dia, benda tu serius dan dia x anggap kelakar pun
tapi orang yang dengar ni, ampun aih, duk bantai gelak je
tapi dia memang ketua kelas yg sangat amat best..

sempat korek rahsia dari Shida mcm mana diorang kenal
rupanya member Shida bagi no Shida to Sabrie
sebab Sabrie request suh carikan awek utk dia sorang..
tak sangka sampai ke jinjang pelamin..
itulah dinamakan jodoh.
and Shida is a sweet girl and easy to get along with
very2 happy to both of u..

Sabrie, every year kau gi raya umah aku dgn kawan2..
tahun ni bawak Shida pulak eh..

p/s : very happy to see Nik, Ila, Kak Chah & Sue after 7 years..

and the 3rd wedding kami pergi dah pukul 6 petang.
sampai2 tu, pengantin sedang tukar persalinan kedua..
pelamin sgt vogue and cantik.. xmau lepas peluang.
POSER!
(oih, belum tentu pelamin sendiri vogue mcm ni)

sementara tunggu pengantin, kami ambil berkat

pose lagi..

masa diorang kawen, tak berkesempatan nak pergi.
jadi mintak Nik & husband sanding lagi sekali.. :)

finally, dapat gak bergambar dgn pengantin..

3) Majlis Perkahwinan Aida & Firdaus
lokasi : Kg Pengkalan Batu, Pasir Mas
dari kiri : Oya, Ila, Fird, Aida, Nadia & Nik

Aida was my schoolmate masa SMACH..
memang ramai Smachian kawen June hari tu.
tak terkejar kut nak pi semua..
luckily Aida jemput slightly awal dari 3 yang tak dapat pergi tu.

mcm mana Aida kenal Firdaus, itu i tak tahu..
xsempat korek rahsia.. heheh
tapi kat wedding ni, 1st time tau tentang Guest Book..
rupanya ada buku utk kita tulis our wish to the couple
and also as kenangan yang kita datang their wedding
[so, if orang tu dah datang wedding kita, their wedding kena pergi la kan?.. :)]
omg, i x up-to-date with current wedding trend ke apa ni..
takpela, sekarang dah tau.. hehe.
and she was very gorgeus with the dress..sangat cantik
and both of them sangat cute!

since we just had heavy meal at Sabri's wedding,
kat rumah Aida ni ktorang belasah desert je..
ampun, xboleh nak makan nasi dah..

nearly 7pm, baru gerak balik rumah.
fuh, a very long journey.. with terrible traffic due to so many weddings
di mana-mana ada wedding.. semua orang kawen.. aish.

9 am at Kuantan and at 7pm only reach home.
however, it was fun!
praying hard for their happiness..

dear all newly weds,
Selamat Pengantin Baru
semoga kekal ke syurga..

love, Nadia

inilah diriku : Nadia.Yusof

si kacak World Cup 2010

salam..

yes, mereka-mereka dikatakan paling kacak sepanjang World Cup 2010.
wah kau, kemain seronok usha jejaka-jejaka hawt di pasaran.
aih, xyah tipu la para gadis.. u all tengok bola tu sket sgt je percent skill yang u all tgk kan?
lagi seronok tengok jejaka-jejaka hot ini kan.
pastu sorak-sorak konon support diorang jaringkan gol.
kalau gol, diorang seronok-seronok lupa diri tanggal baju.
itu part paling best kan? aisshhh, dah blushing dah.
betul la tu.
eh, i x mcm tu.. sbb i xtgk any goal pun this year
except masa Christiano Ronaldo heading bola masuk gol..
dah lupa diorang lawan sape.. ala yang masa diorang berpesta gol 7-1 tu..
hah, yang tu je i tengok k.. yang lain.. yillek!

tapi lepas baca news yang dikeluarkan oleh
BeautifulPeople.com
teruja cari mana satu empunya nama.. wawawwaa..
very the hawt ok.
oh, actually saja pick gambar mereka yang paling hawt.
hhahah.. terima kasih pakcik Google.com


carta teratas paling kacak : Fabio Cannavaro from Italy.
OMG, sumpah kacak.
sangat rugi xtengok matches Italy.
waaaa, rela tunggu siaran ulangan.


kedua paling kacak : Fernando Torres from Spain
wah, sumpah kena tunggu final Spain vs Holland
masa beliau kat Liv club dulu, xperasan pulak kekacakannya.


ketiga paling kacak : David Villa also from Spain
wahwahwah, sekarang dah tahu kenapa Ajie suka Spain.
rupanya ramai si kacak dalam team Spain..
Villa sangat gorgeous hoh!
jauh lagi gorgeous dari ur SuJu ok, Ajie!
eh, dia ni kan hero Spain kan? 2nd reason utk tgk final match.
tapi, rasanya Villa lagi kacak dari Torres.. hehe


keempat kacak : Landon Donavan from Amerika Syarikat
hah, yang ni ok la.. tidak le gorgeous sgt.
tapi dah ramai orang vote, mungkin dia kacak
tapi i xjumpa gambar beliau versi lebih kacak dari ini


si kacak kelima : Thierry Henry played for France
he is sweet!
tapi sebab beliau main for Arsenal, jadi xnak puji lebih2. hakhak.
apa masalah compare Euro League dgn World Cup

apabila ada 'beauty', adalah 'beast'nya..
sangat kejam kot news line tulis
"Rooney paling buruk"


jejaka terburuk sepanjang World Cup : Wayne Rooney from England
dari dulu lagi i xminat Rooney. xtau nape.
tapi korang tak baik tau.
time Rooney di zaman kegemilangan Man U dulu, kemain la u all duk puja kan..
pasal England dah kalah, boleh pulak vote beliau paling buruk.
haish, buruk2 pun.. Lamborghini, Ferrari semua lengkap.
korang ado? hehe
(eh, beria back up Rooney.. hahaha)


kedua terburuk : John Terry, also from England
owh for me, Terry dah nampak tua ok!
dah xmasuk list lelaki hot.
kasi jejaka-jejaka baru nak up membarisi top list.
lagi 4 tahun, larat lagikah Uncle Terry main utk World Cup?
aiyooo, we want to see young face la pakcik.
berkobar-kobar sket nak layan WC.
hehehe

both yang beast dari England.
agak-agaknya orang dah bosan dgn janji manis England
konon akan perform the best and win the cup.
yang ado...

uish, kita tengok siapa dalam list 5 paling kacak tu dapat title
Best Player sepanjang World Cup ni.
saja je la muka kacak, tapi xdapat pemain terbaik.
lebih kurang sama la kan dgn artis harap muka cantik tapi xda bakat.
opppss, terlaser sudah.

nasib baik Paul si Octopus tu tak kacak.
kalau x, mungkin beliau yang memegang takhta pertama.
(",)

p/s : Gerrard & CR no berapa eh?

p/s lagi : dah ada orang apply cuti Isnin depan..
haih, gigih melayan WC.
kuasa la i nak stay up kul 2.30 pagi pastu sangap sepanjang hari kat ofis.


inilah diriku : Nadia.Yusof

tag lagi..

salam..

yeah.. ini 1 lagi tag
kali ni dari Amie Hani pulak.
bertarikh 24 Jun 2010

gigih melayan semua tag.
sebab xnak kasi bosan, bikin auto publish.

here we go!

1. Menarik tentang diri anda?
boleh pulak masuk bakul angkat sendiri cenggini.
hurm, apa eh? ntah, xtau.. xperasan pulak apa yg menarik kat diri ni.
tapi bersyukur seadanya.
eh, apa kata korang yang bgtau apa yang menarik tentang i.
:)

2. Ramalan anda pemenang World Cup tahun ini?
Portugal... eh, dah kalah la wei.. xsempat masuk semi pun.
hahahaha.. padan muka CR.
hurm, rasanya German.
tapi suka Holland.. sbb suka warna Orange!
walaupun tak tengok any game full time..
layan status member2 kat FB pun dah cukup.

3. Color baju anda hari ini?
Coklate..

4. Laman sosial kegemaran anda?
Facebook ler. dok reti main Twitter. Friendster dah bosan.

5. Kasi kat 5 orang yang layak dapat award ni :
aih, 5 je? punya kemain banyak orang yang layak dapat award ni.

Ijan
Siha
TunTeja
CikLabi
semua orang yang dipanggil kawan!!


Hope our friendship remains forever!

inilah diriku : Nadia.Yusof

Unlucky 10

salam...


Rooney, Messi & Kaka..
pix from Kosmo Online dated 5th July 2010
Rooney from England
Messi from Argentina
Kaka from Brazil
mereka bertiga punya nama yang sangat gah di arena bola sepak
dan berkongsi nombor jersi yang sama.. 10
disayangi penyokong2 team masing2
dikagumi kerana bakat bermain bola sepak yang hebat
tunggak pasukan masing-masing
tapi gagal mempamerkan aksi hebat yang boleh membawa pasukan masing-masing ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010.
tumbang satu persatu..
terrible and unlucky 10!
(i was the one who adore player who wear jersey no 10,
because, owh i love Owen.. hehe, but now.. no more football)
it's time for underdog team to show what they are made of..
go Orange, go Espania!
p/s : World Cup 2010, satu game pun i x tengok full time.. cilok2 tu ada la time MC dulu. should i watch Final? dah fed up dgn football selepas kemusnahan Liverpool. :(
inilah diriku : Nadia.Yusof

wasiat sape?

salam..

uih kemain lama tag ni diperam
ni dari TunTeja bertarikh 13 May 2010

1. Thank and link the person that gave you the mr cow
dah bagitau kat atas tadi. si Tun Teja anak Bendahara Abedin.
kenal masa kat SMACH. pernah duk 1 dorm masa Form 5.
dak ni lagi tinggi dari i, tapi tetap sama keping.
sebab dia lagi tinggi jadi nampak lebih keping.

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yang paling aktif or 7 paling tak aktif
oih, penat lah nak tag.. nah ameklah korang.

Ijan.. yang dah lama x update blog
Yan.. pun dah lama x update blog
Ajie.. yang jarang-jarang bukak blog
Amie.. yang makin lama makin jarang update blog
Sya.. yang bakal dipinang dalam masa terdekat
Linda.. yang entri semakin banyak pasal makan
Siha.. yang duk struggle dgn thesis master, chayuk!

korang curi-curi la masa jawab tag ni.
nak peram jawab later2 pun xpe, cam aku. hehe.

3. Bagitau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat

orang kaya memang pening-pening lalat
takda wasiat nak bagi harta lebih kat i ke? hehe..


4. Cerita 3 perkara yang anda selalu buat sambil tengok tv.
makan, minum dan berfacebook

5. Makanan pelik yang pernah anda makan
uih, tidakle akan makan. makanan yang xberapa pelik pun xmakan.

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
ada la lam 500 orang.. xberapa nak ramai pasai mmg filter abes oi.

7. Paberet soalan ni.. camana korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe
haha, cmana jumpa xleh cerita sbb sekarang xda spouse or pakwe.
dah jumpa karang, tanya balik eh.

hah, dah abes.. ada lagi satu tag nak jawab.
pada yang kena tag berturut2 tu, hehe.. pandai2 la menjawab ye.
i pun simpan berkurun baru jawab semua sekali. hikhik.

inilah diriku : Nadia.Yusof

dying...

salam
i think, i miss my old me..
enthusiastic, motivated, hardworking, positive, go in depth, eager
and ALIVE!
now, i'm empty.. with those boring things nothing new to learn
such a LOSER..

cant go back to that wonderful past time
thus, i'm DYING.





inilah diriku : Nadia.Yusof

tag HAPPY dari LABI

salam..

misi menghabiskan semua tag yang di'tag' sejak 2 bulan lepas..
muahahaha..

mari bermula dgn tag HAPPY dari misslabi
bertarikh 13 jun 2010

misslabi atau lebih comel dipanggil acik ialah rakan seperjuangan masa kat SMACH dulu kala.. kami sangat berjuang untuk terus kekal di SMACH gara-gara homesick.. haha. owh, kami tinggal di dorm yang sama dan digelar "Form 4 Baru".. sadis weh gelaran tu. gara-gara kami masuk SMACH masa Form 4.. kalau masuk masa Form 1 digelar Form 4 Lama. tapi bila masuk Form 5 takde lak Form 5 Baru dan Form 5 Lama. semuanya Form 5. itulah alkisahnya. owh lupa, bakal suami dia pun smachian9802 jugak. nasib baik kau gi smach kan cik, lau x, kat mana la agaknya kau jumpa peja tu. hehe.

soalan SATU : adakah anda happy sekarang?
hurm.. happy the way i am.
(bersyukur walaupun tak se'happy' waktu cuti di kampung)

soalan DUA : apakah benda yang boleh membuat anda happy?
having a happy family and happy friends around.
lagi happy kalau dapat tajaan bercuti serata dunia bersama keluarga tercinta.
hehehe

soalan TIGA : pernahkah anda menerima tag?
pernah la jugak. kerap tu tidak.. tapi dah few times.

soalan EMPAT : nyatakan warna yang anda suka
orange, coklat, hijau dan ungu

soalan LIMA : berikan 9 orang yang anda mahu tag. sila beritahu kepada orang yang anda mahu tag supaya dapat respond

ramai tu nak tag sampai 9 orang.

1. Ijan
2. Ajie
3. Siha
4. Amie
5. Linda
6. Sya
7. Yan
8. Melinda
9. Nadia Yusof aka Dedey

nah, sape terkena sila jawab. xmau jawab pun xpe..

soalan TUJUH : nyatakan sesuatu tentang orang yang anda tag. nak tulis panjang berjela pun xpe, asalkan anda happy.
(kat mana ntah soalan ENAM, terus langkau TUJUH ni.. i follow misslabi je)

1.IJAN
my BFF ever.. kenal masa kat UTM, satu course. mula-mula kenal dak ni macam biasa je. dah kenal, mak aih kemain suka bercakap, suka berjalan and suka shopping. hehe.. mula rapat bila masuk program KKDK. ni penyimpan mohor besar segala rahsia ni. nak cerita banyak pasal budak sekeping ni. sebab banyak sangat tak tau nak cerita apa. hehe. tapi dia sangat BEST!!! supportive and helpful.

2.AJIE
ni adindaku setilam sebilik.. hah, budak ni selalu terkantoi ngan i, xpun diskus and bgtau apa rahsia pastu pesan kat i jangan bagitau umi.. ada benda tersimpan kemas la.. tp selalunya kantoi kat umi. uish, i memang xleh sorok apa-apa dari umi. suka meroyan dgn Korean drama, music, actor actress and singers. uih, rimas i. lau dia dah minat tu, boleh tahap dewa kut.

3.SIHA
ni pun coursemate kat UTM. siap jadi roommate lagi masa tahun 3 and tahun 4. ni partner lau nak balik kampung. penumpang setia KTM Berhad. tapi dia turun kat Tanah Merah, i turun Pasir Mas. being close with her sebab KKDK jugak.

4.AMIE
cik Amie Hani pulak classmate masa matrix dulu. KMPP0304. dia jadi penolong kelas. kenangan xleh lupa waktu setiap praktikum kena antar demo tape lagu patriotik untuk subjek apa ntah. nak skor subjek tu wajib hantar demo tape. mula-mula discus dgn boys nak buat cmana. tapi sampai ke sudah xda decision. dah last minute, kami 12 girls recordkan aje lagu Warisan. so, ada yang kena buat suara garau utk dgr mcm lelaki and the rest buat suara biasa. tak sangka pulak demo tape kami tu terpilih utk pergi final, persembahkan depan audience. bila kami dapat tau, all girls gelak mcm xcaya. haha, kita hantar sbb nak penuhi syarat dapat markah je. tapi kalah di final sbb boys macam hampeh training mcm poyo lirik pun hafal. bengang tul dgn depa. kan dah kalah.

5.LINDA
juga coursemate masa kat UTM. tapi Linda muda setahun dari kami. dia dak ekspress rakyat, eh silap, ekspress MARA. budak2 pandai MRSM yang jimat setahun. lepas SPM, terus masuk forecast, the next year terus masuk Tahun 1 di UTM. kiranya tak yah gi matrik la. pandai budak ni.

6. SYA
ini pun coursemate UTM. hehe. apasal semua kawan2 UTM ni. mula-mula kenal, sya ni mcm pendiam sket. tak banyak cakap. masa tu bilik kami mengadap. jarang pergi bilik sya, sebab selalu berkunci. tapi bila dah kenal, byk cakap jugak dia ni. boleh tahan la nak ajak bersembang. heheh.

7.YAN
ni kawan Ijan kat UTP. sebab dia rapat dgn Ijan, dan dia pun friendly, jadi boleh ngam cukup korum gosip2. hihi. mula-mula kenal masa Yan hantar Ijan di Petronas Jertih. pastu, few times Yan follow Ijan datang Shah Alam.

8.MELINDA
ni drama queen paling best dan tak annoying pernah dikenali. haha.. siap bantai gelak lagi if dia duk berdrama. oh, dia juga coursemate masa kat UTM. lau event2 course, dia la main lead. dia ialah lecturer's favourite. among top scorer dalam kelas jugak. very the pandai.

9.NADIA YUSOF aka DEDEY
we have same name with same daddy's name! hari tu saja main google Nadia Yusof sekali keluar list blog Dedey ni. dia suka bahasakan diri sebagai anak pakcik Ucop. hikhik. nice knowing a girl sharing same name with me!

soalan LAPAN : ni soalan cepu emas nih. adakah anda happy dengan apa yang anda ada?
syukur, happy seadanya.

inilah diriku : Nadia.Yusof

malas kemain hoi..

salam..

ohho... a lot of things to write, but
time is limited
mood is fade away

dah seminggu masuk kerja
sangat MALAS ok!
forcing myself to wake up every morning
keep thinking of my 2 weeks medical leave..
woh, bestnya duk rumah camtu.

bangun pagi sukati pukul berapa
bangun je dah ada breakfast
lunch pun being serve
duk rumah, goyang kaki
baring2 baca novel, tgk tv
dinner pun being serve lagi
walaupun food orang sakit, apa ku kisah
janji being treat like a princess
hahhaha
hawau tul makcik sorang ni kan..

itu yang bangun pagi pas solat pun sambung tidur lagi
padahal kena bersiap pergi kerja
dah terbiasa masa cuti dulu
ceskek tul
i really need to re-arrange my routine.

masuk office pun mcm blur.
what to do
how to restart
langsung tak produktif
udah le 30th June tu financial year end
mcm2 nak kena buat, sudahnya i let go everything
biar my staff yang buat sendiri apa patut buat
me? duk ngadap stock check yang tinggal before MC dulu
sampai 2 hari xdapat gak solve..
few hours before cut off time baru solve
itupun bila review balik, mcm ada problem je
waaaa, ilang fokus terus.


12th to 15th July... internal audit
knowing how my operation works, i really need to do something
haish, mcm mana nak bersilat gayung taekwando bagai depan auditor ni
mati weh!

trying to do auto publish for schedule entry, xdapat.
argghhh bengang.
apa xkena ntah.
dgn celcom broadbengong lagi.
asyik GPRS je.. jenuh tunggu nak loading

merajinkan diri during lunch hour ngupdate apa2 story,
jadi cam entri CTM season 2.
alignment merepek meraban ntah pape..
bengang tul.
balik rumah edit kat lappy pun xjalan.. duk camtu gak
hampeh tul.

hah, entry ni memang entry lepas geram sakit hati
hoih, malasnya nak kerja!!!!!!!!

inilah diriku : Nadia.Yusof


CTM season 2

salam..

sbb ramai kawan2 yang baru tau
i nak pergi tgk Cuci The Musical end of this month..
bising2 kata i tak inform diorang.
ceskek la korang, xbaca paper and tgk TV ke..
dari bulan 3 ari tu kut diorang buat sidang media..
duk introduce new cast Jaclyn Victor & Nabil.
siap dah bagitau bila tarikh show.
lagi cakap i sombong x inform korang..

adeh, masalah tul..
lagipun, bila pulak i ni duk bgtau korang heboh-heboh
if pergi konsert teater segala..
selalunya dah pergi baru gtau.
yang Rossa hari tu sebab kerja gila sket.
duk emo xtau nak pergi ke tak..
tu pun korang takda lak menyibuk nak join..
so, assume xminat la kan..
dah abes konsert leh lak cakap i sombong x ajak pergi.
ces, nak kena mengajak bagai kirim salam je la..
nak pergi, roger je la..
leh adjust gi ramai2. kuasa nak ngajak sorang-sorang.

hah, sape yang tak tau..

pix dari website CTM

show tu start 27th July 2010 sampai 9th August 2010..
show ialah setiap malam pukul 8.30pm
kecuali hari Ahad 1st and 8th August..
show belah siang lak pukul 3.00pm on weekends
which is 31st July dan 1st, 7th and 8th August.
i nasihatkan, amek hari yang ada show 1 hari sekali je..
pasal kalau yg 2x sehari,
possible diorang pakai pelakon ganti utk salah satu show ..
esp show siang sbb malam selalunya ada VIP,
depa mesti pakai pelakon asal..
setiap teater mesti ada pelakon ganti,
kut pelakon asal meroyan buat hal or sakit ke..
takde la show tu cancel terus.
tapi setakat ni, show yang i pernah pergi semua pakai pelakon asal..

show yang belah siang 4 hari tu, sumer ada discount 20%..
yang belah malam lak, 3 hari pertama je ada diskaun 20%..
hai murah kemain tu wei..
lepas diskaun leh dapat tiket paling murah rm24..
last year masa 1st season, i amek tiket murah je sbb takut below expectation..
dah tau mcm mana bestnya teater ni, taun ni i up lol.. haha..
sesekali je,lagipun taun ni xjejak kaki ke IB lagi ni weh..
dah tu tercampak kat Kuantan, kuasa nak layan show yang biasa2 ni..
lau duk KL, harus pi layan Musical Shout, Uda & Dara, Kita The Musical tu.. hehe

hah lupa nak gtau, show 1st August tu dah sold out abes yillek ..
hoih, diskaun plan, laju aje habis.
hah, seb baik duk gesakan si Adi last month beli ticket cepat2..
budak tu selagi tak di gesa, duk senyap je.
padahal dari last year duk ingatkan dia,
2nd season harus pergi walau apapun terjadi.
katanya dah beli, 31st July malam.. haih ada 2 show tu hari tu.
berharap original cast yang perform!

lupa pulak, lau nak beli ticket.. pi klik sini cepat2.
sementara stok masih ada.
Cuci The Musical..

kang merana xdapat tgk Hans Isaac, Awie, Afdlin Shauki and Nabil..
uih, Akak Vanida Imran yang cun melecun tu jangan lupa.. adorable oh
leh test tgk cmana Jaclyn berteater pulak..
tapi mcm sedih sket takda Adibah n AC..
dulu, i duk pecah perut tgk Adibah, AC, Awie and Afdlin je la

hah ni bagi mereka yang nak merasa jadi VIP and bermesra dgn all cast...
dapat peluang tgk show ni lagi awal lak tu, 25th July 2010..
utk 70 lucky contestants Hadiah Pertama aje lah..
tempat kedua 100 tickets utk show hari biasa
dan yang lain-lain xdapat ticket la,
dapat souvenir cam pinggan CTM and landyard CTM ajo.
ok la tu dari xdapat pape

pix dari website PosLaju

try la masuk pertandingan ni..
amek gambar mencuci apa saja dgn gaya paling kreatif secara solo ..
duk fikir2, apa gaya nak buat ni..
kut dapat beramah mesra dgn Hans Isaac, bertemu pula jodoh.. ahahha...
tapi beliau kena potong dulu la.. hakhak.. awww..
kata kerja jual tractors, haruslah nak pi cari gaya cuci tractors ni.. hohoh..

boleh hantar banyak2 penyertaan..
dgn syarat setiap penyertaan mesti disertakan dgn jawapan kepada soalan yang dikemukakan dalam web poslaju tu.
ala, kalau dah tau jawapan tu copy paste je la..
bukan ada slogan bagai pun.
nak cari jawapan, pi website ni.. semua jawapan ada kat situ

semua penyertaan mesti dihantar ke cucithemusical2@poslaju.com.my
selewat-lewatnya 12 pagi 9 Julai 2010

sempat lagi.. leh snap mcm2 gaya gambar lagi ni..
aish, byk pulak T&C yang korang kena faham, pi baca kat sini..

i memang suka habes la dgn CTM ni.. sebab senang faham..
PGL tu mcm susah sket nak faham.
yang tu pernah pi sekali je, last season about 2 years ago kut.
lagipun, lawak-lawak diorang memang superb la..
lagi2 Afdlin & Harith Iskandar.. i gelak je sepanjang show.

takdela i dapat pape pun promo cenggini,
tapi seronok lau lebih ramai orang gi tgk CTM ni..
lagipun korang xnak ke tgk show yang menang award kemain banyak
lam Boh Cameronian Award for season 1..
serius layak menang, lagi-lagi si Awie
yang memang different abes dgn karakter time berlakon filem..
sumpah x expect Awie ada sifat kelakar, so natural and he is awesome!

pix dari website CTM

hah, nak tau ke'best'an season 1 dulu, boleh baca entri ni..

berbaloi2!.. jom support local production!

p/s : cmana Nabil yang mata luas tu nak jadi C'Tan? C'Tan kan mata sepet..

**versi edit sakit hati tgk alignment meraban

inilah diriku : Nadia.Yusof
Related Posts with Thumbnails