Itaewon - Islam di Seoul

salam

dari Gyeongbokgung, amek subway terus ke Itaewon..
kena ada tukar line rasanya..
dah lama kut, lupa.. idok ler teman tulis nota.

sampai sini dalam pukul 4 kut.. 4pm Korea time.

my sister minum Yakult..
itu je yg kita konfiden nak beli..
energy bar kat sini pun kita berani beli snickers & Kit Kat je.
yang lain xberani nak amek risiko..
itupun gigih kemain tilik satu persatu description.
kalau di Malaysia, asal nampak Halal sumer bedal saja..
padahal bukan semua halal yang betul2 halal kut..
reti pulak berhati-hati kat negara orang.. *insaf*

Itaewon ni kawasan Islam..
ramai muslim kat sini.
kedai makan pun agak meyakinkan..
ada kebab, nasi briyani and etc.
kalau ada nasi kerabu lagi mantop.. hehe.

kat sini ada kedai runcit yang jual barang2 kering & basah yang halal.
produk Malaysia pun ada.. pork memang xda langsung.
sakan my mum and my aunties beli barang2 utk memasak.
nak apa? ayam, ikan, sayur semua ada yeh..
sempat ler kitorang makan ayam Korea.

owh, kita datang Itaewon ni sebab nak datang solat
di satu-satunya masjid di Seoul ni..
dari subway station, nak ke masjid tu kena jalan kaki
naik bukit yang agak.. erm.. tinggi.


gigih menyusuri kaki lima kedai & mendaki bukit.

sampai je di masjid, terus lepak kasi hilang penat..
makan, minum alas perut.. di laman tu.

nak sampai ke masjid je dah mencuram bukit..
nak masuk solat pun banyak tangga nak didaki lagi..
tapi sangat amatlah bangga, melihat sebuah masjid lambang kebesaran Islam
di atas puncak bukit..bila azan bergema..
Subhanallah..


masa lepak-lepak makan & minum tu, ada sekumpulan Korean lepak di tangga tu.
bila nampak my cousin yg pakai jacket Korea Univ,
terus depa datang dekat kami..
rupanya mereka student Law dari Korea Univ sedang buat assignment pasal Islam.
terus kagum.. waaaa... mereka sangat terbuka.

tanya jugak if they can speak English..
diorang cakap "little".. hehe..
xdapat la yg lain nak menolong..
maka gigih la my cousin duk explain dalam bahasa Korea.
lau depa faham English, leh la kita tolong..


our family with the Korean student.
diorang sangat cool..
dalam ramai2 tu, yg ni paling cun..


heh, bukan yang belah kiri.. tapi belah kanan.


tempat solat lelaki..


tempat solat perempuan di bahagian atas.
kena naik tangga.. tinggii... jenuh mendaki.
dah tu kami naik dulu letak barang..
pastu turun balik amek wuduk..
then kena naik balik utk solat..


dengan penuh bangga...




di masjid inilah semua warga muslim di Seoul menunaikan solat Jumaat..
according to my cousin, kalau kelas tak rush before & after solat,
students memang akan datang solat Jumaat di sini..
kalau tak diorang akan solat di Foreigner Room di univ saja..


cuaca sangat amatlah sejuk..
katanya atas bukit.
the whole family candid photo..
depan sekolah islam antarabangsa The Prince.
tempat ni pernah masuk program Langkah Mawi.



done with mission utk solat di Masjid Seoul..
done utk beli barang-barang masak..
done beli roti utk alas perut..
done beli banyak2 strawberry yang lagi murah berbanding di Hyehwa.

maka sudah boleh pulang ke sarang..

inilah diriku : Nadia.Yusof

3 comments:

stickynote said...

setuju ngn nad.kat malaysia ni asal halal belasah ja..yakin jer even halal tu maybe pelekat aja pon..lom tentu sahehnya..

epalejau said...

besnya. dah la satu-satunya masjid kat situuu..santek pulak tu. dapat bergambar pun da bangga, apatah lagi menunaikan solat kat situu..

nad, sempat kenyit-kenyit mata tak kat mamat korea yang buat research tuuuu?

nadia.yusof said...

SN : kan... kita kat Malaysia ni mewah semacam dgn logo halal tu.. pergi negara bukan Islam, barulah menggagau pandai nak menilai..

epal : kitorang sempat solat jamak zohor & asar di situ. Alhamdulillah, rezeki kami dapat bersolat di masjid bukan negara Islam.. tak rela nak kenyit mata.. budak sangat.. lagipun tak hensem.. hehehe

Related Posts with Thumbnails