Feewiiittt Menang Wei

salam..

sebab PM dah umum cuti on Friday,
mari kita bersorak riang.
pemurah betul pentadbir negara dan negeri kita.
cuti memanjang.
pantang menang apa-apa, laju aje cutinya.
(ayat tak puas hati sebab dah ambil annual leave.. ces ces)

owh, lupa..


nak ucap TAHNIAH kepada Harimau Malaya
sebab jadi Juara AFF Suzuki Cup.
pasni boleh try Honda Cup pulak.. :)

tak beria pun tengok.
duk baca tweet aje.
sebab kesian dgn jantung asyik berdebar.
itupun berdebar jugak sikit-sikit.
takut kalah.
kalau menang pun takut jugak.
macam-macam boleh jadi.
supporters diorang seramai 100k++.
tapi masa penyampaian hadiah tu, nampak diorang redha je.
Alhamdulillah.
harapnya tiada yang mengganas.
dan warga Malaysia selamat pulang ke tanah air.
Gonzales juga moga selamat pulang ke Uruguay.

owh, siapa yang nak jemput wira-wira negara tu pulang,
esok boleh ke KLIA jam 2 petang.
tak payah nak menghimpit Safee Sali & Norsharul Idlan lah.
depa dah kahwin.
Khairul Fahmi pun taken.. jangan kacau.
(naseb baik ku bukan stok peminat muka ala-ala korea..ngeh ngeh)
S Kunalan single lagi kut.. :)

we are the champion
we are the champion

hah rebut dulu.. dah balik Malaysia belum tentu korang dapat pegang.

phewit.. man of the game. future Datuk ni.
Mr K Rajagopal
genius dia ni.. bijak sebab pakai budak-budak muda.
pastu bagi peluang reserve player masuk padang utk bagi pendedahan.
lagi sebab muka dia tak kerek, emo & sombong. boleh gitu?

eh, TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH

p/s : simpan je la si kembar tu.. takde diorang pun boleh menang la.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Somtam Kegemaran

salam..

pernah makan somtam tak?
tau tak somtam tu apa?

hah, Siamese and Kelantanese mesti tau!!
that is my favourite dessert...
not really a dessert la, can be snack also.

somtam ni betik muda yang di parut.
pastu digaulkan dgn udang kering, cili, kacang tanah yang ditumbuk dan kicap.
letak cuka sikit nak kasi masam.
makan dgn sayur kangkung.
ini makanan Siam.
sedap giler!!!!
my all time fav.


di Kuantan, banyak kedai makan yang jual somtam.
tapi rasa dia............. hampeh!
kena balik makan di Kelantan jugak yang best.
kalau dapat yg pedas tu sampai berair mata.
boleh pilih nak pedas or tak.
tapi lagi pedas lagi kaw!

masa pi shopping tudung di Wakaf Che Yeh,
nampak satu gerai jual somtam.
terus pi beli 2 packs.
masuk je kereta, terus belasah makan.
fullamak, masyuk wa cakap lu.
dah lama giler tak rasa yang sedap mcm ni!
somtam di Food Village pun tak sesedap itu.

singgah petrol station sebab nak beli air, pastu terus makan sampai abes sebungkus.

makan berebut dgn Lisa pulak tu.
minah tu yang memang pantang kacang pun belasah je.
sepatutnya i tak boleh makan sgt somtam tu.
udang kering nya bisa membersinkan i.
a big NO NO to penghidap sinus.
tapi................ada aku kisah!
somtam wei, a big NO NO NO utk tolak.
later2 kita layan bersin tu.. hahah.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Let's Do It Harimau Malaya

salam..

ini piala yang team Harimau Malaya & Garuda nak sangat kan..


takpe, tahun ni HARIMAU MALAYA akan bawa pulang..
Let's do it & bring it home, boys!!

Garuda, do it next time k.

Selamat Berbola!!

p/s : menang atau kalah, tolonglah jangan penuhkan timeline TWITTER dgn carutan dan maki hamun.. take it professionally. Bola itu Bulat ya.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Mum meets Old Bestfriend

salam...

i 'teman'ing umi to her bestfriend's house.
bestfriend since they were secondary school.
i tak pernah jumpa that aunt.
tapi umi cakap,masa kecik2 selalu main dgn anak aunt tu.
nama Diana.
bila jumpa Diana tadi, both of us cant recall
if we played together.
seriously tak ingat langsung.

actually the visit tu sebab umi tak sempat pergi wedding Diana last week.
so, baru nak pergilah..
kalau pergi rumah kawan-kawan umi, yang memang umi akan sembang panjang2..
umi suka ajak i teman & drive.
sebab kalau ajak the rest of my siblings or abah..
harus laju2 kena balik.
i sorang je yang memang akan biar dia sembang lama2.
sebab i buat hal sendiri.. handphone.. hihi.

selalunya bestfriends umi semua i kenal..
maksudnya diorang selalu berhubung.
so dah takdela imbau kenangan dulu2.
just story pasal current life.


tapi aunt Zainun ni..
dah lama sangat umi tak jumpa..
mungkin last jumpa when i was kids.
yang umi cakap i main2 dgn Diana tu.
(sebab bestfriends, nama anak pun lebih kurang.. Nadia & Diana)
so tadi diorang cerita pasal kawan-kawan lama.
orang itu kawen dgn siapa, apa dia buat sekarang, cmana hidup dia skrg etc.
pastu story pasal crushes diorang dulu2 apa dah jadi skrg.
perangai2 diorang dulu kala.. compare dgn perangai skrg..

story pasal their crushes tu mmg i pasang telinga.. haha.


i lepak2 menghabiskan makanan atas meja tu senyum sorang2.
terbayang in the future, bila i jumpa kawan2 lama nanti.
will we talk about this??
hahaha...
i remember the girls talk masa reunion smach ari tu.
rasanya kita sembang subjek yang sama kan??
pasal kawan2 lama, pakwe2 diorang, ex-pakwe2 diorang..
pakwe2 kita, ex-pakwe2 kita..
kalau yang berjodoh dgn smachian jugak tu,
kita korek cerita macam mana depa boleh mula bercinta.

funny aite!
tapi itu sebenarnya yang menghubungkan kita.
instead of story bout current life,
old story tu yang buat kita dekat.
yang buat kita realize, we came from the same roof.

umi and aunt Zainun talked a lot..
and they laugh..
and they inspire each other..


oh my,
i hope i can have that kind of talk when i'm getting older
with my dear darling BFFs..

inilah diriku : Nadia.Yusof

Random I

salam..

sangat ingin menaip..
sangat ingin mengupdate..
tapi takde cerita menarik..
jadi kita sembang-sembang kosong je lah eh.
(macam lah selama ni sembang berisi.. huhu)

hah, sekarang ni kat kampung.
outstation di KB branch lagi.
ni dah masuk minggu terakhir dah.
khamis ni last kat sini.
tak sabar nak abeskan semua ni.
sebab penatlah.. penat traveling.
dari Kuantan ke Kota Bharu dah satu hal..
tiap2 hari menongkah kesesakan lalu lintas tu yang tak tahan.
Ya ALLAH.. mmg xtahan..
almaklum, masa duk Puchong terer nak handle menyelit2 ni..
duk Kuantan lak, lagilah best.. highway je.
kat KB, traffic jam mmg bikin sakit pale dgn lori besar2 gabak mana nak pegi ntah.
nyibuk tul kat jalan raya time2 orang nak pi kerja & balik kerja.
kena pulak pakcik2 drive kereta macam bersiar2 tepi pantai..
sabor je le...
pendek cerita keluar rumah 7pagi, sampai rumah 7 malam.
walaupun office hour 8.30-5.30 sahaja.
(xda nak rajin2 pergi awal balik lambat lah)

weekend semalam parents takde kat rumah.
pergi jemput adik kat UKM..
adik bongsu dapat masuk Program Permata Pintar.
program Rosmah tu...
last year glemer program ni..
this year Program Permata Seni yang lebih glemer.
nak latih budak2 jadi ahli seni instead of jadi pintar.
ni dah 2nd year adik dapat pergi program ni.
bagus jugak utk dia, takdelah melangut tak buat pape kat rumah.
hari tu dia dapat peluang pergi tgk konsert permata seni tu di IB.
dia siap2 tertidur lagi nak tggu abes event tu.
hahaha, memang sah bukan jiwa seni. langsung tak minat kut.
last year masa adik pi program sama, 1 family pi jemput dia.
dgr lah apa yang fasilitator dia cakap objektif & long-term plan diorang.
kalau betul2 diorang jaga budak2 pintar ni,
insya ALLAH diorang boleh jadi pelapis bijak pandai negara.

semalam tgk Mari Menari..
omg, sangat ingin pandai menari mcm Alia.. wife Razif
yang jadi juara tu.

tapi tau lah badan keras macam kayu.
masa awal2 kerja dulu, bajet banyak masa..
daftar jugak kelas senaman & tarian kat Shah Alam..
kelasnya jam 6.30 petang setiap hari.
tak larat nak rush balik dari Puchong..
kena pulak kerja makin lama makin banyak..
sempat pergi sekejap je.. pastu stop sampai skrg.
cari jugak kelas di Kuantan.. tapi mcm xda je..
eh, ada nampak satu banner hari tu.
tapi smpai skrg tak call tanya.. hehe.
segan lah nak pi sorang..
masa kat Shah Alam pi dgn Ajie..
dia suka lepak kat Gym situ jugak..
tinggal impian je lah kut nak belajar..
bukan nak pandai untuk perform pun..
kepuasan peribadi je kut.
tapi tengoklah mcm mana, mungkin akan masukkan dalam resolusi 2011.
hehe.

cakap pasal resolusi 2011..
skrg macam perfect time nak plan utk apa nak dicapai sepanjang 2011.
untuk 2010 dulu, xbanyak yang plan..
sbb Dec tu masih terkapai2 jadi ke tak pindah Kuantan.
so, kita just follow the flow.
next year, 99% kemungkinan kekal di Kuantan.
sebab tu semangat sket nak plan.
sekarang ni buat list je dulu..
nanti baru setkan mana dulu nak achieve & nak buat.
harap2 semuanya jadi kenyataan..
definitely benda2 yang mampu dikawal akan berada di tangga teratas.
benda2 yang di luar kawalan tu, akan cuba diusahakan sebaik mungkinlah.



hurm, semalam mimpi big brother telefon.
nampak sangat dah lama kitorang tak berhubung.
dia sibuk, i pun sibuk.
lagipun xtau nak berhubung pasal apa. :(

sambil-sambil xtau benda apa nak taip, berjela dah entri ni.
better stop now.
nanti cerita cerita lagi.. :)

jumpa lagi kamu-kamu!!

inilah diriku : Nadia.Yusof

Tanpa Tajuk III

salam..

Senyum,
Kalau semua senyum, dunia tiada penyakit.
Perokok senyum, tetap kena penyakit.

Bila nak kata TAK NAK?

~dya.kamil~

Baby Lagi....

salam..

tetiba rasa macam makcik2 sebab umur dah 25.
tapi sepupu-sepupu kecik-kecik lagi.
nanti diorang besar sket, mesti diorang malu dgn i.
pastu dah xleh rock2 poyo2 macam sepupu2 yang hampir sebaya.

eh, sebenarnya nak introduce babies baru.
merangkap sepupu juga!
sama lah mcm Arysha and Hayfa.
tapi depa berdua sayang lebih sket, eh... hehehe.


akhirnya...........
ada gak sedara mara nama Aisha Humaira. hehe.
tapi ada adik sedara yang pelat panggil Ca-Umaiya.
hahha.. comel tul Ca-Umaiya.
lahir end of Oct ari tu.
ini sepupu belah abah.. the only daughter in her family.
15 tahun depa sekeluarga tunggu nak dapat baby girl.
Alhamdulillah, termakbul doa mereka & kami.


ni ada sorang lagi baby..
ni anak Ayah Su.. adik perempuan Anis Afrina.
nama dia Anis Qalesya Adriana.
ni lahir awal sket.. awal bulan Oct kut..
tak sure.. sbb xda sape inform masa dia lahir.
tau2 dia dah lahir dah.. hehe.
budak ni baik.. tak banyak ragam.
tak macam kak Anis Afrina yang asyik berkepit dgn Abah n Ibu je.
Cha budak baik kan!

walaupun dah ada baby lain lam family,
tetap sayang to the MAX to this two girls.


Hayfa

dan paling sayang...


anak bujangku.. eh, anak daraku... Arysha.

dah rindu dgn Arysha & Hayfa ni..
cepatlah December habis.

p/s : bertambah lagi duit raya taun depan.. huhu.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Lagi-lagi dari Ijan

salam..

dah hampir lupa dah tag ni..
dah berkurun dapat dari Ijan.
habis dah kena tag time sibuk, mmg x buat la.
dah habis sibuk pulak, dah lupa.. hehe.
ampun buk Ijan..

see see, i tetap ingat ok.
cuma lewat sket jer.. :)

Write 5 interesting facts about the person who give u this award.
  • kenal dari umur 19 tahun..
  • my sweet keping BFF
  • nak bertunang dah bulan 1 ni.. eh, masih rahsiakah? sorry! hihi
  • pelajar master kat UTP.. rajin budak ni belajar.. :)
  • degil yang amat... kalau orang bagi nasihat jarang sekali nak dgr.

2. Write down 10 interesting facts about yourself & your hobby.

Uih, nak kena reveal sampai 10 ke??? banyak tu.
erm, do it differently, saya letak tweet dari @ScorpioSeason dalam twitter
yang almost kena dgn diri saya..
  • Really don’t give up, if you happen to be what she wants, she will get you.
  • She is loyal & will not tolerate any cheating, it will be over quickly.
  • Will remember every kindness & give you back double. It works both ways.
  • A Scorpio women will be possessive but won't want to be possessed
  • Certain things about the Scorpio woman are off limits. It'll get u nowhere to probe. That's the way it is. Take it or leave it.
  • Scorpios are suspicious, even when there's no basis for suspicion. So u can imagine what'll happen if she finds a clue to infidelity
  • There are great amounts of perseverance & determination buried in the nature of a Scorpio woman
  • Scorpio women are incredibly loyal to those she finds strong & deserving, but the weak ones won't even get a glance
  • For a Scorpio, love & life must be complete & full of meaning or it is simply not worth living
  • Scorpios are sensitive & emotional but their rock hard exterior hides this very well
get the idea of myself?? hehe.

sekarang masa utk tag!!

mengikut arahan to tag 10 people.

Acik
Epal
Stickynote
Tun
Siha
Amie
Melin
Ajie
Followers..

selamat mengetag!

inilah diriku : Nadia.Yusof

My Hubby???

Senja Jumaat di sebuah kedai makan. Sembang-sembang dgn rakan sekerja.
Shazri, Hafiz & David sembang pasal enjin. Jadi I sembang dgn Nurul. Tak ngam nak masuk topik enjin.

Nurul : Balik pukul berapa esok?
Nadia : Sesudah bangun.
Nurul : Tak masuk ofislah?
Nadia : (geleng kepala sambil pandang Nurul) Malasnya nak drive balik Kelantan esok!!
David : Eh, your hubby?
Nadia : (pandang Nurul sambil terpinga-pinga)
Nurul : (pandang Nadia sambil membulatkan mata yg sepet)
Nadia : (pandang David) My hubby?? Erm,outstation.
David : Owh...
Nurul : (gelak)
Nadia : (buat tak tau tukar topik)

Whatthe???? Wey dah dekat setahun aku kerja ngan kau, boleh xtau aku dah kahwin belum.. Dah tu confident mcm kat dahi ni ada cop tok kadi?? Kalau ada laki kat umah,xda ler aku nak balik kerja sampai 9 malam oiii.

Mmg lawak antarabangsa la mamat tu sorang. Out of nowhere tanya camtu. Rasanya satu pejabat tau status aku. Yang mamat tu sorang baru keluar hutan ke apa??

Nasib baik dia dah tak sambung tanya. Lau tak lagi panjang cerita aku reka..hhaha. Tapi dah niat dah, lau dia tanya outstation mana nak jawab "Tak tau la David. I pun xtau kat mana hubby i. Rasa mcm xda hubby lagi."

p/s : lenkali jangan main nyampuk orang bersembang.

dya.kamil~

Tanpa Tajuk II

salam..

Azalinya, kerja untuk hidup.
Realitinya, hidup untuk kerja.
Fitrah hidup perlu diubah.


~dya.kamil~

Rindu

Aku merindui dia dari kenangan silam.
Yang tak mungkin berulang kembali.

Ya ALLAH,hilangkan semua ini yang menyukarkan lena malamku.

Freedom For Us...

salam

yeay!!!
30th November 2010 is gone.
finally 2 years is over!
and our bond with company terminated..
tak yah bayar dah kalau nak cha alif but.


WE ARE FREE NOW!!!

except for Amira, JJ and Ammar..
sebab company bayar bond depa dengan scholar depa dulu.
jadi extra 2 years.

masa nak sign contract tu rasa lamanya 2 tahun.
kalau jadi apa2 in between tu haru nak membayar balik.
tapi as time goes by, xdalah lama sangat 2 tahun tu.
banyak lagi benda tak habis belajar.

officially jugak.. dah 2 tahun 26 of us in our post.
ada yang dah bertukar department,
bertukar kawasan,
bertukar struktur badan
dan sebagainya.
eh, bertukar status pun dah ramai.
next year lagiiiiiii ramai akan tukar.

2 months before bond habis dah ada a few yg hantar notis 3 bulan.
makin lama makin bertambah bilangannya.
tengoklah 30th November 2011 nanti berapa ramai yang tinggal.

me?
typical answer
"see lah how my boss treat me"
hahaha...
of course la.
tapi so far............everything is good.

on our graduation.
semua senyum lebar dgn post yang dapat.
tapi after 2 years, 1 of us from the picture nak beralih angin.
lagipun better offer with better job satisfaction.
i totally agree with him to make the move!

walaupun dah x berteduh di bumbung yang sama.
kami tetap MT5 kan!!

p/s : tapi bond saya dgn JPA belum terminate.. camno? huhu.

inilah diriku : Nadia.Yusof

banyak betul tanya

salam..

dah lama xkena tag.. eh ada 1 tag dari Ijan belum buat. muahaha..
sorry Jan will do it later.

instruction : once you are tagged, answer all the questions honestly


Person who tagged : cik epalejau
Starting time : 6.55 pm on Sunday (05 Dec, 2010)


Name : nadia.yusof
Full name : Nurulnadia Yusof
Sibling(s) : Half dozen saja.. hehe. 6 lol.

Eye colour : Dark Brown
Shoe size : Kadang 6, kadang 7
Hair : Black
Height : 165cm

What are you wearing right now : T-Shirt Liverpool (awww) with seluar tidur.
Where do you live : Rumah sewa di Kuantan
Favourite number : 11
Favourite drink : teh o ais sodaapppp!
Favourite month : i love November!!!tak tanya sebab apa kan? xyah jawab. muahah.
Favourite breakfast : nasi berlauk (masakan kelantan)


-Have you ever-


Broken a bone : tak pernah kut..
Been in a police car : erk... seram oh. mesti lah tak pernah.dan tak nak melaluinya.. nauzubillah.
Fallen for a guy/girl in a short period of time : hurm, never. i'll not let myself to fall either.
Swam in the ocean : swam xpernah la.. tapi terapung dan ditarik oleh kawan ye la.. masa pi snorkeling.. hihi. i xtau swim la..
Fallen asleep in school : tipulah tak!!! esp masa kat SMACH.
Broken someone's heart : i think so.. if by saying NO broke his / her heart.
Cried when someone died : tak ingat.. mcm pernah.
Sat by the phone all night waiting for someone to call : hurm, univ time yes! skrg, takde dah.
Saved e-mails : yup... most of emails. except notification FB, FS & Twitter
Been cheated on : yup. and it hurts.


-What-


Your room look like : my privacy area.. it look supernice bila i rajin, and supermess bila i malas.
What is right beside you : iPhone, wallet and file 6 Sigma where i suppose to complete my proposal.. nan ado, ku main laptop.
What is the last thing you ate : puding karamel, home-made by me... :)


-Ever Had-


Chicken pox : dah rasanya, masa sek ren.
Sore throat : selalu. this time pun sedang. (samalah jawapan kita epal)
Stitches : Tak pernah... masa operate pun dia tampal plaster je.


-Do You-


Believe in love at first sight : Nope. Time to know each other is important for me.
Like picnics? : Yohoooo.... of course!


-Who-


Who did you last yell at? : Dah lupa.. mcm dah lama jugak tak yell ni. hihi.
Who was the last person you danced with? : i danced. Alone. In my room (Awww, malu)
Who last made you smile? : Senyum sorang-sorang masa bertweet dgn Ijan, Siha & Azah semalam.


-Final Questions-


What are you listening to right now? : How Can I Not Love You - Joy Enriquez
What did you do today? : masak puding karamel, download lagu, shopping online & type entri ini.
Are you the oldest? : In my siblings, Yes.
Indoors or outdoors? : 75% Indoors, 25% Outdoors


-Last person who-


You talked to on the phone ? : Bonda.. cerita pasal my sis yg berhenti kerja after 3 days. haha.
Made you cry? : Dah lupa bila last menangis...
Who cheered you up ? : my family, my sayangs & all of u!


-Have you-


Been to Mexico ? : Nope.
Been to USA ? : Never.


-Random-


Have a crush on someone? : Crush tu tak lah.. tapi this 1 guy caught my attention.
What books are you reading right now? : Still waiting for my trilogi "Aku Terima Nikahnya" by Ustaz Hasrezal to reach my door. Beli online last week.
Best feeling in the world? : when i have everyone important in life around me..feel safe and secure.
Future kids name? : most important, girl must have "Dania" and boy must have "Danial" (both utk terbalik dari Nadia) .. the rest up to my future husband.

Do you sleep with a stuffed animal? : never ever!

What's under your bed? : narita stand by utk visitor.
Favourite sport (s) : i am not into sports, but currently into wall-climbing (is that a sport?)
Favourite place : on my bed, with iPhone or laptop.
Who do you really hate? : who???? susah tu..skip.hehe.
Do you have a job? : yeah!


What time is it now?: 7.30 pm on Sunday (05 Dec, 2010).


p/s : with however long it took you to complete this, post as " banyak tanya betul!" and tag 15 people.


ramainya nak tag sampai 15..!

Ijan
Acik
Stickynote
Tun
Yan
Siha
Amie
Ajie
Sya
Linda
Melin

owh, tak mampu nak tag lagi dah.

sekian..wassalam.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Belated, But The Thought That Count

salam..

million thanx to all my darlings!

walaupun dah belated, tetap ada celebration.
awwww, surprise owh.

First was with my sayangs di TGIF, IOI Mall Puchong.
on 22nd to 26th Nov ada training di Puchong.
sebab tak driving and stay rumah Aiman,
so kenalah mengikut dia pergi n balik ofis.
on Monday tu, Aiman ajak makan di IOI Mall
with Amira n hubby.
sampai sana ada Burn & Aus too..

after makan, crew TGIF datang meja ktorang
sambil buat havoc,bawa 1 slice kek.
i dah malu owh!!
mamat waiter tu dahlah cakap english accent apa ntah.
susah nak tangkap.
macam ayam dgn itik dah.
nasib baik lah xramai sgt orang dalam TGIF tu.

kek tu manis sangat.. kitorang berenam makan tak abes pun.

i dah kena paksa berdiri atas kerusi dah.
pastu paksa-paksa nyanyi.
aduh, lemah tul.
selagi tak nyanyi selagi tu diorang xnak lepas.
dah tu, semua lirik lagu xlekat di kepala.
pandang Aiman, pandang Amira..
terus ingat lirik lagu
"That's What Friends Are For"
nyanyi chorus sebaris dua, setel. *malu*
then kena bagi ucapan pulak.. *tambah malu*
pastu diorang duk wat sorakan pebenda ntah..
ala-ala African tu.. sayangs tumpang sorak sekali.

"keep smiling.. keep shining.
knowing u can always count on me.. for sure.
that's what friends are for."

En Manager TGIF pun join nyanyi sekali.

there my sayangs...
Aiman, Amira & Abu (ini Amira's sayang..not mine)
Aus & Burn..

Second was at Kuantan office.
duk asyik masyuk buat kerja.. tiba-tiba ada orang nyanyi lagu birthday.
OMG, malu lagi sekali... rasa macam kanak2.. waaa.

see, meja sepah-sepah sebab sdg sibuk.

BlackForest cake from Secret Recipe.
from Parts Dept.

depa ni lah yang duk nyanyi2.
mastermind surprise cake ni ialah Kak Siti, the lady in green.
awww... sweet lah Kak Siti.

eh, alang-alang dah berparty.
mari kita bergambar 1 department.
my office bilik belah kanan tu. :)

look forward for last celebration with another darling di kampung.
cant wait dear.. (",)

terima kasih kalian!!!!
and for all the wishes too..
semoga semua yang anda doakan jadi kenyataan.
AMIN.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Red on Raya

salam..

awww, saya sangat sadiskan..
suka tulis benda-benda yang dah lama berlalu.

apa harus buat.
tak selalu saya ada masa lapang.
maka bila ada masa lapang, saya akan bercerita sepuas hati saya.
walaupun cerita itu cerita lama.
saya harap kamu redha dgn blog yang tidak seberapa ini.
:)

syukur saya dapat beraya di kampung.
walaupun sekadar raya haji, tetap raya okeyh!
seminggu saya di kampung.. tak ambil cuti pun.
Ahad traveling day.
Isnin-Selasa bertungkus lumus siapkan Reconciliation utk KB.
balik lewat around 7pm.
(itupun abah dah call tanya nape pukul 7 lum sampai rumah)
Rabu-Khamis raya (2 hari ye di Kelantan)
Jumaat traveling day balik Kuantan.
tapi tak balik on Jumaat lah.
sambung weekend. Ahad baru balik Kuantan.
itupun sebab nak kena catch up flight from Kuantan to KL for training at HQ.
kalau tak, sepatutnya saya masih di Kelantan for another 1 weekk.

malam raya tak rasa macam raya pun.
tak prepare anything.
pagi tu masa bangun tidur kepala dah denyut2.
demam lagi.. :(
tapi raya tetap kena raya.
after solat raya, pi rumah atuk belah abah.
meriah giler!!!!
tahun ni my brother, Paa yang study kat UniKL tak balik.
ada exam on Friday.
so, kita call and jerit2 ramai kasi dia sayu. hehe.
kesian? ala apa ada hal.. been there done that ok!

Alhamdulillah, ada rezeki lebih sket tahun ni.
so kita buat korban.
in my family, i sorang je buat.
tapi i tukang bayar je.. hehe.
tukang urus ialah abah.
tukang divide and bagi pada orang yang sepatutnya ialah umi.
kata demam.. tengah hari after lunch balik tidur lah.


orang tua kata, lembu akan kejar kalau nampak warna merah.
tapi sebenarnya, lembu buta warna lah!
see, bukan dia kisah pun walau tudung ku menyala mak merah gitu.
(tapi sebenarnya ku cuak gila nak masuk dekat.. haha)

tiap-tiap tahun ini aktiviti wajib kami.
berposing sementara menunggu nak sembelih lembu.


Zaid, my cousin dapat 5A masa UPSR.
makanya dia sorang dapat ang pow from me masa raya ni.
congrates Zaid!

asal boleh je kat mana nak pose.
ini port lepak orang-orang tua main dam haji.
(erk, banner tu sangat menarik perhatian kan)


petang after solat Asar, kita pergi kampung halaman atuk belah umi.
kiranya balik kampung umi lah.
raya puasa hari tu xsempat pergi.
melawat adik-beradik atuk and sepupu sepapat umi.
my parents memang jaga hubungan kitorang dgn saudara mara.
tiap kali raya ada majlis memang kena pergi.
dulu masa kecik2, siap kena paksa.
ni dah besar ni, depa dah tak paksa lah.
tapi kita dah boleh fikir sendiri kut.
lagipun dah jadi habit, kalau xpergi, ktorang pulak yang bising2. :)

kat belakang rumah adik-beradik atuk tu, ada bendang.
besar jugak bendang yang belongs to them.
sebab cuaca redup cantik, kitorang redah semak samun sket pi bendang tu.
photoshoot.. hahah.

malu ah nak tunjuk gambar.
sebab model sgt amatur.
nah ameklah sekeping yang tak nampak ditimpa perasaan.
hahahha.


sebab bendang sekeliling rumah sendiri tak sebest bendang kat kampung umi ni,
maka terjadilah aksi2 sebegini.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Bila Kawan Baik Dah Berteman..

salam..

korang mesti ada kawan baik kan?
tak kisahlah sama jantina atau berlawanan jantina.
seronokkan ada kawan baik.
biasanya kawan baik ni orang yg sama wavelength dgn kita.
maksudnya sekepala lah.
time bengong tu sesama bengong.
time serius pun sesama serius.


dah lama berkawan baik, tiba-tiba diorang nak berkomitmen.
maksudnya nak kahwin dgn pilihan masing2.
sebagai kawan baik, mestilah kita tumpang seronokkan.
wah, tak sabar nak tengok kawan baik naik pelamin.
tengok dia bahagia, kita pun tumpang bahagia.
berdoa semoga perkahwinannya kekal ke akhir hayat.
dan persahabatan kita dgn dia pun kekal ke akhir hayat.

bertuah kalau pasangannya tu ngam dgn kita.
kalau pun x ngam, dapat terima kita sbg sahabat baik wife / hubby dia pun dah cukup baik.
kita pun faham-fahamlah, orang tu dah kahwin / nak kahwin.
xmau lah selalu sgt cari dia ajak ke sana sini macam orang takda komitmen lagi.

kalau kena wife / hubby BFF kita tu xsuka dia rapat dgn kita,
terpaksalah kita jauhkan diri sket.
sekadar tanya khabar dari jauh sajalah.
hai hai bye bye.
yang penting, BFF kita gembira dan bahagia dgn jalan pilihannya.

lain ceritanya bila..

wife / hubby BFF kita tu tak kisah pun dia rapat dgn kita.
siap join lagi if nak beraktiviti sama-sama.
seronoklah kita.
pendek cerita, masih boleh kawan macam dululah.
tapi BFF kita ni pulak mcm sengaja jauhkan diri.
mcm dah xnak kawan dengan kita.
time susah sibuklah cari.
time senang langsung xnampak bayang.
yalah, orang dah bahagia.
dah ada 'BFF baru'.


mcm tu, tak payahlah nak datang cari kita sampai bila-bila dah.
lupakan je lah janji manis dulu kala tu.

dah memang kau tu jenis pentingkan diri sendiri.
aku pun xkuasa nak layan.

p/s : sedih. kawan baik datang Kuantan, dahlah kecilkan hati saya.
langsung tak nak jumpa tu. :(

inilah diriku : Nadia.Yusof

SMACHIAN9802 Homecoming.. Hoot Hoot

salam...

finally i have time to write a proper entry.
idok ler entri cabuk taip kat phone jer.
tak sabar nak habiskan December.
supaya segala kesibukan yang mengejar skrg ni, akan segera berakhir.
aminkan doa ni ramai-ramai tau..
semoga hidup Nadia akan kembali teratur.
AMINNNNNN...

okeyh, back to title..
yeehaaa..
walaupun cik Labi & cik Tun Teja dah lama update entri ni,
tetap ku mahu selit sepatah dua kata.
juga sekeping dua gambar.

the event was on 20th November 2010.
easy to remember aite?
hahha, it was a great day for me.
walaupun hari itu menggandakan demam yang awalnya ala kadar.
the best thing, ada driver datang fetch and send back home.

kononnya nak bertolak seawal jam 7.30pagi.
nan ado.. huhuhu.
about 8am baru gerak dari Pasir Mas.
reached SMACH about 8.45am.
still early.. lapor diri dulu di balai pengawal dulu.
terus rasa mcm lapor diri ke asrama lepas cuti mcm dulu2.
owh, dejavu.

uncle bercermin mata tu pakcik supir saya.. hehe.

then terus pergi Taman Mesra Alam SMACH.


dah ramai yang sampai. depa sedang breakfast.
sebab ada few friends yg dah lama xjumpa, jadi excited terus salam peluk cium.
muahahha.. lagi2 si Acik.. sbb hari2 jumpa kat blog je.
tapi in reality, dah lama giler xjumpa acik!

dengar taklimat ringkas tentang tentatif.
sempat kau senyum kat kamera ya acik!

lepas breakfast ada photo session.
sebenarnya photo session ni almost the whole day.
pantang ada peluang, bergambar aje.
itu yang jenuh memilih gambar dari FB ni.
dah tu ada 4 photographers kental..
kerja diorang menembak memanjang.
tapiiiiiiiiiiii......
i suka! muahahha.macam x ramai kan.. sebenarnya lagi ramai dari ini..
sbb ada yang dtg lewat sket..

geng posing sampai lebam.

after photo session, boys preparing nak pergi main bola sepak
lawan management sekolah..cikgu2 pun ada gak main sama.
girls pulak sibuk berposing dgn si tecik Ahmad Naseem.
comeyl owh baby!

Ahmad Naseem anak my classmate.. Puan Lily.
beria aunts semua pose macam masuk Ratu Cantik.. oh..


lepas tu baru pi padang sekolah usha kelebaran perut rakan2 seperjuangan
yang sedang bertungkus lumus mendapatkan kemenangan
oppsss..hehe.
tapi xperasan siapa yang menang game tu.
sebab the ladies sibuk bergambar sajo!
gambar gambar gambar..
muntah tgk gambar kat FB depa.kelakar owh tengok mereka yang agak besar ukur lilit perutnya
berlari-lari mengejar bola.
tak kisahlah, yang penting semangat kesukanan depa.. :)

after football game, boys terus balik hostel mandi manda kut.
ladies pusing sekolah, mengimbau kenangan..
"menyusur jalan kenangan, agar mekar di ingatan"
dan bergambar tanpa kesudahan.

kat sinilah kitorang berkumpul tiap2 pagi nyanyi lagu sekolah.
dengar ceramah panjang dan pendek cikgu cikgi.
kena denda bila ada spot check.
sambut malam kemerdekaan..
macam2 lah!!!!

masa zaman kami, tangga kejayaan ni belum wujud.
jadi kami agak jakun dan teruja nak bergambar disini..
muahahah..

dah abes pusing sekolah,
then only kita balik ke Taman Mesra Alam for lunch.
menu memang terbaik.. masakan kampung okeyh!
ada ikan bakar dgn budu dan ulam.. mmg terbaik!
makan pulak dgn cikgu2.. walaupun meja asing2. hehe.

after makan, ada ucapan dari wakil cikgu.
Cikgu Shamsudin merangkap ketua warden masa ktorg belajar dulu.
skrg dah naik jadi PK HEP rasanya.


then, bergambar lagi!!!!
pendek cerita, homecoming tu dipenuhi aktiviti bergambar.

keji oh warna air tu.. hukhuk.
tapi depa kata ikan besar2.. erk, dari manakah sumber makanan ikan2 ni.
sila rujuk rantai makanan darjah 1.

lebih ramai berbanding gambar di atas...


budak2 sekarang mmg suka bergambar melompat seperti di hari konvokesyen.
tapi gambar ni sangat cantik!!!!

lepas bergambar, ladies balik hostel utk solat.
time ni sumer jakun cari Musalla dah xjumpa.
dah tu, banyak yg dah berubah.
nasib baik ada students yang nak exam SPM duk berlegar2 kat situ.
depa yg tunjukkan.. lau x, jenuh nak cari kat mana Musalla.
bertuah juniors.. dah banyak kemudahan yang disediakan.
kami dulu, jgn mimpi nak ada washing machine. basuh pakai tangan naa..
dah tu toilet pun makin cantik.. tv pun dah LCD flat screen.
heaven tul depa.

after solat, back to Taman Mesra Alam,
ada game sket.
i xmain dah.. kepala dah pening2 lalat.
tgk je kawan-kawan main.

main baling sambut belon.

pastu passing rubber band guna straw..

By 4.30pm dah abes game, pastu bagi2 hadiah.
then, me n my colleague terus cabut pi rumah 1 of smachian jugak.
Cik Syazana Sanusi.. dia nikah malam tu.
since tak sempat nak pergi kendurinya the next day,
tu yang decide nak singgah jap..

owh, ada lagi...
inilah my classmate masa form 4 and form 5 yang datang event ni.
ada 2,3 orang yang xmasuk gambar sebab balik awal.
semua dah berjaya.. Alhamdulillah.

all i can say...
it's worth to be there!
walaupun sepatutnya i boleh pilih utk spend my special day
with family and close friends..
but i chose to be at SMACH.
takpe, birthday tiap2 tahun ada.
boleh celebrate anytime walaupun dah belated.
tapi reunion mcm ni, makan masa yang panjang kut utk direalisasikan.
thanx to the organizer!!

MEMORIA AMIGOS SMACHIAN9802

inilah diriku : Nadia.Yusof
Related Posts with Thumbnails