The Red Warriors Juara Baru

salam..

tahniah untuk TRW!
The Red Warriors.
Juara Piala Malaysia musim ini.
dah lama diorang idamkan.
akhirnya tercapai impian.



i'm not a big supporter of football..
dulu2 ada la amek tau pasal EPL.
sesekali layan tengok jugak
sebab ada banyak masa nak layan and get info
like kenal all the 4 giants club players
MU, Liverpool, Chelsea & Arsenal.
tapi sekarang.. wassalam.
news football pun malas nak baca.

dari last week semua orang di Kelantan sibuk cakap pasal bola.
semua spekulasi dari kisah tahun lepas pun terkeluar.
me? masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
list of players pun xtau..

tadi pun i x tengok 1st half.
tengok show lain di Astro.
dah 2nd half baru tgk.
not bad komen2 yang diterima di twitter.

all i can say..
ini pertemuan ke 3 untuk N9 dan Kelantan di musim ini.
1st match, draw 0-0.
2nd match.. Kelantan tundukkan N9 1-0
3rd match.. the Final .. Kelantan tundukkan N9 2-1
kat situ dah nampak kehebatan masing2.


semangat KAFA untuk memartabatkan kembali sukan bola sepak
di Malaysia seharusnya disokong oleh semua.
setidak2nya.. rakyat Malaysia akan kembali menyokong Piala Malaysia.
sekurang2nya masih ada ruang untuk Piala Malaysia bernafas di bumi sendiri.
selebihnya, pemain bola sepak Malaysia masih boleh cari makan di tanah sendiri.

gelagat penyokong menjengkelkan kan?
masih terkawal berbanding tahun lepas.
mereka terlalu obses dgn kemenangan.
maka, terjadilah masalah lupa diri.
sehingga membawa masalah lain kepada orang lain.
memalukan?
anggap saja mereka sdg kurang waras kerana lupa diri hasil dari obsesi.

tahniah untuk Negeri Sembilan juga.
sudah 2 tahun berturut perlawanan akhir menyaksikan N9 dan Kelantan.
hakikatnya, bukan nasib jadi taruhan.
tapi strategi pihak pengurusan tidak cukup bijak.
bergantung harap kepada beberapa pemain sahaja cukup membahayakan.
apabila mereka tiada, pincanglah pasukan.

seperti kata Aidil Zafuan Abdul Razak,
"mendapatkan kejuaraan tidaklah sesukar mempertahankan kejuaraan"
setidak2nya N9 membuktikan percubaan mereka mempertahankan kejuaraan.
Kelantan pula belum berputus asa mendapatkan kejuaraan.
musim depan akan menentukan, apakah Kelantan benar2 hebat
untuk mempertahankan kejuaraan.. atau terus lena diulit kejayaan hingga tersungkur.

selamat bercuti warga kerja di Kelantan.

p/s : saya rakyat Kelantan.. jadi?? saya juga terasa.
terima kasih.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Closing of The Month & Demam

salam..

i suppose to be at Kuantan by now!
review report dan clearkan apa yang patut.
sebelum cut-off time utk closing for this month.
sebab bulan ni dah bulan Oktober..
it's Reconciliation time again.

tapi sekarang i sedang baring atas katil
picit-picit kepala
batuk-batuk kecil..
DEMAM.

dah call my staff,
utk buat apa yang patut.
ask him to clear all necessary things.
but still, rasa xpuas hati
sebab xbuat and monitor sendiri.
nak buat dari rumah, tak boleh.. takda system.

tertekan..
sebab hanya ada 12hari utk siapkan Reconciliation for Kuantan.
tolak sehari dua yang system confirm down di awal bulan.
balance 10 days for about 40++ accounts.
kalau review and clearkan semua related issues before 8pm today
mungkin tak banyak sgt problem time Recon nanti.

sekarang harus pasrah & berserah saja.

kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.
sedih.

p/s : doakan saya cepat sihat supaya esok dah boleh pulang ke Kuantan.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Pak Ucop Car Spa

salam..

owh kepenatan!
*sambil lap peluh*
tipu tul kepenatan..
xda setitis pun peluh menitik.. haha.

(^_^)
senyum suka Lucas dah wangi..
aiceh.
trimas to owner of Pak Ucop Car Spa
who also my daddy..
yang sudi cucikan Lucas..
hehehe..
bukan sudi, terpaksa kut.

Lucas sangat kotor, dah 3 minggu x cuci..
tadi balik kerja feeling2 nak cuci sendiri.
sembur je pun pakai penyembur air bertekanan tinggi.
pastu macam mengada2 penat xlarat..
lagilah bila umi cakap ada somtam makanan kegemaran di dapur.
terus berbelah bagi antara keinginan dan keperluan
keinginan utk makan somtam seberapa segera
serta keperluan untuk mencuci Lucas seberapa segera juga.
umi yang cakap, park aje kat tempat cuci kereta tu
nanti Abah balik cucikan..
terus berbunga rasa hati.. laju2 masuk rumah cari somtam.

lepas solat Isyak, bunyi penyembur air tekanan tinggi tu memecah hening malam.
awwww.... daddy u r so sweet.. i love u muahx muahx !
mesti Abah paksa rela sebab nampak Lucas di tempat cuci kereta. hehe.

usai cuci, Abah suruh lap sendiri.
kalau malas biar tak berlap nanti Lucas berkulat.
eh, kereta boleh berkulat eh?
tapi sebab xmau nampak terlalu malas, terus cari kain pi lap.
hohoho.
siap 2x lap tu..
kasi kering betul2..
see see, i bukan lah pemalas.. cuma lambat dapat mood saja.
kalau dah dapat mood, semua kereta kat rumah ni pun i sudi lap lah daddy.
heheh.

sekarang kelaparan belum makan malam,
tunggu Abah siap cuci keretanya sendiri aka Danny
katanya nak sambung cuci kereta umi pulak, si Davvy..
Abah, later lah sambung cuci.. sob2.. nak makan.

lepas makan nak tolong Abah lap Danny & Davvy.
(",)

p/s : mengada kan campur2 Abah & daddy.. orang sama je kut.

p/s lagi : nama Danny and Davvy baru je sekejapan tadi wujud.
aiyohh... penggemar beri nama.

inilah diriku : Nadia.Yusof

where am i??

salam..

yuhuuuu everyone!!
guess where am i?
wahahha... using my dad's lappy at my parent's house.

hehhe..i'm home!!
not for good.. not for holiday also..
tapi outstation di KB..
eh, betul ke outstation?

btw, baru sampai petang tadi around 7pm.
drive from Kuantan at 2pm..
okla kan.. 5 hours je.
the best thing is.. langsung tak lenguh segala sendi..
xmacam yang balik sebelum2 ni..
suka suka suka!!

i'll be home for about 2 months..
tapi in between akan ada week yang kena balik Kuantan.
i'm here sebab menggantikan sorang parts staff di KB branch yang pergi haji.

now, i'm quite nervous..
sebab the staff yang akan i replace tu perlu deal with clients.
everyday!
OMG, new things to explore and to learn..
paling nervous kalau client datang without part number
and request us to look for it from manual or parts book..
ampun.. i xpernah buat.
i selalu check directly thru system je.
if xda dalam system i terus refer expertise yang mmg stick kat office.
tapi di KB, the expertise x melekat di office.. camno?? waaa..

i know, there are lots of things to explore.
pray hard for me people.
another knowledge to gain!

and it's time for me to see if i am comfortable with KB's business.
if and only if the big big boss would like to transfer me here.
at least i know the answer.. YES or NO.

so friends and readers...
keep praying for me ok!
and my new routine will begin tomorrow.

see u when i see u.

p/s : i love to be home!!!

inilah diriku : Nadia.Yusof

Gara-Gara Mak Merah

salam..

wah.... gara-gara Mak Merah
traffic dYA.kAMiL agak mencanak-canak sejak seminggu lalu.
ini semua bermula dgn entri
Walau Ku Bukan Pencinta Merah.
sesaja hantar untuk contest Meletop Top Top anjuran RM.com
hantar tu pun dah agak last minute.

nak dijadikan cerita, tak sangkalah pulak
entri ikhlas dari hati untuk tatapan Mak Merah tu
terpilih memenangi consolation prize.
wah, berbunga hati.. hakhak..
weh, sangat jarang okey i nak masuk contest..
nak menang lagilah tak.
lucky draw? xpernah dapat!
so, walaupun saguhati dan tak dapat menang Hugo Boss Perfume
yang jadi milik ariffshah.com tu..
i tetap berbesar hati..
dan jadi lebih bersemangat nak join contest lepas ni..
chaiyuk chaiyuk!

pagi tadi terima parcel hadiah tu..
tadaaa...
The Make-up Manual Cool Classic

ada two way cake powder, blusher, lipstick, lipgloss and eyeshadows

cekap betul RM team..
ari tu Mak Merah reply my email cakap nak post on Sabtu.
tup tup pagi tadi dah sampai..
senyum lebar diriku di pagi Isnin kelabu mendung tadi. :)

alkisahnya gara-gara Mak Merah;
pemenang utk contest tu publish on last Thursday.
about 12pm gitu..
bermula detik 12pm tu, mencanak kemain traffic..
tak pernah dalam usia setahun lebih ni, dapat traffic cenggitu.
almaklum, ini blog personal yang merepek meraban
kadang ada update kadang takda update.
jadi xpernahlah kita pasang impian dapat traffic setinggi itu.

terima kasih bebanyak kat RM.com kerana entri ini,
bolehlah ku senyum lebar sket.. ada jugak sejarahnya traffic mencanak.. :)
walaupun depa masuk sbb nak baca apa yang bestnya entry tu
sampai boleh menang saguhati..
nak kira, banyak lagiiiii contestants lain.
tapi, adalah kut yg RM team suka dgn apa yang i tulis tu.
i talked about what i feel ok.
dah memang xreti teknikal, cakaplah pasal apa yang reti sajo.

cer compare dari sebelum RM.com publish winners tu..
flat ke tanah...
dari pukul 11am tu 0 pageviews,
sebaik aje di umumkan jam 12pm, terus canak naik ke 23.
the highest view pukul 3pm.. about 27 pageviews

as of now, 187 viewers utk entry Walau Ku Bukan Pencinta Merah tu.

see, referrals pun tunjuk RM.com as 1st referring site.
mantap betul power RM.com
tu tak menang 1st prize tu.
agaknya kalau menang 1st prize, tambah mencanak ler ye.

apapun, trimas tu RM team especially Mak Merah sendiri
untuk contest yang diadakan itu dan beri peluang kepada blogger2 picisan
mcm i ni nak tambah traffic...
ada traffic, ada income..
tapi itu bukan 1st priority..
the reason for me to blog is because i love to write.
being away from family and having not so many friends here..
ini saja ruang yg i ada utk diri sendiri..
(tak caya? tggu saja i balik kampung atau pergi KL.. mesti berkulat blog ni.. :))

kalau ada orang suka, Alhamdulillah.
kalau takde pun, Alhamdulilllah.

p/s : till we meet again from kampung.. erk.. hehhe.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Shades for Lucas

salam..

lama x update story Lucas.
hurm.. cenggitu ler dia.
makin lama makin malas ku nak antar cuci.
hakhak..
cuci sendiri... M.A.L.A.S
uishh... kena insaf ni.
Lucas baru umur setahun kut.
agak2 dah umur 5tahun terus bertukar warna.
sob sob.

sebab umur dia dah setahun..
i thought must do something untuk kekalkan kehandsomeannya.
so, last 2 weeks hantar pi Honda utk cuci.
x buat appointment pun.. pergi menonong je sbb baru ada masa.
itupun few times postpone..
sekali my service advisor cuti pulak.
isk.. seek advise from other advisor la..
ingat nak cuci and polish..
sekali the girl advise wax aje..
sbb xbanyak pun calar..
oklah.. much cheaper kut. hehe.
kalau cuci sahaja.. RM12
cuci and wax .. RM70
cuci, wax and polish.. RM150
walaupun can get cheaper cuci kat luar.. about RM8 to RM10
tapi... lagi puas hati cuci kat Honda ni haaa..
lepas cuci nampak mcm baru.. berbaloi.
lagipun dealer tu dekat dgn office.
boleh tinggal sesuka hati nak mai amek kul berapa.

after dah cuci and wax, hantar Lucas for tinted pulak.

actually keinginan nak hantar Lucas for tinted tu
sejak 1st day on the road..
dah few times plan nak pergi dgn Adly kat Puchong.
asyik postponed due to many reasons.
nak pergi sendiri, takut.
yala.. xbiasa kut.
nak pilih yang mcm mana..
apa yang lulus JPJ.
kang hentam buat je alih2 xlulus JPJ.


bila tanyakan pendapat colleague, Hafizi..
dia suggest pi yang kat area Sg Isap.
selalu jugak i usha kedai tu, tapi xberani pergi sorang.
since Hafizi dah advice about rate and percentage to tint
pura-pura berani pergi kedai tu with Nina..
and she knows nothing about tinted.. hoho.

gamble je pergi.. pilih warna yang suitable with budget.
ada banyak rate.. katanya pun ada promotion.
so, i chose Platinum Tint with 50% kegelapan.
4 tingkap and 1 cermin belakang.
with 5 years warranty.
if kena saman JPJ, bawa saman n kad warranty tu..
depa akan settlekan the saman.
total RM390
murah ke mahal eh?
sob sob..
kupasrah aje kalau tertipu pun..
sebab... sampai bila nak buat kalau nak tunggu ada expertise.
belasah je.. mahal ke murah ke.. janji puas hati.

i xsuka sticker yg diorg lekat utk promo kedai tu.
nanti nak buka.. nampak buruk ada sticker tu. sob sob.

overall, puas hati.
diorang offer free utk shades pendek kat cermin depan.
owh, NO NO NO.. i xsuka..
nampak buruk separuh gelap, separuh terang.
kalau nak tinted, tinted abes.. kalau x, xpayah.

drive after tinted rasa sangat lain!!
macam terkurung dalam bilik gelap.
depan je ada masa depan yang cerah.
hohohoho..
tapi sekarang dah terbiasa.
and i love the way it is!

so now, Lucas dah ada shades.
tapi shades coklat on the dashboard tu bukan Lucas punya.
that's mine!
:)

inilah diriku : Nadia.Yusof

Raya Di Kuantan

salam..

oh yes.. this is my last entry for raya..
hehe.
almaklum, hari ni pun dah akhir Syawal 1430H.
insya ALLAH.. jumpa lagi Syawal akan datang.

we had Raya Celebration at SDI Kuantan on 29th September 2010.
ini kira makan-makan sempena raya untuk semua staf SDI Kuantan lah.
kat sini selalu ada makan2 if ada festive.
kalau CNY, colleagues Chinese akan buat makan-makan..
so dah Raya Puasa ni, all Muslim share buat makan-makan utk the rest.
tak taulah Deepavali nanti ada ke tak.. sebab community diorg xbesar sgt kat sini.

that day, i was super duper busy tahap xhengat.
sebab kena submit summary usage stock to one of our big customer.
a day before masa pergi buat check kat site diorang, balik dah pukul 7.30mlm.
xdaya lah nak stay back siapkan summary tu.
client pulak nak benda tu by 10.00am.
pagi2 rabu tu kelam kelibut siapkan summary.
time Branch Manager start speech, about 10am baru i menyempit2 dgn others.
owh, no no no.. tak boleh xnampak muka okeyh.
nnt dia cakap kita x bagi kerjasama.
menyempit le kejap..
dia dah habis speech, colleagues semua berkerumun nak ambil food..
i berlari2 ke meja sendiri siapkan summary and emelkan to client.
then only menyibuk2 kacau teammates makan.. :)

my teammates.. baju biru belah kanan tu excluded.

another teammates..
the guy in green is another exec here.
tapi dia senior sket..

see, semua lelaki kan.. tapi ada seorang perempuan.
time ni xda dalam office.. pi amek makanan kut.
previously dia dekat admin.
baru je pindah masuk our dept.

makanan sangat banyak..
tapi semuanya.. AYAM.
sadis.
menu hari tu ialah..
Nasi Putih & Nasi Minyak
Ayam Masak Merah
Gulai Ayam
Rendang Ayam
Nasi Himpit & Kuah Kacang
Tembikai.
Tauhu Sumbat

awal-awal all mechanics beratur ambil makanan.
hujung2 baru ladies masuk dekat.
takpe.. boleh ambil banyak2 tanpa segan.. hehe.

i paling suka menu.. Ayam Masak Merah.
marvellous.. sedap.

sepatutnya sempena raya ni, kita patut ada sesi bermaafan sekali kan.
tapi xda.. after ucapan & makan, semua get back to work.
dah tu, buat makan time kerja.. haruslah terkejar2.
i xdalah terkejar2 sgt after dah settle email tadi.
lepak-lepak makan-makan dengan tenang.

sebab kita anak dara, x elok lepak makan sepah bertaburan.
so kita masuk surau.. haha.
ye la, pantri pun dah kosong.
mejanya diangkut ke tengah kawasan utk letak makanan.
sepakat membawa berkat.. semua anak dara masuk surau
untuk makan sambil bersila sembang bergosip.

tapiiiiiiiiiiii.....
bukan anak dara je!
mak dara pun ada.

seronok eh mak dara join anak dara.
terasa muda semula.. hakhak.
kak Aida in blue is one of my pendengar luahan merangkap personal advisor.
(kejam kan kasi minum air gas di hari raya.. nape xda sirap or ribena or... whatever)

see... anak-anak dara suka lepak dalam surau
tidur di waktu makan tengah hari pada bulan puasa..
jadi demi mengenang kembali kenangan itu.. kita sambut raya dalam surau.. hoho.

yeay.. raya dah habis!
sedih sgt..
tahun ni xda open house on weekend.
tapi sebab ada baju raya sepasang yang siap lepas raya..
paksa Kak Siti.. the lady in my dept.. buat open house.
suka suka..
dia dah buat last week.. tq Kak Siti.
layan karenah ngeng saya yang nak pergi open house banyak2
mcm masa duk Shah Alam tahun lepas..
jadi, dapat pergi 1 rumah Kak Siti pun.. it's okay!

walaupun hari ni dah 30 Syawal 1430H.
tapi esok ada 2 jemputan rumah terbuka.
1 rumah Kak Fara.
another 1, rumah the guy in green.
wohooo... yang ni i tak paksa okeyh.
diorang yang menjemput.. :)
makaseh uolllsss..
next year buat lagi!!

makanya.. tamatlah kisah Syawal 1430H.
jumpa lagi di Syawal 1431H.. insya ALLAH.
(",)

inilah diriku : Nadia.Yusof

Walau Ku Bukan Pencinta Merah

salam..

pembaca2 tegar dYA.kAMiL sekalian
(ecewah, cam ramai la sgt kan)
sorry eh, nak up entri contest sket.
1st time neyh join contest2 camni..
selalu tengok orang je.. seru belum sampai.
kali ni.. ngeh2.. terbuka hati weh nak masuk blog contest.
ampun eh, laupun korang xsuka i buat entri2 gini.. cer belek2 jap apa i tulis.
kut la leh dapat inspirasi.. hohoho.

pagi2 pergi office, mesti sign in email, system, dashboard blog & twitter.
pastu mcm wajib jenguk apa latest update.
pastu jenguk this 1 blog yang selalunya memang tak pernah miss ada update jam 8 pagi atau 8.30 pagi. kengkadang terbabas sampai kul 9 pagi. lau kul 10 pagi blog tu tak jugak terupdate, i shout aje kat ownernya di twitter.. "kak red, entri pagi ni mano?"
weh, tonik pagi untuk inspirasi utk bekerja.. cepat publish entri.
lagi lambat publish, lagi lambat ler i dapat mood nak kerja.
blog tu ialah blog
Pencinta Merah...The Red Lover...The Red Diva...
kalau entri pagi tu pulak entri handbag, shopping, holiday atau event.
pergh.. terus berinspirasi bekerja senyum sampai petang.

mcm mana leh terserempak dgn blog mak merah ni.
dulu2, masa awal2 pindah Kuantan.. datang kerja awal.
yer la, baru pindah kut.. agak2 la nak buat perangai datang lewatkan.
sebab datang awal, sempat ler belek2 Kosmo online sebelum office hour.
kena pulak time tu depa publish story pasal mak merah ni.
sesaja lah try usha apa yang best..
hah kau, dah start baca on that morning.. terus melekat.
sampai sekarang xpernah miss lagi.
tetiap pagi mesti baca.
kut xdapat laptop or PC online pun.. mobile kan ada.

i palingggg suka entri HANDBAGS..
ampun.. kenapa kak red suka handbags...
tak pasal-pasal melekat tgk handbags kat redmummy.com
nak beli lum cukup duit tabung.. huhu.
jadi tenung-tenung & belek-belek gambar aje yang mampu.
tiap kali rasa malas nak kerja, cepat2 pi jenguk semua entri handbags..
owh, cantiknya Miu Miu, gorgeousnya LV, awesome lah PRADA, meletopsnya Anya Hindmarch, handsomenya Tod's.. eh silap, cun giler Tod's. wah, dah pandai sebut sekarang. dulu i xtau pun wujudnya brands-brands itu.. huhu.. sadis tul.
pastu terus rajin kerja sambil senyum2..
nekad kerja sungguh-sungguh nak buat yang terbaik
supaya dapat bonus lebat dapat rembat designer's handbag yang cun melecun...
waiting for me Chanel Jumbo Caviar in Beige.

sumpah kugilakan yang ni.. warna ni!

juga clutch from Anya Hindmarch ni.. fuh kacak bergaya!

Hiller Hobo from Marc by Marc Jacobs ni pun menawan kalbu.
lagi tertawan ditawan kalau dapat color beige mcm Jumbo Caviar tu.

dan... banyak lagi bags yang super duper cun cantik meletup!

weh, ku kagum sungguh dgn info2 handbags dalam blog ni.
gambar pun mempesonakan serta mengghairahkan.
boleh termimpi2 dan terigau2..
i siap ada list which handbag nak mintak letak lam hantaran.. ngeh2.
nasib ah saper nak pinang i.. salahkan RM.com yang mempengaruhiku.
hahahha.

lagi i suka baca entri shopping!!!
best weh.. banyak reference leh dapat.
kedai mana, warna apa ada, kengkadang siap dgn pricing sekali.
senang nak keluar shopping.. dah ada info. leh budget siap2.
walaupun selalu jugak ada story shopping baju, kasut, barang2 Gegirl & Abang..
tapi of course la paling meriah story shopping handbag.
weh, tetap nak relate dengan handbag.. apa daya.. pencinta handbag.
mungkin inilah faktor ke'best'an baca blog mak merah ni.. hehe.
dah tu, handbag yang di publishkan diblognya cantik2 aje..
kasut i kureng sket.. sbb tak minat high heels.. sakit kaki. huhu.
tapi RM.com pun ada gak publish kasut2 ala wedges.. my fav!
tq RM.com

selain handbag dan handbag dan handbag dan shopping..
suka giler story pasal traveling & holiday.
siapa nak ajar pergi holiday ada itinerary & details lengkap?
apa perlu bawak, apa yang best kat tempat tu, kat mana nak shopping.
RM.com ni bukan aje suggest kat mana nak shopping mewah2, shopping yang murah2 pun ada. pendek cerita, all types of tempat nak habiskan duit ada story.
(story mcm mana nak dapat duit pun ada gak)
selama 25tahun ni, xpernah ku tahu lepas dah shopping ribu-ribu di non-European country tu, kita boleh claim VAT.. mesti korang pun tak tau kan apa itu VAT.. nak tau pi jenguk sini..
dah tu siap dgn prosedur mcm mana nak buat.. step by step okeyh.
korang pi tanya travel agency pun belum tentu diorang cerita kat korang.
pendek kata memang detail lah ceritanya utk pi holiday.
lepas ni dah tau dah tips nak gi holiday sambil menjimatkan duit.
tu yang i duk adore kemain lagi entries Europe on June tu.
kena pulak masa ownernya publish entry sorok2 apa yang dishopping kat sana clash dgn time i admit hospital.. xdapat nak tengok apa yang di shoppingnya... especially.. handbag!!
kak Red, xmau publish lagi ke entri tu? sob2... nak tengok!!!
(handbag lagi!!!)

lately ni dah banyak event2 artis yang RM.com cover
akan ada story handbag.. hahah.
sorry la beb, wa memang giler handbag.
giler tengok, tenung & pegang.
lepas tu letak dan bawak balik memori sahaja ye.

suka suka suka..
cerita event.. sebab tak pernah berpeluang join event2 gini.
hari tu dapat invitation buka puasa Nuffnang pun terpaksa turn down.
lau tak mesti dah dapat jumpa RM.
lagi2 suka kalau event tu ada Iqram Dinzly.. eh gitu?
hehehe.. dan Ashraff Muslim..
tapi RM xpernah cover lagi kut story Ashraff Muslim tu.

mantap lah photographer RM.com aka Sirman
tak pernah miss amek gambar Iqram kut.
muahhhsss... utk Iqram & RM.com

dolu2.. kalau nak jenguk blog RM.com thru handphone, mesti nervous.
lepas ker idak byte yang nak load.. almaklum, hp classic.
memory xberapa nak cukup.
biasanya lum abes load, dah dapat warning memory applications dah full.
kena exit RM.com..
tapi manager RM.com aka RedDaddy sangat memahami kekangan orang2 kedekut nak rembat iPhone mahupun BB demi blog..
sekarang dah ada versi mobile!!!
m.redmummy.com
jimat Byte okeyh.. xdala cuak eh kang lebih bajet mobile internet aku bulan ni.
sebab maximum pun akan reach 1MB je.. itu kalau banyak pix..
kengkadang tu 200KB aje.. baca hari-hari pun xreach 500MB sebulan yang maxis kasi tu.
jadi, xda halangan nak terus update with all RM.com entries walaupun xda laptop.
terima kasih RM.com's manager!!

tapiiiiiiii...kan.
ku notice yang asal weekend or public holiday je..
mesti kurang dari biasa update RM.com
kalau hari biasa 3 or 4 entries, hari cuti ada 1 je.
kengkadang adalah 2.
dulu2, sebelum ada twitter.. 3x sehari jenguk RM.com
nak tengok latest update..
dah masuk hampa sebab xda entri tengah hari and petang.
skrg, ku jenguk aje twitter.. lau ownernya dah tweet tu.. laju2 pi jenguk.
apasal eh mesti dikurangkan entri on weekend?

overall... banyak info & rujukan yang boleh dapat from RM.com.
not only handbags, handbags, handbags, shopping, shopping, shopping,
traveling, holiday, jalan-jalan ..
tapi ada jugak tips2 keibubapaan.. walau i bukan makpak sesiapa lagi..
tapi seronok share experience RM. agak2 sesuai, leh la apply nanti.. lau tak sesuai ambil buat pengajaran.. paling i suka.... tips dating dgn anak-anak tu. like bapak keluar dgn anak lelaki, mak keluar dgn anak perempuan.. lepas tu rotate.. kan best tu! time tu lah nak dekat dgn anak-anak.. nak kenal lagi anak-anak tu mcm mana.. nak fahami mereka.
ada jugak cerita kucing.. tapi i kurang sket kucing2 ni.. penakut dan penggeli kucing.
baca tanpa perasaan je lah for entries kucing.
entri-entri advert pun ku baca dan belajar mcm mana nak buat.
kut lah, suatu masa nanti gigih nak gain income from blog like RM.com.

basically.. all u can find from here..
all types of reference, tips & tricks.
dari soal pakaian & kegilaan wanita sehingga soal rumah.
dari kekeluargaan, persahabatan sehingga kesihatan.
dari advert events sehingga artist events.
tempat utk luahkan masalah juga menyampaikan pesanan.

cuma, janganlah kau cari entri kereta.. setakat 8bulan baca.. i lum jumpa lagi entri kereta.
juga, xkan ada entri pasal kesibukan kerja n cara-cara hilangkan stress di tempat kerja.
ke ada entri tu i tak perasan?
hehe..

Walau Ku Bukan Pencinta Merah.. kutetap baca
Pencinta Merah...The Red Lover...The Red Diva...

p/s : semua pix adopt from redmummy.com & FB Fan Page RM
tq Kak Red!

inilah diriku : Nadia.Yusof

Jumpa Kawan Zaman Comot

salam..

aci tak nak sambung cerita pasal raya lagi?
hehhe..
eh tak, pasal kawan2 zaman comot.
tapi jumpa diorang masa raya tu.
kira cerita raya la kan?
okeyh2.. over ah cerita raya byk giler.
tapi janji, sebaik sahaja Syawal berakhir maka tamatlah kisah raya.

alkisahnya;
dalam sibuk beraya..
ada jugak undangan perkahwinan.. boleh tahan banyak..
tapi xsemua i pergi.
yang mana sempat jer..
ada 1 tu kawan masa boarding school, dapat invitation thru FB.
dah tu x dikasinya alamat.. peta pun takde.
makanya, sorry lah.. nak invite wat cara nak invite..
bukanlah demand xlayan invite thru FB..
biasa je pergi majlis kahwin yang invite thru FB ni..
tapi dah xtau kat mana majlisnya.. xyah la harap i pergi ye.
kalau ikhlas betul2 nak invite, letak alamat penuh ler kut ye pun xsempat upload peta.
(mcm syukur jugak xpergi, ada cerita rupanya)

okeyh, dalam banyak2 jemputan tu, ini satu2nya yang sempat i pergi.
Majlis Perkahwinan Fatimah & Azrie
Fatimah ni kawan masa sekolah rendah..
satu kelas dari Tahun 4 - 6.
di SRK Sultan Ibrahim 1.

mula-mula mcm berbelah bahagi jugak nak pergi.
sebab dah lamaaa sangat tak jumpa Timah ni..
last sekali masa darjah 6 dulu.. makanya sgt segan.
tapi fikir2, lau xpergi .. tahun bila lagi nak jumpa dia.
lagipun ada geng nak heret ikut.
alkisahnya.. 2 orang BFF aku ni pun dapat invitation gak.

Disya kawan Timah masa kat SMS Pasir Puteh
Lisa lak kenal Timah masa kat UKM, 1 fakulti katanya.
apa lagi, ku heret dua2 pergi sama..
lau diorang xkenal pun, tetap kuheret.. haha..
abes, siapa lagi nak temankan i merayap..
Shikin dah kawen, segan ah nak mengekor dia dgn hubby.
owh, Shikin pun 1 kelas masa darjah 6 dgn Timah jugak.
tapi dia xpergi wedding Timah ni sebab ada wedding sedara hubby nya.

ktorang sampai tu Timah tgh sanding.
dahlah lupa bawak kad.. nak tgk map kat FB pun tertinggal HP kat rumah.
ceskek.. akhirnya ktorang agak2 je kat mana..haha.
seb baik betul rumahnya.. lau x.. malu!!
masa sampai tu dah ada 3 orang classmates masa 6 Dahlia di SRKSIS tu.
Hadi, Fahmi and Afiq.
Fahmi and Afiq tu classmates masa Form 3 jugak.
so, Disya and Lisa pun kenal ler diorang.

time syok makan tu.. datang pulak 4 lagi classmates yg dah berkurun jugak tak jumpa.

Hanif, Hadi, Fahmi, Afiq and Daniel (membelakangkan)

Fatini and Faezah

serius seronok!!!
terus terlupa nak makan.. asyik sembang dgn diorang.
Disya and Lisa dah habis makan pun, i duk cenggitu lagi nasi.
weh, serius banyak gila nak catch up dgn diorang.
mcm2 cerita keluar.. update cerita kawan2 lain..
recall old memories..
waaa... serius best!
rindu giler!!

masa tu, kitorang 1 kelas memang rapat.
macam adik beradik..
ramai top scorer.. ramai gak yg fly oversea.
boleh kata almost half of them dapat masuk boarding school masa Form 1..
ktorang anak didik terakhir Headmaster Sir Chamras Ehkoo..
Sir Chamras tu cikgu my dad lagi..
bayangkan berapa lama dia mengajar..
waktu kelas English Sir Chamras.. siapa hantar latihan paling cepat
dan jawab semua betul, akan dapat token mcm duit..
kadang RM1, kdg2 50 sen..
time tu semua berebut nak hantar cepat.
kalau selalu dapat mesti bangga, murid terror, hahha..
tulisan kena clear.. lagi2 huruf 'a'.. kalau xclear
mesti kena pulas perut..
dia pegang kat bahagian pusat tu (beralas dgn baju ok)
pastu tekan dalam2, tarik n lepas..
fuh, sumpah perit ooo..
terbayang & terkenang sampai sekarang..
best student pun kena la wei..
so, kalau bukan best student cam i ni.. haruslah bukan sekali dua kena..
hoho..
tapi masa tu, xda pun nak complaint2 report polis.
masa ungkit balik kisah tu dgn diorang, ktorang semua gelak2..
bestnya kenangan dulu!!!!

with Cik Timah and Azrie
from left : Fatini, Faezah, me, Azrie, Timah, Afiq, Fadhil & Daniel
depan : Haniff and Hadi

dulu2.. i duduk meja paling depan dgn Shikin
kat belakang ktorang ada Ihsan dan Daniel
ktorang berempat agak rapat..
tapi selalu gak gaduh mulut..
haha.. gaduh yg kaw2 punya.
kutuk2 each other.. i geng dgn Shikin lawan Ihsan dgn Daniel
tapi kejap je.. nanti baik balik.
pastu suka kumpul pensel mekanikal..
siapa ada yg paling canggih, dialah paling hebat..
selalunya Daniel lah menang.. sebab dia gi beli pensil mekanikal di Kota Bharu
ktorang stok beli kat Pasir Mas je.. hehe.

Disya and Lisa pun nak pixie2 dgn pengantin jugak!

banyaknya nak catch up stories dgn diorang!!!!!
tapi takkanlah nak lepak lama2 kat majlis orang.
diorang sambung lepak rumah Haniff pulak.
i supposed to join.. tapi sbb Lisa and Disya ada hal petang tu
kenalah balik awal.. dah tu, ktorang datang 1 kereta.
kalau lepak umah Haniff, harus balik lewat petang..

curi gambar dari FB Suma diorang lepak rumah Haniff
ada Sobran (2nd from left diri) & Suma (2nd from left duduk)
masa gi rumah Timah tu depa 2 orang xda.
yang the most left tu Kauthar.
itu bukan kawan darjah 6.
dia ikut Suma je ni.. dia kawan i masa di SMKSIS.
jealous nye xdapat join diorang lepak ni.. sob2!

otw back, lalu depan rumah one of our old friends masa kat SMKSIS.
kira geng kita jugakla masa Form 3 dulu.
sebab dah lama xjumpa dia, and jenguk2 kereta dia pun ada..
saja try luck if dia ada kat rumah.
there she goes!
nasib baik dia ada.. Dr Raihan.
singgah and peluk muahx2... lamanya xjumpa.
dulu2 masa sekolah selalu datang lepak rumah dia.


tak lepak lama pun.
sebab Disya and Lisa ada hal.
sembang2 tanya khabar je..
pastu terus balik.

seronokkan jumpa kawan zaman comot!
macam2 cerita comot nak diungkit balik..
pastu gelakkan kecomotan masing2.
sekarang dah x comot.
semua dah hensem and cantik and sweet and cute and jambu.
ada yang dah tunang, nak kawen esok lusa pun ada.
owh... happy utk diorang.
nanti ceritakan cerita2 comot pada anak2 ye.. :)

lepas hantar Disya and Lisa, pergi open house rumah Shikin.
bila bgtau dia ke'best'an ini.. dia sedih, sebab xdapat join.
sian dia.. nak jumpa geng gaduh dulu, si Daniel.
nak buat mcm mana, dah ada suami.
kenalah utamakan yang lebih utama.

harap2..plan diorang nak buat reunion menjadi..
owh xsabar nak jumpa semua yang sama2 comot dulu!

inilah diriku : Nadia.Yusof
Related Posts with Thumbnails