Empty Decorations

salam..



i dont know why.. im stuck into this song!
yup.. to the lyrics & melody.

im not the one who will update my blog with video..
not even interested with vlog..
however, the lyrics just describe what i feel now..

i want to be with people that i know..
that will hold my back when im about to fall
that will smile and believe in all my dreams..
that will do the things i wanna do..
that will always be with me even when im not be me..


inilah diriku : Nadia.Yusof

Dongdaemun & Myeongdong

salam

Khamis.. finally, shopping day!
phew, bangun awal pagi sebab tak sabar nak shopping..
alasan mesti baik..
padahal Isnin tu dah beribu2 won dihabiskan.. haha..

okeyh, misi hari ni ialah Korean Silk & Brooch.
hari yang dinanti-nantikan oleh my mum and aunties.

1st place kita pergi ialah Dongdaemun.
cari Korean Silk..
yang bestnya dgn guest house kitorang stay tu..
subway line utk ke tempat2 heaven shopping ni ialah sama..
maksudnya tak perlu tukar line.. senang sesenangnya confirm tak sesat.


from subway station, jalan kaki je..
ramai sangat orang kat sini.. tempat dah lah sempit..
kat dalam mall tu tak sejuk yeh.. panas..
my mum & aunt yg kaw2 punya shopping, siap bukak coat..


mereka berdua sangatlah tekun memilih kain..
sebab diorang berdua ialah cikgu ya..
so sendiri mau fikirlah kenapa diorang beria memborong.

shoplot kat sini kecik2 aje..
siapa pernah pergi kedai kain di Kota Bharu / Rantau Panjang?
hah, cenggitu la kaedahnya..

ada jugak kedai yang letak sample saja..
so bila kita dah berkenan, nanti dia call orang di gudang utk potong..
then, ada orang hantarkan dari gudang..
it took about 1 hour utk dapat kain kita tu..
kain tu byk jenis kain utk buat t-shirt & cotton..
so tak sesuai utk buat baju kurung..

dalam ni, my aunt nak cari kain yang kawannya kirim..
dia ajak i temankan dia.. maka berjalanlah kami.
dalam pada berhati-hati takut sesat tu, kami telah sesat.
waaaa, xjumpa jalan ke tempat my mum and another aunt beli kain..
nasib baik my cousin & brother datang cari.. lau tak ada yg meraung di situ.
dah jmpa my cousin & brother, nak cari kedai tempat kita tempah potong kain lak.
aduih, jenuh memusing tak jmpa.. nasib baik jumpa jugak akhirnya.


kat sini my mum beli almost 10 pasang..
itupun sebab tak banyak choice.. corak pun tak cantik sangat..
mula-mula beli 3,4 pasang je.. tapi sementara tggu kitorang yang sesat tu
diorang belek-belek kain yang dibeli.. terus naik lagi beli few pasang lagi.
aduih, my mum memang tak boleh ditinggalkan di tempat2 mcm ni.

i sempat rembat 2 pasang kain..
hehe.. beli plain Korean Silk pastu bajet nak save buat tunang..
sekali my mum pergi lagi sekali tempat tu on Saturday and beli byk2..
pastu mum cakap, kain tu nak buat baju raya family..
waaaaa... habis angan2 i.

hah, plain Korean Silk tu my mum tak beli masa 1st time kita pergi.
dia tak notice pun i beli kain tu..
dah balik rumah, i show off kat dia, terus ngajak my cousin pergi lagi..
nasib baik my aunt pun nak beli jugak..
so my cousin layankan diorang bawak pergi lagi on Saturday
before flew back to Malaysia.

after Dongdaemun, kita terus ke Namdaemun lagi..
nak beli brooch pulak..
kali ni memang terus masuk bangunan jual brooch tu..
my cousin terus bawak pergi tempat makcik yg dia biasa beli banyak2 tu..
fuh, memang rambang mata uollsss..

my mum memborong sampai habis KRW 600,000
my aunt pulak KRW 350,000
ya, mereka guru.. so sendiri mau ingat..
my mum beli memang stok gabak2 besar punya..
erm, not my taste..naseb baik dia ikut.
lau dia kirim je i beli.. heheh.. ciput2 kecik je la dia dapat.

i beli banyak jugak.. :)
sempat beli 1 set necklace, bracelet & ring..
brooch for myself pun banyak jugak i beli..
pattern sangat modern & kena dgn jiwa..
lagipun stone kat sana shining lebih.. compared to Malaysia.
sangat cantik.. and tak mudah tertanggal..

berjam jugak dalam ni.. habis je turn my aunt,
terus diorang balik sbb nak attend my cousin's konvo dinner di univ.
tinggal kami saja.. tiada masalah sebab dah terer naik subway.. hehe.
sempat sambung beli souvenir & blouse lagi di sini..

my youngest sister sangat lucky!
dia dapat necklace with pendant & brooch di kedai brooch..
and few keychain di kedai souvenir..
sebab dia sangat ipoi (cantik / comel)
semua makcik2 suka.. naik subway pun makcik2 suka pegang dia.. haha

dah habes shopping, terus balik..
lepak rumah dan tengok checklist barang2 yang nak dibeli..
malam tu tidur awal sebab Jumaat mesti bangun awal for my cousin's konvo.

on Friday, lepas konvo pergi Namdaemun lagi..
kali ni sempat beli few t-shirt Korea.
pergi ni sebab my uncle and aunt lum abes shop..
Khamis tu kan rush nak pergi dinner..
owh, i sempat usha nak beli winter coat..
semuanya jenis leather...which cost me KRW 1 million..
tidak ler ku nak beli...

balik dari Namdaemun, i forced my cousin bawak pergi Myeongdong..
nak beli handbag!!!
my mum and my aunt pun ikut sekali..
heh, diorang pun kaki shopping handbag ye..
yang lain balik dgn my dad terus ke rumah..


Myeongdong sangat cool.. mcm Bukit Bintang.



masuk Vivianni dan sempat rembat sebiji handbag..


budak ni dah menyangap bosan tggu orang pilih handbag.
kali ni sempat rembat sebiji lagi.. hehe.
nampak ada chop made in Korea baru ku beli
kalau xda chop tu, tidak ler ku nak beli..
baik ku beli tepi jalan di Malaysia saja.


sempat singgah Dunkin Donuts utk alas perut..
my mum tak makan pun.. dia xgemar.



budak tu sangat excited dapat pergi SPAO beli barang2 SUJU.
apa yang dibeli tak pulak ku pasti... baju kut.
poster, calendar segala dia dah beli di Namdaemun.
SPAO tu kira kedai yang jual barang2 SUJU yang original..
i xpergi pun.. dia pergi sorang sementara weollss yang lain cari handbag.

tak puas nak shopping!!!
i bawak balik banyak lagi won sebab tak jumpa handbag yang diingini..
ceh, nampak sangat nak spend duit utk handbag..
xjmpa handbag tu, nak shop baju dah xsempat..
terpaksalah bawak balik.. simpan utk pergi next time. hehe.

tamat shopping di Myeongdong maka tamatlah sesi shopping for me.
for mum & aunt, masih bersambung di Dongdaemun hari sabtu tu.
beg dah sendat.. takleh shop lagi dah..

almost finish with Seoul entry.. tinggal konvo saja..
yang tu tengoklah kalau rajin nak upload gambar.. hehe.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Odeng & Sungkyunkwan

salam

hari Rabu tu, kita balik dari Itaewon agak awal..
around 7pm dah sampai rumah.
kat sana, almost everyday kita akan makan strawberry & kacang.
strawberry sangat merah, manis & segar..
kacang tanah lak memang besar & gebu..
ada jual di kaki lima kedai..
strawberry ialah sangat murah dan puas hati..
itu kira alas perut sementara tunggu nak dinner..

selalu jugak kita tapau Odeng..
taip ni pun dah kecur liur terbayang Odeng.. ohemjie.. teringin seyh.
Odeng ni mcm fish cake.. tapi lagi nipis..
makan dgn kuah rasa macam steamboat.
ini aje Korean food yg kita confident & mampu nak makan..
hahaha... berangan la nak masuk makan di Korea restaurant.
mahal gilers... so syukurlah bawa ibu-ibu yang pandai memasak.
haahahah..

malam tu lepas dinner kita keluar makan Odeng di kedai.
kedai tu di kaki lima je..
tiap2 hari lalu lalang depan ni tgk orang makan..
ni kita sendiri nak feel makan di kedai tu..



per stick, 500 won sahaja.. convert kira-kira RM 1.60
kalau kat Malaysia, kemain mahal la tu.. hehe.
nak makan, amek je dari dalam tempat rebusan tu..
nnt masa nak bayar dia kira bilangan stick..
ku tak gemar sgt makan camni.. lagi suka makan dgn kuah dia tu.
itu kalau tapau leh la makan gaya gitu.



yang my sis makan tu ada nama dia, dah lupa apa kenamanya..
dibuat dari ikan jugak.. tapi pedas sket..


ini kedai paling murah.. ada gak yg jual 600 won per stick.
pakcikku sangat gigih makan Odeng.. itu ajelah dia buat kat sana..
habes tu kita jalan-jalan semua tak ikut sebab sakit kaki.
makan Odeng ajelah dia boleh ikut, sebab depan our guest house je.


ini penggemar tegar mcm pakcik mereka..
hari-hari makan Odeng..



Ayah Nuh yang jacket putih tu langsung xmakan..
dia jaga-jaga sebab takut sakit perut..
tapau pun dia xmakan jugak..
jenuh kita goda, mmg xmakan sampai sudah..
tapi bila balik Malaysia itu yg dia sebut2.. haha.


hirup sup Odeng.. haha.. sukati kasi nama sup.


OMG, sedapnya... craving now.


kedainya tepi jalan macam ni je.. sambil lalu leh singgah makan


ada tempat duduk gak kat dalam, tapi x feel la nak lepak2 duduk ni.
hehehe..
hah, budak tu mmg tak tau malu, aci masuk redah kedai orang cari air.


depan kedai Odeng tu ada seafood restaurant..
udang besar2 hokeyh.. terliur.

dah habes makan Odeng, kita jalan2 di kawasan tu..
masuk pusat karaoke..
tapi cancel sbb mahal..
my cousin kata kat area univ dia murah..
jenuh la gigih nak gi sampai Korea univ nak karaoke.. haha.
lagipun lagu English tak banyak pun.. lagu Korea je.
reti pulak nak menyanyi Korea.

maka sambunglah kita jalan2 & posing2 lagi..
agak bosan sbb mcm xtau nak buat apa dah..


dah gaya buat album..

dah kata bosan, kita patah balik ke guest house..
tapi nampak Sungkyunkwan University,
hehe.. bila lagi nak masuk.. teruskan aje.

my sis cakap ada Korean series shoot di sini..
apa kenama ntah.. Sungkyunkwan Couple ke hape ntah.



xmasuk jauh pun.. sejuk oii...
lagipun mcm xda apa yg menarik..
mcm universiti di Malaysia aje..



pintu masuk Sungkyunkwan University.

oh ya, ini bukan government univ tau..
Korea Univ pun bukan government punya.. semua swasta..
government univ ada 1 je di Seoul ni.. Dongguk Univ kalau xsilap.
kat situlah semua foreign student akan belajar bahasa Hangguk..
dah lulus kat sini baru diorang akan di hantar ke univ-univ
di sekitar Korea untuk buat diploma & degree..

thanks for the info cuzzie!

alamak, craving for Odeng.. kena pi cari steamboat secepat mungkin.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Itaewon - Islam di Seoul

salam

dari Gyeongbokgung, amek subway terus ke Itaewon..
kena ada tukar line rasanya..
dah lama kut, lupa.. idok ler teman tulis nota.

sampai sini dalam pukul 4 kut.. 4pm Korea time.

my sister minum Yakult..
itu je yg kita konfiden nak beli..
energy bar kat sini pun kita berani beli snickers & Kit Kat je.
yang lain xberani nak amek risiko..
itupun gigih kemain tilik satu persatu description.
kalau di Malaysia, asal nampak Halal sumer bedal saja..
padahal bukan semua halal yang betul2 halal kut..
reti pulak berhati-hati kat negara orang.. *insaf*

Itaewon ni kawasan Islam..
ramai muslim kat sini.
kedai makan pun agak meyakinkan..
ada kebab, nasi briyani and etc.
kalau ada nasi kerabu lagi mantop.. hehe.

kat sini ada kedai runcit yang jual barang2 kering & basah yang halal.
produk Malaysia pun ada.. pork memang xda langsung.
sakan my mum and my aunties beli barang2 utk memasak.
nak apa? ayam, ikan, sayur semua ada yeh..
sempat ler kitorang makan ayam Korea.

owh, kita datang Itaewon ni sebab nak datang solat
di satu-satunya masjid di Seoul ni..
dari subway station, nak ke masjid tu kena jalan kaki
naik bukit yang agak.. erm.. tinggi.


gigih menyusuri kaki lima kedai & mendaki bukit.

sampai je di masjid, terus lepak kasi hilang penat..
makan, minum alas perut.. di laman tu.

nak sampai ke masjid je dah mencuram bukit..
nak masuk solat pun banyak tangga nak didaki lagi..
tapi sangat amatlah bangga, melihat sebuah masjid lambang kebesaran Islam
di atas puncak bukit..bila azan bergema..
Subhanallah..


masa lepak-lepak makan & minum tu, ada sekumpulan Korean lepak di tangga tu.
bila nampak my cousin yg pakai jacket Korea Univ,
terus depa datang dekat kami..
rupanya mereka student Law dari Korea Univ sedang buat assignment pasal Islam.
terus kagum.. waaaa... mereka sangat terbuka.

tanya jugak if they can speak English..
diorang cakap "little".. hehe..
xdapat la yg lain nak menolong..
maka gigih la my cousin duk explain dalam bahasa Korea.
lau depa faham English, leh la kita tolong..


our family with the Korean student.
diorang sangat cool..
dalam ramai2 tu, yg ni paling cun..


heh, bukan yang belah kiri.. tapi belah kanan.


tempat solat lelaki..


tempat solat perempuan di bahagian atas.
kena naik tangga.. tinggii... jenuh mendaki.
dah tu kami naik dulu letak barang..
pastu turun balik amek wuduk..
then kena naik balik utk solat..


dengan penuh bangga...




di masjid inilah semua warga muslim di Seoul menunaikan solat Jumaat..
according to my cousin, kalau kelas tak rush before & after solat,
students memang akan datang solat Jumaat di sini..
kalau tak diorang akan solat di Foreigner Room di univ saja..


cuaca sangat amatlah sejuk..
katanya atas bukit.
the whole family candid photo..
depan sekolah islam antarabangsa The Prince.
tempat ni pernah masuk program Langkah Mawi.



done with mission utk solat di Masjid Seoul..
done utk beli barang-barang masak..
done beli roti utk alas perut..
done beli banyak2 strawberry yang lagi murah berbanding di Hyehwa.

maka sudah boleh pulang ke sarang..

inilah diriku : Nadia.Yusof

Gyeongbok Palace

salam..

ya ya ya.. dah dekat 2 bulan..
tetap ku nak update cerita Seoul ni..
hahha..
sorry la uollss.. sbb gambar dah ada lam draf.
ku cecehkan aje la yeh.
ater, xda masa wei... memalam mmg tido awal.
ada masalah mengantuk di ofis lau tido lewat.

hah, ini cerita hari Rabu.. Selasa tu pergi Nami & KBS kan..
keluar agak awal sbb plan nak gi solat jamak Zohor & Asar di Masjid Seoul

1st place kita pegi ialah Gyeongbokgung.
Gung tu maksudnya Palace..
naik subway sampai Gyeongbokgung station..
dah sampai subway station tu nnt ada direction ke arah palace tu..
keluar je dari bawah tanah tu terus sampai ke tempatnya..
very the senang confirm tak sesat..
lau nak sesat pun part salah naik / turun subway je lah.


jenuh gak berjalan lam ni nak sampai.. lam 2km kut.


keluar je dari bawah tanah terus sampai yeh..
ada National Palace Museum of Korea jugak
sampai je di Palace tu, kebetulan diorang sedang buat upacara
pertukaran pengawal istana..
heh, x plan .. tapi rezeki dapat tengok upacara ni.
jadi tunggu apa lagi, marilah menjakun.
kami menjakun sampai kena sound
sebab bergambar dekat sangat dgn perbarisan.. hehe.

nampak pakcik tu pandang semacam? hehe.. nak sound la tu.

ini kat luar palace.. diorang tengah ready nak masuk palace.
oh ya, nak masuk ni kena bayar yer..
adults : KRW 3,000 & children : KRW 1,500
tapi kalau pergi in group more than 10persons..
dapat harga lain..
adults : KRW 2,400 & children : KRW 1,200
lagi satu, Palace ni tutup hari Selasa..


ini dalam kawasan Palace..
diorang dah masuk lam ni.. dah buat kawad ke hape ntah
and ready nak keluar dari pintu depan, then ganti dgn pengawal baru.
kita masuk dari pintu tepi..sbb dari subway station.
kalau dtg dgn bus / taxi, nnt masuk pintu depan.


hah, ini dah masuk pengawal2 baru la ni..
dah berganti..
lama gak upacara ni.. lam 30 - 45 minit.
diorang ada timing pukul berapa diorang buat pertunjukan upacara ni..
tidaklah dapat dipastikan, xda dalam pamphlet.. hehe.
oh ya, nak tengok upacara ni tak perlu beli tiket yeh..
nak masuk pintu dalam gambar di bawah ni yang diorg check tiket.


Palace ni adalah sangat luas.. jenuh nak berjalan..
dahlah sangat historic.. erk, ku bukan orang melawat museum eh..
ni kasi can kat ayahandaku yg sangat menyukai museum..
kalau pi Melaka jenuh nunggu dia melawat museum..


hah tengok bapakku excited merekod setiap inci seni museum ni..
korang minat eh dgn seni2 museum bagai ni?
nah 2 keping gambar lam Halls for State Affairs.


ada banyak halls & rumah kecil.. setiap satu ada fungsi sendiri..
kan dah cakap ku tak minat semua ni, jgn harap ler ku nak explain eh.
ku berjalan menengok kawasan pun dah cukup bagus..
sempat ler tengok few halls..


bebudak ber3 ni lagi teruk..
depa pergi Hall for the State Affairs je..
pastu melangut duduk menunggu je..

tempat anak-anak raja main bola..


jalan-jalan about 1 hour plus je..
pastu dah bosan..
di mata kami corak2 tu semua nampak lebih kurang je..
tak perasan kat mana berbeza..
baik tgk seni ukir2 kat tempat kita.. lagi menarik.

time ni kita semua berpecah, ikut geng..
yang geng ber3 budak melangut di atas 1 geng..
warga emas iaitu my parents, my uncle & my aunt jalan 1 geng
yang lain jalan 1 geng with me..

kita kan jalan kejap je.. so menunggu warga emas di pintu depan.
bila diorang datang, diorang cakap diorang lepak di tasek..
beria-ia umi kata cantek cun melecun..
heh, si kaki poser sangat suka tempat cantik..
laju2 gerak ke kawasan tu..
SERIOUS CANTIK!


ni kawasan rehat keluarga di-Raja..
cold & windy... best giler.
tasek pun beku..
i just love the scenery! suka sangat!


kat area ni jugak ada tempat sewa Hangbok utk bergambar..
tapi jenuh nak menunggu turn.. ramai orang.
kita amek gambar kat papan je lah.


ini aje yang nampak cantik di mataku.. hehe.
tamat sudah jalan-jalan di Gyeongbokgung..
terus laju-laju ke National Palace Museum of Korea..
depan Gyeongbokgung saja..
ahli rombongan lain menanti di sana..



kat sini kita tak jalan2 pun.. tak tengok hape pun..
sebab dah lewat nak rush pi tempat lain pulak.
lagipun mcm xda apa sangat..
ada la pameran barang2 di Raja..
pinggan mangkuk, sudu garfu, kereta & etc..
ayahandaku je yg pusing habis museum tu..

then terus kembali ke subway station.
hah, di laluan bawah tanah tu ada 1 pintu gerbang kecik..
namanya Pullomun..
alkisahnya, siapa lalu bawak pintu tu kononnya takkan tua sampai bila2.
heh, laju2 pilih nak lalu situ..
katanya takkan tua je yeh.. maksudnya sebelum kau tua
kau dah dijemput Ilahi.. gitulah yg ku faham.


berangan muda forever..

dengan itu tamatlah kisah melawat museum ye..
ni satu-satunya museum yang kita pergi.
frust gila tak sempat pergi Folk Museum..
kat sana boleh pakai Hangbok & makan kimchi..
keciwa sampai terpaksa plan nak pergi Seoul lagi..
nape ntah tak sempat pergi Folk Museum.. grrrr..

inilah diriku : Nadia.Yusof
Related Posts with Thumbnails