KBS : Mencari Super Junior

salam.. ya saya tau.. ramai yang menanti entry ini. finally.. marilah kita baca samada kami berjaya jumpa Super Junior. balik dari Nami Island.. kononnya nak hantar saja ahli rombongan ke Hyehwa subway station.. diorang dah tau jalan pulang ke guest house.. tapi sebab kita sampai ke Hyehwa tu awal lagi.. around 6.00 ++, we decided utk balik rehat, makan & solat dulu.. after Maghrib, kita gerak keluar dari rumah menuju subway.. yang pergi kali ni semua si muda merangkap si bujang sahaja.. yang lain semua dah kepenatan tak daya nak mengikut lagi.. bagus jugak diorang tak ikut.. pergerakan akan lebih laju.. plan asal, naik subway about 8.00 akan sampai by 9.00.. actually kita akan ke radio COOL FM.. a place where 3 of SUJU's member jadi DJ and handle program sendiri.. Sukira kut namanya.. siapa SUJU yang jadi DJ tu tidak ler dapat dipastikan.. ate, teman idok minat ler budak2 SUJU ni.. melayankan permintaan adik2 sajo.

usha mamat2 hensem yang baru pulang dari kerja.. nak dijadikan cerita, tempat kami nak pergi ni kawasan syarikat2 korporat. hehehe.. mmg kaw2 la eh i cuci mata.. hensem, gorgeous, hot semua ada.. haha.. tapi setelah realize yg diorg ni 'jarang mandi' and lepas membuang lap sajo.. erk, geli den membayangkannya, lupakan sajalah eh.. huhu.

dari Hyehwa, kita tukar line di satu station, apa kenama station xingat.. kita nak pergi Yeouido.. actually KBS ni ada 2 bangunan.. takdelah jauh sangat to each other.. tapi subway line beza2.. kalau dah salah line tu, letih nak naik turun tangga menukar subway.. hasil google'an, my sis cakap KBS Annex Building.. maka harus menggunakan line 5.. dan ke sanalah kami.

dah sampai Yeouido.. xda langsung signboard KBS.. so kita berjalan je lah mencari di mana KBS.. dalam suhu -5 darjah celcius ya kawan-kawan.. sangat sejuk sebab berdekatan dgn Han River dah jalan almost few km's tak jugak jumpa KBS.. kita jumpa MBC.. ni pun salah satu broadcaster jugak kat Korea.. kalau tak silap, selain KBS & MBC ada satu lagi, SBS..

dah sampai sini, tak jugak jmpa KBS.. baru gigih tanya orang.. orang tu cakap, patah balik.. sampai depan station.. amek kanan. ces, haruslah berpatah balik.. itu dah almost 9pm tu.. program start 10pm.. sempat lagi la..

so berjalanlah lagi kami dalam kebekuan malam.. nampak tak ke'excited'an penggila SUJU di atas? okeyh, sebenarnya dia sorg je yang beria nak jumpa SUJU eh.. yang lain nak merayap tengok keindahan malam sajo.. dah berjalan.. sampai Yeouido Park, nampak logo KBS.. maka bertanya lagi kepada pejalan kaki berdekatan di mana KBS Annexe Building.. rupanya KBS yg kami nampak tu Main Building maka beliau mengatakan patah balik, jalan terus je nanti jumpa.. kiranya dari depan subway tadi, bukan ke kanan.. tapi ke kiri.. kembalilah kami ke pangkal jalan dengan kaki yang kian mengecut. sejuk gilers wei! time ni rasa nak maki my sister dah... waaaaa.. tapi seronok.. dapat tgk warga Seoul pulang kerja.. my cousin cakap, walaupun office hour sampai jam 5.30pm saja, tapi diorang biasanya balik after 8pm.. meriah betul di jalanan.. mcm2 fesyen & gelagat. seriously, i love their office wear & fashion.. nak beli & pakai di Malaysia, haruslah tak sesuai dgn cuaca. tiba di Annex, tanya pada sorang uncle yang ada di pintu masuk Annex tu. he said, SUJU bukan di Annex tapi Main Building.. ya ampun, rasa nak terduduk dah.. wei.. kaki aku nak kebas dah ni wei. uncle tu cakap, naik subway nearby pintu Annex tu dan ambil line 5 ke National Assembly station.. time, almost 10pm.. kalau nak jalan kaki patah balik pun boleh jugak.. tapi, dalam sejuk tu.. baikler amek subway yeh.. kat dalam tu panas sket..

*nampak rilex kan? sampai ke tulang sum2 sejuk menyucuk* demi mendapatkan apa yg di cari, gigihlah kami mengikut petunjuk yg diberikan.. subway ni baru je buka.. so tak ramai orang..

kami bertiga dalam kesejukan melampau yehh.. dahlah i pakai mafla yang nipis je.. mana ku tau nak sejuk camni.. my brother tak bawak gloves, memang menggigil ler.. tiba di National Assembly station, jalan dalam 1 km, dah nampak Main Building.. so tanya guard kat situ.. dia suruh jalan kaki ke pintu besar.. about 1 km la.. tapi dah nampak building tu.. with us, ada 2 orang minah jepun yg tak berapa terer English.. budak tu sebut Super Junior je.. so guard tu suruh dia follow kami.. after 2 hours, finally we were here! KBS Main Building.

sebab sampai dah 10pm ++, maka dah penuh fans SUJU di sini.. most of them Korean & Japan.. diorang gelar diri diorang ELF itu termasuklah si tudung putih ber beg sandang diatas.. masa ni i sedang mencuba mencelah masuk nak tgk.. alang2 dah sampai, gigihla nak tgk betul2.. bolehla sampai depan, tapi tak sampai ke cermin pun.. itu pun budak2 ELF ni pandang je.. pelik kut tgk org bertudung.. korang pernah tgk HOT FM di 8TV? kan studio diorang ada cermin yg orang luar boleh nampak the deejay's kan? hah, camtulah ghopenya diorang duk kerumun ni.. duk rakam aksi SUJU kat dalam studio tu.. dah ler diorang sembang bahasa Korea, sepatah haram i tak faham yeh..

ceh ceh.. ada gaya hero-heroin Korea tak? eh, heroin tu mmg Korean.. yg berlakon Full House kalau tak silap.. apa ke namanya ntah.. i ingat Rain je.. hehe.

KBS stand for Korea Broadcasting System


tune in to 89.1FM yo! eh, boleh dgr online rasanya.. my sis duk dengar sokmo.

nampak beza tak COOL FM (kiri) & HAPPY FM (kanan) tu? kehkeh.. HAPPY FM tu ala2 SINAR FM ler kat Malaysia.. tapi cool la system diorang.. i pernah pergi RTM tgk studio diorang.. jauh beza la.. dgn HOT FM, erm.. almost there la kut.. tapi diorang lagi banyak PC & system.. mungkin lagi canggih.. mungkin juga kurang.. hehe.

cantek wei tempatnya.. bangunan2 korporat sangat lah korporat! suka suka suka.. nak kerja sini agak2 layak tak?? waaa..

owh, KBS ada siaran berita diorang sendiri.. maka, marilah kita berangan2 menjadi pembaca berita KBS.

kami membawa watak pembaca berita dgn baik sekali.. sangat real kan! hahaha...

so, ceritanya.. tidaklah kami jumpa SUJU tu face to face yeh. cuma kami berjaya mencari di mana mereka berada saja.. about 10.45pm kita chow sbb last subway lam kul 11.30pm.. nak tukar line lagi.. so, ampun maaf diminta kepada yg mengharapkan cerita2 SUJU.. sila ke blog GEE YUSOF untuk cerita SUJU yang lebih banyak.. owh, mungkin dia akan update ceritanya ke Super Show 3 baru-baru ini.. seat VIP ialah sangat dekat dgn stage, so sila harap gambar yg jelas..

sampai guest house around 11.40pm dgn perut yang lapar, kaki yang hampir kekejangan & hidung yang kemerahan menahan pedih after all, sangat seronok dapat tengok suasana korporat di sana.. inspired! p/s: tapi kan tapi kan.. masa otw balik, sempat usha satu Korean man yang kacak.. usha dgn bersungguh-sungguh, sekali tgk dah ada cincin di jari.. ok, kecewa. inilah diriku : Nadia.Yusof

8 comments:

aishah na'ai said...

haha.. wlpn sejuk..
saat mengusyar org tuh sngt syok..
patut snap la pic sorg due masuk blog.. haha..

kak g ag fanatik kat suju dr kakak..

nadia.yusof said...

kakak, kaklong xpegang kamera.. abe pie yg pegang.. so agak tak logik kalau dia nak amek gmbr.. hehe.. bawak hp pun tgn dah membeku nak amek gmbr guna hp.. huhu.

Tun Teja said...

sangat jeles................!

miss labi said...

gila jalan duk patah balik patah balik hahahaha..
dah la mu tu kurus kering, jalan dalam cuaca sejuk? omg!!!!
nampaknya sekarang mu lg banyak tahu drp aku.. pasal korea, aku xtau pun ade bnyk benor KBS MBC ke hape..hua3
see i only care pasal beberapa person je tau :P

nadia.yusof said...

arrrggghhh.. aku edit perkataan KBC jadi KBS, terus jadi camni... waaa, camna nak buat ni?

tun : mu jeles part usha mamat Korean hensem kan kan kan?? hehe..

acik :ye.. sgt OMG si kurus kering ni jalan dalam suhu -5.. kalau ada org peluk mesti best.. hahaha..
aku pun xtau sgt, adik aku la duk sembang dgn sepupu aku.. so dari situ aku tau.. lau tak, haram jadah aku nak amek tau..

stickynote said...

pergh amek gambar tempat kbs news tu..ala asal tak amek gmbr mamat ensem tu??kuikui nk gak tgk rupa korean yg bukan artis :P

nadia.yusof said...

SN ; hahahaha.. sowi lah.. tangan nad gigil.. sepupu lak lelaki, so almaklum ler kan.. xdanya lelaki nak amek gmbr lelaki.. haha

goodgirlgee said...

frust gilak xleh jmpa oppa d kbs tp akhirnya blh tgk live d ss3.wahahahahaha!tqlah promote i,muahaha!

Related Posts with Thumbnails