Cerita Nak Raya

salam..


erk, lamanya tak update kan..

ini merajinkan diri time lunch hour di ofis sebab nak bagitau korang..

sebab tak tau bila akan update lagi..


banyak je draf bersusun tu..

masalahnya sekarang windows lappy dah crack..

uwaaaaaa...

dah berapa hari dah tak online with laptop..

cuma duk tweet, FB and read blog dari iphone sajo..

itu pun jarang sangat amat.

tak tau la bila boleh on lappy tu..

baru nak hantar to orang IT utk rectify..

haih, seronok orang terror IT ni kan.. leh wat side income.


hujung2 puasa ni kemain banyak jemputan iftar..

sepatutnya time2 camni dikurangkan berbuka di luar..

utk rebut peluang mencari Lailatul Qadar..

ini kalau dah beriftar dgn kawan2 kat luar, kesudahannya mmg balik lewat..

berborak bersembang bercerita...

bila dah balik lewat, penat dan terus tidur..

hah, tang mananya nak cari Lailatul Qadar.


hari tu boss cakap i kena pergi outstation mula Selasa sampai Jumaat.

heh, Jumaat i dah cuti boss.. so boss kata sampai Khamis.

menangis dalam hati ler kena outstation ke Kluang.. kemain jauh nu..

kalau boss suruh outstation ke Kota Bharu, mesti melonjak kegembiraan.. hihi.

tiba2 hari ni boss kata postpone lepas raya.. pergi 7hb.

apa??? 7hb tu saya baru masuk ofis la boss.. aduiyai..

dah la tinggal kerja seminggu lebih.. pastu sambung lagi outstation..

harus menimbun kerja..

tak risau sangat kerja2 yg boss bagi tu.. sebab dia mesti faham punya.

tapi kerja yg nak kena follow up tu yg leceh.

kena pulak branches yang respond time kemain slow.. itu hari2 kena follow up.

bersorak riang lah korang bulan ni i follow up after dateline.

harap2 diorang commit to dateline.. so that bila balik ofis, i buat summary & tunjuk boss saja.


hurm, semalam baru start shopping.

tak beli apa pun untuk diri sendiri..

beli utk umi, abah and adik2 je..

abah macam biasalah tiap2 tahun, T shirt..

kalau tak i bagi during raya or umi bagi hadiah hari jadi / anniversary,

memang abah tak beli lah.. ulang pakai yang mana ada.

dia banyak beli kemeja utk kerja je.

umi pulak mcm biasa.. kalau tanya nak apa, jawapannya HANDBAG.

see, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..

sekarang i faham kenapa i sangat gilakan handbag.. diturunkan gen gila handbag itu dari umi.

Alhamdulillah, ada rezeki lebih tahun ni.. bolehla shopping sakan utk umi.

untuk adik2, beli baju je.. senang nak pilih..

biskut raya umi dah pesan jangan beli sebab dia dapat free..

dia tolong kawannya jual, so untung ialah dapat biskut raya..

memang mcm tu pun tiap2 tahun.. senang!


mcm nak cari baju raya lagi sepasang.

tapi duk berbelah bagi nak beli ke tak.. almaklum, macam tak rasa sgt mood raya.

tgklah cmana, kalau jumpa yg berkenan within budget, mungkin akan rembat.

masalah sekarang, byk yg berkenan harganya di luar budget.. itu yg fikir byk kali nak beli.

kasut pun tak beli.. sebab baru je beli wedges sebelum pindah KL.

pakai jelah mana ada.. malas nak mencari dah.. penat ah nak merayap mall lagi.


oh, akan pulang ke kampung Jumaat pagi ni..

untuk elakkan jam, cuba lah balik awal sehari dari orang lain.

masalahnya bila tanya orang lain pun ramai yang cakap balik Jumaat jugak.

adeh, mcm akan jam teramat ni.. waaaaa...


inilah diriku : Nadia.Yusof

Walking

salam...

watched this at sister's blog..
GeeYusof

inspired to the lyrics..
since i will start my new journey..
really hope i can cope to all the ups & downs..

i'm walking to the day..
each step gets further
as I walk farther and farther
If I trip over my feet and fall
I can just brush myself off
like the dreams that are forgotten in the morning
these moments will continue to be forgotten
the yearnings and even this pain - everything
past the tough trust and misunderstanding
though the road ahead seems far
im walking over the tall hills
im walking with these old sneakers
im walking every single day
till always till always
one step toward the vast blue sky
one step toward the finish line far ahead
im walking till that someplace that will come tomorrow
where is that someplace?




Nadia, FIGHTING!

inilah diriku : Nadia.Yusof

Officially...

salam..

setelah beratur selama 4 jam setengah..
akhirnya berjaya mendaftarkan diri..
dan secara rasmi telah bergelar pelajar UiTM.

kepenatan yang teramat..
apatah lagi di bulan puasa ni..
ada 6 checkpoint..
tapi beratur yg kemain panjang almost 2 hours
ialah utk buat ID card..
2km kut beratur..
tak faham kenapa sampai mcm tu sekali..
padahal yg daftar tu utk pelajar2 Sarjana dan PhD sahaja.

yang lain2 tu beratur jugak.. tapi xdala lama kemain.
pergi dengan Chiqie,
and dia hampir menjerit masa beratur tu sebab lama sgt...
mengantuk & penat..

teruslah membandingkan dgn UTM tercinta..
huhuhu..
rasanya dulu masa daftar degree kat UTM pun xda lama camtu.
memanglah beratur jugak.. tapi lebih sistematik.

oh my, stop it Nadia!

class gonna start on 10th Sept..
and 23-25 Sept ada induction di Banting..
ada flying fox, kayak and paintball.. yeehha!
finally akan cuba semua itu.. xsabar owh!

herm, class 2 hari seminggu.
Sabtu jam 2pm hingga 6pm
Ahad 8pm hingga 12pm.
maka, masih boleh beraktiviti di hujung minggu..
contohnya wall climbing di hari Ahad.
lama seyh tak climbing.. rindu!

bermulalah episod baru..
pertambahan satu lagi tanggungjawab.
harap2 dapat tempuh semua ini dgn tabah.
2 tahun tu xlama pun.. keep positive!
andai ditakdirkan blog ni bersawang,
maafkan pemiliknya ya!

should stop now,
i need to sleep early.
masih kepenatan & kelembikkan..

p/s : kerana penat beratur semasa mendaftar, sudah tak berdaya
utk ke MATTA Fair.. arrrgghhhh! kecewa.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Kerana Pengaruh Sekitar..

salam..

myself jenis yang firm dgn apa yang nak...
kalau kata nak A, memang akan dapatkan A.
akan usaha sedaya upaya utk dapatkan..
tapi kalau dah usaha segigihnya masih tak dapat tu,
kenalah pasrah bahawasanya belum rezeki.

tapi, akan ada waktu-waktu tertentu,
orang boleh pengaruhi i.. hehehe...
contohnya kalau pergi mall memang xda niat nak beli apa2..
tiba2 terberkenan dgn sesuatu..
tapi duk 50-50 lagi nak beli ke tak..
so, kalau time tu ada yg datang cucuk suh beli..
memang akan jadi hak miliklah..

nak cerita ni..

hari ni dah 12 hari duk Baiduri..
dgn Gee Yusof..
kerja dia tiap2 hari waktu malam atau weekend ialah..
layan YouTube tgk Super Junior
takpun kalau tgk tv, hanyalah channel KBS dan SBS.

maka, maka, maka...
dia telah berjaya mempengaruhi kakaknya
yang kali terakhir layan Korea ialah Full House, almost 6 years back.
walaupun dah menjejakkan kaki ke Korea dan berada di KBS..
tak sedikitpun i terpengaruh..
tapi hanya kerana serumah dgn dia dan terpaksa layan apa yang dia buat..
me telah terpengaruh dgn jayanya...

which is kalau on TV,
channel KBS dan SBS akan dicari dahulu.
waaaaa.... tidak!
ku tak ingin terpengaruh.

dengan tak semena-mena,
dah pandai layan Korean series seperti
City Hunter dan Lie to Me (baru habis)
both di channel SBS.

Lie To Me : oh my, sweet gilers!

tapi tapi.. me kureng sket tgk series sebab jenuh nak tggu episod akhir.
lebih suka tgk variety show diorang..
oh my, terus nampak artis diorang humble, cool & sporting..
antara kegemaran ialah Running Man, Secret, Happy Together
dan 2 Days & 1 Night.
dalam masa 12 hari itu je sempat di layan..

Runnng Man : they were funny!
selamba je running around di public places..

variety show diorang sangat best!
sbb biasanya memang kelakar dan lawak.
pastu cool giler.. shot and angle camera pun cun..
mcm Running Man dan 2 Days & 1 Night tu,
show tu mcm pertandingan among celebrities..
seronok weh!

2 Days & 1 Night..
selamba je Lee Seunggi petik cili kat ladang tengah2 panas tu..
comeyl gila tgk dia bangun tidur..

tapi yang paling gempak kat rumah ni harus lah ini..

minggu lepas diorang launch album ke 5..
ada lagu baru Mr Simple dan Superman..


dan itulah yang i dengar tiap2 malam dan hujung minggu..
duk tertengok pulak Music Bank comeback stage diorang lam YouTube..
mcm dah boleh hafal dah step kat chorus tu..
sbb dah kerap sgt dengar sampai terngiang2 kat kepala..
terus google lyrics..
tapi nak menyebutnya mak aih.. takpelah dek nun..
humming sajolah.. tak kuasa nak melayan.

my tweet on the 1st day of Mr Simple by SUJU performing live..

hah depa 13 orang ni jugaklah yang duk stalk me tiap2 hari..
ater, mana tak stalk kalau dah depa duk terbentang luas kat bilik..


adeh, kesian den..
sebilik dgn ELF (fan club SUJU ler)
tak pasal2 mcm dah terminat dgn Heechul.
heh, me kan suka stock yang perangai pelik dr orang ni.
muka stok kerek dan misteri tapi chomel..
(ciri2 Zahiril Adzim..awwww)


tapi masih bersyukur tak terpengaruh sgt dgn SUJU ni.

tak tau la berapa lama akan terpengaruh ni..
alang2 nak terpengaruh biar sampai boleh berbahasa Korea..
takdela gelabah sgt kalau nak pergi Seoul lagi next time.. ahaks!

p/s : mesti Gee Yusof gelak guling2 baca entri ni.

inilah diriku : Nadia.Yusof

Cerita Puasa..

salam..

hari ni dah 9 Ramadhan.
cepatnya masa berlalu...
untuk Ramadhan tahun ni baru je mula puasa..ekeke..
orang nampak anak bulan puasa,
nyebuk lah jugak nampak anak bulan raya..
so, lewat seminggu ler den nyambut puasa..
itu yang kedaung sket sehari dua ni..
perut baru nak adjust..
abes tu, seminggu duk picnic kat tasek Puchong time lunch hour..
naseb ada gang.. kawan baik sendiri..
projek jalan dgn jayanya.

sambil duduk2 ni teringat kat ex-housemate di Kuantan..
macam manalah dia puasa sorang2 kat sana..
eh,mungkin tak kut..
mungkin berbuka puasa dgn tunangan..
tak sempat lagi nak tanya khabar dia..
mungkin dia pun sibuk persiapan nak kahwin..
katanya tengah bulan 9 ni..
eh, ke bulan 10?
ntah, mcm ingat2 lupa.. hihihih..
nanti sampailah tu kad undangan..

tahun lepas, kitorang gigih masak2 untuk berbuka dan sahur.
eceh, kitorang tuh.. padahal Mysya lagi banyak memasak..
i lagi banyak menolong je.. kdg2 tolong tengok.
rajin Mysya masuk dapur bulan puasa..
padahal sama2 tak reti.. semua google resipi je..
bersusun resipi di tampal kat dinding dapur..

tiap2 petang before habis office hour kitorang message2..
hari ni nak masak apa..
bila dah decide, google resipi..
pastu sharp pukul 5, balik kerja terus ke pasaraya cari bahan..
pukul 6 baru masuk dapur siapkan bahan2..
kadang2 tu orang dah azan, kitorang belum siap masak lagi..
gigih tiap2 hari masak sampai dah xtau nak masak resipi apa..
hujung2 Ramadhan tu mcm dah tutup dapur sebab banyak jemputan berbuka..
kalau salah sorang ada jemputan berbuka,
maka akan mengunjungi bazar Ramadhan lah yang seorang itu..
mcm tak berbaloi nak masak utk seorang.

syukur jugak dapat ex-housemate rajin macam Mysya ni..
setidak-tidaknya rajinlah jugak masuk dapur..
dah tu, segan ler orang masak kita makan je.. hehhe.
sekarang ni kira bolehla jugak nak masak resipi meriah ni..
kalau tak, tau masak yg simple.. goreng2 dan rebus2 je.
itu pun sejak duk Shah Alam few years back.. hehe.

tahun ni?
heh, kalau dah balik kerja paling awal boleh ciao pun pukul 5.30pm..
office memang ler kasi balik kul 5pm..
tapi takde makna la nak sempat ciao sharp at 5pm..
itu belum pukul 4.50pm boss panggil nak jumpa..
paling tidak 5.30pm baru settle tu..
dengan gegas2 nak balik, jem dekat HICOM ntah bila nak siap construction lagi..
maka cara paling selamat ialah bazar sajalah ye..
itu pun sampai rumah dah pukul 6.45pm..
my sister balik kerja pukul 5.15pm rasanya..
naik bus dgn jem segala mak nenek, pukul 7pm baru dia sampai..
cer citer tang mana nak keluarkan bahan mentah, masak nasi,
tung tang tung tang kat dapur..
harus pukul 8malam baru boleh makan kut.
kalau sampai rumah before 7pm,
biasanya sempat la nak masak nasi tu.. kira tapau lauk sajalah.

haih, time camnilah rasa heaven duk Kuantan takda traffic jam..
keluar sharp 5pm (memang wajib keluar sharp at 5pm)
pergi pasaraya, singgah bazar beli kuih..
sempat sampai rumah jam 6pm
utk tung tang tung tang di dapur.

dah mula puasa ni.. pukul 11malam tu dah layu dah..
tak daya nak buka mata dah.. abes City Hunter atau Lie to Me
terus kebabom..
muahahahaha... dah pandai layan Korea series skrg..
itu baru series, belum i citer variety shows lagi.. hhhehe..
itu next story.
dah ngantuk tahap lebam mata dah ni..
nak masak nasi utk sahur esok jap..
tadaaaa~

inilah diriku : Nadia.Yusof


Rumah dah Kemas..

salam..

yeay... rumah dah kemas & bersih.
kepenatan sejak hujung minggu lalu..
sebab nak clearkan semua barang dalam rumah..

dulu, rumah ni umi share beli dgn makcik..
so, makcik datang hantar almari atau katil
yang masih elok tapi dah xnak guna sebab dah beli baru ke rumah ni.
so rumah sgt crowded..
ada meja makan 6 kerusi, meja study, almari dapur, almari TV,
katil double decker dan katil queen..
semua tu sgt amat memadatkan rumah..
plus, dgn penyewa bawak masuk barang mcm2..
bila pindah, main tinggal je.. bukan nak angkut semua.

sekarang, mak dah tak share dgn makcik dah..
kiranya fully owned by umi..
maka, telah menggunakan kuasa veto,
untuk membuang semuanya yg memakan ruang dan tak digunakan.
lagipun dah byk yg rosak..
so pagi tadi ada orang dari Alam Flora datang..
ambil semua barang2 yang xnak tu..
termasuk barang2 yang penyewa tinggal,
semua angkut kasi buang / jual..

maka dgn jayanya telah mengosongkan rumah..
saya suka!!!!!!!!!!!
rumah dah lebih luas..
boleh sepahkan dgn lebih banyak.. muahahahha..

hari tu dah pergi beli meja makan utk 4 orang..
kecik je.. muat2 utk 4 orang.
ingat nak beli yg utk 2 orang je.
tapi nanti Nuyu akan pindah masuk sini..
so, for future, better beli utk 4 orang.
kecik je.. beli meja sahaja..
kerusi nnt nak gi usha yang murah2 kat IKEA.

petang ni nak beli almari tv pulak..
jenuh nak tengok tv letak kat lantai..
almari tv lama tu dibuang sbb kayu dah mereput..
dah lebih 10 tahun kut almari tu..
drawer pun dah banyak rosak..
jadi, akan pergi beli yang konsep takda drawer..
utk letak tv serta decoder Astro semata2 saja..

itulah je kut kena beli..
couch elok lagi..
katil & almari baju dah angkut dari Kuantan.
yang lain-lain tak perlulah..
nanti rumah jadi sempit lagi..
mungkin akan beli meja / almari kecil utk letak kat dapur..
xmau yang besar.. dapur sangat kecil..
peti ais, tempat memasak dgn singki je pun dah pakai banyak ruang.
kalau beli besar2, nak bergerak pun susah.
kalau dapur cantik & selesa, barulah rajin sket masuk dapur utk memasak.
ehem ehem..

sekarang perlu menabung untuk beli mesin basuh..
waaaaa... dah malas nak cuci tangan.
dulu, sejak dari zaman asrama, memang tak kasi baju masuk mesin basuh.
dekat 10 tahun juga basuh baju dgn tangan..
walaupun waktu balik kampung ada washing machine..
memang akan cuci tangan.. dgn tangan sendiri ya.
sekali sekala je tangan mum's helper..
tapi sejak pindah Kuantan, sibuk semedang walaupun weekend,
maka telah memasukkan baju ke dalam mesin basuh.
dan kini mula merasakan kepentingan mesin basuh..
haish...

esok perlu kemaskan semua barang yang dipindahkan dari Kuantan.
banyak seyh....
mungkin perlu buat spring cleaning baju2 yang dah xnak pakai..

pindah ialah penat!!

boss, saya xmau pindah lagi..

inilah diriku : Nadia.Yusof

Green Belt : Lean 6 Sigma

salam..

i always eager to learn something new.
to understand things from core.

i could say that i am lucky to have those kind people
around who throw me so many lesson to learn.
from KV to Kuantan and now back to HQ.

i can always turn to them and discuss things.
or just to seek an advise.
and being at different places every year
giving me opportunities to explore more..


Alhamdulillah,
after waiting for 2 years, finally i've been certified.
simple project but meant a lot..
sebab saya berjaya ubah proses utk projek ni
dan improve a lot..
dari 12 bulan sekali penghantaran,
i manage to reduce to 2 months once
and finally once a month..
the most important part,
the system is still there walaupun dah 2 bulan i x manage..
on June, i let Nina took over everything..
to expose her to the process..
on July, i was in HQ..
and the process is still on going.
harap2 mereka akan kekalkan momentum ini..
supaya tak rasa sia2 setiap perubahan ni..

some people said, this project was too simple..
it is a procedure, so like it or not we must sent back to principal monthly.
easier said than done..
sampai sekarang, hanya Kuantan yg praktikkan monthly.
branches lain, wallahualam..


received the award from our MD.


with top management and other Greeners.


project team and our Black belt.

basically,
6 Sigma merupakan satu terma dari Jepun yang digunapakai untuk
menerangkan kehampirsempurnaan setiap process..
CATERPILLAR celup terma tu dan tambah Lean kat depan..
so that terma Lean 6 Sigma belongs to them..
adala few things yang diorang tambah utk nampakkan Lean 6 Sigma
datang dari idea diorang..

owh, saya buat projek Worn Core Reman Return to ADC (Caterpillar)

now, saya masih teruskan projek ni..
utk enroll ke seluruh branches..
so that all branches will comply to sending back worn core reman to ADC
by monthly basis.
dengan satu lagi KPI
"Reman Management".

im happy doing it..
but im not happy if people being granted for nothing.
stop talking & complaining, do your job!

inilah diriku : Nadia.Yusof
Related Posts with Thumbnails