Because We're Friends

salam..




i made mistake once..
fallin' in love with a friend..
ended up, half dead endure the pain

i learned the lesson.

this song just remind me to the memories we had.

i'm crazy over this song.
over LSG too..

p/s : tgh update entry ni, suddenly lagu ni keluar at KBS.. ommo!

inilah diriku : Nadia.Yusof

Hadiah Birthday Sempena Pecah Rumah

salam..

Salam Maal Hijrah buat semua..

ehem.. ehem..
live dari lappy dan broadband baru. hihi.
baru beberapa jam menjadi hak milik..
teruja nak godek apa yang menarik..

padahal amek yang basic je..
sama je macam laptop dulu.
tapi rasa excited sebab mcm dah lamaaaaaa gila x update blog.

kalau x kerana sambung belajar,
rasanya memang lupakan saja niat utk beli dalam masa terdekat.
tapi sebab dah bergelar pelajar, terpaksalah ada sebijik.
hari tu masa buat group assignment pun agak menggelupur xda laptop.
susah weh nak carik bahan and prepare slide..

masa hari rumah kena pecah tu, cakap ngan umi payahla lepas ni xda laptop.
susah nak buat assignment and study for exam.
laptop my sis tu memang payah ler nak dapat peluang guna..
asek la dia duk mengadap layan youtube, Korea video bagai..

elok je umi wish happy birthday, terus tanya taknak bagi hadiah hari jadi kah.
i takda laptop nak buat assignment ni
hakhak.. memang muka tak malu.
umi memang tak pernah bagi adiah besday utk mana2 anak pun..
dari kecik sampai besar memang gitu.. 
tapi kali ni umi cakap "ok, pergilah beli laptop.. umi belanja.."
hihi.. terus happy! 
saja je gedik tanya, kut2 dapat.
kalau xdapat pun, mmg redha je la kan swipe kad keras.
dah umi kata OK, rezeki jgn ditolak.
*matikla adik2 tau umi belanja laptop lagi.. 
sebab umi akan belikan sorang sebiji masa belajar saja..
ni dah kali ke 2 ni...takpe dik, ni utk belajar jugak.. :) *

since my birthday, kerap umi tanya dah beli ke belum..
hihi, takut kita over budget dia lettew!

so, hari ni pergi usha dan terus beli.. ingat nak beli DELL, 
tapi kat Subang Parade takda DELL yang 10inch.
semua yang laptop biasa tu..
i tak suka yang besar2 ni.. nak yang tecik tomey ja.
senang nak angkut gi kelas.
lagipun bukan usage RAM yang melampau pun..
setakat nak guna Microsoft Office and Internet je..
movie leh masuk thumb drive and tgk kat TV.
laptop hari tu pun 10inch jugak.. more than enough.

tadi ada 3 options.
Toshiba, Asus atau Samsung.
masa belajar dulu dah pernah guna Asus 14inch.
okla, not bad..bertahan till 5 tahun jugak dgn penggunaan lasak.
lepas dah kerja and Asus tu kiok, beli Lenovo 10inch.
itu kira hadiah bonus pertama utk diri sendiri.
memang guna light2 je.. assignment and office work kalau outstation.
internet je la kalau nak lasak sikit. itupun blogging je.
akhirnya utk laptop ke3 pilih Samsung.
my friend recommend this brand.
bolehla cuba.. harap2 mampu bertahan lama.

next year mungkin akan lasak sikit sebab kena buat mcm projek..
Applied Business Research (ABR).. master version of FYP.
hope Sammy can cope..
(gediks ok Lenovo dulu nama Lenny)

masa Lenny kena curi tu, broadband ada kat USB port Lenny tu..
maka, telah diambil secara pakej - laptop, charger and broadband.
terpaksala terminate account lama and register account baru for broadband.
ada la terfikir nak amek Unifi.. tapi fikir balik, nnt payah lak kalau mobile kan..
so back to pakej broadband lama, Celcom Basic - RM68 per month.
tadi telah selesaikan semuanya.. so in total.. semua mum belanja!

thank you so much dearest umi!

next year kaklong up bonus utk umi k.. *kalau ada*..

now, back to tujuan asal beli laptop.. ASSIGNMENT!

inilah diriku : Nadia.Yusof

Trauma

salam..

masih trauma dan hidup dalam ketakutan.

hari terakhir pada usia 25 tahun,
diuji dan diduga dgn pengalaman yang tak pernah dibayangkan..
rumah yang tinggal berdua dgn adik, di pecah masuk.
dan telah kehilangan laptop kesayangan..
syukur tak diapa-apakan.

pencuri tu mungkin masuk dari verandah..
sebab sliding door terbuka..

sebaik selesai update entri Badai Semalam jam 2 pagi,
letak saja laptop atas meja berhampiran sliding door.
me and adik masuk masuk tidur dalam bilik.
kawan adik tidur di sofa bersebelahan laptop dan 2 henfonnya..
sedar jam 6 pagi, both handphone and laptop gone..
and realize sliding door terbuka tanpa sebarang kesan umpil..

sangat-sangat menakutkan.
tak pernah berhadapan pengalaman sebegini.
report to management and police..
pasti, barang2 tu memang xkan dapat balik..
cuma memikirkan keselamatan diri kami,
sebab tu buat laporan polis.

sekarang, security measure diperketatkan..
grill kunci dgn padlock.. langsir tutup 24/7

for me, i take this as reminder from HIM.
selama ni kami tak kisah sangat dgn security rumah..
sebab stay at apartment..
walaupun ground floor, tapi kawasan cerun xmemungkinkan orang nak panjat..
plus, memang xboleh panjat.. kecuali terjun dari tingkat atas.
sekarang, kami lebih berhati-hati.
dan lebih berwaspada dgn sebarang bunyi.
selama ni ambil ringan je semua tu.. :(

terpaksa beli laptop baru.. bergelar pelajar sgt perlukan itu.
kalau bukan student rasanya dah tak beli kut..
sob sob..

ALLAH, pelihara kami dalam rahmat dan kasihMU
lindungi kami dari segala kejahatan dan dendam duniawi..
AMIN.

p/s : update dari lappy sister..

inilah diriku : Nadia.Yusof

20th November 2011

salam..

it's 20.11.2011

a very nice date, huh?
i've been waiting for today many years ago.


i turned 26 today..

few years back..
i dreamt of my wedding day on 20.11.2011..
unfortunately,
ALLAH has better plan for me..
however,
today my BFF having her solemnization and wedding reception at Kluang
so happy for her..
i think that's what BFF meant for..
when I cant achieve my dream, she did for me..
thus, 20th Nov in every year will mark a special day for both of us!
Congratulations on the wedding, Ijan Tahir.. love you much!
though tak tercapai impian naik pelamin, tapi dapat 'naik pelamin' juga
gara-gara menjadi bridesmaid to Ijan Tahir.... hihi
thanks for sharing the moment with me darling..
so happy to see you being 'halal' to ur sweetheart.
and ur smile make me jealous!
so i smile to share your happiness.. :)


other than Ijan,
my so called dream guy.. ahaha Zahiril Adzim getting married to Shera Aiyob today.
so lucky Shera to have that talented, charismatic, loving and sweet man.
but hey friends (who make joke of this wedding to make me sad),
im okay with it! happy for them..
crush sahaja ya, tiada niat utk memiliki..
sengaja melayan karenah kalian yang cuba mengenakan aku..

million thanks to all families and friends yang mendoakan baik2 sahaja utk diri ini..
seperti tahun2 lalu, doa itu di'carry forward'kan lagi..
ya, terima kasih tak terhingga utk doa panjang umur, murah rezeki, diberkatiNYA
dan semoga cepat bertemu jodoh.
doa kalian sangat dihargai..
soal jodoh, ajal dan maut bukan di tangan kita..
semoga DIA mendengar doa kalian dan permudahkan segalanya.

permulaan usia 26 sangat indah.
semoga keindahan dan kemanisan hari ini..
berkekalan untuk hari-hari seterusnya.. 364 hari yang akan datang.

p/s : tetap terasa bagai di usia 24.. :)

inilah diriku : Nadia.Yusof

Badai Semalam





salam..

seperti dijanjikan di Twitter..
*eh, siapa follow kita kat Twitter? jangan lupa say hi*
 nak update cerita Badai Semalam ni secepat mungkin..

korang baca entri ni pun tiket dah habes.. 
sold out sebelum 1st show lagi baybeh.. *kagum*
naseb baik dah beli tiket after tgk SLoN hari tu..
sbb si Adi tu macam nak tak nak je pergi..
sedangkan tiket makin kurang neyh
laju2 book sendiri.. cuma check hari apa dia free je utk pergi..

btw,
Badai Semalam dipersembahkan sempena Bulan Bahasa
bermula 11 Nov sehingga 20 Nov di Istana Budaya.
teater ni di angkat dari novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim.
rasa-rasanya pernah baca novel ni, tapi ingat tak ingat camtu..
so masuk Panggung Sari dgn no expectation.


main cast : Jasmine Hamid, Emelda Rosmila, Ziela Jalil, Aaron Aziz, Erra Fazira, Fizz Fairuz, DP Umie Aida dan *tak kenal*


luar IB hujan, dalam Panggung Sari pun hujan.. nampak tak hujan rintik2 tu?
macam biasa before the show, haruslah melepak di lobi sambil tgk orang..
utk teater ni, deco tak best sgt.
ada paperboard all the main casts and poster je..

kali ni amek ticket kat stall.. murahan okeyh!
dari kau membazir RM 33 nampak jauh2 camtu je,
baik amek RM 53, dapat stall bahagian depan.
ticket paling mahal pun around RM 200 kut..
teater2 lain, jaranglah nak dapat semurah ni..
ada sekali, masa Siti Di Alam Fantasi, RM 53 utk Grand Circle.
tapi kalau stall tu murahan, tak payah ler nak memilih Grand Circle.
view kat stall ni lagi terbaik!

hey Karim.. i'm not into you! i'm into Zaki.
rata-rata penonton ialah perempuan.. 
you-know-why-ticket-sold-out-faster
kebanyakannya pelajar universiti sehinggalah para ibu yang dewasa dgn novel BS ni.
me? both not.. cuma penggemar teater sajo.
lelaki tak ramai, tapi boleh tahan la.. pakcik2 pun ada.


Badai Semalam ni mengisahkan tentang cinta, cita-cita dan pengorbanan Mazni dalam hidupnya.
ibunya (Ziela Jalil, the birthday girl on 14th Nov.. Scorpio, yeay!) adalah pembantu rumah
di rumah Puan Rohana (Umie Aida) dan En Haris (tak kenal siapa).
Rohana & Haris ni parents Karim si Aaron Aziz tu..
Karim ni stok playboy paling hot kat Tanjung Puteri tu..
Mazni (Erra Fazira) dan ibunya yang sakit tu tinggal kat rumah Puan Rohana.
kat sekolah, Mazni ni baik dgn Zaki (Fizz Fairuz) yang ada hati kat Mazni..
Emelda Rosmila jadi Mahani, si tukang kepoh dan pembawa watak antagonis
yang suka bawak mulut and jadi batu api.

eh, panjang pulak kalau nak cerita.. korang pergila beli novel BS tu.
malas nak story panjang2.. karang jadi blog sastera.. hehe.

celebrate birthday Puan Ziela Jalil
walaupun cerita ni ada nyanyi2 dan tarian, tapi ia bukan teater muzikal..
purely naskhah sastera.. pergh, skrip and mood memang sgt 70's

jalan cerita memang bikin nangis!
boleh rasa keperitan hidup Mazni dalam mencapai cita-cita dan cintanya.
setiap pengorbanan yang dia lakukan, buat kita terfikir apa je lah dugaan kita utk berjaya.
dia tempuh macam2 hanya utk dapat segulung ijazah seperti janjinya pada ibu.

watak utama teater ni ialah Mazni.
tak pernah tgk Erra Fazira on stage walaupun dia dah few times berlakon teater.
wa tak layan beb teater biografi ahli politik ni..
sebab 1st time tgk dia on stage, she's quite comfortable with the stage.
lagipun watak menangis2 ni kan memang makanan dia..
soul was there,and i can feel her pain.. so painful!

first timer macam Aaron Aziz on stage?
terus terang.. dia langsung takda scene yang nyanyi!
cuma adalah part menari disko.. itu pun alahai, coet je!
tak jauh manapun cara dia bawak watak Karim dgn watak Seth Tan dlm Nora Elena.
cuma tak seromantik ST lah, Karim ni stok pemarah dan panas baran.
i'm not a big fan of AA, so i rasa dia sgt biasa..
walaupun semua penonton menjerit meroyan setiap kali scene dia
*annoying*

Fizz Fairuz did well walaupun tak sihat..
boleh nampak dia sangat tak sihat..
tapi dia menyanyi dan menari.. chomeyl!
tak pasti dia nyanyi live or miming...
tapi suara tu memang dia punya.. takdala sedap sgt.. just nice utk teater je lah.
and this is not his first time dalam teater..

DP Umie Aida as Puan Rohana peranan penting dalam teater ni..
part of penggerak cerita.. tapi lakonan DP tak bagi impak sgt.
biasa2 je.. i like her in Natrah!

ketawa paling gamat dan watak paling menggeramkan ialah Mahani lakonan Emelda Rosmila..
owh man, lakonannya sangat berkesan.. and she was awesome!

another cast is Jasmin Hamid yang bawak watak Dora..
penari kelab malam "Happy World" yang layan Karim everytime Karim pergi kelab tu..
scene dia 2 je.. tapi perghhhhhh.. para jejaka.. pergh... very 18SX

part menyanyi boleh tahan jugak la.. takda la bercakap je.. ada nyanyi2.
yang menyanyi hanyalah Fizz Fairuz & Erra Fazira & ensemble..
Jasmin Hamid ada 1 lagu.. geli betul lagu tu.
siap beli CD sebab lagu2 nya berbeza skor muzik berbanding those musical theater sebelum ni.
lirik pun .. fuhh mengusik jiwa..

props sangat banyak.. tapi kena dgn jalan cerita..
ada dari bawah, atas, belakang, kiri dan kanan stage..
siap ada keretapi, kereta cooper, port lepak tepi pantai, hospital etc..
menarik..

secara keseluruhannya, jatuh cinta dgn naskhah sastera ini..

habis show, terus buru2 keluar...
alang2 dah beli CD masa intermission tu, plan nak beratur ler jumpa the casts.
umang aih, panjang kemain okeyh.. tak kuasa nak layan..
semua nak jumpa Aaron Aziz.. erk, kuasalah mak nak beratur..
cuma menunggu diorang keluar mcm biasa utk amek gambar je..
bersesak-sesak dgn AaronLovers & FizzCrew, ini je terdaya snap.

all casts

nah AA korang!

Fizz aka Zaki.. kita suka Zaki..dia buat kita rindu seseorang yang selalu bagi semangat time nak exam dulu..

Puan Rohana dan Cik Mahani.. DP Umie Aida & Emelda Rosmila

nah Aaron Aziz lagi..

hensemla jugakk in person

Mazni the superwoman.. Erra Fazira

dia follow kita kat Twitter.. hehe.. awakpun follow lah jugak.. @dyakamil

udah2 la tu Aaron oiiii..

nah Dora si 18SX.. Jasmin Hamid.


sesungguhnya sangat puas hati tengok teater ni..
walaupun ketenteraman diganggu dek budak sebelah yang asyik lah duk buat sinopsis kan..
student universiti rasanya
samada meroyan tengok Aaron (menjerit sakan everytime Aaron keluar)
ataupun 1st time tengok teater dan taktau etika..
ganggu ketenteraman nak tengok teater okeyh!
kena sound sebijik dgn Adi.. senyap kejap je.. pastu bising balik!
*annoying lagi*
alkisahnya, tutuplah cerita Istana Budaya utk tahun 2011 ni..
jumpa lagi di tahun 2012..

p/s : hebat betul penangan si Aaron ni!
kalau Zahiril Adzim, mesti i yang meroyan dulu..

Tanpa Tajuk IV

salam..

#MostPainfulThing is seeing the person you love, love someone else.
I saw lot of love from her to him today.

Painful..
But I learned..

To let things go after being holding for some time.
Not some time..
Some years..

I maybe weak today.
But I'll be the strongest woman, someday.

Love make me weak.
Thus, I decided not to involve till the day I learn that
"Love has make me strong."

inilah diriku : Nadia.Yusof

Induksi Budak Sekolah

salam..

dah lama dah event ni..
dalam bulan 9..musim raya.


budak sekolah mula2 masuk sekolah memang kena pergi induksi..
kali ni gabung semua students full time & part time AAGBS.
dah mcm Aku Adalah Geng Bas Sekolah
oh tak, it is Arshad Ayub Grad Business School

happened at Banting, near to Pantai Morib..
tapi.......kami xnampak pun pantai tu.

bertolak dari UiTM jam 3 petang Jumaat.. so half day le.
sampai around 5.30pm.. briefing and masuk rumah..

terasa tua sebab ramai full time students yang memang muda.. lam 22-23 gitu.
tapi takpe, jangan tunjuk yang kita ini tua.. buat2 muda lah! hehe.

we had fun!
main paintball, kayak, flying fox etc..
and ada persembahan.. 
 
high rope... gila mencabar okeyh.. gigil2 kerana gayat dan terbayang kalau jatuh mahu hancur tulang aku
some of classmates.. ada yang xdatang.
kalau masa mula2 masuk kelas cuma berkepit dgn Afiq aka Chiqie,
balik dari induction, dah geng dgn classmates!
sangat2 happy dan xmenyesal pergi induction
walaupun seminggu paha lebam sebab paintball.. 

thanks AAGBS and FBM, UiTM!

inilah diriku : Nadia.Yusof

Secret Life Of Nora

salam..


wakakakkaka.. dah berkurun baru nak update.

tak kisahlah.. janji update.
setakat ni tak pernah miss update teater yg ditonton walaupun lewat 2 bulan.
uollss kenalah faham, i xmenyempat nak online ni..
nak update dari phone, haruslah tak reti nak upload gambar banyak2.
lagipun xpuas lah membebel kalau taip kat phone.
*dasar mak nenek*

masa pergi tengok Dreamgirls,
si Adi tu dah bagi hint macam xnak pergi tgk SLON.
heh, kalau dia xpergi, dgn sape pulak i nak pergi..
haruslah memujuk & memaksa.. hikhik.. 

and berminggu jugakler mengingatkan dia beli tiket..
pilih tarikh pun satu hal..
kang me ada class, ada test assignment bagai..
dia pulak kerja lah, holiday Hong Kong lah, balik kampung lah.. etc.
akhirnya ada jugak tarikh..kami pergi 7th October 2011.
with Melinda & fiance (skrg dah jadi suami)

after work, rushed to Menara TM..
woahhhh..rindu giler dgn Menara TM.. muahahha..
dulu, before pindah Kuantan kerap datang sbb amek Adi utk gi teater.
after 1 year plus baru datang balik..
naseb baik x jam sgt walaupun hujan di petang Jumaat..
amek Adi and off to IB for dinner & show.


collect booked ticket & lepak di lobi IB 
sementara menunggu Melinda the drama queen & Wandi.
makcik tu sampai dah almost 8.30pm.
mcm biasa, enjoy what they have in the lobby.








kali ni kitorang amek tiket murah..RM53
sbb x konfiden sgt.. hehe..
masa ktorang tgk PGL3 dulu, kitorang tak rasa best.
sbb tu mcm x konfiden dgn Enfiniti Prod ni 
ok, we were wrong!
masa nak masuk, the officer tanya if diorang upgrade our ticket
kitorang nak tak..
upgrade to stall...gila TAK NAK?
at least the view of ticket worth Rm103 is better than RM53..
turun balik to ground floor sambil tertanya-tanya dan teruja.
ahh, usah dikisahkan.. take that as a complimentary. :)




so,let's start my comment with the casts:

1) Tiara Jacquelina as Nora.. super gorgeous. lakonan dia biasa2 je.. macam dalam PGLTM
nyanyian dia makin bagus, tarian dia pun okay.

2) Ryan as Roger .. handsome seyh mamat ni.. the only malay word dia sebut ialah Cepat Sikit.
and his acting just like any other typical English actor...

3) Adibah Noor.. OMG, this super awesome & talented lady really caught my breath. setiap tindak tanduk Kak Diba dari awal cerita sampai akhir memang melucukan.. i cant stop laughing at her.
and she looks super cute bercinta dgn Tony Eusoff. besides, where on earth u can see plus size woman flying? haha...
4) Aznil Haji Nawawi the Mr J.. cuma ada on 2nd half.. macam xpuas tgk dia. kelakar sebab dia xleh sebut R so jadi Nowa, Waub, Wusia.. and BM dia kelakar.. how can u say penipu as Pentipu? haha. cuma dia mcm xlari sgt dari watak Prof Klon tu.. well, good to see him on theater stage.. a lot to improve.

5) Tony Eusoff.. i see him in Dreamgirls & Terima Kasih Cinta.. 3 theaters in a year? wow, he has a bright future in this line. sangat awesome and natural. he made a good chemistry with Adibah Noor. and yes, he can sing and dance very well.


overall:

1) Lagu & Muzik : standard musical theater kat Malaysia.. bunyi mmg lebih kurang.
tapi lagu Siapa Dia sangat sedap *siapa siapa itu yang memandang pada aku*

2) Tarian : best!! tapi lagi suka masa yang LAT tu.. and ada akrobatik bagai.. motif? xkena kut.

3) Set : sangat amat cantik. tapi sebab kerap sangat tukar set, mcm ganggu mood sikit. kejap2 tukar.

4) Ensemble : sangat banyak membantu.. they have Nadia Aqilah and Salma Mentor. itu je yg kenal, yang lain xkenal.. hehe. and diorang banyak memainkan peranan utk jadikan teater ni lebih warna warni

5) Jalan cerita : ok, i like.. tapi longgar sikit. 1st half was fine. tapi on 2nd half tu sendu semacam je. harapkan Paknil sorang je yang buat x boring. kita tahu cerita Nora Zain tu banyak aksi, so i was expecting for few spy actions. besides, Nora also was on mission.. takkan la dgn sebatang lipstick je dah terbongkar Nora tu spy? what??? nasib baik beli tiket murah.

6) Klimak cerita pun simple.. oklah kut. sebab i dengar sapa yang pergi few first show, mcm lagi haru biru endingnya. Expecting a boom ending from experienced production team.

7) Skrip & Cast adlib - suka gilak! ala2 English style gitu.

8) Wardrobe - oh man, baju2 Nora memang mengancam ah.. sangat amat cantik.. 

9) Magic touch : oklah, ada magic scene.. tak ingat dah apa.. tapi ada la few.

10) Mamat Khalid sangat bagi impak! walaupun dia xda live kat sana, tapi kemunculan yang dirakam tu yang banyak gerakkan cerita dan buat org faham kenapa Nora tu jadi agen tiba2.


basically, i had fun and enjoyed the show.


cuma tak faham kenapa Tiara Jacquelina suka ambik hero mat saleh. 
p.s : see ya at Badai Semalam.. :)

inilah diriku : Nadia.Yusof

Organizational Behavior

 salam..

dah mula subjek kedua..
mencabar mata untuk terus bertahan setiap kali di baca.

 ORGANIZATIONAL BEHAVIOR.

 

dah ada assignment individu..
erk, blur jugak nak menjawab assignment tu..
mungkin harus mulakan group discussion with classmates!

inilah diriku : Nadia.Yusof

Salam Aidiladha

salam..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
buat semua muslimin muslimat seluruh dunia..



kawe baru tolok kelik kapung semale..
arap2 sapa di rumoh doh la maso puok2 demo baco entri ni.
kalu dok gak, tiyok atah bas dengar takbir..

selamat berkorbey
dan selamat makey daging lembu lah belako..
beringat sket hok mano ado darah tinggi tu..
jange di make banyok.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

ikhlas dari Pasir Mas,
Nadia.Yusof

04.11.2011

salam..

hari ini..
ulangtahunnya ke 26.

seperti 04.11.2010
terasa tak lengkap bila tak menyampaikan ucapan hari jadi ni..
setelah ia jadi satu rutin sejak 7 tahun lalu.

mendoakan yang baik-baik untuknya.
sementelah dia seakan bahagia bersama gadis itu.
gadis yang membuat aku pergi dari hidupnya.

kamu,
selamat ulangtahun kelahiran
semoga berjaya di dunia dan akhirat..

sejauh mana aku cuba lari dari kamu,
aku x mampu tipu diri.
sebaiknya, aku tak ketemu kamu lagi sampai kapan pun.

p.s : the pain of every November.


inilah diriku : Nadia.Yusof

Penat Yang Gembira

salam..

dah berkurun nak update cerita.
tapi punyalah suntuk masa yang ada.
setakat nak update light2 pun xlarat.
seriously, masa sangat2 padat.

for past few weeks sangat amat struggle dengan kerja dan belajar.

kerja di ofis non-stop kejar dateline.
dari surplus return to obsolete stock..
tak lupa reconciliation.. semua memang tak berhenti.
itu tak masuk lagi on-the-spot task.
memang takda maknalah nak balik awal walaupun boss takde.
lagi lewat adalah.. 
sebelum ni jam 7pm or 7.30pm kira dah maximum lah..
tapi last few weeks memang cecah 8.30pm gak la..
itupun sebab memang langsung xda orang dah kat floor tu..
aih, memang idak ler nak stay back sorang2 kat 2nd floor tu.
last Friday, siap bawak balik kerja kat rumah.
terpaksa beb terpaksa..
nak pergi ofis on weekend memang taklah kan..
kelas perlu fokus juga.

and 2 weeks ago kena submit individual assignment.
umang aihhh punya susah nak dapat data.
the assignment was to apply any managerial accounting technique in work activities.
haish... the techniques lebih sesuai utk elaborate & analyze for manufacturing company.
dah Tractors Malaysia tu merchandize company, 
haruslah apply cara lain..
the only way is budgeting plan & control.
dapatkan budget dari Product Support Marketing, then reka figure utk control process.
bunyi macam senang... TAAAAPPPIIIII...
idea tu datang on Saturday morning.
nak submit before midnight Sunday, 23rd Oct 2011.
petang sabtu tu dah start kelas subjek baru.
on Thursday, 20th Oct tu ambil cuti sehari konon nak siapkan..
tapi dah idea xdatang2.. cuma mampu buat introduction & company background.
Friday masuk kerja macam biasa.
balik kerja jumaat, terus tidur. 
jam 10.30malam bangun, mandi & makan..
then sambung assignment sampai 5 pagi.
took power nap, 9pagi bangun and sambung assignment.
then 2pm to 6pm kelas pulak.. subjek baru lecturer baru
after kelas, terus bertapa dgn classmate kat rumah dia siapkan assignment.
sampai jam 1pagi la jugak..
since dah ada idea, tu yang laju je..
tapi tak sempat gak siap.. dah exhausted and flat dah.
next morning kelas lagi sampai 2pm.
balik kelas memang pulun habis2an siapkan assihnment.
bertapa dari jam 2pm till 9.30pm..
siap je, terus email to lecturer..

dan wedding Melinda memang burned ah that day..
melepas nak jmpa rakan-rakan SET..
tapi bila tgk gambar diorang kat wedding tu,
ok, i made a good decision.. at least xjumpa dia.
sorry Mel & Wandi tak dapat attend majlis korang.. sob sob
fahamilah limitation ku..
memang dah plan baik punya nak pergi,
tapi tu lah.. takda rezeki.

well, walaupun sangat amat penat..
berkejaran kerja dan kelas..
tapi rasa sangat gembira!
kadang2 terfikir, kalau aku xda kelas ni..
harus datang ofis hari sabtu siapkan kerja kalau time2 emergency deadline tu..
tapi sebab ada kelas, maka memang ofis takda dalam list weekend.
so, walaupun terpaksa balik kerja lambat setiap hari,
at least im happy knowing that i can cope both.

penat... ya, penat yang teramat.
harap2 penat ini berbaloi.

p.s : more to come in life.. but hey, i am Nadia. i know i can do it!

inilah diriku : Nadia.Yusof

November 1, 2011

salam..



it's finally November!
wuhooo... i love November.
the best thing is November 2011.
the month i look forward to many years ago.

seperti tahun2 lalu..
berharap punya cukup masa untuk update setiap hari.
ehem ehem.. angan2 memang sentiasa indah..
kemampuan & kesungguhan tu yang masih diragui..
muaahahahha.

btw,
why i love November?
go check my November 2010 archive.

happy reading peeps!

inilah diriku :
Nadia.Yusof
Related Posts with Thumbnails