September End

salam..

rasa nak menitik air mata terharu dengan hati yang akhirnya terbuka nak update blog.
walaupun acik, epal & stickynote duk bising2 suruh update blog,
ku biarkan saja kebisingan itu menghantui tanpa mengambil apa2 tindakan.
hoiii, dah hilang patah perkataan dah nak menaip blog.
mcm dah takde magic touch dah.
itu namanya tak ikhlas berblog ni.
ya lahh, masa mula2 buat blog ni dulu niat nak isi masa lapang
dulu2 kan hidup bagai loser sikit.
gaji ciput, nak merayap xda duit.
nak layan variety show and drama2 korea yang berlambak kat internet tu
pakai broadband je.. so data usage kena kedekut sket.
nnt tak boleh check facebook & baca blog orang.
maka hiduplah kau membuang masa di blog.
lagipun, dedulu ada facebook je.. 
nak update status atau caption gmbr pun limited characters..
kat mana lagi nak membebel kalau tak kat blog.

sekarang?
gaji banyak tu tidak la.. tapi ada lah peningkatan taraf hidup sikit.
dah boleh manage duit.. some for saving, some for weekend, some for vacation..
hidup pun asyik tgk kalendar je nak slot in pelbagai acara..
hujung minggu tu adalah duit sikit nak gi tgk wayang ke,
jalan-jalan kat mall, bowling or karaoke.
internet pun dah pakai unifi.. kalau data from telco company pun
dah makin murah berbanding dahulu.. 
maka banyak masa blh dihabiskan dengan surfing internet..
usha2 port untuk vacation dgn budget murah..
layan variety show & drama2 korea..
social media pun dah byk and provide all sort of services.
takat 1 event kau update gambar 20 keping kat instagram pn xda hal.
orang xkata kau loser
berbanding kau update status kat FB berkali2 dalam masa 10mins.
wei, nak membebel pergi twitter!

hah begitu perubahannya.
makanya, blog ini ku pandang sipi2 je la..
eh hari2 sign in.. tapi nak tgk blog org je lah..
itupun kalau xsibuk kat ofis.
kalau sibuk, tggu malam tgk blog orang via imotiv sajo.
dgn keadaan yg dinyatakan diatas,
mungkin patut ku lihat baliklah kenapa ku buat blog ni.
nak isi masa lapang kan niatnya.
tapi skrg masa lapang dah xberapa nak ada..
nak shut down pun agak berat rasa hati..
almaklum, kenangan hidup zaman loser agak indah jugak.. ehe..
so, bukanlah niat menghalau..
cuma.. xpayahlah korang datang sini lagi.
kesian korang.. dtg jenguk tapi entry nan adoooo.
kalau ada pun cerita luahan perasaan..
itu pun semua pasal kerja.. 
ohhh, boring kannnnn! mcm kau sorang kerja kat dunia ni.

nantilah.. tgh timbang kati lagi ni.
nak tutup ke tak..
mcm byk nak cerita..
tapi mcm malas jugak.. haha.

mungkin bulan depan pulak ku update.

inilah diriku: Nadia.Yusof
Related Posts with Thumbnails