Gyeongbok Palace

salam..

ya ya ya.. dah dekat 2 bulan..
tetap ku nak update cerita Seoul ni..
hahha..
sorry la uollss.. sbb gambar dah ada lam draf.
ku cecehkan aje la yeh.
ater, xda masa wei... memalam mmg tido awal.
ada masalah mengantuk di ofis lau tido lewat.

hah, ini cerita hari Rabu.. Selasa tu pergi Nami & KBS kan..
keluar agak awal sbb plan nak gi solat jamak Zohor & Asar di Masjid Seoul

1st place kita pegi ialah Gyeongbokgung.
Gung tu maksudnya Palace..
naik subway sampai Gyeongbokgung station..
dah sampai subway station tu nnt ada direction ke arah palace tu..
keluar je dari bawah tanah tu terus sampai ke tempatnya..
very the senang confirm tak sesat..
lau nak sesat pun part salah naik / turun subway je lah.


jenuh gak berjalan lam ni nak sampai.. lam 2km kut.


keluar je dari bawah tanah terus sampai yeh..
ada National Palace Museum of Korea jugak
sampai je di Palace tu, kebetulan diorang sedang buat upacara
pertukaran pengawal istana..
heh, x plan .. tapi rezeki dapat tengok upacara ni.
jadi tunggu apa lagi, marilah menjakun.
kami menjakun sampai kena sound
sebab bergambar dekat sangat dgn perbarisan.. hehe.

nampak pakcik tu pandang semacam? hehe.. nak sound la tu.

ini kat luar palace.. diorang tengah ready nak masuk palace.
oh ya, nak masuk ni kena bayar yer..
adults : KRW 3,000 & children : KRW 1,500
tapi kalau pergi in group more than 10persons..
dapat harga lain..
adults : KRW 2,400 & children : KRW 1,200
lagi satu, Palace ni tutup hari Selasa..


ini dalam kawasan Palace..
diorang dah masuk lam ni.. dah buat kawad ke hape ntah
and ready nak keluar dari pintu depan, then ganti dgn pengawal baru.
kita masuk dari pintu tepi..sbb dari subway station.
kalau dtg dgn bus / taxi, nnt masuk pintu depan.


hah, ini dah masuk pengawal2 baru la ni..
dah berganti..
lama gak upacara ni.. lam 30 - 45 minit.
diorang ada timing pukul berapa diorang buat pertunjukan upacara ni..
tidaklah dapat dipastikan, xda dalam pamphlet.. hehe.
oh ya, nak tengok upacara ni tak perlu beli tiket yeh..
nak masuk pintu dalam gambar di bawah ni yang diorg check tiket.


Palace ni adalah sangat luas.. jenuh nak berjalan..
dahlah sangat historic.. erk, ku bukan orang melawat museum eh..
ni kasi can kat ayahandaku yg sangat menyukai museum..
kalau pi Melaka jenuh nunggu dia melawat museum..


hah tengok bapakku excited merekod setiap inci seni museum ni..
korang minat eh dgn seni2 museum bagai ni?
nah 2 keping gambar lam Halls for State Affairs.


ada banyak halls & rumah kecil.. setiap satu ada fungsi sendiri..
kan dah cakap ku tak minat semua ni, jgn harap ler ku nak explain eh.
ku berjalan menengok kawasan pun dah cukup bagus..
sempat ler tengok few halls..


bebudak ber3 ni lagi teruk..
depa pergi Hall for the State Affairs je..
pastu melangut duduk menunggu je..

tempat anak-anak raja main bola..


jalan-jalan about 1 hour plus je..
pastu dah bosan..
di mata kami corak2 tu semua nampak lebih kurang je..
tak perasan kat mana berbeza..
baik tgk seni ukir2 kat tempat kita.. lagi menarik.

time ni kita semua berpecah, ikut geng..
yang geng ber3 budak melangut di atas 1 geng..
warga emas iaitu my parents, my uncle & my aunt jalan 1 geng
yang lain jalan 1 geng with me..

kita kan jalan kejap je.. so menunggu warga emas di pintu depan.
bila diorang datang, diorang cakap diorang lepak di tasek..
beria-ia umi kata cantek cun melecun..
heh, si kaki poser sangat suka tempat cantik..
laju2 gerak ke kawasan tu..
SERIOUS CANTIK!


ni kawasan rehat keluarga di-Raja..
cold & windy... best giler.
tasek pun beku..
i just love the scenery! suka sangat!


kat area ni jugak ada tempat sewa Hangbok utk bergambar..
tapi jenuh nak menunggu turn.. ramai orang.
kita amek gambar kat papan je lah.


ini aje yang nampak cantik di mataku.. hehe.
tamat sudah jalan-jalan di Gyeongbokgung..
terus laju-laju ke National Palace Museum of Korea..
depan Gyeongbokgung saja..
ahli rombongan lain menanti di sana..



kat sini kita tak jalan2 pun.. tak tengok hape pun..
sebab dah lewat nak rush pi tempat lain pulak.
lagipun mcm xda apa sangat..
ada la pameran barang2 di Raja..
pinggan mangkuk, sudu garfu, kereta & etc..
ayahandaku je yg pusing habis museum tu..

then terus kembali ke subway station.
hah, di laluan bawah tanah tu ada 1 pintu gerbang kecik..
namanya Pullomun..
alkisahnya, siapa lalu bawak pintu tu kononnya takkan tua sampai bila2.
heh, laju2 pilih nak lalu situ..
katanya takkan tua je yeh.. maksudnya sebelum kau tua
kau dah dijemput Ilahi.. gitulah yg ku faham.


berangan muda forever..

dengan itu tamatlah kisah melawat museum ye..
ni satu-satunya museum yang kita pergi.
frust gila tak sempat pergi Folk Museum..
kat sana boleh pakai Hangbok & makan kimchi..
keciwa sampai terpaksa plan nak pergi Seoul lagi..
nape ntah tak sempat pergi Folk Museum.. grrrr..

inilah diriku : Nadia.Yusof

No comments:

Related Posts with Thumbnails