Maxis ? Gggggrrrrr

Salam


Ha, meh nak amukan kuasa Transformers dgn Maxis yang makin biol ni. Ya aduhai,apa ke masalahnya ntah. Nak gelak pun ada gak. Semalam, phone kena bar jam 7pagi. Pastu sebab gaji dh masuk terus plan nak pergi bayar lepas office hour. Selalu bayar pakai kad kredit. Call saja. Ni mcm nak kena control je kad kredit tu. Sebab bulan depan nak pindah maka akan guna banyak duit sebelum dapat claim. Plus, duit claim yang outstation sebelum ni pun belum dapat. Eh,sambung cerita. Abes office hour kul 5.30petang. Takde makna la nak terus balik. Haruslah bertapa siapkan report stock check. Tiba-tiba pukul 6 petang ada bunyi email masuk. Eh? Terus online. Eh? Hahaha. Cancel nak gi bayar. Kemalasan & kepenatan. Lagipun balik pukul 8.30malam. Kejar2 nak sampai rumah nak tengok Daim. *wink* ok2 saya peminat tegar si pemikir bijaksana bernama Zahiril Adzim. *blush sbb x cantik mcm Shera Aiyob pun* So semalam ialah bertweet dgn jayanya. Dan line ok sampai lunch hour tadi. Pukul 2petang kena block lagi. Mari tgk apa akan jadi. Hahaha,lagi sekali. Jam 7 malam, email masuk cam biasa sehingga sekarang. Maka persoalannya, apa masalah kau Maxis? Memang berlengah lagi la aku nak membayar bil bulan ni.

Tahniah Virus..



salam



Di rumah. Demam & sakit badan. Hukhuk. Tapi mesti ke ofis pukul 4.30 nanti. Ada meeting department. :(

Long Post vs Short Post

salam..

korang,
nanti akan ada 2 type of posts tau.

kalau i update from laptop / pc.. that will be considered as long post.
kalau taip pendek pun akan consider long post.
sebab takda makna kubebel pendek je lau update via laptop. hihi.
and alignment pun kita center.. ku suka center!
pastu kat bawah ada "inilah diriku : Nadia.Yusof" tu..
pastu mesti ada label.

kalau post tu alignment dia left.. pastu pendek2 je.
mcm less than 15 baris.
pastu xda header & footer.. contoh "salam" utk header
dan "inilah diriku" utk footer..
maksudnya entri tu update pakai phone.
lagi2 kalau entri tu berbaur emosional...
so far, short post tetap ada header "salam".

maaf eh kalau blog ni mcm ntah apa2 ntah.
i tengah membusy kemain.
nanti2 kita story lagi.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Eman & Chein : 2 Hearts Being ONE

salam..

lepas seorang, seorang kawan baik ke jinjang pelamin..
kali ini turn Aeman.. on 8th April 2011..
heh, baru ke KL utk wedding Zam & Hani plus Lat The Musical
a week before...
ini ke KL lagi utk wedding lagi..

after work on 8th April, terus bertolak ke KL..
pukul 7 malam sampai R&R Temerloh..
mandi, bersiap & solat..
and terus memecut ke Gombak..
sampai di tol Gombak jam 8.30 malam.

tapi tapi tapi....
nak cari Surau Ubudiah Gombak tu..
mak aih, berchenta okeyh.. GPS pun sengal..
asyik detect Surau Ubudiah Ampang je..
sejam jugaklah melilau.. almost hilang sabar.. argghh..

finally, 9.30pm baru jumpa surau tu..
and saw this gorgeous lady..


sangat cantik!
lama betul tazkirah sebelum akad nikah.
almost 10pm baru mula... and sekali lafaz saja.
good job Che In!!


closest friends.. at her solemnization.


Aeman & Che In kenal di UTM.. tak pasti sebelum join KKDK
atau masa dalam KKDK.. ahaks.. kan dah cakap apa itu KKDK.
masing-masing ada sejarah silam, yang tak perlulah nak cerita..
tapi bila ALLAH tetapkan jodoh mereka berdua...
mereka tetap akan bersatu..


reception belah Aeman was on 9th April 2011..
di Anjung Rahmat, Gombak..
tema ialah turqoise.

sampai agak awal.. pukul 1 dah di sana..
jenuh gak nak mencari.. naseb baik ada yang pakar..
so kita follow saja.

sengaja datang awal sebab nak jumpa kawan-kawan...
hakhak... berkali2 naik stage bergambar with diff gang..


ketibaan pengantin

with HR team and MT5..

with SDI colleagues..

with BFFs..
yes, both my BFF dah title Madam..
but, no pressure for me.. haha.

so happy for u ManMan...

had so much fun met friends from univ..
sebab diorang both from UTM and both from KKDK..
maka jumpa ramai kawan2 UTM & KKDK..
still waiting for pics with KKDKian from Aiman..
hampir meruntuhkan pelamin.. hahaha.. happening!

tak tunggu sampai habis majlis pun..
around 3.30pm dah chow pergi makan durian di PJ. :)

well, congratulations sayang!
dan double congratulations for the hot bun in the oven.. ehehe.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Dia & Sang Kekasih II

salam.

telah 2 minggu berlalu..
segalanya semakin tenang.
dia & sang kekasih kembali aman.

saya berpeluang menyelam rasa si dia..
dia tetap menampilkan sisi kekuatan dan ketabahannya.
tak sedikit dia merungut ujian yang menimpanya.
katanya, peluang itu sentiasa terbuka untuk sang kekasih.
walau hati luka pedih, dia tetap memikirkan sang kekasih yang sendirian..
permata hati kian menjauh menganalisa sendiri apa yang berlaku.
dia pilu memikirkan sang kekasih yang tidak dibela..
pun, dia mahu itu jadi pedoman buat sang kekasih.
dalam leka menyulam cerita, saya terkesan rasa sebak yang dia simpan.
dalam senyum dan tawa, dia tetap optimis.
satu waktu, saya terdengar esak tangisnya di tandas.
rapuh sekali hati wanita bila disakiti.. walau sekuat mana dia cuba berdiri kembali.
Tuhan, kau peliharalah dia dalam kasih sayangMu.
aku tahu, dia tahu, kau sedang berbicara dengannya, dengan kami.
maka, hanya KAU sumber kekuatan meneruskan kehidupan.

saya berpeluang berdepan dengan sang kekasih.
sungguh, sang kekasih kesal atas apa yang terjadi.
sang kekasih akui kesilapannya.
sang kekasih sedar kealpaannya dengan mabuk kepayang duniawi.
cuma sang kekasih mencari sedikit ruang utk dirinya.
mengembalikan kekuatan berdepan khilafnya.
memikirkan jalan terbaik utk kembali ke asal..
pun, xsedikit kasih sayangnya luntur buat si dia dan permata hati.
segalanya masih kekal utuh tak sedikit luak.
sang kekasih katakan pada saya,
anggaplah apa saja, xsedikit dia kecewa.
kerana dia sedar silapnya di situ..
dia janjikan pada saya, dia akan perbetulkan segalanya.
Tuhan, kau bantulah sang kekasih menghadapi hari-hari suramnya.
suluh hatinya ke jalan bahagia..
saat dia seharusnya berbangga dan berbahagia dengan keluarga yang dibina..
jauhkanlah dia dari segala godaan palsu dunia.

dia dan sang kekasih kembali berbicara.
mencari formula mengembalikan bahagia hidup berkeluarga.
apa pun yang terjadi, ditetapkan sebagai panduan hidup.
juga pedoman buat saya mencari bahagia.

wahai permata hati si dia dan sang kekasih..
kekallah kalian berbaik sangka pada ibu dan ayah.
apa pun telingkah mereka,
usah sedikit rasa hormatmu terjejas.
manusia itu sentiasa ada khilaf.
anggap saja ini dugaan ALLAH menguji kasih sayang kalian buat mereka.
juga keutuhan iman kalian pada takdirNYA.
permata hati, ibu ayah perlukan sokongan kalian.
untuk kembali membina keluarga bahagia..
saya akan tetap di sini, menjadi tempat utk kalian berpaling.
pada saat kecewa menghempap hati.
ujian ini, jadikan ia panduan meniti hari..
dan pelajaran mencipta esok yang lebih indah.

kerana lelaki dilahirkan begitu
dan perempuan ditakdirkan begini
hanya CINTA Yang Esa mampu menyatukan keduanya.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Leisure Monday..

salam..

hi all..
yup2, it's my leisure Monday.
heehehe..
oh my, i miss having extra leave on Monday.
eh bukan, i miss having full weekend.
finally i had mine yesterday!

serious lama gila takde weekend.
since end of april kut.
weekend means boleh tidur ikut sukati nak bangun pukul berapa..
boleh leisure and having my own sweet time nak buat apa2..
boleh lepak atas katil sampai tengah hari..
boleh online sesuka hati..
ya itu definisi weekend.
boleh keluar rumah pukul berapa dan lantaklah nak buat apa.

well, as usual.. May and November always being my hectic month.
tapi kali ini ia sudah jadi double..
sebab............
ku sangatlah membizi dengan Stock Recon, pasal KT Depot pulak,
pastu susul dgn annual stock check, then training & seminar lagi..
plus plus plus, i need to settle everything and hand over my role to new exec.

yuppie yuppaa..
im coming back to Klang Valley.
nope, not my previous role..
kali ni back to HQ.
ohemji..
dah dapat surat..
will reporting to new boss, not really new..
currently, i reported to him indirectly
tapi starting July, i'll reporting to him directly.
enuf said, he is the one who will appraise me..
mcm sekarang, appraisal semua dgn Branch Manager..
heh, kengkonon la tak nak masuk HQ role sbb branch role lagi best.
nan ado yeh..

ada alasan kenapa i korbankan ke'happy'an berada di Kuantan.
ada ku cakap ku tak happy kat Kuantan? yilek okeyh!
sgt best kat sana.. less stress!
paling penting jauh dari all top management.. hehe.
tapi bila kita nak dapatkan sesuatu, kita mesti korbankan sesuatu.
untuk capai apa yg i nak, i pejam mata je utk semua ketidaksempurnaan..
well, as a Scorpion, i will do anything to achieve what i want.
no one can stop me.
but still, utk ketidaksempurnaan itu, i tetap berusaha
utk sesuatu yang lebih baik.. insya ALLAH.
well, i pegang pada satu saja..
REZEKI, JODOH & AJAL tetap ditetapkan..
kita hanya boleh berusaha utk dapat yang terbaik.

sekarang belum rezeki, jodoh dan ajal i..
who knows in a minute, all will be mine?
Only ALLAH knows.

sekarang sedang berbaring-baring mengadap laptop kononnya nak prepare..
for an interview esok.. tapi kalau dah ku dapat laptop.. ehehe..
plus, i miss writing here!
update kat phone tak best.. alignment hancur. :(
owh, bukan interview kerja ya.. ehem, itu senyap2 sudah.
kalau ada rezeki, ku umum saja disini bila sudah chow. hikhik.
tapi ini interview utk sambung belajar..
insya ALLAH kalau ada rezeki, i'll be back as a part time student.
dah lama janji dgn abah & ijan..
harap2, ALLAH setuju.
sekarang tau kan kenapa i harus menutup mata utk segala ketidaksempurnaan..
demi mencapai sebuah lagi impian.
biar apa kata mereka, i tahu apa yang i kejarkan.
doakan yang terbaik untuk diri ini ya!

well, i should stop now.
back to preparation.
ahh.. apa ku nak prepare?

inilah diriku : Nadia.Yusof

Upset

Salam..


So upset right now!
Feel like whatever I did for the last one and half years just a crap.
I know im not good.
Doesnt mean i did not try my best.
I gave my very best.
But still,one bad thing can ruin all the good things.
God, pls keep me in UR guard.


Pantas atau Perlahan?

Salam..

Nampaknya previous post menjadi.hehe.
Cuma alignment ntah hape2 kan.
Belum sempat nak online dgn laptop.
So tak boleh ubah apa2 setting.
Bila lah nak sempat buat pun tak tau.
Well, im having a peak time of my calendar year i guess.
Mcm langsung takde masa utk diri sendiri.
Sabtu & Ahad pun dedicate my time to career.
Sangat2 xsabar utk berakhirnya segala kekalutan ini.
Nak doa waktu cepat berlalu.
Tapi tak tersiap pulak segala benda sebelum dateline.
Nak doa waktu lambat berlalu.
Tapi dah tak tertahan dgn segala kepenatan ni.
Biarkan je lah..
Waktu tetap berlalu seperti biasa kan.
Nasib baik bujang kan?


Update from My Phone

Salam..



Hey readers & friends.
Im updating my blog from my phone.
Just trying.
Harap2 menjadi.

Btw, currently sangat2 lah sibuk!
Kalau entry from phone ni berjaya, u'll read a lot of quick entry like this.
Not my preference actually.
But,since time is very limited for me lately, i hope my quick update will keep my blog alive.



Till a proper entry, keep reading ya!


Dia & Sang Kekasih

salam..

jam 12.05 pagi..
saya terima panggilan..
yang saya takuti sejak beberapa tahun kebelakangan ini..

saya dengar dia menangis..
saya dengar dia merayu..
tak pernah saya lihat atau dengar dia selemah itu..
kesabarannya di garisan paling nipis..
ketabahannya hancur sekelip mata..
melihat sang kekasih menipunya dalam nyata..
setelah segala pengorbanannya bertahun-tahun
di balas dengan kecurangan dan dusta..

sang kekasih terus membisu
tanpa sepatah kata..
kecut dengan tangisan..
atau takut dengan kesan tangisan itu..
sang kekasih tahu, si dia pasti dibela..
dan sang kekasih akan tinggal sendirian.

ini bukan pertama kali..
bukan juga kedua kali..
tapi untuk kali ketiga..
hanya manusia paling redha
mampu memberi peluang ketiga.

saya tahu dia kuat..
saya tahu dia akan terus bertabah..
bertahan dan menjeruk rasa..
demi kasih dan cintanya buat permata hati..

telah saya katakan pada sang kekasih itu,
andai kepercayaan dan rasa hormat
boleh dibeli dengan wang ringgit,
sang kekasih lah orang yang paling miskin waktu itu.

syukur, permata hatinya sentiasa ada disisi..
syukur, dia kembali mencari kekuatan dari Sang Pencipta
syukur, dia terima dugaan ALLAH buatnya..
walaupun sedikit goyah, dia tahu..
dia pasti akan terus kuat.

YA RABBI, dugaanMU tersangat besar..
saat ini, ku hanya ingin berlari ke dalam dakapannya..
menjadi tunjang untuk kekuatannya.
semoga dia terus tabah.
YA ALLAH, peliharalah dia dalam kasih sayangMU.

aku sayang dia, sepenuh nyawaku.
semoga sang kekasih kembali ke fitrah.

inilah diriku : Nadia.Yusof
Related Posts with Thumbnails