Rezeki Ramadhan

salam

dah 3 minggu kita berpuasa.
dan me baru berkesempatan nak ucapkan

SELAMAT BERPUASA!!

mungkin sekali harung dgn,

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL!




Ramadhan tahun ni, Alhamdulillah.. mcm tahun2 lepas.
berdua dgn Gee Yusof saja.
banyak iftar di rumah berdua.. masih lg juadah dari bazar.
tak berkesempatan nak memasak pun hari bekerja..
hujung minggu pun baru sekali masak..
sebab hujung minggu biasanya iftar dgn kawan2 dan keluarga terdekat.
so, masa minggu pertama je masak sendiri..
following weeks tu iftar dgn gang EMBA & MT5..
also rumah aunties di Shah Alam dan Meru.
hari ni mungkin join iftar SMACH versi KL.
sebab rasanya x sempat join iftar SMACH versi Kelantan 
walaupun dah ada di kg 17hb tu..
balik kampung nanti nak berbuka rumah atuk nenek pulak..
seboleh2nya kalau tiada aral akan join iftar SMACH..
walaupun takda yg betul2 akrab 
tapi rasa sayang pulak nak putuskan persahabatan yg sedia ada.

tahun ni takde pulak iftar SET.. mungkin masing2 sibuk.
lagipun rakan2 SET yg selalu attend iftar tu 
kebanyakannya dah kahwin dan sibuk dgn anak2.
mungkin dah susah sikit nak spend time kat luar..
iftar KKDK pun dibatalkan last week.. tak ramai yg dapat join..
so they decided to cancel.. plus i cant join kalau diteruskan pun..
dah dapat jemputan rumah aunt di Meru.. besides kita berkumpul adik beradik..
my brothers.. sorg di Sri Kembangan dan sorg di Cheras
both balik Shah Alam.. so we spent time together ber4 do some shopping for the boys.
 
selesai cerita puasa & iftar..
 
ada dua berita gembira yg diterima dalam bulan Ramadhan ni..
 
mengujakan dan sangat menggembirakan.
 
berita pertama mungkin belum cukup utk buat saya senyum selebarnya..
tapi Alhamdulillah, akhirnya rezeki utk promotion ialah tahun ni..
walaupun dah 2 tahun berharap sebenarnya.
takpe, rezeki yang tertangguh.
 tetap kusyukuri nikmat ini.
 
berita kedua sangat amat mengujakan.
sampai terlompat dari katil bila dapat berita tu.
ehem.. keputusan peperiksaan semester 2. :)
seminggu selepas surat promotion, keputusan exam diumumkan.
sejujurnya saya sgt berdebar menantikan keputusan kali ini.
seboleh2nya mahu kekalkan kecemerlangan semester lepas.
tapi saya tahu betapa sukarnya melalui semester lepas.
terlalu byk dugaan, cabaran, tekanan dan air mata utk menyelesaikan sem 2.
 mana tau, semua itu ujian dari ALLAH untuk hadiahkan saya 
hasil yang paling manis pernah saya dapat.
lebih cemerlang dari semester lepas.. perfect score.
Alhamdulillah.
**mcm mana x lompat dari katil?**
 
sepanjang hari saya tersenyum lebar.. perasaan yg sgt indah!
terasa semua keperitan dan kesakitan yang dilalui selama 4 bulan berlalu pergi.
masih terbayang waktu2 sukar..
berjaga sepanjang malam menyiapkan tugasan.. 
disahkan mengalami low blood pressure dan MC seminggu
sukarnya mendapat kerjasama teman sekumpulan..
dinafikan hak tajuk tugasan oleh kumpulan lain 
dan terpaksa cari tajuk baru 2 hari sebelum pembentangan..
berperang dgn tekanan diri sendiri..
rasanya semester 2 teramat mencabar berbanding semester 1..

dan saya dihadiahkan keputusan semanis itu?
saya berhak untuk menikmatinya sehabis baik.. :)

tak terhingga ucapan terima kasih saya utk adik2
yang terpaksa berdepan emosi saya yang kurang stabil 
pada waktu2 sukar..
mohon bertahan utk lagi 2 semester lagi, ya!
*hugs*

juga untuk teman2 gang EMBA yg selalu bersama.
 membantu dalam setiap keadaan..
menyokong satu sama lain..
kusyukuri takdirNYA mempertemukan kita
dan menghadiahkan persahabatan indah ini.
terus berjuang untuk semester2 akan datang.

sehingga ketemu lagi!


inilah diriku : Nadia.Yusof

Related Posts with Thumbnails