Keluarga, Kerjaya dan Kawan


salam..

saya di kampung sekarang.
utk menghadiri majlis akad nikah rakan baik esok.
juga resepsi nya pada Sabtu.
dah lama dah kenal dia.. 11 tahun.
rasa bersalah kalau tak dapat ha
dir.

syukur dapat balik kampung.
sebab ahli keluarga berkumpul.
semua ada kecuali Gee Yusof
seronok dapat dinner sama2...
pastu sembang2 and komplen2 rambut Khalifa Yusof
panjang
pastu di layan oleh Nurul Yusof dengan bahagianya..
dapat bebel-bebel Khairi Yusof suruh study..
dan tidur berpeluk-peluk dengan Nasuha Yusof.
quality time with parents too..

kerja bertimbun di ofis.
semua lah nak dateline serentak.
itu ini sana sini..
ikutkan hati, taknak tinggal meja kerja tu.
minggu depan seminggu di Kuala Terengganu.
kerja jugak.
nanti ke Kuala Lumpur berturut minggu pulak.
urusan kerja jugak.
takpe, tak lama dah.
pasni mungkin sibuknya lain sket la kut.
takde dah kut travel outstation segala.

mak bising.. kesian badan.
saya bagitau mak,
xpe.. saya sedang berusaha untuk capai impian saya.
dan bila saya berjaya mencapainya, berada di puncak..
saya harap orang-orang yang saya ada sekarang..
akan masih bersama saya untuk berkongsi kejayaan tu.
sebab, saya tak nak tercicir setiap bahagian hidup saya..
bersama keluarga dan teman rapat demi kerjaya & impian.
walaupun penat, saya tahu ia pasti berbaloi satu masa nanti.



*kalian akan tetap bersama saya kan? janji..*

p/s : doakan kesihatan saya untuk menghadapi segala kekangan waktu kini


inilah diriku : Nadia Yusof

Writer's Block

salam..

korang...
TOLOONNGGG!
sedang menghadapi sindrom yang dikatakan
WRITER'S BLOCK.

bukan untuk tulis kat sini..
kat sini kalau kena block mcm tu
mmg berkurun la tak ber update..
tapi takdelah risau sangat..

ini sangat amatlah risau..
dateline next week.
nak kena proofread beberapa kali..
get people to proofread lagi..
haruslah makan masa..
jadi mesti disiapkan hari ini
atau selewat2nya esok.

seperti diceritakan tadi..
inilah masalahnya.. WRITER'S BLOCK.
xtau nak start mcm mana..

oh ni ha, saya tgh buat essay.
pasal autobiografi saya..
pasal kerja, apa yang saya dah capai..
kemana saya nak pergi..
heh, part puji diri sendiri ni memang saya hancur sket.
sebab tu point appraisal saya selalu rendah..
bila tgk boss kasi tinggi terus macam..
eh, am i that good..?
oh, jgn nak berangan lebih..

susah kan ada writer's block.
cmana nak habiskan ni?
hurm.
tapi kalau duk membebel je kat sini,
sampai bila-bila pun xsiap essay tu kan.
okey.. get back to work.
bye!

p/s : tapi mcm mana nak overcome ni?

inilah diriku : Nadia.Yusof

silent story

salam..

hey readers..
thanks for keep coming
though i've been silent for many days..

actually 3 latest entries was being scheduled.
my days was hectic and expect to continue till end of June.

yup yup yup..
being running here and there..
Kuantan, KL, KT..
jadual sangat-sangatlah padat..
training, meeting, dateline, family, friends..
sampai kena tegur dgn umi
sbb lately mcm tak concern dgn family sangat..
OMG, im not even a boss.. im just an ordinary employee..
tapi dah sampai ter'ignore' family matters kejap..

ni semua sebab i have a dateline to commit.
yup, i need to settle everything by 30th June 2011..
and by 1st July, i need to be somewhere else..
the daisypath ticker below will be remove.
will reveal soon bila dah ada black & white..
tapi ramai dah tau kut!!

and and and..
ada 1 lagi dateline, 31st May 2011..
the reason behind 'i need to be at somewhere else'..
harap-harap sempat settle kan before the dateline..
if not, mcm takde mood je to be at 'somewhere else'

hey, currently im struggling to finish my reconciliation..
probably my last time doing recon.. haha.. i wish.
of course i love doing it..
tapi macam biasa.. bila saya dah tau..
minat saya akan mula berkurang..
im craving for new thing to explore..
yeap.. so here we go.
by July 1st, im gonna explore new things.. yeay!

oooppppss, lagi sekali telah mengecop passport..
kemana?? selatan tanah air..
for SDI Family Day..
will update soon if time permit..
*walaupun sibuk kemain hectic, sempat berjimba-jimba ya*

better stop now..
i need to have enough sleep..
and oh ya, will be watching Nur Kasih The Movie tomorrow night.
*hectic sangat jadual kan*

see ya when i see ya..*hugs*

p/s : gain some, lose some.. i cant have everything at one time.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Lat The Musical

salam..

hahahahahha..

dah berkurun ku baru nak update..
dah tu nak abeskan entri Seoul yang kemain bersusun tu..
kalau skip ganti entri lain dulu, mesti dah malas nak sambung.

lepas balik dari wedding Zam, terus ke Puchong untuk bersiap2..
ready for Lat The Musical..
ini pun dah show ke 3 terakhir..
pilih tarikh ni pun sebab memang nak datang KL for wedding.
kalau tak kerana wedding mungkin pergi show yg awal2..
tak boleh la tgk show yang hujung2..
jiwa meronta-ronta baca entri orang yang dah pergi awal.. haha.

being picked up by Adi at IOI Mall..
and headed to Istana Budaya..
8.00malam sampai IB, terus terpa cari makan dulu..
lapar gilers..
rupa2nya on weekend ada show di Laman Sari..
so, takleh parking kat situ..melilau gak lah cari parking.

after makan terus masuk hall..
berdasarkan pengalaman silam, kita tau Awie memang super duper best.
so Adi & I amek seat di area stall..
3 rows from the stage..
pergh... lubang hidung Awie pun boleh nampak.
tapi malam tu seat mmg full house.
Nina, Yana & Amir (tunang Yana) seat di tingkat 3.


the show was awesome!!
seriously.. inspired.
Do What You Love, Love What You Do.
kita takkan tahu apa yang kita minat tu akan bawa kita ke mana.
biarpun orang perkecilkan minat kita.. teruslah kejar apa yang kita mau.


sebab dekat sangat dgn stage.. lampu2 itu bikin mata berpinar.
tapi dancers sangat best!
rasa nak lompat naik stage menari dgn diorang.. haha..
i sangat minat tari menari ni..bakat je nan ado..tsk.


Douglas Lim is always being my favourite.
i was into him since high school.. haha.


and Daniel Shazzique made me cry..
he is a very talented kid..
masa dia bagi bayaran pertama dia from komik to his father..
i was like.. OMG, i can feel him.
tengok muka dia je dah bikin sebak..
and he was awesome!


Awie tak payah cerita lah yeh..
dia memang TERBAIK!
dari zaman Cuci The Musical 2 years ago lagi..
rockstar atau comedian.. dia tetap TERBAIK.


Atilia also sangat cantik!
tapi dia ni kurus kecik je..
hari tu masa jumpa di Food Court Seksyen 2,
dia sangat amatlah kurus..
harap2 saya tak kurus sangat mcm dia.. hehe.


there Douglas Lim... i lap u lah Douglas!
very friendly.. panggil je terus bangun & senyum..
chomeyl..

deco di lobby Istana Budaya pun sangat amat cantik..
apa lagi, jom pose!


ouch, it hurts Mrs Hew.


hahahha..laugh at him!



underneath pokok kelapak..


trimas partner-in-teater, Adi.

owh,baju dari Seoul..
skirt shopping online dari Raja Farah
handbag from Seoul..

wonderful Lat The Musical.
congratulations Hans Isaac & Harith Iskandar..
also Tall Order Production..

coming? Dreamgirls in July.. anyone wanna join?

inilah diriku : Nadia.Yusof

Zam & Hani Wedding

salam..

yeah.. another wedding.
was on 2nd April 2011.

it's my lovey dovey friends from KKDK.. Hani & Zam.
ahaks..

they were friends since 2005...
masa tu masing2 with orang lain..
after 5 years... masing2 dah single..
who knows they are meant for each other..
and i am super duper happy for them!


all the way from Kuantan with Nina pada sabtu pagi tu..
jalan agak jammed.. dan kita sampai around 2pm..
lucky our friends still there.. semata-mata tunggu kami..
thanks peeps!


writing guest book for them..


pengantin itu sangat kepochi.. ahaks..
love ya hunny!


congrates Zam & Hani for your wedding..
both of u really sweet together..
May ALLAH bless you with charming & awesome kids.


ikan di laut asam di darat..
dalam kuali bertemu jua..

another couple of KKDK...
Kelab Kaunseling dan Kerjaya
being
Kelab Kenal dan Kahwin.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Elhami & Hanun Tied The Knot

salam..

ya ya ya.. this was long time ago.
i just wanna share the happiness..
here, in my blog.

yeah... finally my big cousin is married!
on 16th March 2011.
few weeks after we came back from Seoul..
and yeah, dia lah cousin yang batalkan untuk ikut ke Seoul..
nak dijadikan cerita, kita beli flight ticket on Sept 2010.
tiba-tiba on Oct 2010, he decided to get married on March 2011.

1st time experience for his parents.
so, a bit kelam kabut..
dgn konvo Elhafiy di Seoul
dan majlis perkahwinan Elhami di Pasir Mas.
luckily everything went well... walaupun last minute prep.

akad nikah was on 16th March 2011, 9pm.
di Masjid Besar Kubang Kerian..
i was not there.. baru naik bas balik kampung.
tapi my dad cakap, sekali lafaz je..
good job bro.. nampak sgt tak sabar. ahaks!


Elhami & Hanun


with the closest family members..
i missed this moment..
wish i was there.. seriously awesome pic!

next day, 17th March 2011 pula majlis resepsi belah Anun.
berkumpul di Masjid Besar Kubang Kerian untuk solat Zohor..
then we headed to Anun's crib..


theme of the day ialah RED..
heh, im the only one yg pakai merah..
sbb pengantin tak bagitau apa warna tema..
me kebetulan je..


antara hantaran..


proud & happy grandma.. with the bodyguards..
cucu pertama dah kahwin..
wish for cicit pertama as soon as possible.. :)


get ready untuk ke rumah Anun..


Mie & Anun..


hah... ini saja sepupu yang ada on that day..
ada lagi yang kecik2, tak masuk..
and ada sorang lagi dah balik..
wished that everyone was there..


happy for them!

majlis sambut menantu was on 19th March 2011.
we were quite busy.. sbb masak sendiri..
dan semua persiapan buat sendiri..
but it was fun!


theme of the day, GREEN..
kali ni memang kita bagitau family members..
so semua orang pakai hijau.. :)


seronok.. jumpa ramai saudara-mara..


my task, untuk membantu di meja makan pengantin..
food was prepared by our aunt & chef in the family, Ezahin..


they were in green..
majlis sambut menantu memang kita tak pasang pelamin..
so, bergambar dalam bilik saja..

oh ya.. Elhami ialah cucu sulung lelaki in the family belah my abah.
and im the 1st granddaughter.. dan kami sebaya.
seriously never thought dia akan kahwin dulu.. haha.
but yeah, jodohnya sampai dulu.
pray all the happiness for them
and may ALLAH blessed them with wonderful kids..

SELAMAT PENGANTIN BARU MIE & ANUN..

inilah diriku : Nadia.Yusof

Umi Kecintaanku..

salam..

dia istimewa..
terlalu istimewa.


dia UMI saya.


semoga ALLAH memberikan yang terbaik untukmu,
umi kecintaanku.

HAPPY MOTHER'S DAY UMI..

Love You.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Kamsahamnida Seoul

salam..

oh my, one week flies so fast..
dah hari terakhir di Seoul..

awal pagi dah siap-siap..
kita check out pagi dalam pukul 10.
tapi bag & luggages masih simpan di rumah tu.
sebab ada guest nak masuk pukul 12pm..
our flight malam, so still nak pusing2 Seoul..
plus, ada yang masih belum habis shopping..

so we divide into 2 teams..
1 team ikut my cousin to Dongdaemun nak beli Korean silk lagi..
another team ikut my dad to Seoul City..
i ikut my dad pergi Seoul City..
naik subway.. same subway line dgn diorang yg nak gi Dongdaemun..
tapi diorang turun lagi awal.. kita turun jauh lagi..


yeay.. dapat jumpa logo ni..


Seoul Tower City Centre

pandai-pandai sendiri je kita redah bumi Seoul ni..
sempat masuk Mall near to train station
apa ke nama mall tu x ingat..
betul-betul depan balai polis Seoul..
then sempat masuk Lotte Mart..
Lotte Mart ni besar.. kalau kat Malaysia
ala-ala, Tesco, Carrefour mahupun Giant.
tapi ada butik jual Coach yang original..
harga macam lagi murah kat sini kut compare to Malaysia..
ok, tak boleh compare..
sebab x expert sgt harga branded handbag di Malaysia..

basically, kita pusing-pusing kawasan situ saja..
adala dalam 2 jam kut..
then, ambil subway terus pulang ke Hyehwa..

konon-konon diorang belum abes shopping lah..
sebab janji jumpa di guest house selewat-lewatnya jam 2 petang..
so kita lepak makan Dunkin Donut menghabiskan won yang ada


sedap woh.. xmanis.. tapi chocolate chip bersepah terabur.


Pepsi 2 tin share 6 orang..

sampai saja di guest house, diorang dah siap packing barang2 yang baru dibeli..
rupanya lagi awal dah balik.. cuma tggu kami..
nak misscall tak roaming..
guest house tu pun next guest dah masuk..
laju-laju ambil barang, check semua kawasan tak nak tertinggal barang..
then, callo cari bus limousine utk ke airport..

terbaik okeyh bawak luggage sendat penuh berat naik limo aka bus di Seoul ni
masing-masing minimum 1 luggage and 1 hand carry..
itu xmasuk beg sandang lagi..
heaven ah masing-masing shopping kat sana.
tapi i tak faham kenapa won yang i bawak tak habis..
owh lupa, tak jumpa handbag yg berkenan..
nak rembat Coach tu alahai, menangis tak berlagu..

1 jam perjalanan ke Incheon Airport.. tidur saja.

sampai ke Incheon Airport jam 4petang.. awal seyh..
kaunter check in buka pukul 7 petang.. flight 9 malam..

maka melepak-lepak sajalah di airport..
menghabiskan sisa-sisa masa di Korea..
feeling-feeling sayu tak nak balik..
planning bila nak datang lagi..



feeling macam tak nak balik kan?
padahal dia yang tak sabar nak balik..

si Ajie with red sweater hood tu pun menung tak nak balik tu..

yang ni lagi sadis, gigit kerusi sebab xnak balik..

yang ni aje tak sabar nak balik..
sebab kerja-kerja kenduri sedang menanti dirumah..
ya, konvo anak kedua harus dipenuhi
majlis kahwin anak pertama juga harus diuruskan..

sementara menghabiskan waktu,
ada yang pergi Mc Donald, tapau fish & chips
i ikut abah beli Baskin Robin nak habiskan won..
korek semua syiling.. tabur atas meja cashier
minah kaunter tu tak reti cakap English..
terpaksa main tunjuk2 aje nak set Family.. 6 cups


6 cups.. KRW 4,200.
just nice utk habiskan semua syiling abah & i..

jam 7 malam, timbang beg sebab nak arrange masuk under ticket siapa..
combine aje beg-beg yang ada.. calculate and divide pada booking number..
total untuk luggage..105kgs..
itupun ada lebih terpaksa keluarkan masuk hand carry..

minah kaunter ni pun xfasih English jugak..
jenuh nak faham English with Korea slang..
agak-agaknya dia pun jenuh nak faham English with Malay slang..
nak di jadikan cerita, passport Ezahin (El's brother) takda chop masuk Imigresen..
heh, pendatang asing ni..
so, kita kena Immigration Affairs utk settlekan..
si El pun tak biasa.. 1st time masuk IA..


nasib baik settle, lau tak duk lah Korea barang seminggu dua lagi..
si El tu pun dah nak balik next day..

dah settle part Immigration & ticckets,
terus masuk Departure Hall..
feeling ah si El nak nanges..
bukan lama pun tinggal.. esoknya dia pun balik Malaysia for good


boarding.. terus tidur..
terjaga waktu diorang hantar makanan.. lepas makan sambung tidur lagi..
touched down jam 4.00 pagi..
settle with the luggage.. kita berpecah mengikut dari mana asal kita..
hahaha..
ada yang ke Shah Alam
ada yang transit Putrajaya then amek bas ke Dungun
ada yang amek flight terus ke Kota Bharu..
me transit Putrajaya sebelum ke Kajang..

yeah,
Kamsahamnida Seoul for the memorable trip.
being given Anugerah Pekerja Cemerlang kerana berjaya menguruskan trip ini.
yup, sangat-sangat happy berjaya realisasikan trip ini..
thanks to the family members yang bagi kerjasama pada El & i..
both of us worked together to ensure everything went smoothly..
for the family.. :)

and yeah, im planning for another trip.. to Seoul..
with El, my cousin & Cik Ros, my aunt.. maybe in summer or autumn.
definitely not this year! im broke baybeh.. haha.

now..i miss all the memories with family in Seoul.
gotta be back with another family trip soon.. in Malaysia.

Kamsahamnida Seoul..
Anyeonghigaseyo.



inilah diriku : Nadia.Yusof

Graduasi Korea Univ

salam..

almost finish with Seoul trip entries..

on Friday morning, semua orang dipaksa bangun pagi..
mum & aunties dah get ready with our breakfast since malam lagi..
bangun pagi cuma panaskan..
4.30am dah mula bangun.. mandi & panaskan breakfast..
heavy breakfast.. nasi with serunding daging.
my cousin yang nak konvo pukul 6pagi dah balik ke rumah sewanya..
nak get ready with full dress utk majlis graduasi..

kita semua gerak dari guest house pukul 7 pagi..
time ni pun xdecide lagi nak gerak dgn taxi atau subway..
my cousin suruh pergi dgn subway.. tapi our parents mcm nak naik taxi.
senang sket kut.. boleh terus berhenti depan pagar univ..
kalau naik subway kena jalan kaki pulak..
so, divide into 3 teams.. my uncle yg sakit kaki masih tak ikut kali ni..
suhu waktu ni sangat amat sejuk... gigil.. awal pagi kut.

Korea Univ tu 15min je dari our guest house..
nasib baik kita berkeras mintak address dari my cousin tu..
ikutkan dia mmg suruh pergi dgn subway je..
my brother dah tau kat mana nak turun..
dia pernah ikut masa my cousin nak ambil jubah
(Korean panggil jubah tu gaun.. gelak guling2)


kita sampai awal.. disebabkan dah janji dgn my cousin nak jmpa di subway station
maka kita kerah dua orang young man (my brother & cousin) utk ke subway
kami lepak di Univ Store.. my mum nak cari souvenir for my siblings yg xikut.
almost 9pm, dah ramai graduan yang register...
tempat pendaftaran tu dekat2 situ je..
me apa lagi.. cuci mata lah!
heh, muka nerd skema sangat amatlah ramai..
agaknya yang hensem2 jambu2 cun2 dalam tv tu
semua dah melalui proses make over..
hakikat sebenar diorang taklah hensem jambu dan cun sgt
cuma adalah a lil bit cute sikit2 kut..


eh, sempat feeling grad oversea.. haha.. :)


boy of the day.. El

heh, risau giler hokeyh menunggu dia tak sampai2..
nak call, masing2 x roaming hp..
my mum & aunt gilir tunggu kat pintu masuk bangunan daftar tu..
dengan suhu sejuk2 tu..
mum memang mcm tu.. utk situasi2 penting mcm ni dia cepat risau.
pukul 9 pagi, tak jugak dia sampai..
majlis mula pukul 9.30 pagi..
masing2 dah melilau mencari the boy.
my brother & cousin yang pergi cari the boy ni pun tak muncul2..

sekali ternampak kawan si El ni.. with his family..
kita sempat berkenalan masa terserempak time jalan2 sekitar Seoul
so mintak tolong kawannya tu call his hp..
fuh, nasib baik kawannya tu ada.. kalau tak, jenuh masing2 duk menunggu
El menunggu di subway near to his university..
my brother & cousin menunggu di subway near to El's house
kita satu family menunggu di university..
5 mins after that si El ni sampai..

laju-laju siapkan dia with that jubah & mortar board..
then dia terus pergi daftar konvo..

registration counter

suasana di sekitar universiti..

yang duk angkut kamera gabak with gambar tu ialah photographer bebas..
dah bayar nanti diorang akan amekkan 4 keping gambar..
boleh tahan mahal.. itu yang kita x amek..
lagipun dah ada kamera canggih plus talented photographer
(ehem.. who is the photographer?? yeah, urs truly.. haha)

sambil tunggu my brother & cousin, kita ambil gambar yuk..
manusia sangat amatlah ramai.... nak bergambar tempat2 cantik sgt lah sesak..


El with the family..



El with Ayah Ngah's family


El with lovely aunt, Cik Ros


and his fav uncle... haha.. my daddy!
yang di paksa utk ke Korea.. hakhak,


Ilya Hanis si cantik manis..



kita masuk ke bangunan hall untuk upacara konvo..
thought that nak bagi El and his parents masuk hall..
sekali hall pun dah penuh.. xda ruang langsung.
plus, masa kita sampai tu majlis dah nak mula..
so melepak di luar hall saja..
dgr ucapan pun bukan faham pun..



El pun xmasuk hall.. lepak with us di luar saja.

standard graduation ceremony di foreign univ lah..
mana ada amek scroll sorang satu macam di Malaysia..
hantar wakil kelas saja untuk naik stage..
so, sangat bersyukur grad local..
dapat peluang naik stage utk amek scroll sendiri..
well, there's always pro & con being local / oversea grad.. :)


i love this pics!!
and yup, it's candid.. he really was on the phone.


the mat bunga..


do they look alike??
hahah... photocopy hokeyh.




with his friends..
susah seyh nak snap pics ramai2 using portrait lens..


and they were waiting patiently..
bagi chance El & friends celebrating their graduation day..
and yeah, our family also spotted for his special girl..
hakhak... standard ah pergi convo kan.. :)


and ada 2 girls datang tegur our family..
one married, another one still single..
El's brother cakap, that single girl tu mcm sgt familiar dlm pics El..
ehem ehem.. let them keep what they feel.. haha.
so, that's our pic together with the girls..


we are graduates in the same field, but from diff univ..
yeap.. Electrical Engineer in the family.



i just wonder if Abah would like to further study together with me..
hehe...
pose aje pun oklah kan Umi..


saya sudah grad!
jadi saya boleh pakai gaun ni..
if not, jangan cuba2 yeh..
takut kena badi.. hakhak..nonsense..
for me, it's better if ur 1st time wearing convo robe on ur own convo..
and yeah, graduation ceremony always make me feel proud..
even, it's not mine.


with his siblings..


his happy face!
lucky him, ramai datang for his convo..
walaupun nun jauh di Korea yo.
konvo ku di Skudai pun my family aje datang..


Engineering School Building..


Electrical Engineering Department


and urs truly, the photographer of the day.

inilah diriku : Nadia.Yusof
Related Posts with Thumbnails