Merdeka Baby Girl..

salam..

what a big day today!
my sweetheart Arysha dah dapat adik baru.
was born this morning.. about 10 something.
officially a Merdeka Baby Girl..
yeay!!!
my new heartthrob..
officially, i'm a mummy to 2 daughters.. ahaks.

belum ada nama, jadi kita panggil dia baby..
actually mummy dah ready nama for baby boy..
sangat ingin nama Akif..
tapi sbb dapat baby girl, kena fikir nama lain.
so, till now her papa belum bagi kata putus..
dah ada few names yg cousins bagi idea..
tggu sajalah papa Arysha cakap apa.
mama Arysha senang je nak kowtim.

mula-mula i pilih nama Ariana Hadhirah
kira macam beza kat depan je la.
Hadhirah tu sama cam Arysha Hadhirah
pastu usha2 lagi, suka gak nama Hayfa and Humaira
kalau Aisya Humaira, kang dekat2 pulak Aisya and Arysha.
suddenly, my cousin Ika bagi cadangan Amanda
i like!!! Amanda Hayfa.
just sweet.. Amanda - loveable
Hayfa - lembut suaranya.
moga baby membesar dgn lemah lembut x seganas kakak Arysha.
penat mummy nak handle kalau both ganas.. :)

fresh from mama's womb
usia : less than 12 hours.

her mama & papa MMS je gambar ke Kuantan
since i belum balik kampung nak hug her..
phew, counting days.. another 4 days.
yuhuuuu..
Amanda Hayfa or Adelia Humaira or Ariana Hadhirah..
tggu mummy balik k...

kakak Arysha.. tggu mummy balik jugak k..
promise, mummy hug u lebih.
muahhhsssssxxx...

p/s : oppss, Happy 3rd Birthday Arysha dearie on 29th August 2010.
mummy called u, tapi u meragam.. xmau cakap.
so no hadiah for u this year.. :)

inilah diriku : Nadia.Yusof


Salam Merdeka bersama Faizal Tahir

salam..

saya bukan seorang yang berjiwa patriotik
yang mengingati setiap detik penting sejarah Malaysia
yang menghayati erti kemerdekaan Malaysia
yang mengambil tahu setiap isu berkaitan Malaysia


tapi saya sangat sayangkan Malaysia
dan bangga menjadi warga Malaysia.

bagaimana saya menghargai Malaysia pada tahun ini?
berjaga sehingga jam 1.15 pagi utk menonton
Merdeka Special : Faizal Tahir Showcase - Adrenalin
tanda sokongan terhadap karya muzik Malaysia.
(wah, padahal sakit jiwa xdapat pergi masa showcase)
owh, awesome & adorable lah u FT.. never disappoint me.
i LOVE u, FT!


setiap tahun pun saya jarang beria-ia sambut merdeka.
sebab perasaan itu hanya wujud pada ketika menyanyikan lagu2 patriotik
bila dah habis event, patriotisme pun hilang.
nak bersesak2 di acara-acara sambutan lagilah tak kuasa.
tapi saya pernah pergi ke acara sambutan merdeka di UTM dan SMACH
few times jugak pergi acara di UTM
masa SMACH dah lupa 2x or 1x je
sbb yang sangat ingat ialah, masa Form 5.. ada sambutan di sekolah.
ada persembahan dari adik2 menengah rendah.
suasana gelap.. pasang lilin je.
(acik, mu ingat dok? ke mu ponteng masa ni? hehe)
tepat jam 12 malam, kita nyanyi lagu2 patriotik beramai-ramai.
BEST gila!! lepas tension, kata form 5.. dkt2 trial kut masa tu. hehe.
masa UTM pulak, every year ada sambutan..
sbb selalunya sekali dgn acara pesta konvo UTM.
kalau rajin & agak free, saya memang suka pergi.. tgk bunga api.
kadang-kadang tgk dari tingkap bilik je.. huhu
tu biasanya time2 test bersusun dan assignment berlambak.
tapi masa final year, i went to the celebration
sbb xtau bila lagi dapat join celebration
it was awesome..
with my coursemate.. and the memory remains in my heart.
(^_^)
(godek2 gambar lama xjumpa.. sob2)

walaupun zaman2 celebration tu dah berlalu..
saya tetap sematkan dalam hati,
kemerdekaan bukan pada sambutan..
tapi pada apa yang mampu saya beri pada Malaysia..
setelah banyak yang saya peroleh dari Malaysia
(terutamanya biasiswa JPA .. hoho)

untuk seluruh warga Malaysia
mari terus berjuang utk mengekalkan keamanan Malaysia
dari bangsa asing yang kian berleluasa..
(penjajahan cara baru)


SALAM MERDEKA..


inilah diriku : Nadia.Yusof

a long weekend...

salam..

waahhhh... panjangnya hujung minggu ini..
nasib baik tak tambah annual leave sendiri utk 30 Ogos esok.
kalau tak... LAAAAAAAAAGGGIIIII panjang.
makanya LAAAAAAGGGGIIIII lemau kat sini.
duk Kuantan, weekend sangat lemau.
nak lepak ofis pulak, mcm xsanggup.
xnak ajar diri jadi workaholic.
kerja sebanyak mana anda dibayar sahaja.
learn from atmosphere..
what u give u get back..
but here, nothing like that.
give back for how much u've been given, ONLY.

nak melepak2 pusing2 jalan2 di Kuantan ni, dush.. MALAS.
xda yang menarik
dan takda geng nak beraktiviti
serta Kuantan ialah ramai orang di hujung minggu.
shopping complex lagi la..
dah tua-tua ni, dah malas nak kerap sangat berjimba-jimba.
sesekali nak lepas gian tu bolehla..

hujung minggu ni pulak... sangat panjang.
cuti Nuzul Al-Quran on Friday. bersambung dgn weekend..
apa bikin?
Jumaat petang pergi Giant with Nurul cari barang2 yang umi kirim.
malam pulak follow housemate and friends pergi bazar raya
kat Terminal Makmur.. depa cari baju raya.
i?? follow & cuci mata saja.
cari tudung.. tapi xjumpa.
Sabtu petang pergi Kuantan Parade with housemate.. cari tudung lagi.
yillekk.. satu hape pun xbeli. penat je lebih.
singgah Cowboy cari hadiah kahwin member.
nasib baik ada yang berkenan.. itu jelah yg dibeli sepanjang 4 jam merayap tu.
kerana kepenatan, weekend ialah beli kat luar saja!

hari ni buat puding karamel.. di saat entri ni ditaip,
puding masih dalam proses pengukusan.
dah lama xbuat.. teringin nak makan dari 1st day puasa.
tapi sbb asyik banyak halangan, baru sempat buat hari ni.
bahan-bahan dah lama beli.. tinggal nak bancuh n kukus saja.

esok........phew! will be a long day for me.
kena pergi customer quarry site.. panas.. puasa.. oh TIDAK.
kontrak bekalkan spare part to that customer expired esok.
dah extend for another 1 year.
tapi since i'll be the new PIC.. jadi esok harus pergi site
utk check balik semua yang dah supply & balance yang tinggal
lagipun ada problem dgn account sket ari tu..
previously, orang lain yang jaga.
since i xsuka messy things lam my job scope..
i'll take the responsibility..
so, lepas ni.. will be monthly visit to the site.
oh no, get ready with sun block plssss...
and this is quarry site

acik & tun.. this is excavator from CATERPILLAR brand.

selama ni duk ofis je.. kuasa nak layan site2 ni.
pasni, no more baybeh.. it's my job!
take it or leave it.. duh.

p/s : mau memasak utk berbuka sudah. menu asam pedas ikan kembung & daging goreng kunyit... see ya!

inilah diriku : Nadia.Yusof

full of surprise..

salam..

i'm updating my blog from Kuantan..
tiring mind and body..
but wanna say something here.

owh, all the way back from KL semalam,
radio dah mula pasang lagu-lagu raya.
ya ampun, kalau ikut hati xnak exit Gambang dah..
nak terus sampai exit Jabor pastu masuk Kemaman terus ke Pasir Mas
sakit jiwa okeyh dengar lagu raya yang mendayu memanggilku pulang ke kampung.
masuk office pun dah feeling nak balik kampung.
lagilah bila ingat berapa hari je lagi tinggal.
hahahha, i'll go on leave from 4th till 19th Sept 2010.
over kan? cuti lama-lama... mcm nak kena balik rumah mak mentua.
apa aku kisah.. janji dapat spend time lama-lama kat kampung.
alang-alang balik, biar puas hati.

bout ESHMS Competency Training..
last year dah attend dah course ni.
masa tu mewakili cawangan Lembah Klang.
kali ni kira ulangkaji pelajaran.
dan mewakili cawangan Kuantan pulak.
rasanya lebih faham dgn apa yg dah dipelajari tahun lepas.
luckily, Kuantan dah kena audit this year.
so next year dah terlepas lah.. no audit!
kalau duk Klang Valley, tiap-tiap tahun kena OK.
no exception..
end of training ada kuiz pulak tu.
kalau xlulus kuiz tu xdapat sijil.
waaa.. rugi la kan attend training xdapat sijil.
boleh tahan susah jugak kuiz tu.
tawakal sajalah apa result yang keluar.

masuk ofis pagi tadi, dah terima KPI utk new Financial Year.
bukan Branch Manager yang kasi, Manager Parts Operation HQ yang kasi.
ditilik-tilik dan ditenung-tenung
umang aih, mcm ada KPI yang kena jumpa customer je.
50% different dari last FY09/10.
and ada DLMS lagi.. level 2.
ya ampun, study CATERPILLAR lagi la ni.
dah 2 bulan dalam FY10/11
tgkkan KPI, mcm susah je nak achieve.
sbb bukan saya sorang yang control Parts kat sini.
another exec tu kadang2 suka buat ikut suka dia.
and definitely BM xkan cakap apa..
ya, sbb dia Sr Exec dan dianggap Head of Parts Dept.
apa-apa pun refer dia. aku? tunggul kayu tukang buat recon saja ya.
terima kasih.

winix.com pulak.
if anyone yang follow dari awal mesti tau siapa winix kan?
selama ni orang yang digelarkan winix tu tak tau pun dia disebut2 disini.
ntah mcm mana dia boleh jumpa blog ni..
and tahu yang i panggil dia winix.
ya ampun, malu ok!
xbanyak pun cerita pasal dia kat blog ni, tapi tetap ada.
winix is my ex-boss masa kat branch KV dulu.
i panggil dia winix sbb plat kereta dia WNX.
xsangka dia akan jumpa blog ni..
dah tu confess kat i masa duk main sms dalam training tu.
blushing habis.
siap kena perli lagi pasal Lucas and etc.
aduih, tapi xpela.. biarlah dia baca.
apa yang i merepek kat sini pun orang lain baca jugak.
bezanya, dengan dia.. terpaksalah i tebalkan segala jenis kulit dan hati.
sbb dia suka MEMBULI dan MENGUSIK.

tak sah kalau pergi KL x mengadap mereka-mereka yang dirindui kan?
tapi story yang tu sgt panjang.
nanti i update lain..
for the time being, tenung je la dulu kegembiraan i bersama mereka.
see, i'm always happy when i have people who heart me around.

yang ni sayang tahap gaban..
harus jumpa tiap kali ke KL / SA

yang ni geng wall climbing yang dah lama x climbing.
kecoh nak merasa Accent baru bernama Alisya milik Aus.
awesome car!

p/s : saya harap awak baca blog saya tanpa ada prejudis.
dan, saya xsuka nickname 'pelawak tulang' tu.. ':(

inilah diriku : Nadia.Yusof

Kenali Aku?

salam

apasal nak kenali aku?
xkenal lagi eh?

hah, ni 1 lagi tag dari cik Acik.
beliau dapat dari epalejau.
jadi mari kenali aku.

1. where are you?
kat rumah sewa di Kuantan dalam bilik meniarap atas katil mengadap laptop jawab tag.

2. what do you do?
sekarang tak buat apa-apa. cari mood nak menceceh kat blog.
random, duk Kuantan ni rutin tetap ialah pergi kerja balik kerja tengok tv masak dan rutin-rutin harian seorang hamba ALLAH yang normal. setiap bulan alternate traveling either balik kampung atau meronggeng ke KL. mengadap kawan-kawan & chentaku Arysha.

3. what is your blog name and why?
nama blog dYA.kAMiL. dah pernah explain dah naper nama ni kat entri ni.
takpela meh bagi summary naper dYA.kAMiL.
dYA tu nama i.. shortening of Nadia. ni kawan-kawan SMACH dulu yang panggil. and i suka nama tu. tapi ada sorang hamba ALLAH yang i sayang suatu waktu dulu tak suka orang panggil i dYA. bila i tanya kenapa xnak pulak dia bgtau.
kAMiL pulak bukan nama any of my crush ok! tu nama panggilan utk abah i kat kampung. umi cakap masa abah kecik dulu dia nakal ya ampun. jadi moyang i tukar panggil dia kAMiL yang bermaksud sempurna. nama sebenar beliau ialah Yusof.

4. when did you start blogging?
officially publish to public on April 2009.
kalau baby tu baru nak belajar jalan la ni.
sebelum ni pernah ada blog kat friendster, tapi x public la kan. friends je blh baca. pastu ada buat 1 blog utk luah perasaan yang bengkek maki orang je. tapi blog tu x public la.
suka-suka je buat blog ni sbb suka menulis. zaman sekolah dulu selalu jugak tulis cerpen. novel pun pernah try buat, tapi xmenjadi. haha. sekarang ni mcm dah blur, dah lama tinggal Komsas. dah lupa segala bahasa melayu baku dan sastera bunga2 utk cerpen. huhu.
(uih, seksa kut nak buat ayat formal BM contohnya surat rasmi nak hantar to gov sebab asek guna BI je dari zaman univ sampai kerja. BM ke laut, BI pun ke laut jugak.)

5. Give the link when you were the happiest to blog.
hah? gigih tul nak kena korek segala entri lama.
entri ku ada kamu yang masa tu i tengah bosan tahap gaban housemate balik kampung and time tu jugak xsihat, tiba2 umi bgtau dah on the way to my house. ya ALLAH, happy giler! mcm dapat durian runtuh.

6. Give the link when you were the saddest to blog.
jarang i blog pasal yang sedih-sedih sebab nanti ayat yang keluar memang boleh buat org muntah hijau. baik simpan diam-diam. kebanyakan entri yang keluar air mata pun sbb terharu. bukan sebab sedih. tapi entri Setahun Yang Indah ni boleh kata paling sedih kut walaupun xdala sampai nangis2. sayu hati je.. sadis kut nak tinggalkan semua yang indah di sana.

7. Give the link when you were the angriest to blog.
hah, ini baca semua yang under label 'jiwa-kacau'. tapi i pilih entri she is too much as the angriest entry that i blogged. walaupun entri tu agak positif bahasanya, tapi dalam hati huh.. sendiri fikir la eh.

8. Give the link you were most in love.
hah, yang ni i paling suka.. entri i was most in love is dia UMI ku..
i LOVE you SO MUCH, my dear mum.. UMI!

9. Give the link of a post that turns out to be very meaningful to you?
yang meaningful eh? erm,,, waktu yang ku punya kut. sebab masa buat entri tu, rasa mcm best sangat.. menjelaskan segalanya yang i rasa waktu tu. pelamin anganku musnah pun very meaningful to me. sbb entri tu keep 1 of my best moment in life!

10. Tag some friends to know about their answer?
hah, part ni yang blur ni.
hurm i pilih mereka ini :
ijan.. yan.. sya.. siha.. linda.. amie dan semua adorablers.
sape dah buat boleh skip.. cthnya : acik and epal.
hehe.. so friends, u're TAGGED!

p/s : dah habis dah hutang TAG! yeay!

inilah diriku : Nadia.Yusof

Lucas semput di Karak Highway

salam..

hey all.
it's me with smiling face
updating my blog from Shah Alam..
bumi terchentaku.
(i heart S.A ok! salah satu impian mau mastautin di sini..)

i'll be here for another 2 days.
Isnin & Selasa training di SDI HQ.
dalam misi menjadi safety officer.. haha
training bout ESH Management System
last year dah pergi, tahun ni depa revise system tu, kena attend lagi.
2 hari di bulan puasa ni.. ampun la weh.
sumpah tidur!

ada cerita menarik masa otw from Kuantan to S.A tadi.
arrggghhh... ini sangat pengajaran berguna.
jangan ambil mudah dgn setiap perkara.

masa gerak dari Kuantan, petrol ada half tank lagi.
lau nak full kan, kena pergi arah setentang.
fikir2, kat highway nanti ada pump station, xyah isi dulu la.
paling koman pun smpat sampai Bentong.
so, masuk LPT thru Kuantan.
kat R & R Gambang, ada Petronas.
tapi petrol x efek pun, duk half tank lagi.
sempat la fill up kat Temerloh.
dah sampai Temerloh, haru okeyh!
ada Shell sajo.. walaweh. ada 1/4 tank lagi.
otak dah pusing fikir katne ada Petronas lagi.
gigih ah jalan je.. langsung takde petrol station sepanjang jalan.
dah exit LPT pun tetap xda.
lau masuk Karak highway confirm takde dah.
paling dekat pun Genting Sempah, itupun 30km gak dari tol LPT.
petrol indicator dah nyala merah dah.
weh, aku kelam kelibut ni. dah cuak owh!
call Abah, mintak pendapat.
kut nak pusing masuk Bentong dulu cari petrol station.
Abah kata sempat sampai Genting Sempah.
so, decide ikut je la suggestion Abah.
umang aih, berpeluh i ok!
sbb dah off kan aircond
nak jimat minyak, takut xsempat sampai.
amek lane paling kiri je, mcm Lucas tu sebesar lori la kan.
play safe, anything happen terus leh berhenti tepi.
Lucas jalan pun semput.. naik bukit lagi lah, terkial2.
time tu segala surah ayat Quran & selawat dah dibaca
doa macam2.. seram ah lau Lucas mati takde minyak kat Karak highway.
mau hari ini dalam sejarah hidup tu!
Alhamdulillah.. dalam duk lama giler nak sampai GS tu,
finally reach there.
isi petrol penuh2, pastu on kan aircond kasi sejuk hati.

ampun, xnak buat mcm ni lagi.
dah la sorang2.. jadi apa2, ada menangis tak berlagu.
elok2 trip 2 1/2 hours, jadi 3++ hours.
dah terbuang masa nak gi shopping kat Sunway.. eh? hehe

jadi Cik Nadia budak degil ikut suka kepala sendiri,
tolong fikir logik and rancang perjalanan dengan teliti sebelum buat keputusan.
saja nak menyusahkan diri sendiri..
kalau jadi apa2, PADAN MUKA SENDIRI!

btw, i dah register TWITTER.
owh, jgn sampai addicted to Twitter sama mcm addict to FB.
dah mula seronok lepas install tweetdeck.
gila apa ntah reg Twitter, hari tu kentang xnak buat walaupun di goda Ijan
gara-gara bosan di hujung minggu semalam kut.
walaupun baru 24h start main, mcm dah dapat feel.

jom follow and tweeting with me @dyakamil
(FB i x open to everyone, only for friends yang memang kenal kat luar alam cyber, but for twitter everyone is welcome to follow.. - ceh, bajet diri celeb blogger yang ramai orang kenal.. owh, perasaan)

excited dapat tweet dari redmummydotcom & Hanis Zalikha.

epal & stickynote.. ada Twitter tak? mau follow boleh?

inilah diriku : Nadia.Yusof

picture of strangers

salam..


mendalam kan maksud statement kat atas tu.

tak pernah saya terfikir sepenting itu diri saya dalam hidup orang lain
kecuali hidup keluarga dan kawan-kawan baik saya.
pada saya, ada atau tidak kewujudan saya dalam hidup orang lain
tak meninggalkan sebarang kesan pun.

tapi.......

take it positively, saya cuba fikirkan di mana pentingnya saya kepada orang lain?
hurm.. fikir.. fikir lagi.. dan terus fikir.

Alhamdulillah, saya tau walaupun saya ni TAK ; cantik, pandai, berpangkat, kaya dan etc
tapi saya menjadi sebahagian dalam kehidupan mereka yang lain.
sekurang-kurangnya saya pernah hadir sebagai seseorang yang menggembirakan dan mendukacitakan orang lain.. :)
(tipulah tak pernah buat orang bengang kan.. i'm not perfect!)

mari kita tengok siapa strangers yang menjadi sebahagian dari kegembiraan saya dan mereka yang saya sayang!


see, muka abang baju merah ni lagi besar dari muka kawan-kawan saya di belakang.
eh, saya bukan stalk abang tu. tapi saya suka tengok kawan-kawan saya happy.
waktu kami nak pergi Pulau Pangkor. release tension.
abang tu mungkin stress ramai sangat orang berhimpit-himpit tapi kawan-kawan saya tu seronok je dapat berhimpit.. :)

adik-adik kesayangan saya yang tenggelam dalam manusia yang ramai.
kenapa muka kakak baju hitam free hair tu berkerut?
mungkin berkongsi kerutan alasan yang sama dgn adik saya kat belakang sana tu yang sedang menyingsing lengan nak bertumbuk ke hape.

saya & Pink Stilettos (my treasure hunt team) yang tenggelam dalam ramainya staf Sime Darby yang teruja & xsabar nak bermula. to tell u the truth, saya mungkin cuma kenal 1/10 dari manusia yang ramai ini... mungkin lebih sedikit dari itu.. :)
dan kami berkongsi keterujaan & ketaksabaran utk memulakan
Sime Darby Group Treasure Hunt 2009 to Penang!

mari fikirkan, berapa banyak muka kita dalam gambar orang lain?

inilah diriku : Nadia.Yusof

when she has to say Goodbye

salam..

currently i'm listening to HotFM
spend time nak dengar Anne for the last time.
malam ni last dia on air di Hot FM.
xsilap next few days dia akan fly.
to Doha, Qatar following her husband.

10 minutes ago kawan-kawan deejay & staf HotFM hijack studio
buat surprise utk Anne.
dah bunyi mcm2 dah tu.
Anne pun dah sebak, Fafau lak suara dah garau kemain dah.
menangis la tu.
tak pasal2 yang mendengar ni pun sebak sekali.

sumpah, for me saying Goodbye is the hardest thing to do.
since high school, dah banyak kali i have to say Goodbye.
to friends and most important things to all the memories.

1st time rasa susah giler nak saying Goodbye was when i left SMACH.
walaupun 2 tahun je disitu & homesick tahap gaban masa form 4.
tetap rasa itu menyakitkan.
SMACH mengajar saya utk lebih kental menghadapi cabaran.
tapi waktu ni masih mentah.. menangis pun takdela beria
mungkin juga banyak kepahitan yang saya bawa bersama. :)

2nd time saying Goodbye was when i left KMPP.
1 tahun disitu.. tetap juga berakhir dgn tangisan.
2 semester penuh kenangan..
and i cried all the way from KMPP Kepala Batas to Taiping.
terlalu banyak keindahan dan kejayaan yang saya cipta di sini.
semuanya menyukarkan saya untuk meninggalkan KMPP.
ya, ia hanya persinggahan. tapi ia tetap sebahagian dari kehidupan.

3rd time was the hardest.
it was when i left UTM.
with close friends sent me to the car.

few minutes before i left..

and with 1 thing left unsaid to somebody..
a night before the day i leave, saya memang tak mampu tanggung sakitnya meninggalkan segala yang saya lalui di sana.
menangis beria-ia sampai bengkak mata n semput-semput.
4 tahun!!! cukup banyak yang di lalui.
meninggalkan segalanya yang SANGAT AMAT INDAH.
UTM nyata merubah saya menjadi sesorang yang tak pernah saya fikirkan.
KKDK really pull me out from the old nerdy nadia!
dan saya bangga berada di sana.. 2004-2008.

4th time was when i left KV to Kuantan.
it was not the hardest, but it's hard to left everything i love there.
tapi saya kuatkan hati kerana itu pilihan saya.
berbanding 3 goodbyes sebelumnya yang perlu saya ucapkan.
i cried all the way from Shah Alam to Kuantan!
anyone wanna bring me back to KV now? ':(
(and i'm gonna cry when i will leave Kuantan?)

I HATE GOODBYE
and
I'M NOT GOOD AT SAYING GOODBYE

p/s : tak pasal-pasal menangis sama because of Anne's goodbye.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Tag bernilai 2 Juta

salam..

baru teringat ada 2 lagi tag yg acik bagi lum buat.
alang-alang tgh mode berblog dgn jayanya ni,
meh la kita setelkan kesemuanya.
tapi korang xdala dapat baca in series.
haruslah auto publish.
bolehla jadi entri di saat-saat lama menyepi.. :)

1. Cam biasa la, ckp sapa yg baik ati antor tag ni

dah cakap kan tadi. dak acik.
selama ni pun dia lah yg rajin duk mengetag.
kut xtau sape dia dalam idup i, pi belek semua entri under label 'tag'

2. Tag kan kat kwn2 korng yg semestinya akan layan berangan bersama2 korng (nak tag kat 2 juta kawan pon tak pe)

hakhak.. nah amek la semua followers yang xseberapa ramai tu and readers yang xtau la ramai ke tak tu..

3. Dah tag kena la jenjalan war war kan kat kwn korang kan yg korng nak bg 2 juta kat dorng

insya ALLAH, nanti i blogwalk i inform k..
tapi for those silent readers yang ada blog, silalah tinggal jejak.

nanti i pi jenjalan kat blog uols.

4. Apa agaknya angan2 korang tu? korang berangan nak buat per ngan duit ni?

i) bayar semua hutang bank
ii) bawak semua keluarga pergi umrah & haji
iii) bawak family pergi holiday pusing dunia sambil shopping habiskan duit
iv) rembat Audi bayar cash.. cukup x eh 2juta?


v) bayar bond JPA.. bukan yang ni patut awal2 ke? hehe.
vi) beli rumah banglo tepi pantai.. bangun pagi terus nampak ombak
arggghh.. semua angan2 sangat menusuk kalbu.

5. Cuba korang cakap camner kita nak dapat duit banyak camni kat dunia reality ek

A : masuk pertandingan siapa nak kawen jutawan
B : rompak bank
C : sign up Nuffnang, pastu dapatkan tips dari otai2 Nuffnang cmana nak gain duit
D : join "Login Facebook dapat Duit"
E : join AC Konsortium..
hakhak..
oih, setakat kerja makan gaji xda leh dapat duit byk camtu lam setahun dua kak oi.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Anda Panggil, Kami Cuci.. CTM 2

salam..

dah berkepuk basi dah story baru nak update.
ampun, sebenarnya dah lama dah gambar duk dalam draft.
lama tggu amek mood nak menceceh.
in fact, show pun dah tamat last week.
tapi xkira, nak story jugak.. hehe.
(mmg fail la nak update story on event kat blog..)

kan dah cakap kat sini, nak pergi show ni.
beli tiket pun bulan 5 lagi.. huahua.
gigih ar xnak miss show ni.
and sebenarnya kalau amira xkawen on 30th July pun,
tetap i akan amek cuti sebab nak dtg tgk CTM2.
dah plan dari awal tahun.. huhu. bertuah u hans, ada fans CTM cam i.
hakhakhak.

mcm biasa, bila teater je haruslah pergi dgn partner in teater.
kita patut pergi ber3.. ticket pun dah beli 3.
tapi last minute, Faiz couldnt make it sebab komitmen kerja. sian Faiz..

okeyh, all i can say..
the show was just OK!
ye, semua news & bloggers puji2 melambung cakap best.
tapi for me, it was not met my expectation.. but still it was awesome.
especially on scene yang terburai perut dari last season
mcm xberapa nak kick this season.
plus, ada jugak scene yang mmg i adore giler last season, xda pulak.
ingatkan i sorang je fikir gitu, rupanya si Adi pun cakap camtu.

of course la ada jugak new scene yang memang terburai perut.
tapi ktorang mmg bantai gelak tgk depa duk pusing belakang gelak jugak
sbb xtahan dgn lawak yang depa sendiri buat.
ni Nabil la ni, pakcik tu kan kadang2 ada lawak unpredictable.
dah si Awie, Hans & Afdlin pun gelak sama.
membelakangkan audiens, pastu bahu henjut2 gelak.
seb baik xdengar sangat kat mic, depa control lagi la.

actor & actress pulak..
Hans the boss, mcm last year, tetap superb.
Awie my dear awesome, haruslah mcm last year.. and i rasa he's the MOST AWESOME.
Afdlin my favorite pun always make us laugh
Kak Vee mcm last season jugak.. always cun.. tetap dgn red outfit.
dah macam Kak Red pulak.
Harith Iskandar the bad boy in the story mcm annoying sangat.
i know he did better last year.
xtau apa yang kena, nampak mcm fake pulak lakonan dia this year.
sob2, i adore ur talent la uncle Harith. why u disappoint me?

and the new cast
Nabil the pengkecoh.. masa tgk tu i mmg bias kut sbb duk teringat kat AC.
no doubt dia bawa watak tu dgn cara dia sendiri, langsung xda gaya AC
but still i think AC did better..
C'Tan by Nabil mcm tgk Nabil dalam program2 tv dia yang biasa tu je..
a lil bit boring kut.. tapi xdala boring keseluruhan cerita.
ada jugak part2 yang dia lebih menonjol from the rest.
Jaclyn Victor the hindustan girl, sorry i dont think she deserve the watak.
yes, Adibah Noor was doing great last year and i cannot compare to Jac the newbie
tapi, the way Jac pushing herself try to deliver her very best mcm xkena.
xda chemistry with Awie.. and xnampak sweet, romantic & comel.
they supposed to look very comel sbb karakter Awie sgt comel ok.

lagu-lagu pulak.. aiyo, i can sing a lil bit with them, sbb ingat lirik last year.
hahahah... best!!
and set pun ada yang berubah, cantik!
plus, idea tampilkan Reefa rapping for story tu superb!
bagi yang xtgk movie and last season, xdala blur sgt with what happened.

mari layan gambar yang ada saja lah ye.
lagi panjang i elaborate, lagi byk pulak komen yang keluar.


the 5th member

with Kak Iza.
xplan nak pi same date.. sekali kebetulan pulak
and she with her partner jadi watak tambahan utk part C'Tan merajuk.
Kak, kalau i jadi u, ikut je C'Tan pi TCRS tu. hehe.

before the show.

my very own partner-in-teater
and he read this blog.
Adi, next season pi lagi ok.
hehe..

si bujang CTM

suami orang CTM
uh, adorable lah kamu berdua.

"peace.. selamat RM2 juta ku", kata Nabil

"thanx for coming, sayang. i know u love me" kata Hans
owh, i kecairan.. haha.

kak Vee cantik.. i love u.

the 4 cuci boys.. i heart u guys. (AC & Adibah too)

senyum sokmo akak Vee ni.. Jaclyn asek kelam kabut je.

she watched the show with us.. seating in front of our row.
laugh out loud all the time. kalau dia tgk dia buat show lagi bantai gelak gamaknya.
i heart her so much!
and miss her in the CTM team.. sob2.

the CTM Director, Datuk Zahim duk belakang ktorang.
dia pun tumpang gelak tgk show yg dia direct sendiri. kihkih.
xsempat nak pi jumpa dia komplen cakap CTM 1 was much better.
kalau i cakap camtu, agak2 apa respond dia? hehe.

went back home at 1am.
phew, i rasa bila i tgk season 1 yang superb tu and put a very high expectation.
suddenly season 2 not met my expectation tu yang frust kemain tu.

and the most annoying part was iklan utk penaja.
like TCRS, Poslaju semua tu logik lagi.
part masuk iklan Celcom tu, sumpah rasa nak terajang Datuk Zahim kat belakang.
boleh pulak time Harith nyanyi, diorang pause jap, ada extra cast masuk
promote pasal Celcom.. and sambung balik nyanyi.
whattheshrek (pinjam word Ajie).

kesimpulannya : i enjoy the show but Hans dearie, jgn lupa utk review balik CTM2 tu ni for next season if any. (xkan xda, byk profit tu buat show ni)

till we meet again in next season.. CTM3.

p/s : nah review on last season.. CTM 1

inilah diriku : Nadia.Yusof

amsyar lil' boy dearie

salam..

petang tadi pergi Kemaman tengok this cute lil'boy
Muhammad Al Amsyar bin Mohd Azrin

a son to my dear friend
Aren & Irni

Amsyar lahir kat Klang on 24th July 2010
tapi mama & papa dia bawak balik Kemaman two weeks ago.

dah 2 weekends, baru Aunt Nadia sempat curi masa pergi tengok Amsyar.
nasib baik ingat lagi jalan nak pergi rumah nenek Amsyar.
walaupun pernah pergi sekali je masa mama & papa kahwin 2 years ago.

mula-mula sampai, Aunt Nadia duk cuit sana cuit sini je
seram nak pegang, Amsyar kecik sangat.
about 2.5 kgs je
lebih kurang berat masa Aunt lahir tu Amsyar. hehe

Aunt Nurul pulak yang excited lebih tengok Amsyar.
uih, Aunt Nurul ni suka kalau dapat kerja jadi babysitter.
dengan syarat gaji degree.. hehe.

walaupun seram, tetap Aunt Nadia nak pegang Amsyar.
uih, kecik sangat.
sekali dia menggeliat, seram takut terlepas dari pegangan.

Amsyar asyik tidur je.. penat kacau usik sana sini.
buka mata jap, pejam balik.
isk, geram la aunt dgn Amsyar ni.
jauh aunt datang nak main dgn Amsyar
sampai hati Amsyar tidur je.
nasib baik Amsyar senyum kat aunt walau dalam tidur.
hehe.

lama sangat tunggu Amsyar tak jaga-jaga pun,
aunt dah nak baliklah.
meh nak kiss sket, wat pengubat rindu.
nanti pesan kat mama & papa,
jangan lupa bawak Amsyar jalan-jalan rumah aunt.

p/s : suka bebenar dgn baby. kalau ambil anak angkat, aci x?

inilah diriku : Nadia.Yusof

Berjemaah with Tengku Mahkota Pahang

salam..

mcm mana puasa setakat ni?

memandangkan esok cuti hujung minggu,
mari stay up lama2 update blog & siapkan draft2 lama.
uih,berkepuk draft.. siap ada yang sangat lapuk nak publish sekarang.
kalau hari kerja, xsanggup pertaruhkan kemengantukan di ofis demi blog.
hobi tidur semakin lama semakin kronik.
on 1st day puasa tu, tertidur waktu tunggu housemate nak gerak pi masjid.
akhirnya terlepas mcm tu je terawih sebab housemate kejutkan pun x sedar.
bangun balik, kul 4 pagi next day. uih.. lamanya tidur.
penat sangat kut.. padahal rejab n syaaban hari tu rilex je puasa.
ish2, nak kata syaitan bergayut kat mata, semua dah kena ikat.
nafsu belanja dah boleh dikawal, nafsu tidur lak bermaharajalela.

tadi pergi terawih mcm biasa, kat Masjid Saidina Osman, Bukit Rangin.
dekat je dgn rumah,about 200m kut.
jalan kaki pun xsempat penat.
masjid sangat pack.. ramai mak aih.
masa 1st night terawih tu xdalah pack macam tu.
berhimpit2 cari space..
Alhamdulillah.. berjaya selesaikan solat.

waktu nak balik, nampak lampu neno neno polis.
orang kenamaan mana pulak yang ada ni.
sambil jalan keluar dari pagar masjid,
nampak kereta berplat number TM and PATI lalu kat tepi.
uih, xsangka Tengku Mahkota Pahang datang terawih kat sini.
mungkin baginda Tengku rotate2 masjid and kebetulan malam ni kat tempat i.

haih, cepat betul masa berlalu.
perlu tidur sekarang, takut tak terjaga sahur nanti.
harap dapat stay up lepas sahur esok utk update few entry.

see ya again!

inilah diriku : Nadia.Yusof

Harapan Ramadhan

salam..

dah 2 Ramadhan, baru sempat nak ucap
ahlan wa sahlan ya Ramadhan di sini..
last post dah cerita pasal buka puasa.
selamat datang Ramadhan baru nak buat.
aih, apo la ekau ni ha.


untuk itu, Selamat Menyambut Ramadhan bersama-samalah kita mengimarahkan Ramadhan al Mubarak 1431H ini dengan memperbaiki dan menggandakan lagi amal ibadah. semoga kita semua beroleh rahmat dan keampunannya.

btw, i xpergi buka puasa with Nuffnang tu.
sedih, sob2.. Redmummy pergi.. xdapat jumpa dia.
bila la ada peluang camtu lagi.
tapi xpela, bukan rezeki kut.
umi cakap, penat bulan2 puasa nak gigih pergi KLCC tu.
kalau duk Shah Alam lain cerita.

back to life at Kuantan.
2 hari berbuka puasa, masih masak sendiri.
kental jiwa xnak beli juadah di bazar
tadi je la terbeli kuih muih
kat bazar depan tunas manja.
pi cari bahan-bahan untuk masak, xtau pulak ada bazar dpn TM
alang2 niat nak masak, langsung tak terpikat dgn segala mak nenek lauk kat situ.
uih, berjaya jugak kawal nafsu.
tapi kita beli jugak kuih sbb kut2 lauk xsempat siap,
leh buka dgn kuih & air je dulu.
alih2, gitulah gamaknya.
sampai rumah dah pukul 6.50pm.
macam berperang kat dapur nak siapkan juadah before azan.
haih, bilal dah azan maghrib, ktorang duk layan periuk kuali atas dapur lagi
7.45 baru setel semua..
Tom Yam Pok Tek & Sotong Goreng Tepung.
masak simple je, menyedia bahan tu lama.

harap-harapnya, kami tak terpengaruh dgn bazar ni sehingga habis Ramadhan
sesekali tu mungkin la.. tapi nak beli je everyday, NO NO kut.
dah berbulan mengadap kedai..
since dapur peti semua lengkap, kita dah stop lah kedai tu.
tidaklah terror, tapi google.com kan ada..
berlambak resipi.. :)

so, sangat berharap.. di samping memperbanyakkan amal ibadah,
i nak praktis masak kaw2..
dgn adanya housemate sebagai idol.. hehe.

oh, jadual harian dah berubah.
so, susah nak ada time for internet at night.
takkan nak curi masa update blog kat ofis pulak.
lunch break hanya 30minit, nnt xsempat tidur.
kumpul energy utk masak petang nanti.
thus, kalau lama blog ni bersawang.. ampunkan saja ye.
diikutkan, last year.. langsung xda entri masa bulan puasa..
faham-faham je la eh..

till we meet again, see ya.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Buka Puasa with Nuffnang

salam..

terperanjat sangat!
received email today.

xsangka berjaya dapat invitation to Buka Puasa with bloggers Nuffnang
on 12th August, this Thursday.
at The Apartment, KLCC
the event limited to the 1st 15 Nuffnang Glitterati blogger yang hantar email
with full name and URL blog.
single invite.. jadi xboleh bawak teman. :(

sangat ingin pergi!!!
tapi, event tu Khamis.
mcm mana nak kejar pergi dari Kuantan ni.
sayang la dgn cuti.
nak cuti panjang time raya nanti.
kalau dah abes event tu, nak rush balik Kuantan pulak.
uih, seram tu nak lalu Karak malam2.

kalau tak pergi macam rugi pulak.
bukan rugi dgn makanan yang best2 tu.
tapi rugi xdapat jumpa bloggers lain.
ye la, mana tau dapat jumpa bloggers yang kita duk stalk tiap2 hari kan.
lagipun, dah lama teringin nak join Nuffnang event.
nampak mcm fun abes.

now, how?
kena RSVP before 12pm esok, 10th August.
nak pergi ke tak nak.
waaaa...

saper lagi dapat pergi?
tolong pengaruhi saya.

inilah diriku : Nadia.Yusof


laporan comel untuk umi..

salam..

umi sangat ambil berat..
tapi kelakar.
last week, masa i pergi KL for Amira's wedding,
umi senyap je, xtanya apa yang akan dibuat for the whole weekend at KL.

suddenly, after watching CTM2 kat IB
ada SMS from her about 11.30pm Saturday night, asking

"Anda berada di mana hari ini"

terus i senyum.. umi was funny.
comel pulak dia sms mcm tu.
selalunya takde dah nak tanya ngan sms camni.
sound direct voice to voice
panjang skit boleh bebel if dia xsuka apa yang i buat masa tu.. :)

2 years ago.. both still young.. *wink*

for me, i tak rasa umi kongkong pergerakan i
i suka umi ambil tau semua yang i buat.
so that, if i'm about taking wrong way
umi akan cepat2 pesan itu dan ini
kan bagus macam tu.
lagipun, takkan la umi nak marah kalau i tak buat benda yang xsenonoh
setakat tgk teater tu, dia tau sangat i minat..
tapi kadang2 dia bising dgn siapa i keluar.
tu je..

since i baca sms tu pun dah 1 hour later,
xnak la kacau umi tidur.
next morning baru text her back
informing that the whole day i was at amira's wedding and night at IB for theatre
xdala pulak nak describe detail that i reach home at 2am.
mau terus dapat call kena bebel.. :)

walaupun laporan yang i hantar tu xcomel,
tapi i rasa ni lah cara meminta laporan paling comel dari umi.
very sweet and touch deep into my heart.
i heart you UMI..

inilah diriku : Nadia.Yusof

puas!

salam..

wah, ngantuknya!
tidur 4 jam je pagi tadi.
sebab tidur terbantut dgn call dari Nurul
dia ajak buat kerja 'tak tau malu' esok
itu nanti i story bila ktorang dah buat kerja tak tau malu tu ok.

semalam buat aktiviti malam minggu yang digemari semasa di KL.
which is.. tengok wayang, lepak mamak dan layan novel.

wuih, berkurun tak tengok wayang.
last sekali masa tgk Evolusi KL Drift 2 bulan April lepas.
sambil2 blogwalking after kerja, baca banyak review pasal GARAM.
teringin la pulak nak merasa kemasinannya.
lagipun dah masuk Ramadhan.
tak elok la pulak nak masuk panggung kalau tiba2 teringin nak menonton
jadi ajak Nurul temankan. dia pun 2 x 5 jugak dah lama xtgk wayang.
masa tgk KL Drift tu, dgn dia la.. and that was our last movie.

sementara menanti waktu tayangan bermula,
ada pulak orang nak shopping kasut kerja.
makcik ni cerewet sket, xberkenan la.. xbest la.. xsuka mcm ni la..
masa pusing satu OU cari handbag dulu pun camni jugak.
haish, nasib la sape jadi pakwe hang Nurul. hehe.
nasib baik akhirnya jumpa jugak yang dia berkenan.
kat Vincci, East Coast Mall..
uih, i pun berkenan design tu. tapi xsesuai dgn kaki.
kaki i lebar kat depan, maaf ler kalau jenis kasut cenggini.

duk dendiam cam gini, xdala sakit.
cuba berjalan ke sana-sini.
cantik jugak kasut ni di kakiku.. hehe.

dikaki dia pun cantik!

jadi dia ambil ini.. no discount for New Arrival.


review on the movie.. SALT

tq pakcik Google.
Angelina is damn gorgeous!

not bad, excited tgk action yang Angie buat.
lompat dari treler ke tangki minyak..
sepak atas, tendang bawah, tolak sana-sini
tembak, bom,etc..
tapi kurang faham sket dgn kronologi cerita tu.
hubungan Rusia-Amerika.
aiyoh, fail sejarah & pengetahuan am dunia.

after movie, kita pi lepak mamak.
ini memang sangat lama xbuat.
masa kat S.Alam dulu selalu jugak keluar supper kat mamak.
sebab ramai member nak ajak merayap.
kat Kuantan, sorry la. 11pm pun dah sunyi sepi.
dah sampai mamak, segan pulak nak masuk sebab x ramai girls.
yang ada pun dtg dgn kawan2 lelaki / boyfriends
ktorang lak kental aje lepak sambil borak kat situ.
insya ALLAH ini yang terakhir buat perangai mcm ni.
fikir2, seram pulak kalau jadi apa2 kan.
sesekali nak lepas gian.

lepas hantar Nurul, sampai rumah dah pukul 2.30am
tgk novel atas katil, ish.. mcm xpuas hati je bacaan baru separuh.

pinjam dari Nurul.

akhirnya, lalok pun layan jugak novel tu sampai abes.
lepas Subuh baru tidur.
sempat 4 jam je sebelum dikacau..
sekarang ngantuk!!
tapi dah petang sangat, mcm mana nak tidur?
karang terbabas sampai Isyak.

malam karang nak keluar cari barang baby kejap.
dgn Nurul lagi.
pukul berapa balik pun xtau la.
oh no, esok harus bangun awal..
sbb nak pergi buat kerja tak tau malu tu.

walau penat, tetap rasa PUAS dapat buat aktiviti yang dirindui.
(tak boleh selalu, once a while utk lepas rindu okla)

kalau sempat, akan cuba siapkan entri2 perkahwinan & cuci!

inilah diriku : Nadia.Yusof

keep smiling

salam..

i had a wonderful weekend.
continued with wonderful no-Monday-blues
extended with a-family-jimba-huha-winter-sonata-trip news
and hoping for colorful coming days..

a lot to share here.

Amira
Arysha
CTM
the backstabber
the sonata trip
etc..

but i am too tired with too many things jumble up in my mind
and too many issue mess my life
will clear everything, and get back my mood to keep writing.

till then, keep smiling!
p/s : i read wani ardy's blog and found this

I guess, at times, God makes you fall in love not because He wants you to get to the ending;
He just wants you to experience.


inilah diriku : Nadia.Yusof


Related Posts with Thumbnails